Sunday 29 December 2013

Cara-Cara Untuk Mendaftar Perniagaan Dengan SSM

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini saya akan menerangkan tentang cara-cara untuk mendaftarkan perniagaan kita dengan SSM.Sebenarnya terdapat 3 cara untuk berdaftar iaitu
  1. Mendaftar secara online
  2. Mendaftar dengan pergi sendiri ke pejabat SSM
  3. Mengupah orang tengah untuk mendaftarkan kepada kita.


Saya tidak akan menulis tentang pendaftaran secara online kerana saya tidak berdaftar secara online.Saya juga tidak akan menulis tentang pendaftaran menggunakan orang tengah kerana harga yang diletakkan adalah sangat tinggi bagi saya iaitu RM150.Lepas tu pulak kena tunggu 3 hari bekerja untuk saya mendapatkan sijil.Kos sebenar untuk mendaftar perniagaan adalah seperti di bawah

  1. pendaftaran menggunakan nama sendiri: RM40.00
  2. pendaftaran menggunakan nama trend :  RM60.00
  3. pencarian tentang maklumat perniagaan :RM10.00


Kepada peniaga yang tidak tahu untuk mendaftarkan peniagaannya sendiri dan menggunakan orang tengah RM150 adalah harga yang perlu dibayar atas kekurangan ilmu sahabat dalam mendaftarkan perniagaan.Oleh itu tak perlu sahabat semua risau kerana saya akan menceritakan cara-cara untuk berdaftar secara terperinci yang boleh.Sebenarnya prosesnya amatlah mudah dan senang sahaja.Apa yang perlu sahabat semua sediakan sebelum berdaftar

  1. Duit yuran pendaftaran RM 70.00 untuk satu tahun.Jika nak buat 2 tahun kena tambah lagi RM 60.00.Jadi jumlahnya adalah RM130.Saya membayar RM130 untuk 2 tahun terus.
  2. Salinan kad pengenalan 1 helai.
  3. Kad pengenalan
  4. Tauke (kita sendiri la).Kalau nak letakkan isteri sebagai share partner kena bawak isteri, kad pengenalan isteri dan salinan kad pengenalan isteri sekali.Macam saya pendaftaran perniagaan saya adalah saya seorang sahaja.
  5. 3 senarai nama syarikat yang kita nak letak.Contohnya saya letakkan nama IQSHA GEMILANG, IQSHA, IQSHA GLOBAL.Nanti agen SSM akan cari nama ni dah wujud ke tak dalam sistem.Saya bertuah kerana IQSHA GEMILANG RESOURCES & TRADING belum ada sapa-sapa guna lagi.Jadi inilah nama company saya yang mempunyai no pendaftaran PG0335155-W.Dengan ini juga saya secara rasminya telah melantik diri saya sendiri sebagai manager dan isteri saya sebagai assistant manager.Hehe (poyo jek aku ni...hehe)
  6. Kalau kita menggunakan nama sendiri sebagai nama syarikat memanglah murah tetapi syarikat itu tidak boleh diwariskan kepada anak kita.Hanya kita sahaja yang berhak ke atasnya.Jadi gunakanlah nama trend dan kalau boleh tolong jangan letak ENTERPRISE kat nama syarikat kita kerana sudah menjadi budaya masyarakat kita yang memandang syarikat yang berstatus ENTERPRISE ni adalah syarikat kecil.Letakkanlah nama yang lain seperti ENGINEERING, TECHNOLOGY,RESOURCES & TRADING, FOOD & CATERING dan sebagainya.
  7. Kalau nak berdaftar sebagai syarikat sendirian berhad memerlukan senarai carta organisasi.Untuk memulakan perniagaan yang kecil seperti saya kita tak perlu berdaftar sebagai sendirian berhad.
  8. Yang paling penting adalah 10 senarai barang jualan yang kita nak jual menggunakan nama syarikat kita.Kalau boleh janganlah terlalu specific sangat barang yang kita nak jual tu.Contohnya kalau saya nak jual baju baby saya perlu letakkan pakaian.Letak pakaian membolehkan saya menjual apa sahaja yang termasuk dalam kategori pakaian.Kalau nak jual minyak gamat jangan la letak minyak gamat sahaja dalam senarai tu.Letakkan nama ubat-ubatan tradisional.Contoh 10 senarai barang yang syarikat saya boleh niagakan adalah
  • Kelengkapan ibu dan kanak-kanak
  • Pakaian, beg dan aksesori
  • Perkhidmatan hartanah
  • Reka bentuk, servis,permesinan dan penyelenggaraan
  • Perabot dan kelengkapan rumah
  • Makanan dan minuman
  • Permainan dan kelengkapan sukan
  • Makanan kesihatan dan ubat-ubatan tradisional
  • Barangan runcit
  • Pembekal dan pemborong
         Walaupun kita masih tidak mempunyai perancangan untuk terlibat dengan cabang perniagaan yang lain tetapi kita letakkan sahaja bagi cukup 10.Nanti bila tetiba kita nak berniaga sesuatu benda tapi takde pulak kita letak dalam jenis perniagaan kita akan menyusahkan kita nanti.Contohnya walaupun saya tidak bercadang untuk terlibat dengan engineering tetapi saya letakkan saja design,servis, machining and maintenance untuk melayakkan syarikat saya terlibat dengan engineering servis.Lagi satu saya nak pesan kita tak boleh campur jenis perniagaan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris.Kalau kita tulis dalam English semua kena tulis dalam English.Kalau kita tulis dalam bahasa Melayu semua kita kena tulis dalam bahasa Melayu.Bila segala senarai yang saya tulis kat atas ni sahabat semua dah ada maka bolehlah sahabat semua pergi ke pejabat SSM yang terdekat.Macam saya, saya pergi ke pejabat SSM di Seberang Jaya iaitu di bangunan KWSP tingkat 6.Antara langkah-langkah yang perlu sahabat semua ambil adalah

  1. Tinggalkan lesen memandu kat guard di bawah.Kemudian guard akan bagi guard pass untuk kita ke tingkat 6 dalam pejabat KWSP tu
  2. Masuk dalam lif dan tekan butang 6.Lif akan bawa kita ke tingkat 6 iaitu ke pejabat SSM
  3. Sampai saja kita terus ambil borang PNA .42 kat guard SSM.Dia akan ceritakan yang kena pakai pen dakwat hitam sahaja dan menulis menggunakan semua huruf besar.
  4. Isi borang berpandukan contoh yang memang dah tersedia kat tempat mengisi borang.Rujuk sahaja macam mana contoh untuk daftar syarikat sendirian berhad, dan enterprise.Kita kena isi nama,no IC,warna IC,alamat perniagaan, alamat surat -menyurat, 3 nama syarikat, 10 jenis perniagaan dan sebagainya.
  5. Lepas dah isi dengan lengkapnya, sila bagi borang kita dengan salinan IC kat sorang penyemak.Dia akan semak borang kita dan bila dia puas hati dia akan bagikan nombor giliran.
  6. Kita tunggu nombor kita dipanggil, bila dipanggil kita pun serahkan borang dan salinan IC tadi kat petugas SSM.Dia akan check nama kita syarikat yang kita nak namakan tu wujud ke tak lagi.Bila dia dah chech dia akan bagitau kita yang kita boleh menggunakan nama yang kita nak tu.Pastu bayarkan saja yuran pendaftaran sebanyak RM70 kat dia
  7. Dia akan bagi resit kepada kita dan meminta kita menunggu semula untuk menunggu dia print sijil kat kita,
  8. Pastu kita tunggu la dalam 5 minit dia akan panggil kita untuk serahkan sijil pendaftaran perniagaan kepada kita.Selesailah sudah pendaftaran perniagaan kita.Kita boleh balik dan tersenyum kerana boleh berniaga secara sah sekarang.Kalau dulu sijilnya berwarna biru tetapi sekarang ni putih macam tu ja.Bila saya tanya dia cakap nak menyenangkan mereka yang berdaftar secara online.
Sekian sahajalah panduan untuk sahabat semua mendaftarkan perniagaan masing-masing.

Wassalam.


Saturday 28 December 2013

Adakah Berniaga Atau Melabur Berisiko Tinggi?

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini saya akan mengulas satu pertanyaan yang saya sendiri juga bertanya kepada saya sendiri iaitu "Adakah Berniaga dan Melabur Berisiko Tinggi".Robert Kiyosaki menjelaskan dalam bukunya bahawa "Mereka yang tidak mempunyai ilmu tentang sesuatu perkara adalah lebih berisiko daripada mereka yang mempunyai ilmu tentangnya"Contoh yang saya boleh bagi adalah jika ada sahabat saya menolak saya jatuh ke dalam sebuah kolam renang, saya hanya boleh tersenyum sahaja kerana saya boleh berenang.Tetapi apa akan jadi jika saya menolak rakan saya ke dalam sebuah kolam renang dan dia tidak tahu berenang.Sudah pasti dia akan panik dan berkemungkinan mati lemas.Bagi saya terjatuh ke dalam sebuah kolam renang adalah satu perkara yang tiada risikonya tetapi bagi sahabat saya, jatuh ke dalam sebuah kolam renang akan menentukan hidup dan matinya.Contoh lain yang saya boleh bagi adalah jika kita menyuruh seorang pilot membawa kereta di jalan raya.Pilot itu mesti akan berkata "Bahayalah bawa kereta ni,setiap masa mesti akan berlaku kemalangan jalan raya.Lebih selamat saya membawa kapal terbang kerana kadar kemalangan kapal terbang amatlah rendah dan boleh dikatakan pengangkutan yang paling selamat di dunia".Itu kata seorang pilot.Tetapi cuba jika saya diberi peluang untuk membawa kapal terbang, sudah tentu saya akan berkata bahayalah bawa kapal terbang ni.Kalau saya bawa confirm akan terhempas punya.Lebih selamat bawak kereta daripada bawa kapal terbang".Jadi sekarang sahabat semua faham kan risiko akan datang kepada mereka yang tidak tahu dan bersedia dengan sesuatu perniagaan ataupun pelaburan.

Sebenarnya, dalam dunia perniagaan tidak ada satu perniagaan pun yang seseorang boleh cakap kalau nak kaya buatlah apa yang saya buat.Contohnya, jika dia adalah taukey makanan, dia mesti akan menasihatkan kita supaya terlibat dengan perniagaan makanan kerana perniagaan ini lebih menguntungkan.Jika dia adalah seorang tauke ikan, dia akan mengajak supaya kita terlibat dengan perniagaan menjual ikan supaya boleh hidup senang.Jika dia adalah tauke kedai runcit, dia mesti berkata meniaga barang runcit ni lebih senang dan hari-hari akan dapat income.Pendek kata, berjaya atau gagalnya sesuatu perniagaan adalah bergantung kepada minat dan ilmu kita tentang perniagaan tersebut.Saya akui ilmu saya tentang perniagaan masih lagi jauh ketinggalan berbanding sahabat saya yang dah lama menjadi tauke dan menerima pelbagai cabaran.Oleh sebab itu saya bermula dengan langkah yang kecil dan sedikit demi sedikit supaya saya tidak jatuh sakit teruk jika saya menghadapi masalah dalam perniagaan.Ada orang yang akan terus berhenti kerja makan gaji dan fokus kepada business.Jika dia berjaya maka dia akan terus berjaya.Tetapi jika dia tidak berjaya berkemungkinan besar dia akan kembali kepada kerja makan gaji.Salah satu sebab utama kegagalan orang Melayu dalam business adalah hendak untung cepat dan malas belajar.Biarlah orang lain mengutuk saya kerana berniaga di pasar malam sahaja tetapi itulah realiti yang harus saya tempuhi iaitu orang Melayu lebih suka memberi komen yang negatif berbanding nasihat yang positif.Kerana wujudnya mereka inilah yang membuatkan orang Melayu tak maju-maju ke depan.Akhirnya ramai peniaga yang gulung tikar dan patah semangat dek asyik dok kena maki, sindir dan diperlekeh usaha kita untuk berjaya.Kita harus ingat kejayaan kita adalah kemanisan yang hanya kita dan keluarga kita sahaja yang rasa, tetapi kegagalan kita adalah kegagalan yang dinantikan oleh banyak lagi pihak yang lebih suka melihat kita jatuh.Sebab itu sudah menjadi budaya orang kita mentertawakan sesiapa yang jatuh.

Sahabat semua carilah perkara yang sahabat semua minat dan belajarlah bersungguh-sungguh tentang minat itu.Jika ayah saya minat membela,memberi makan,menjaga,menbuang tahi burung dan menjual burung belum tentu lagi saya juga berminat dengan penjualan burung.Bagi ayah saya membezakan jantan dan betina burung adalah satu benda yang paling senang untuknya, tetapi bagi saya sama saja jantan dan betinanya.Kalau nampak kemaluannya tersembul barulah senang nak tau.Ni hanya boleh dibezakan dengan warna bulu dan siulan sahaja.Mana lah saya tau. Bagi orang lain yang tidak tahu pasal burung mesti akan memperlekehkan ayah saya yang hanya menjual burung.Tetapi realitinya yang saya tau dompetnya tak penah kering, asyik tebal saja.Sebab tu dia mampu membeli jam Rado kerana nilai jam itu hanyalah sama dengan nilai 2 ekor burung Barau-barau atau merbah bidan.Apa yang penting kita jangan cepat sangat nak kejar kemewahan hasil dari perniagaan ni.Biar kita bertatih tetapi sedikit demi sedikit sebelum kita boleh berjalan dan berlari.Jangan bangun saja terus nak berlari, jika kita terjatuh pastu akan luka teruk.Jika nasib kita baik kita akan bangun kembali, jika kita tidak bernasib baik alamatnya bungkus la perniagaan kita.Rasanya bagi mereka yang sudah lama terlibat dengan perniagaan pasti mereka akan memahami maksud saya ini dan memahami kenapa saya bermula dengan langkah yang kecil.Banyak lagi ilmu yang saya masih belum masukkan ke dalam otak saya terutama pasal pelaburan hartanah dan tanaman kelapa sawit.Saya memerlukan masa untuk belajar dan bersedia sebelum saya terjun ke dalam dunia hartanah ini.Bila tiba masanya, datang lah ombak dan badai pasti saya akan dapat harunginya dengan tenang.Jika saya tidak bersedia datang ja angin sikit sudah pasti tanah tergadai rumah bersepai.

Wassalam

Thursday 26 December 2013

Alasan Untuk Tidak Berniaga

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan memaparkan alasan-alasan yang selalu kita dengar jika kita mengajak kawan-kawan kita untuk berniaga.

"Tak pa lah Iqbal.Hang jela yang berniaga.aku malu la nak berniaga ni"

Saya ingin bertanya kepada sahabat semua jika kita nak pi beli barang apa-apa jela, adakah kita akan berkata kepada tauke tu "ikh abang ni, tak malu ka nak jual barang ni kat saya".Saya tak pernah dengar lagi la.Jadi kenapa pula kita nak malu berniaga sedangkan pelanggan kita tak pernah malu nak membeli dari kita.Cabaran Orang Melayu yang paling hebat dalam perniagaan adalah nak buang sifat malu dari dalam diri.Saya sendiri juga amatlah tebal muka ni nak mula berniaga.Dari rumah lagi dok doa harap-haraplah takde terserempak dengan kawan-kawan sekerja kat pasar malam tempat saya berniaga.Takut pasal rasa malu jika ada kawan-kawan mengutuk "la hang ka Iqbal.Biar betul boleh mai meniaga kat pasar malam ni.Macam tak percaya ja".Tetapi sekarang jika jumpa kawan-kawan sekerja saya sendiri yang akan menegur.Siap boleh berbangga lagi terlibat dengan perniagaan kat pasar malam dan seronok nak share pengalaman berniaga dengan depa.Mak saya peniaga kedai makan, ayah saya peniaga burung jadi apa salahnya kalau saya berniaga barangan baby, toto dan beg Deuter.Yang paling penting saya minat buat apa yang saya buat sekarang dan hati saya rasa bahagia membuatnya.Jadi rasa malu untuk berniaga tu dah lama berkubur dari dalam diri saya.Saya juga tersenyum simpul apabila melihat telatah isteri saya yang masih lagi malu-malu nak melayan customer apabila dia mengikut saya pada hari pertama.Tapi bila 2 3 kali berniaga sifat malu pun saya nampak sudah keluar dari dalam dirinya dan boleh melayan customer dengan baik.

"Aku bukan tak minat nak berniaga ni Iqbal, tapi aku kurang modal la"

Sebenarnya modal memanglah satu perkara yang penting untuk bermula berniaga.Tapi ia bukanlah satu perkara yang paling penting dalam perniagaan.Percaya tak cakap saya.Ok sekarang sahabat semua letakkan satu situasi kepada saya supaya saya boleh start berniaga tanpa mempunyai sekupang pun duit dalam simpanan.Macam mana saya nak berniaga tanpa mempunyai apa-apa modal di tangan.Ini adalah situasi yang paling teruk yang boleh sahabat semua hadapi jika tidak mempunyai duit walau sekupang pun.Apa yang boleh saya buat adalah saya boleh mengutip botol-botol plastik, tin-tin kosong, plastik buangan, tin minuman dan besi buruk yang banyak orang kita buang saja dalam tong sampah kemudian menjualnya.Rasanya saya tidak memerlukan masa yang banyak untuk mengumpul RM1 kan.Dengan RM 1 tu saya akan gunakan duit tu dengan membeli benih kucai dari jiran yang banyak menanamnya.Jika saya bernasib baik saya hanya boleh mendapatkannya secara percuma. Saya hanya perlu memotong saja kucai tu seminggu sekali untuk saya berniaga kucai di pasar tani.Dengan hasil jualan kucai, rasanya tak memerlukan masa yang lama untuk saya mendapat RM1 dan mula membeli benih bendi.Bendi adalah satu tanaman yang paling senang untuk dijaga dan hidup.3 bulan menjual kucai kemudian pada bulan ke 4 saya sudah boleh bermula dengan menjual bendi.Hasil jualan kucai dan bendi membolehkan saya membeli benih serai pula.Pada bulan ke 7 saya sudah mempunyai kucai, bendi dan serai untuk jualan saya.Dan begitulah saya menambah kasil jualan saya dari bulan ke bulan dan akhirnya dalam masa 2 tahun penuhlah meja saya di pasar hari dengan sayur-sayuran yang saya tanam sendiri.Mudah bukan.Jadi sapa yang kata tak cukup modal tu luku ja kepala dia pasal hanya bagi alasan.

"Aku takut la nak berniaga.Banyak risikonya.Aku tengok ramai ja orang meniaga tapi tak berjaya.Ramai yang gulung tikar"

Sifat untuk takut berniaga adalah satu sifat yang saya tak boleh nak salahkan orang Melayu kerana memang dah menjadi sifat orang Melayu yang hanya berminat berkebun dan menternak.Saya juga menyalahkan sistem pendidikan kita yang mengajar kita supaya takut untuk membuat salah.Yela.Bila kita menjawab soalan peperiksaan, kita perlu membulatkan jawapan yang betul sahaja.Jika kita membulatkan jawapan yang salah maka kita dianggap pelajar yang lembap, bodoh dan lemah dalam pelajaran.Dari kecil lagi kita diajar supaya membuat perkara yang betul sahaja.Kita dilarang membuat perkara yang salah sehinggakan kita takut untuk membuat keputusan.Takut-takut keputusan yang kita buat untuk berniaga adalah jawapan yang salah dan menjadi pekerja makan gaji adalah jawapan yang betul.Sebenarnya, dalam perniagaan lebih banyak kita membulatkan jawapan yang salah adalah lebih baik dari kita membulatkan jawapan yang betul.Lebih banyak kita membuat kesalahan lebih banyak kita boleh belajar dan mengambil iktibar daripadanya.Apa yang paling penting adalah belajar dan tidak mengulang kembali kesalahan kita.Di bawah ni adalah satu ayat yang paling femes yang pernah saya dengar

"Berapa banyak kita jatuh adalah tidak penting, yang penting adalah berapa banyak kita bangun, bangkit dan berlari semula.Itu adalah lebih penting dari segalanya jika kita mahu berjaya dalam perniagaan"


Mungkin sahabat semua pernah mendengar kisah Thomas Edison yang mencipta lampu tu kan.Dia telah mencuba sebanyak 99 kali untuk mencipta lampu dengan menggunakan filamen lampu dari logam yang berlainan.Kemudian, pembantunya berkata "Kita tidak akan boleh berjaya mencipta lampu.Kita telah mencuba sebanyak 99 kali tetapi tetap juga gagal". Thomas berkata, "kita tidak gagal wahai pembantuku, tetapi kita telah berjaya menemui bahawa terdapat 99 logam yang tidak sesuai untuk dijadikan filamen lampu.Akhirnya, pada percubaannya yang ke 100 dia telah pun berjaya mencipta lampu. Apa akan jadi kepada dunia kita jika Thomas berhenti pada kali yang ke 99 dan mendengar cakap pembantunya.Sudah tentu dunia kita masih lagi dalam kegelapan dan hanya menggunakan pelita atau pun lilin sahaja.

Wassalam.

Wednesday 25 December 2013

Konsep Hidup Mewah Dengan Hasil Titik Peluh Orang Lain

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini, saya akan mengulas dengan lebih lanjut tentang satu konsep kehidupan yang disyorkan oleh Robert Kiyosaki dalam salah satu bukunya yang femes iaitu "Rick Dad Poor Dad".Kita mulakan dengan kehidupan kita sebagai seorang pekerja makan gaji yang betul-betul hanya mengharapkan duit gaji kita setiap bulan untuk menyara anak bini dan menyambung kehidupan kita di dunia.Kita tidak membuat side income dan bila hujung bulan saja abis duit gaji yang kita dapat tu kita belanjakan. Kemudian kita tunggu pulak gaji bulan depan kemudian kita belanjakan lagi.Proses ini akan kita ulang sampailah akhir hayat kita.Proses kehidupan sebeginilah yang disebut oleh Robert Kiyosaki sebagai "Rat Race" iaitu satu kitaran hidup yang sia-sia.Bila harga barang naik kita akan menyalahkan kerajaan dan majikan kerana tidak menaikkan gaji kita setara dengan harga barang yang naik tu.Jadi hiduplah kita di dunia dengan bergantung kepada duit gaji, subsidi dari kerajaan dan majikan. Saya adalah salah seorang daripada pekerja makan gaji yang hidup sebegini 5 tahun lepas. Kerja saya hari-hari sembang dengan kawan-kawan kutuk majikan pasal gaji tak naik-naik.Buat kerja banyak tapi gaji tak naik jugak dan akhirnya saya membuat keputusan untuk berubah.Daripada saya habiskan masa saya mengutuk sana-sini, baik saya ubah kehidupan saya dengan mempunyai side income iaitu terlibat dengan perniagaan.Saya bukan sahaja tidak menambah dosa saya mengutuk orang malah mendapat pahala dari Allah SWT kerana mengamalkan sunnah Nabi SAW dengan berniaga.


Kalau dengar dari ayat "Hidup Mewah Dengan Titik Peluh Orang Lain" ni memang la gempak kan.Tetapi sebenarnya inilah realiti setiap peniaga yang hidup hasil dari keuntungan jualan.Apabila kita bekerja makan gaji dan kita membelanjakan duit gaji kita dengan membeli barangan, sebenarnya taukey barangan itu akan mendapat keuntungan dan dari keuntungan itulah dia hidup.Jadi betul tak taukey barangan itu hidup dengan hasil titik peluh kita?.Itu adalah hubungan antara seorang pekerja makan gaji dengan seorang taukey.Pekerja makan gaji tu akan rugi kerana membeli dengan harga yang paling mahal dan tauke itu akan untung dengan menjual barangan. Cuba kita lihat pulak hubungan antara seorang peniaga dengan peniaga.Selalunya kita akan menjual barang kita kepada peniaga lain dengan harga diskaun dan kita juga akan membeli barangan dari peniaga lain dengan harga diskaun juga.Contohnya apa yang berlaku kepada saya baru-baru ni.Saya ingin membeli zoo beg pack dari seorang supplier dan istimewanya supplier saya juga ingin membeli beg Deuter saya. Jadi apa yang kami buat hanyalah bertukar sahaja barangan tu dan supplier itu hanya perlu bayar RM2 saja kerana barang kami berbeza nilai hanya RM2. Saya membuat untung dengan menjual Beg Deuter dan supplier itu juga membuat untung dengan menjual zoo beg pack kepada saya. Hubungan antara peniaga dengan peniaga akan membuatkan 2 belah pihak untung tetapi hubungan antara pekerja makan gaji dengan peniaga adalah satu pihak saja yang untung. Sekarang, sahabat semua faham kan kenapa saya sangat mengalakkan pekerja makan gaji macam kita ni terlibat dengan perniagaan sebagai side income kita?


Perkataan yang femes adalah kita perlu menggunakan OPM (Other People Money) untuk berjaya iaitu dengan membuat pinjaman dari bank, kemudian berniaga dan mendapat untung dan akhirnya membayar pinjaman bank dengan keuntungan yang kita dapat. Kita juga perlu menggunakan OPT (Other People Time) iaitu jika kita tidak mempunyai masa untuk menjaga kedai runcit kita, kita boleh mengaji seorang pekerja untuk menjaganya dan kita membayar gaji pekerja kita dengan keuntungan hasil jualan kita. 2 konsep di atas ini adalah kita membiarkan duit orang lain dan keringat orang lain bekerja untuk kita dan kita membayar upah kepada mereka dengan hasil keringat orang lain juga. Pendek kata, jika kita seorang pekerja makan gaji dan seorang peniaga, kita hidup seharian dengan keuntungan jualan barangan kita dan duit gaji kita tak perlu kita usik pun dan boleh digunakan untuk amal kebajikan atau simpanan sahaja.Saya tidak mengalakkan sahabat semua berenti kerja makan gaji dan menjadi seorang peniaga.Saya hanya mengalakkan sahabat semua masih lagi bekerja makan gaji kemudian menambah side income dengan berniaga.Setiap perniagaan ada pasang surutnya.Kita masih lagi boleh menarik nafas lega jika kita masih ada income sebagai pekerja makan gaji jika perniagaan kita mengalami masalah.

Bagaimana nak hidup sebagai pekerja makan gaji dan pada masa yang sama adalah seorang peniaga?Contohnya telah pun ada dimata sahabat semua iaitu meniru cara saya.Saya bekerja selama 5 hari seminggu dari pukul 8:30 sampai lah pukul 5:30.Hari Isnin sampailah hari Jumaat.Jadi saya menggunakan masa terluang saya pada malam hari dan hari minggu untuk berniaga.Tak letih ka bekerja dari pagi sampai malam? Kalau dah minat nak rasa letih apa.Pasal apa saya boleh menunggu ikan makan umpan saya sampai 24 jam kat kolam memancing?Sudah tentu pasal saya minat memancing.Bila memancing ikan tak terasa pun masa berlalu.Alih-alih dah pun 12 jam memancing.Kadang-kadang tak dapat ikan walau sekor pun.Tapi hati tetap rasa gembira dan jiwa rasa tenang selepas memancing.Sebenarnya masa memancinglah saya mengelamun berfikir tentang kehidupan dan masalah saya.Lebih berat masalah yang saya tanggung lebih lama saya akan memancing.Terlibat dengan pelaburan hartanah pula tidak memerlukan masa yang banyak untuk saya.Masa yang paling banyak untuk saya habiskan dalam bidang pelaburan hartanah adalah masa untuk belajar dan membaca buku. Masa untuk mengutip hasil sewa rumah hanyalah sehari, masa untuk mengutip hasil sawit hanyalah sebulan sekali dan setiap minggu untuk kerja-kerja meracun dan membaja. Itupun saya boleh menggunakan OPT untuk menolong saya mengutip hasil sawit.Jadi apa yang susahnya jika saya bekerja makan gaji dan pada masa yang sama saya adalah peniaga pasar malam, tauke rumah sewa dan tauke kelapa sawit?.

Saya sebenarnya cukup kesian kat kawan-kawan sekerja yang ada strunggle untuk hidup.Yela gaji yang diberi tidak setimpal dengan pekerjaan dan kepakaran mereka.Saya sendiri juga tidak mempunyai kuasa untuk mengubahnya.Saya perlu menerima arahan dari manager dan pada masa yang sama saya juga perlu memberi arahan kepada technician.Saya berada dipersimpangan antara seorang yang berjawatan tinggi dengan yang berjawatan rendah.Cubalah kita bayangkan jika bulu dibadan kita ni berharga dan boleh dijual di pasar malam.Saya ingat mesti ramai kawan-kawan saya yang jual bulu di pasar malam.Yela.cabut ja bulu kat badan pastu jual.Minggu depan bulu tu tumbuh lagi pastu kita jual lagi.Bila tetiba saya berjumpa dengan Pak Di kat tepi jalan."Pak Di, Mai dari mana ni?",Pakdi pun menjawab, "Mai dari pekan hari kat Padang Serai nu.Jual bulu kat sana.Ramai la yang mai beli.Tambah-tambah yang makcik-makcik.Satu kampung makcik-makcik keluar mai borong bulu dari Pak Di. Pastu jalan-jalan jumpa la pulak dengan Kak Mas."Mai mana Kak Mas?".Kak Mas menjawab," Oh hang ka Iqbal.Kak Mas mai dari pasar malam la jual bulu.Laku betul la orang beli sampaikan tak sempat nak cukur.Depa mai pakat cabut sendiri ja bulu Kak Mas".Pastu jalan lagi terjumpa la pulak dengan Kak Za."Kak Za ni mai dari mana?".Kak Za jawab,"Mai dari pekan hari la Iqbal oiii jual bulu.Tapi tak laku sangat la bulu Kak Za.Ingat nak kena pakai syampoo banyak-banyak la bagi berkilat sikit barulah cepat laku".Jalan lagi tetiba jumpa la pulak dengan Pak Syeikh."Weh Iqbal, hang tau tak aku bulan ni kaya betul jual bulu.Janggut aku panjang-panjang jadi boleh la aku jual mahal sikit.Kira memang hidup senang la dengan jual bulu ni.Saya bukannya nak kurang ajar tetapi macam tu la betapa kecilnya gaji rakan sekerja.Sampaikan kalau bulu dibadan boleh dijual kompom depa akan jual.

Rasanya saya telah pun cuba sedaya upaya saya untuk mempengaruhi minda sahabat semua berubah dari seorang pekerja makan gaji kepada minda seorang tauke. Perubahan minda ini amatlah diperlukan untuk kesejahteraan kaum Melayu di Malaysia dan keperkasaan umat Islam secara keseluruhannya. Datuk Nenek kita tinggalkan bumi bertuah ini untuk kita sebagai pewarisnya tetapi apa yang kita lakukan dengan harta ni semua?jika zaman penjajah kita membiarkannya jatuh ke tangan penjajah tetapi pada masa sekarang kita membiarkannya jatuh ke tangan kaum lain.Kita perlu menguasai daratan dan lautan semula seperti suatu masa dahulu yang kaum Melayu adalah kaum yang paling berjaya di dunia yang terkenal sebagai seorang pelaut dan pengembara.Bahasa Melayu adalah setanding dengan bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa perantaraan dunia.Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika bukan kita sendiri yang mengubahnya.Kikiskan sifat orang Melayu yang suka dengki, kianat,sombong, riak,kedekut ilmu dan sebagainya tu.Marilah bersama saya untuk menuju kejayaan di dunia dan di akhirat.

Wassalam.


Tuesday 24 December 2013

Cerita Perniagaan Dan Pengalaman Berniaga Di Pasar Malam

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting pada kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman saya berniaga secara kecil-kecilan. Pada hari Jumaat minggu lepas, Amin kawan saya ada datang ke tempat kerja untuk mencari kawan-kawannya yang boleh membuka cawangan satey grill kat Kulim. Ramai juga la kawan-kawan saya yang lain dengar penerangan dari Amin dan kebanyakkannya memang menyokong usaha Amin untuk membesarkan cawangan Sate Grillnya.Tetapi dari apa yang saya nampak mungkin kawan yang lain kekurangan modal untuk bermula iaitu kita perlu membeli segala set sate grill beserta dengan kiosknya sebanyak RM3500.Bagi mereka yang betul-betul berminat untuk membuat perniagaan francais, RM3500 adalah satu jumlah yang sangat kecil berbanding francais yang lain. Amin juga turut mempelawa saya untuk membuka sate grill tapi saya mempunyai prinsip saya sendiri iaitu saya hanya akan membuat sesuatu benda kerana minat.Keuntungan dari hasil jualan adalah satu bonus sahaja bagi saya.Tapi apa yang penting adalah kepuasan saya terlibat dengan benda yang saya minat.

Contohnya, isteri saya berminat dengan jualan barang-barang baby dan dia hanya mahu fokus kepada barangan untuk baby sahaja.Dia tak suka campur dengan barangan lain.Toto dan beg Deuter yang saya jual sebenarnya adalah minat saya dan ditumpang kepada isteri saya untuk menjualnya.Dari pengamatan saya, orang Cina boleh berjaya dalam perniagaan kerana minat mereka terhadap sesuatu benda.Jika minat repair jam memang dia akan repair dari kecil sampai la masuk lubang kubur.Dia masih lagi repair jam kerana minatnya dan jika ada orang suruh dia repair jam, ia hanya bonus di atas kepakarannya repair jam.Berbeza dengan orang Melayu yang hanya buat sesuatu benda kerana duit.Bila time orang ternak keli jadi kaya, ramai orang Melayu yang ternak keli sampaikan keli berlambak di pasaran dan akhirnya harganya jatuh.Bila musim orang ternak cacing, ramai pulak orang Melayu yang ternak cacing dan akhirnya cacing kemana baja kemana.Yang tinggal adalah kerugian sahaja.Sama juga halnya dengan penternakan burung walit.Orang Melayu terlibat dengan penternakan burung walit hanya kerana harga sarang burung itu mencecah nilai ribuan ringgit sekilo.Tapi kita lihat berapa banyak rumah burung walit yang terbengkalai kerana kos untuk bina rumahnya mencecah RM 300 ribu. Akhirnya, kecundang juga orang Melayu dalam penternakan burung walit.Dari apa yang saya belajar dan tahu, kita mesti fokus kepada minat kita dan bertahan dengannya hingga ke akhir hayat kita.

Tapi apa yang saya nak kongsi di sini adalah semangat dari Amin yang cuba membuka minda kawan-kawan saya yang lain untuk turut berniaga seperti dia.Pada masa dia bercerita memang la ramai yang terangguk-angguk dan semangat.Tetapi selepas itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri la.Balik rumah still lagi dok bawak sebagai minda orang makan gaji.Saya berani katakan dan percaya mereka yang membaca posting saya hanya 10% sahaja yang akan berubah.20% bila tengok ayat berjela dalam blog saya, dia akan terus pangkah sahaja pasal malas nak baca.30% akan baca sampai habis dan kemudian akan teruskan hidup seperti biasa tanpa rasa apa-apa pun tentang posting dan ilmu yang saya curahkan.Sebab itu semua posting saya tiada komen dari pembaca.Lagi 30% mungkin rasa tersedar diri sikit dengan apa yang saya cakap tetapi masih malas untuk bergerak.Saya mengajak ubah minda dari minda makan gaji kepada minda taukeh pun rasa macam malas ja nak ikut dan akhirnya lupa macam tu saja.Lagi 10% akan cuba berubah dan bermula dengan perniagaan pasar malam sebagai permulaan dan akhirnya akan menemui kegagalan dan kemudian berputus asa atau hangat-hangat tahi ayam.Hanya 10% yang akan mengambil segala ilmu yang saya curahkan, membeli buku-buku yang saya baca, melawat web yang saya syorkan,bermain permainan cashflow yang direka oleh Robert Kiyosaki dan membuat planning 10 tahun ke depan untuk mengubah diri ke arah mengejar kekayaan dunia dan berjanji akan menggunakan harta yang diperolehi ke arah amal jariah dan agama.

Amin mempunyai rangkaian business dia yang tersendiri dan saya juga mahu mempunyai business saya juga yang tersendiri.Seperti yang saya katakan, saya ingin fokus kepada perniagaan barangan baby,barangan Thailand dan kedai runcit.Perniagaan ini akan dipantau oleh isteri saya.Untuk saya pula, saya lebih suka kepada bidang hartanah iaitu pemilikan rangkaian rumah sewa dan rangkaian ladang kelapa sawit.Biarlah isteri saya bergerak dengan perniagaan yang aktif dan saya bergerak dengan perniagaan yang pasif.Sebenarnya saya telah pun membuat perancangan 5 tahun dan 10 tahun untuk business saya. Dari perancangan saya, hanya diri saya dan Allah SWT sahaja yang boleh menghalang saya untuk berjaya.Jika diri saya hangat-hangat tahi ayam dan malas belajar akhirnya saya hanya berada pada satu tempat yang statik iaitu di pasar malam sahaja.Tetapi saya mempunyai perancangan sehingga ingin menjadi pemborong yang mengambil barangan direct dari China dan supply untuk semua rangkaian kedai saya di seluruh Malaysia.Ini adalah satu impian besar untuk seorang pekerja makan gaji yang kecil seperti saya.Tapi saya perlu terus berusaha dan disertakan dengan tawakal kepada Allah memandangkan niat saya adalah untuk meninggikan syiar Islam dimata orang yang bukan Islam.Saya ingin sangat membantu mereka yang hidup susah dan yang paling saya mahu adalah saya tidak berasa sayang untuk menderma seberapa banyak yang saya suka.Bila saya ada duit RM50 untuk menderma kepada perbinaan masjid bukanlah satu jumlah yang besar tapi bila saya dalam keadaan yang sesak kenapa saya boleh dok ingat balik tentang jumlah yang saya dah dermakan itu.Itu adalah satu perasaan yang saya rasa cukup pahit memandangkan saya memberi pada mulanya adalah dengan penuh keikhlasan.

Sekarang, setiap malam sabtu saya berniaga di pasar malam Taman Mutiara, Kulim tempat tinggal saya.Hari Ahad pula dari pagi sampai petang di Padang Serai dan malam Ahad di Kelang Lama, Kulim.Saya bersyukur kerana Allah telah menolong saya melalui kemurnian hati seorang pakcik yang jual kain langsir ni untuk beri ruang berniaga di sebelahnya di Padang Serai.Untuk peniaga baru, tapak kat Padang Serai adalah satu tapak yang cukup susah untuk kita masuk kerana penuh dengan peniaga.Tetapi atas bantuan rakan seperniaga dan rahmat Allah saya berjaya menapak di Padang Serai.Hasil jualan untuk 2 hari ni juga amatlah memberangsangkan sehingga stok Toto Narita saya habis dalam simpanan.Mungkin minggu ni saya akan menambah stok lagi.Mungkin ada yang bertanya tak letih ka buat kerja 7 hari seminggu ni.Bagi saya, jika kita dah suka memang kita takkan letih.Kita hanya akan berasa letih apabila membuat benda yang kita tak suka atau minat sahaja.Amin sendiri bagitau saya yang dia hanya tidur 3 jam saja sehari kerana sibuk dengan perniagaan.Jika sahabat berkata teruknya saya bekerja, saya boleh katakan ada orang yang lebih teruk lagi dari saya.Kelebihan sebagai seorang peniaga pula mula dapat saya rasai apabila membeli dari peniaga lain dengan harga diskaun.Jika orang lain membeli pekasam dengan harga RM5 sepaket, saya membeli dengan harga RM4 sahaja.Jika orang lain membeli ikan RM8 ringgit sekilo, saya membeli dengan harga RM6 sekilo. Di sinilah kelebihan mereka yang berniaga berbanding orang lain yang hanya tahu makan gaji dan tidak mahu berniaga.Mereka membeli sesuatu barangan dengan harga yang paling tinggi.Bila barangan naik mereka hanya tahu melalak dan menyalahkan semua orang termasuk kerajaan dan majikan, tetapi untuk diri mereka sendiri, mereka tidak suka berubah dari minda makan gaji kepada minda seorang taukeh.

"Benda paling susah untuk kita ubah adalah tabiat dan pemikiran, jika kita boleh mengubahnya tiada lagi penghalang untuk kita mencapai kejayaan"

Saya yakin saya tidak akan boleh mengubah minda semua orang, tetapi cukuplah jika ada seorang yang benar-benar boleh bersama-sama dengan saya untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

Wassalam.


Thursday 19 December 2013

Pelaburan Yang Disyorkan Oleh Allah SWT Melalui Al-Quran

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini, saya ingin membawa sahabat semua menghayati satu ayat Al-Quran yang Allah terangkan bahawa manusia cinta kepada 6 benda ini di dunia dan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.

3:14

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertimbun dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah.Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik. Surah Al-Imran ayat 14

Betapa ramai umat Islam mengejar 6 perkara ini untuk kesenangan hidup di dunia. Kita bekerja siang malam untuk mengumpul 6 perkara ini dan ada juga yang hanyut dalam kehidupan dunia sehingga lupa kepada kehidupan akhirat yang lebih kekal abadi. Tetapi secara simboliknya, sebenarnya Allah telah pun mengajar kita untuk terlibat dengan 6 perkara ini sebagai pelaburan kita di dunia. Bagi yang buta hati, mereka akan mengumpul 6 perkara ini dan hanyut dengannya tanpa mengingati Allah. Tetapi bagi mereka yang celik hati, mereka akan menggunakan 6 perkara ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Pilihan di tangan kita. Kita lah yang akan menggunakan nikmat yang Allah beri untuk kebaikkan atau keburukkan.

1-Perempuan-perempuan atau isteri-isteri. Saya pernah mendengar satu kisah yang ustaz ceritakan dalam tazkirahnya berkenaan seorang sahabat yang hidupnya susah. Dia meminta nasihat dari Nabi Muhammad SAW dan Nabi menasihatkan dia supaya berkahwin. Dia pun berkahwin dengan seorang perempuan tetapi kehidupannya tidak juga berubah dan dia pun datang lagi untuk meminta nasihat dari Nabi Muhammad SAW. Nabi menasihatinya supaya berkahwin lagi.Dia pun berkahwin dengan perempuan yang ke 2.Hidupnya tidak juga berubah dan makin susah.Dia datang lagi meminta nasihat Nabi dan Nabi menyuruhnya berkahwin lagi.Dia pun berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang ke 3 dan hidupnya juga tidak berubah malah semakin teruk kerana hendak menanggung 3 orang isteri.Dia datang lagi meminta nasihat dari Nabi dan Nabi Muhammad SAW menyuruhnya berkahwin untuk kali ke 4.Dia pun berkahwin la dengan seorang perempuan untuk kali ke 4 dan yang istimewanya perempuan yang ke 4 ini pandai menjahit baju dan dia mengajar 3 orang lagi madunya menjahit baju.Sekarang sahabat ini mempunyai 4 orang isteri yang pandai menjahit baju dan kehidupannya telah berubah dari hidup yang susah kepada kehidupan yang lebih senang hasil dari jualan pakaian.Bagi mereka yang suka berpoligami,  mereka akan memahami cerita ini sebagai satu sebab untuk berkata kepada isteri mereka bahawa poligami akan membawa banyak rezeki kepada kita. Tapi saya melihat cerita ini mempunyai unsur pelaburan di akhirat kerana lebih banyak isteri lebih banyak tanggungjawabnya. Jika kita berjaya mendidik isteri-isteri kita supaya menjadi isteri yang solehah berjayalah kita di akhirat.Tetapi jika keempat-empat isteri kita banyak ingkar arahan Allah, mereka lah yang akan mengheret kita ke dalam api neraka.


2-Anak-anak.Mempunyai anak yang ramai adalah satu pelaburan kita di dunia dan di akhirat.Jika kita bercadang untuk mengembangkan bisnes kita kepada beberapa cawangan, anak kita adalah seorang manager yang paling layak untuk menjaga bisnes kita.Mereka juga boleh mendoakan kita apabila kita berada dalam alam barzakh.Mempunyai anak yang ramai dan kesemuanya adalah anak yang soleh boleh membuatkan diri kita benar-benar bahagia di dunia dan di akhirat.Tetapi jika kita memberi didikan yang salah dan mereka banyak membuat maksiat, mereka jugalah yang akan mengheret kita ke neraka Allah.


3-Emas dan perak adalah satu logam yang amat berharga di dunia.Tiada siapa pun yang dapat meniru atau mencipta logam ini. Walaupun saintis yang paling bijak cuba untuk menhasilkan logam ini melalui proses kimia tetapi tidak berjaya.Jika kita mempunyai emas dan perak yang banyak kita adalah seorang yang kaya di dunia dan jika kita membayar zakat melalui pemilikannya kita juga akan berjaya di akhirat.Tetapi jika kita hanyut dengan pengumpulan 2 logam ni tanpa berzakat, logam inilah juga yang akan mengheret kita ke dalam api neraka Allah.


4-Kuda pilihan.Ada juga saya baca yang mentafsir sebagai kenderaan. Memang benar kenderaan sekarang ini adalah satu benda yang cukup kita idamkan.Ramai yang berlumba-lumba untuk memakai kenderaan yang paling canggih dan mewah.Tak kurang juga ramai yang terlibat dengan pelaburan yang melibatkan kenderaan seperti lori,bas,treler,kapal,kapal terbang dan sebagainya.Mempunyai kenderaan tidak perlu membayar zakat tetapi mempunyai perniagaan yang melibatkan kenderaan perlu membayar zakat.Bergantung kepada kita untuk menggunakan kenderaan sebagai alat untuk kita bermegah,riak dan sombong atau berniaga dan membayar zakat sebagai pelaburan kita di akhirat.


5-Haiwan ternakan.Haiwan ternakan juga adalah satu pelaburan yang boleh membawa kejayaan di dunia.Kita hanya perlu bermula dengan sepasang haiwan ternakan sahaja.Dengan berkat dari Allah dan ilmu kita tentang ternakan, ternakan ini akan bertambah sehingga di luar kemampuan kita untuk menjaganya.Pelaburan dalam bidang penternakan juga memerlukan kita membayar zakat.Terpulang kepada kita juga mahu hanyut menjaga ternakan sampai tak solat atau menggunakan ternakan kita untuk bersedekah dan membuat amal jariah.


6-Sawah.Ada juga tafsir yang mengatakan ladang dan kebun.Seperti yang kita tahu mempunyai sawah, ladang dan kebun juga adalah satu bentuk pelaburan yang boleh membawa kejayaan kepada kita.Hasil dari pertanian ini juga memerlukan kita membayar zakat.Terpulanglah kepda kita untuk membawa tanah yang kita ada kepada mendekati Allah atau menjauhkan kita dari Allah.

Kesimpulannya, mereka yang ingin berjaya di dunia perlu melibatkan diri dengan 6 perkara yang Allah telah firmankan kepada umat Islam sebagai panduan ini.Allah telah menjamin bahawa memiliki 6 perkara ini akan membawa kesenangan hidup di dunia.Tetapi Allah juga memberi peringatan kepada kita bahawa kita perlu membayar zakat dan menggunakan 6 perkara ini untuk kebaikkan dan membuat amal jariah melaluinya.

Saya ingin juga membawa sahabat semua berfikir tentang ayat ini yang membawa 2 maksud kepada kita iaitu positif dan negatif. Terpulang kepada sahabat semua nak pakai maksud yang negatif atau yang positif. Untuk mereka yang memahami ayat ini secara negatif, mereka akan mengsyorkan kepada kita supaya menjauhi 6 perkara ini kerana 6 perkara ini hanyalah kesenangan hidup di dunia yang mempedayakan.

6:32

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan gurau senda. Sedangkan akhirat itu, sesungguhnya lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

29:64

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan kehidupan dunia ini hanyalah gurau senda dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, jika mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)
 47:36

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan ujian. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)

Berdasarkan 3 ayat Al-Quran di atas, saya mendapati ada para ilmuan Islam sekarang yang menolak dunia dan hanya menumpukan usaha ke arah kehidupan akhirat. Mungkin dari ayat-ayat ini juga kita diajar supaya lebih cintakan akhirat dari dunia kerana hidup di dunia hanyalah permainan, ujian dan senda-gurau. Dengan itu juga ramai yang beranggapan Islam mengajak umatnya supaya mundur dan hidup dalam kemiskinan kerana cintakan akhirat lebih baik dari cintakan dunia.Saya tidak pasti kenapa boleh bertumbuhnya pemikiran yang sebegini sedangkan pada zaman Rasulullah dan sahabat Islam berkembang dengan membawa syiar Islam dan kepesatan ilmu dan teknologi.Betapa ramainya ilmuan Islam yang terkenal dapat dilahirkan melalui pemahaman mereka yang mendalam dalam pengajian Al-Quran.Mereka bukan sahaja ilmuan dalam bidang agama malah ilmuan besar dalam bidang keduniaan seperti matematik,kedoktoran,fizik,astrologi dan sebagainya.Walau bagaimanapun, mari kita berfikir

Sebenarnya ayat ini ditujukan kepada siapa? 
Siapakah yang terlalu asyik dengan dunia sehingga lupa kepada akhirat?

Pada pendapat saya, ayat ini ditujukan kepada mereka yang masih juga tidak mahu memeluk agama Islam dan mereka yang lalai dengan keduniaan.Saya pasti ayat ini tidak ditujukan kepada seorang Islam yang kaya raya yang memiliki 6 perkara di atas dan masih tunduk patuh kepada perintah Ilahi.Saya mengajak sahabat semua untuk menjadi seorang yang kaya di dunia supaya kita boleh gunakan kekayaan kita untuk menegakkan syiar Islam tetapi jika sahabat semua menjadi kaya dan semakin engkar dengan perintah Allah sesungguhnya azab Allah amatlah pedih untuk golongan yang sebegini.

Wassalam.

Wednesday 18 December 2013

Ayat Tersurat Dan Ayat Tersirat

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini, saya cuba memaparkan ayat-ayat yang selalu orang Melayu kita guna apabila bersembang dengan kawan-kawan.


"Bila hang nak beli rumah sendiri?Anak-anak dah besar takkan la asyik nak duduk rumah sewa saja.Tengok macam aku awal-awal lagi dah beli rumah sendiri.Siap renovate buat macam-macam lagi kat rumah aku ni (renovate pulak pakai personal loan).Hang tau rumah ni la aset aku yang paling besar.Rumah kalau tak beli awal makin lama makin mahal.Rugi hang tak beli awal".

Jawapan saya: 

1-Bagi saya apabila saya mempunyai rumah sendiri maknanya saya mempunyai geran rumah yang tertulis nama saya sebagai pemilik rumah tersebut dan saya memegang geran tu. Kita jangan sekali-kali mengatakan rumah yang kita beli tu adalah rumah kita.Mana boleh jadi rumah kita kalau setakat bayar deposit 10% sahaja pastu bayar pulak tiap-tiap bulan kat bank.Bank masih memegang geran rumah tu.Selagi kita tak bayar habis jangan harap lah bank nak letak nama kita kat geran tu.Habis bayar rumah barulah dapat geran.Jadi rumah yang kita beli tu rumah siapa?Rumah bank la.Kalau dah dok canang kat semua yang rumah tu rumah kita cuba la tengok tak bayar 3 bulan kat bank.Barulah kita tau hak siapa yang sebenarnya rumah tu.Jadi apa bezanya saya menyewa rumah dan tiap-tiap bulan saya bayar kepada tuan rumah dengan mereka yang menyewa rumah tu kepada bank dan membayar kepada bank tiap-tiap bulan.Jika saya tak bayar sewa rumah saya kena halau.Kalau mereka tak bayar 3 bulan bank lelong rumah tu.
2-Buat apa nak renovate rumah bank, pakai personal loan pulak tu.Saya pun tak teringin nak renovate rumah sewa saya.
3-Macam yang saya dah terangkan rumah yang kita duduk adalah liabiliti.Rumah yang kita sewakan barulah aset.Ingat lagi pelajaran dari Robert Kiyosaki

"Aset adalah sesuatu yang memasukkan duit ke dalam poket kita, liabiliti adalah sesuatu yang mengeluarkan duit dari poket kita"

4-Saya takkan berasa rugi jika tidak membeli rumah saya sendiri awal-awal. Saya akan lebih rugi jika saya membeli banglo kemudian saya perlu bekerja memerah keringat untuk bayar kat bank tiap-tiap bulan.Jika saya dibuang kerja, atau sakit siapa yang nak bayar banglo saya.Kompom banglo yang saya ada tu akan dilelong.Apa yang saya boleh lakukan adalah membeli seberapa banyak rumah untuk disewakan kemudian membuat banglo saya sendiri dengan hasil kutipan sewa.Sahabat semua tahu ka setiap bulan berapa banyak rumah kat Kedah, Penang dan Perak yang kena lelong?Saya tahu pasal semua senarai rumah dan tanah lelong ada kat saya dan saya juga terpikir berapa ramai orang Melayu yang rumahnya atau tanahnya kena lelong pasal tak mampu bayar bulan-bulan kat bank.Jangan jadikan rumah anda termasuk dalam senarai rumah lelong yang dihantar kepada saya tiap-tiap bulan.

"Orang miskin terus membuat rumah dengan straw, orang kelas menengah terus membuat rumah dengan bata, tapi orang kaya hanya akan menyusun batu berlian sedikit demi sedikit sehinggalah pada satu masa akan terbentuklah istana."


"Eh, ni kereta hang ka?Bila hang nak tukar kereta.Tengok macam aku, baru beli ni Toyota Camry.Dah lama aku dok idam nak pakai kereta ni akhirnya tercapai jugak hasrat aku dengan usaha titik peluh aku sendiri"

Jawapan saya:

1.Yeke.Minta maaflah. kereta mewah macam ni adalah liabiliti.Dari saya beli Camry baik saya beli Toyota Hillux yang boleh saya buat aset iaitu untuk angkut barang berniaga dengan angkut kelapa sawit.Walaupun kereta saya tak hebat tapi dengan kereta ni la saya gunakan untuk berniaga pasar malam dan hantar barang kepada customer.
2-Minta maaflah. Saya tak suka berbelanja mewah dengan hasil titik peluh saya sendiri. Saya lebih suka berbelanja mewah dengan titik peluh orang lain. Kalau saya nak pakai kereta mewah pun saya tak pakai Camry ni. Saya nak pakai Nissan Fairlady.Kereta ni pulak bayar kat bank pakai duit hasil kutipan sewa dan hasil sawit. Duit titik peluh saya, saya akan gunakan untuk bersedekah dan buat amal jariah.

"Orang miskin yang berlagak kaya akan menggunakan hasil titik peluhnya untuk membeli kereta mewah, tapi orang kaya yang berlagak miskin akan membeli kereta mewah pasal nak lari dari cukai perniagaan.Daripada bayar cukai banyak-banyak kat kerajaan baik beli kereta mewah atas nama syarikat.Barulah kurang cukai yang nak kena bayar dan barulah bijak"

Sebenarnya ada banyak lagi ayat-ayat orang Melayu yang mengelikan hati saya. Setakat sekarang baru 2 ni ja yang terpikir.Nanti saya post untuk ayat-ayat yang lain pulak.Kadang-kadang yang sedihnya ayat-ayat ni datang dari Orang Melayu kita yang berpendidikan tinggi bukannya dari orang kampung.

Ha satu lagi ayat: "Best oo kami pi melancong kat Kelantan dan Terengganu.Hang besa pi ka kat sana.Kalau tak biasa pi baik pi melancong kat sana.Best la tempat dia"

Ayah saya pesan "Kalau nak pi mana-mana jangan pi balik dengan tangan kosong.Mesti kena beli something untuk kita niagakan."

Contohnya on the way ayah nak pi melawat adik kat Batu Gajah dia akan singgah kat Ipoh untuk beli burung murai cacing.Beli kat Ipoh harga dia RM50 saja.Tapi bawak balik kat Kedah boleh jual sampai RM200.Huhu.Pokcik kayo...

Wassalam.

Tuesday 17 December 2013

Rumah Sewaku Adalah Mesin ATM Ku

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting pada kali ini saya akan menceritakan tentang aset saya yang kedua iaitu sebuah rumah yang masih lagi dalam proses untuk mendapatkan kunci.

Ceritanya bermula apabila Aziran menasihatkan saya supaya membeli rumah kos rendah sebelum pihak syarikat menaikkan gaji saya kerana selepas pertukaran pemerintahan daripada PAS kepada BN berkemungkinan CEO yang akan dilantik untuk mengantikan CEO lama akan cuba mengambil hati semua staf dengan menaikkan gaji (sebenarnya sampai sekarang masih belum berganti dan sampai sekarang jugak gaji belum naik.Huhu).

Ini adalah syarat-syarat untuk memiliki sebuah rumah kos rendah
  1. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM2500.Gaji saya memang tidak lebih dari RM2500 dan isteri saya pula tidak bekerja.Hanya suri rumah sepenuh masa pada masa tu.(sekarang dia terlibat dengan perniagaan online dan pasar malam).
  2. Tidak pernah memiliki rumah lagi. Maknanya rumah kos rendah yang kita nak beli ni adalah rumah pertama kita.
  3. Berumur 18 tahun ke atas dan rakyat Malaysia.
  4. Mereka yang bujang juga boleh membeli rumah kos rendah jika 3 syarat di atas dipatuhi kerana adik saya juga boleh membelinya.Rumah kami selang sebuah saja.Dok dekat-dekat senang sikit nak tengok-tengok rumah masing-masing.
  5. Paling penting kena berdaftar dengan wisma negeri.Wisma negeri akan menghantar surat kepada kita yang mengatakan kita layak untuk beli rumah kos rendah ini.
Saya tidak peduli apa yang orang lain kata berkenaan keputusan saya untuk membeli rumah kos rendah.Walaupun jawatan saya termasuk dalam golongan professional tetapi gaji saya sangatlah tidak professional sehingga saya layak untuk membeli rumah kos rendah. Jangan salahkan saya kerana menutup peluang orang lain yang mempunyai gaji yang lebih kecil tetapi salahkan lah syarikat saya yang memberi gaji yang tak setimpal dengan jawatan saya.

Kalau dah gaji kecil kenapa saya tak berenti dari syarikat ni? Saya bekerja di sini kerana saya suka dengan apa yang saya buat.Saya suka bekerja bila bangun pagi sahaja, saya tidak tahu apa benda atau masalah apa yang akan saya hadapi hari itu. Saya tidak suke kerja yang rutin. Di sini saya adalah salesman, tukang buat quotation,planner, purchaser, project manager, manager (pasal kadang-kadang kena bagi arahan kat staf & kadang-kadang bagi nasihat kat bos.hehe) dan yang paling bestnya saya juga adalah kuli iaitu kena jadi runner untuk delivery, hantar cek, dan hantar part untuk process finishing macam anodize, blackening and Electro Nickel (EN). Kadang-kadang saya juga turun tolong production gosok deburr, assembly dan jalan mesin konventional.Saya suka bekerja di mana saya boleh menganggap seperti saya running business sendiri dan ini adalah latihan yang cukup bermakna untuk saya apabila saya betul-betul menjalankan business sendiri nanti. Pendek kata, di syarikat ini saya berlatih untuk menjadi seorang tauke dan sebenarnya ada 2 3 orang staf sini yang dah pun menjadi tauke.Di sini saya adalah tauke dan saya juga adalah kuli.

Saya bercadang untuk membeli rumah kos rendah dan disewakan kerana saya rasakan modal saya tak cukup untuk menampung perbelanjaan tanah saya selepas saya menanam pokok sawit.Saya perlukan modal pusingan hasil daripada kutipan rumah sewa untuk saya gunakan membeli pokok, baja, racun dan kos penyelenggaraan kebun kelapa sawit saya.Modal yang ada kat saya juga hanya cukup-cukup sahaja untuk membayar 10% untuk membeli sebiji rumah.

Bermulalah usaha saya mencari dalam mudah.com, rumah-rumah kos rendah yang boleh memberikan positif cashflow kepada saya. Agak lama juga saya mencari selama lebih kurang 2 bulan. Hari-hari tengok kot-kot ada yang jual murah. Kebanyakkannya yang iklan adalah rumah kos rendah yang dah uzur atau agen yang cuba mengambil komisyen dengan mengiklankan rumah yang hendak dilelong. Pencarian saya berakhir apabila saya terlihat satu iklan yang mengatakan rumah kos rendah ini adalah rumah baru tetapi tidak laku sejak 2006 lagi. Rumah telah siap tahun 2006 tetapi orang tak beli kerana tempat tu pada masa 2006 hanya ada kawasan perumahan tu ja. Kemudahan yang lain adalah jauh dari bandar. Jika dinilai dari harga semasa harganya adalah RM50k.Tetapi pemaju telah melantik satu syarikat untuk menjual rumah tu dengan harga RM35k. Peluang di depan mata. Mana nak dapat rumah kos rendah baru dengan harga RM35k saja. Saya terus telefon nombor yang tertera dan tanya pasal rumah ni.Malangnya nasib saya 50 unit telah habis ditempah.Tetapi nama saya termasuk dalam list menunggu kot-kot ada pembeli yang loannya tak lepas.

Lepas 2 bulan menunggu dan setiap minggu call Ms Maly update pasal rumah tu akhirnya penantian saya berhasil. Ada 5 orang yang loannya tak lepas. Kebanyakkan kes loan tak lepas pasal hutang kad kredit atau commitment bulanan tinggi sangat. (buat loan untuk ASB adalah commitment bulanan dan termasuk dalam CCRIS.Ramai yang tak lepas loan beli rumah pasal ada loan ASB. Jadi hati-hati apabila meminjam dan kaji dahulu pro & cont sebelum membuat pinjaman ASB). Saya pun terus canang kat kawan-kawan kat syarikat saya dan kebanyakkannya tak lepas syarat. Yang lepas syarat tak beli pun rumah ni. Saya juga memberitahu adik saya dan dia juga membelinya. Saya terus bagi deposit RM500 untuk booking rumah tu.

Saya akan menceritakan secara detail cara-cara untuk membeli rumah dan proses-prosesnya pada posting yang akan datang. Dalam posting ini saya hanya mahu memberitahu sahabat semua macam mana kita nak buat pasif income melalui menyewa rumah kita. Rumah kos rendah ini yang bagusnya adalah bersebelahan dengan satu universiti swasta yang terkenal. Ada 10 unit kat taman ini yang dah pun disewa oleh universiti untuk dijadikan asmara pelajar. Eh asrama pelajar. Jadi peluang saya untuk menyewakan rumah ini kepada student amatlah cerah. Sekarang ini mereka menyewa di tempat yang agak jauh dari universiti. Tambahan pula kawasan ini belum lagi tepu dengan pembangunan. Apabila hotel, kedai makan dan kemudahan lain telah membangun di sini, rumah ini juga akan meningkat nilainya seiring dengan pembangunan yang lain. 

Saya bercadang untuk menyewakan dengan perabot yang lengkap dan memasukkan 5 orang pelajar perempuan sahaja di dalam rumah ini. Adik saya juga akan menyewakan rumahnya dan sayalah yang akan memantau rumahnya kerana dia bekerja di Perak. Yang bestnya saya hanya perlu membayar kepada bank RM179 sahaja tetapi kutipan sewa yang akan saya dapat adalah RM500 iaitu satu kepala RM100. Duit untuk bayar kepada bank juga tidak menggunakan gaji saya kerana saya akan membuat permohonan pengeluaran akaun no 2 setiap bulan untuk membayar rumah saya. So, pada bulan Februari 2014, maka secara automatiknya saya telah menaikkan gaji saya sendiri sebanyak RM500. Pasif income sebanyak RM500 setiap bulan ini lah yang akan saya gunakan sebagai modal pusingan untuk perniagaan isteri saya dan kos penyelenggaraan kebun kelapa sawit saya.

Saya tidak mengharapkan sahabat semua meniru apa yang saya lakukan tetapi saya nasihatkan sahabat semua buatlah apa yang sahabat semua minat kerana kita takkan boleh belajar dengan cepat jika kita buat sesuatu tanpa minat. Jangan pandang kepada berapa banyak duit yang akan kita dapat tetapi pandanglah kepuasan apabila benda yang kita buat kerana minat itu menjadi. 

Sebagai permulaan saya memberi tugasan kepada sahabat semua untuk mencari 100 buah rumah lain-lain tempat berdekatan dengan tempat tinggal sahabat (1jam perjalanan) semua yang memberikan kadar sewanya lebih tinggi dari nilai semasa rumah tersebut. Cuba tanya mereka yang tinggal di kawasan perumahan tu berapa sewa depa kena bayar kat tuan rumah. Contohnya

Kadar sewa bulanan : RM400
Nilai rumah             : RM400 x 12 bulan x 30 tahun / 2
                              : RM 72, 000

Jika nilai rumah yang kita nak beli kemudian disewakan itu kurang dari RM 72,000 maka bolehlah kita beli kerana kadar sewa akan menghasilkan positif income kepada kita. Jangan kita membeli rumah yang kita perlu membayar lebih kepada bank berbanding kutipan sewa. Negatif cashflow amatlah buruk untuk kehidupan kita. Dari 100 buah rumah pilihlah rumah yang memberikan ROI (Return of Investment) yang paling tinggi.Contoh rumah saya

Kadar sewa bulanan    : RM500 (jika sewa kat student)
                                : RM300 (jika sewa kat keluarga)
Nilai rumah                : RM500 x 12 bulan x 30 tahun / 2
                                : RM90,000
                                : RM300 x 12 bulan x 30 tahun / 2
                                : RM54,000
Nilai semasa             : RM 50, 000
Nilai Jualan               : RM 35,000 (saya telah membeli rumah 30% lebih murah dari harga pasaran)
Kadar bayaran         : RM 35,000 x 2 / (12 bulan x 30 tahun)
kepada bank            : RM 194 (ini adalah pengiraan kasar. saya menganggap kita perlu bayar 2 kali ganda                                      nilai kita beli apabila cukup tempoh bayaran kepada bank)

ROI utk student         : (RM 500 - RM194) / RM 500  x 100%
                                 : 61.2 %  
ROI utk keluarga       : (RM 300 - RM194) / RM 300  x 100%
                                 : 35.3%
              
Terpulang kepada sahabat semua berapa ROI yang menjadi paras minimum untuk sesuatu investment. Kadang-kadang ada juga yang hanya menpunyai ROI 10% sahaja tetapi dia tetap beli rumah tu. Selagi rumah tu boleh menjana positif cashflow kepada kita tak salah pun untuk kita memilikinya. Robert Kiyosaki sendiri juga hanya mempunyai positif cashflow sebanyak USD 50 sahaja untuk apartment pertama yang dia beli. Jangan kita membeli rumah seperti contoh di bawah.

Contoh

Kadar sewa             : RM 200
Bayar kat bank        : RM 310

ROI                        : (RM200-RM310) / RM310 x 100%
                               : -35.5%  (amatlah teruk jika kita buat bisnes macam ni.mana ada orang mau rugi                                                            berniaga kan.Kadar kos lebih tinggi dari kadar pulangan)  

Wassalam.

Monday 16 December 2013

Hikmah Disebalik Penciptaan Lalat


Assalamualaikum sahabat semua,


2:26

Sesungguhnya Allah tidak malu menjadikan nyamuk atau yang lebih kecil daripada itu sebagai perumpamaan. Bagi orang-orang yang beriman, mereka mengetahui bahawa itu adalah kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, "Apa maksud Allah membuat perumpamaan ini?" Menerusi (perumpamaan) itu, ramai orang yang dibiarkan-Nya sesat dan ramai juga yang diberi-Nya petunjuk. Namun tidak ada yang disesatkan-Nya dengan (perumpamaan) itu melainkan orang-orang yang fasik.


Kecerdikan yang mengkagumkan dimiliki oleh beberapa jenis haiwan seperti serigala, lalat dan labah-labah.Serigala ketika lapar dan tidak mendapat seekor buruan, ia berpura-pura mati. Ia mengembungkan perutnya sehingga burung menyangka ia telah mati lalu turun untuk memakan bangkainya. Ketika itulah ia akan menerkamnya.Perhatikan pula kecanggihan tipu daya labah-labah, dia membuat jaring sebagai perangkap mangsanya dan dia bersembunyi di tengah-tengahnya.Apabila ada nyamuk atau lalat yang terperangkap, ia akan melompat dan menghisap darahnya.Haiwan ini memakai cara memburu dengan memgunakan jaring dan perangkap.

Janganlah kamu meremehkan pengajaran dari sesuatu yang remeh, seperti biji sawi dan nyamuk. Sebabnya, satu makna yang berharga dapat diambil dari sesuatu yang remeh. Meremehkan pengajaran dari sesuatu yang hina adalah warisan dari orang yang akalnya tidak boleh menerima kenapa Allah SWT membuat perumpamaan dengan lalat, labah-labah, anjing dan keldai sehingga Allah SWT menurunkan surah Al-Baqarah 2:26 ini. 

Alangkah banyaknya hikmah yang terkandung pada haiwan-haiwan yang mungkin kamu remehkan dan hinakan ini. Berapa banyak dalil yang terkandung di dalamnya yang menyatakan tentang Pencipta, dan juga mengenai kasih-sayang dan hikmah-Nya. Tanyalah kepada orang yang ingkar siapakah yang mengilhamkan kepada haiwan-haiwan itu untuk membuat tipu daya dan bertindak secara mengkagumkan untuk menangkap mangsa? Siapakah yang memberinya kecerdikan ini sebagai ganti dari kekuatan dan kemampuan yang tidak dipunyainya? Sehingga dengan kecerdikan itu ia dapat hidup walaupun tidak diberi kekuatan? Tiada yang melakukannnya selain Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemberitahu.


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seekor lalat hinggap pada tempat minum salah seorang dari kalian, hendaklah dia menengelamkannnya ke dalam minuman tersebut kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit, dan pada sayap yang lainnya terdapat penawarnya.'(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Penjelasan ini dikaitkan dengan hadis yang lain. Daripada Abu Sa'id Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, " Pada salah satu sayap lalat itu mengandungi racun, dan yang satunya lagi mengandungi ubat. Kerana itu, apabila ia jatuh pada makanan, maka benamkanlah ia ke dalamnya kerana sesungguhnya ia jatuh mendahulukan racun dan mengakhirkan penawarnya" (Hadis Ibnu Majah)

Sumber tafsir Al-Quran Karya Bestari.

Bersama-samalah kita mengambil iktibar dari tazkirah ringkas ini

Wassalam.


Pengalaman Terlibat Dengan Multi Level Marketing (MLM)

Assalamualaikum sahabat semua,


Untuk posting pada kali ini, saya cuma copy saja tulisan Akmal tentang pengalaman dia pi ke function MLM dengan saya. Dia memang tak sebut pun nama saya tapi ini lah cerita sebenar apa yang berlaku kepada saya dan dia semasa saya mula-mula nak terjebak dalam MLM seperti yang telah saya ceritakan sebelum ni. Perlu di ingat yang segala tulisan dan ayat-ayat yang Akmal guna mungkin agak kasar bagi kita apabila membacanya tetapi apa yang diceritakan adalah 100% benar memandangkan dia berpengalaman terjebak dengan MLM selama 5 tahun. Mari kita sama-sama baca hasil penulisan dia.

Multi level marshitting,,,,post 1,,,,

How you can shit at everybody around you,,,(even your love ones..)
Shit,,, I hate this con-cept….
Bukan aku benci multilevel tapi aku sayang (benci2 sayang) mlm(Tapi saja aku guna perkataan hate..untuk menunjukkan keganasan aku berbahasa inggeris,,hahaha(ganas ke?))…sebab mlm juga adalah satu proses yang memantapkan semangat perniagaan aku,,,,

Wau!!,,,aku tanak crita pengalaman aku dalam mlm…

Tapi aku nak crita mengenai pengalaman aku menghadiri satu progam keusahawanan,,,dekat sunway (kelumpoq) hari ahad lepas…perghhhhh…mantap giles….pergh siyout…
Kita mula crite kite…

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Aku trima sms..itu hari,,,
“namaaku, jom teman aku p kl hujung minggu ni,,,kita p function keusahawanan, tapi kena bayar rm 150 le, aku bayarkan dulu, nanti hang bayar balik kat aku,,”
Wau!!! Kalau orang len mungkin tolak peluang menarik macam ni,,,tapi aku
“ok bereh, tapi aku bayar 2x le, bila aku start bergaji nanti, boleh?”
Sebab aku suka,,,keusahawanan..
Dan sahabat aku balas
“xpa, aku faham, hang x keja lagi la ni…hang dok rumah ja”
Oi,,,selamber,,kau crita keadaan aku yang x best ni kat blog ni,,,hampeh tul…
So,,aku pun Tanya la tajuk pa cramah, function apakejadahnya semua itu,,,dia x bagitau specific..dia suh aku mai ja,,,siap suh pakai sehensem yang mungkin la…(tapi memang mustahil la, sebab aku dah terlampau hensem,,,,hahhahahahaha(jangan muntah))

………………………………….
Hari pertama aku kat kl..kawan aku pun pecah rahsia dia,,,ropanya dia telah mengenakan aku( sebenonye..memang ni cara syarikat ni tarik orang)..untuk mengikuti satu function mlm( meniaga larut malam..atau kalau yang aku cipta lak..melayu lebih malas)

Dia kata

“aku bukan apa,,,aku tau hang bepengalaman,,,aku nak tau apa hang pikiaq pasai benda ni, aku nak minta pendapat hang”
Yekeeeee,,,macam nak tarik aku je..hahahhaha,,,tapi xpa,,,kita sangka bek,..dan hari kedua tiba,,,
Kami bergerak ke sunway..mall tu le,,,entah apakejadahnya nama mall tersebut,,,tapi sunway le.,..besaq gak..tapi besaq lagi timesquare hat siap ada keretapi mlayang kat atas bumbung dia tu,,,hahahahhahahaha,,,,
Ok2 kita kembali pada crita asal…ha,,,kami pun bertolak la darik damansara damai,,,tempat aku bersemayam malam aku tiba di kl tersebut,,,pergghh,,
So kami pun parking kat sebelah mall tersebut,,,kat satu parking lot kat masjid seberang jalan,,
“fuh bagus sungguh mlm ni,,,,parking dia sebelah sejid,,kira aku solat jamak kat ctu le nanti,,,bagus2” kataku dalam hati nada puji campour perli….
So kami masuk la kat tempat function..on daway tu,,,pagi2 buta,,,(x buta la dalam jam 9)..depa siap tunggu lagi.,.ada la dalam 20 orang..depa pegang rm150 sorang,,,depakatapa?,,,ha depa kata
“ada tiket lebih??”
Wau..mantap sungguh mlm ni…siap ada orang nak beli tiket lagi,,,time dah nak start function,,siap ada yang up sampai rm 300,,,perghh,,,memang mantap giles,,,giles babas,,,siyout,,,

Memang hebat lah kan,,,tapi memang hanya kera sahaja yang akan tertipu dengan lakonan tersebut,,,(maaf kerana berkasar bahasa,,,hujung cerita,,,aku cerita,,,kenapa aku kata depa kera)

Then kami nek eskeleter,,,naik ke tempat depa2 ni berkumpul…banyak giler orang,,dalam 1.8k orang lah,,,suma pakai hensem dan gile…wau!!...bling2 lah bak kata orang hitam kat amerika tu,,,

Yang laki hensem2…macam orang yang ‘macam kaya’ lah depa ni,,,pakai kot mahal2..perh,,,stailo(orang2 betul2 kaya xkan menunjuk2 kekayaannya)..so depa ni macam orang yang ‘macam kaya’..wau!!

Yang pompuan lak,,,pergh,,,suma cantik2 belake,,,come..mantap dan segalanyalah,,,walau ramai yang x cantik(kalau secara kasar: huduh) tapi depa mekap,,,bagi Nampak ‘ macam cantik’
(sebab setan dok hias depa…seksi,,menawan dan segalanya,,,x semua le)

Ada satu grup tu depa lepak satu kawasan,,siap tepuk2 tangn,,,menyanyi pun ada,,,melompat ada(ada kot)…perghh,,,entah apa la yang depa dokraikan xtu le kan,,,

Wau!!!!...tapi kan,,fuh,,,’macam hebat’ siot,,,stail…versetail,,’mcam kaya’ perghhh,,,memang kalau kera Nampak,,,memang teruja,,,dan teringin,,,seronok jugak dapat bersalam2an,,,bertepuk2kan sesama bukan muhrim,,,mesti best kan,,,
Ramai siot..serious,,,semua dok salam…artis2 pun addaaaa,,,perghhh,,,kera2 yang dok puja artis mesti suka…hahahhaha,,,,

Memang fabulous kitten lah,,,wau,.,,,
So ramai2 lah kami2 ni p daftar,,,sarapan,,,ramai yangmakan berdiri ‘mcam orang putih’
Aku makan la sandwich slice tu,,ada bacon,,,time sandwich ke tiga,,aku Tanya dalam hati,,daging babi pa ni,,hahhahh..akibat was2 melampau,,,aku x makan no3…hahahahha,,xkot,,,xkan depa bagi ornag melayu islam makn babi,,,kalau kera ya la kot kan,,,xpa2 kita couba bersangka bek…

Ada la dua tiga orang makan sambil mencangkung,,,terasa ‘macam melayu sikit’ kat tempat2 tersembunyi,,,,
Aku salah sorang dari 3 tu la,,,hahhahaha,,,aku rasa aku melayu kot,,,islam lak tu,,,
…………………………………………

Then aku p masuk dewan..memang grand lah,,ramai giles 1.8 k orang tu le,..hensem2 lak tu,,,
Tapi time aku masuk tu,,,depa ni dok terkinja2 kat tempat masing2,,,menari2,,,melompat2 tepuk2 tangan,,,yang pasti depa menyanyi lagu yang depa pasng kuat2 dalam dewan tu,,,aku rasa kekok siot,,,sebab aku x biasa menari,,,sebab,,,aku tringat le,,,kot majlis camni…aku tringat orang hat terlompat2 menari bogel….
Dalam neraka,,sebab kena sambar api,,,
Wau,,,,betapa lagho nya majlis tersebut,,,hm….yang perempuan banyak jugak pakai tudung,,,pergh,,,mana maruah dan jatidiri islam depa….(walau come dan cantik putih melepak, mantap dan segalanya,,tapi bila santun dia dah hilang, setakat nafsu jelah yang melihat)

Yang laki kebanyakannya stailo siot,,,rambut cacak…kale oren,,,,yang perbagai…

Depa ni mungkin dah lama jadik kera,,,yang baru2 nak jadi kera,,,mesti rasa teruja dan seronok jugak,,,

Wau!!!!!

Ha,,aku lupa nak habaq,,depa2 ni,,,pakai macam2 keta,,,Subaru empreza,,keta2 spot,,,,bmw ada..merc slk ada…wau,,,apa lagi..banyak lah,,,memang ‘macam kaya’ lah depa suma ni memang hebat mantap..machous habis,,,perghhh,,,memang kera2 yang melihat,,,mesti tringin punya,,,

So lepas depa nyanyi,,,depa pun nyanyi lagu Negara ku plak daaaah,,,depa jadik sopan sat,,hahahaha,,,
Pas tu depa ‘hu ha’ balik…

So sorang demi sorang upline depa yang dah jadi ‘macam kaya’ pun nek bagi cramah siot….sorang dua jam kot…brapa orang ntah bagi cramah,,depa ni kan,,,sorang nek pentas..suma pakat bediri,,tepuk tangan bunyi2an,,,macam zoo pun ada,,,sebab depa suka rai..n enjoyyyyy...wau!!!!

sampai ke magrib la progam tu.,.,.mesti le,,ada makan tengahari,..,time solat( bukan kat masjid.,..tapi kat surau dalam mall tu, hehe),,,,makan petang,,,

Tapi beberapa perkara yang aku x suka,,,dalam majlis ni ada kat bawah,,,orang2 yang mula nak jadik kera mungkin suka kot…aku pun tatthau lah kan,,:

1.sepanjang majlis,,,depa suka sorak kata semngat/slogan depa,,ada la satu ayat dengan semngat,,,
2.depa suka menyayi ikut lagu,,,
3. ada yang tergedik menari…
4.ramai yang menjerit2 dengan pnuh motivashit..
5. Lagho
6. depa terbuai dengan mimpi,,,yang memang x mustahil depa kecapi,,,

Walau,,progam motivasi ni bagus,,,dapat menjadikan kera2 dan bakal kera12..bersemangat,,,dan panas dengan impian yang dicurahkan,,,tapi,,

Aku cakap,,,ni Cuma adrenalin rush,,,
Macam hisap dadah,,,seronok dia sat ja,,semangat tu sat ja,,,3, 4 hari hilang le,,,

memang x mustahil depa bolleyy berjaya...tapi dengan cara yang bagaimana...yang bagi aku.,...amat x elok...

Tapi mlm ni bijak,,dia selalu buat majlis2 motivasi ni selalu,,,paling kurang sebulan 2 kali,,,so yang mengkerakan diri pun,,,yang betul semangat la..korang dah bagi syarikat rm 300 satu bulan,,,wau!!!!

Yang dah x ikhlas jadik kera pun,,,terpaksa berlakon macam kera jugak,,sebab nak yakinkan bakal2 kera yang dia bawa tu,,,(aku pun termasuk jugak, bakal kera....bagi depa le)
Bestnyeeeeee!!!

Depa kata x mustahil,,,leh dapat rm lima angka satu bulan(100 juta pun aku x kisah..sebab rm bukan matlamat kita..amin,,),,,wat selamanya kalau join mlm ni..
Wau!!!!
So ramailah kera yang teruja dengan lifestail..yang ‘macam kaya’ yang syarikat janjikan,,,
…………......................

Crita ni akukan lanjut di post akan datang..
Tapi sekarang aku nak crita kenapa kera,,,dan kenapa aku pernah menjadi kera…
Ini dia…

“orang melayu,,,macam kera kat atas pokok,,,kna tiup angin sepoi2 bahasa, lekalah ia,,lalu jatuh tersungkur ke tanah,,,tapi cuba kita gegar pokok,,,kera itu akan genggam sekuatnya pada pokok itu”
P.s: Lu pk sendili,,,ayat kat atas ,,,aku dapat dari sorang mamat bagi nasihat fasal MLM…
p.s2: apa khabar semua???????...kita jawab..."bek sangat bek....YES!!!!"....ni slogan depa.. 



Tuesday, February 10, 2009


multi level marshitting...post 2

Lpas habis ja ceramah2 depa tu..aku pun dibawa beramai2 dengan bdak2 yang baru nak mengkerakan diri sendiri…tunggu punya tunggu,,,,wau….sampai jam 8..depa bawa aku p cari tempat depa nak open,,,
(open marketing plan dan apa kejadahnya semua…)……….
Ada satu perkara yang aku bagitau sahabat yang bawa aku ke sini,,,satu perkara yang kita kena pertimbangkan seblum join apa2 business yang dibawa orang,,,,
“kalau dia islam,,,hang tengok,,,macamana solat dia,,,,kalau aku ajak hang nak bisnes,,,tapi hang tengok aku x smayang,,,hang jangan berbisnes ngan aku”
Ni satu perkara yang aku cuba lihat,,,nak lihat,,,dan sedang lihat,,,masa aku nak trima atau x satu2 bisnes,,,sebab kita belajar,,dari pengalaman,,,(tapi mlm bukan bidang aku sekarang..so haramlah kalau aku nak join) 
Cuba bayang,,kalau depa crita kat aku marketing plan,,,tapi dalam proses tu,,,depa x smayang,,,apahal,,,aku len le,,,musafir.,,dah niat nak jamaq takhir,,,
Depa dok ctu ja…tapi aku x Nampak depa solat(dan aku x Nampak depa x solat)..tapi sebab aku manusia…aku xmau fitnah depa..aku Cuma leh kata..aku x Nampak depa solat,,,aku x kata depa x solat,,,
Satu perkara yang baguih fasal mlm ni,,,bila depa tarik orang,,,depa x blanja orang tu,,,,hahhahaha
( even progam motivasi depa pun,,,,orang yang tertipu tu kena bayaq sniri)………….
Apatah lagi setakat makan minum yang sikit di kedai mamak,,,
On the way depa nak open kat aku ni,,,depa bekumpul kat satu tempat dimana depa leh memuja dan memuji ‘orang2 yang dah berjaya’ dalam grup depa,,,,ada yang pakai SLK brabus,,,bm x3 pun ada kot,,,dn macam2 la keta mahai2,,hang pa paham la kan,,,so ini yang depa puji dan depa puja,,,so kalau kera2 junior,,,memang kejar,,perkara2 menarik ni,,memang naik adrenaline dia..memang dia semangat nak join,,,
INI LAH YANG DIPANGGIL mlm….
Dan ini lah cara yang aku benci,,,(benci2 sayang),,,,
So,,kami pun berlepas ke satu kedai mamak dekat2 situ,,,,naik keta Toyota apakejadahnya ntah,,,mpv yang hebat le,…
Yang aku sedihnye…sahabat kepada sahabat aku,,,yang nak ajak aku ngan sahabat aku join tu,,,dia dok sebot fasal keta ni,,sebut nama keta ni 2 tiga kali,,,macam agung sangat,,,,macam la aku ngan sahabat aku ni pentingkan sngat kereta2 mewah,,,dan dah tentu ini untuk perangkap aku,,,dan sahabat aku,,,
Sahabat aku tu,,,dia kata
“aku x penting sangat kereta2 mewah,,material, duit apasuma…tapi aku suka bekawan..(network le maksud die)”
Iyele sahabat,,,memang network ni satu perkara yang menarik dalam mlm…
Dan bila depa open kat aku kat kedai mamak tu,,,
Aku jadi pak angguk je,,,sebab sahabat aku punya fasal,,,aku tolong dengar,,sebab sahabat nakkan nasihat aku,,,
So mamat yang nak tarik aku ni pun crita la dari produk..minyak wangi dan apakejadahnya semua lagi,,,
Pastu dia masuk bab marketing plan,,,aku tengok marketing plan dia simple jek,,,dan ikut ilmu aku,,,leh je aku join,,,dan tarik orang guna jaminan,,guna psiko..dan ayat yang tipu tapi murni dan suci,,,dan boleh je aku manipulate marketing plan dia..,.bagi aku untung berganda,,,
Tapi,,,perkara merah kat atas ni la yang aku nak hindari,,,sebab kalau join,,memang sah2 aku join sebab duit,,sebab aku benci produk dia,,,aku tahu lakonan persahabatan network depa ni,,,sebab aku dah biasa dengan apakejadahnya semua ini,,,sbab tu dah lama aku tinggal untuk join mana2 mlm,,,
kalau korang join apa2 mlm, bukan kerana produk..HARAMlah urusniaga anda,,,akad anda x sah... 
Aku faham,,,,x sampai 10% yang masuk satu2 mlm yang ‘product based pyramid multilevel marketing’ kerana product nya,,,sebab depa masuk kerana duit,,,jaminan kaya,,,jaminan pertolongan untuk jadi ‘macam orang kaya’..
Aku nak bagitau satu perkara,,,MLM yang sebenar,,,yang sebetulnya suci,,,,’mlm yang dimana upline Cuma boleh makan point hingga level yang ke 5’
Dan bukannya anda boleh makan untung sampai level yang ke infiniti,,,,cuba teliti mlm yang anda kenal,,,aku boleh katakan,,,kebanyakan mlm boleh makan point(boleh dapat untung) sampai level infiniti( sampai bila2 selagi ada orang masuk bawah dia)….
So mamat ni pun crita la kat aku,,sambil provoke2 aku,,,aku jadi ‘macam orang bodoh’ je….mengiyakan apa sahaja yang dia cakap,,dan aku lihat sahabat aku ni yang nak join ni,,,dia bertambah bersemangat,,,bila dengar point2 yang mamat yang open kat aku ni bawa….sahabat aku ni jadi bersemangat,,,dan jadi bersungguh,,,macam dah memang join,,,aku pulak terus le dengan lakonan aku,,,
Dan bila dah habis apakejadahnya semua itu aku bersembang dengan sahabat aku ni..yang bawa aku ni,,
Dia cakap “ aku dah betul2 dah bersungguh nak buat benda ni,,,memang aku bersemangat ni”
So aku teliti balik alasan dia bawa aku kononnya nak nasihat,,,,
“jadi kalau aku x bagi nasihat aku pun hang memang nak join,,,kiranya kalau aku bg nasihat aku pun memang hang nak join, memang sia2 usaha aku? Macamtu?”
Wau,,,walhal dia yang minta aku tolong,,,
“ya..memang aku nak join,,sebab aku tau,.,,hang memang nak halang aku masuk punya,,,hang memang x mau masuk,,,sebab hang dah ada pengalaman sampai 5 tahun,(wau!!!!!! Yeke?hahahhaha)jadi hang memang ego”
Perghhhh,,,,
Cuba bayang apa yang aku rasa sekarang,,,dia minta tolong kita….dan kita berusaha nak tolong..tapi sampai masa kita nak tolong,,,dia tolak pertolongan kita,,,sampil kritik kita,…
Wauuu!!!!!!
Cuba bayang apa yang aku rasa…
“ok…kalau macam tu x pala…esok kita x payah jumpa,,,sebab kalau jumpa pun xda makna,,,,tapi ingat,,,kalau hang dah kaya nanti..rm 150 tu..kira burn a,,,sebab hang dah kaya,,,so kira halal le”
Amcam,..bijak x aku,,,hahahha,,,,sebenonye,,,memang aku bijak pun,,,hahahha(sapa g nak angkat bakul aku,hehe),,,tapi aku nak mencabar dia…supaya dia betul2 kaya kalau dia nak wat,,,,cuba bayang kalau dia gagal..saheh malu nak jumpa aku,,dan minta duit tu….duit yang aku kena bayaq balik kat dia tu la,,,
Lagipun aku memang kecewa dengan sikap dia malam tu…sangat x betul…nilah bahana,,,bahaya,,,brainwash,,,motivasi….yang dibawa oleh mlm….tengok…sampai kawan kita,,,dah jadi macam bukan kawan.,..memang boleh merosakkan hubungan sesame insan…
”ok xpa…tapi hang ingat,,,lepas ni aku tinggai hang terus ja,,,aku terus ngan benda ni”
Dia nak habaq.,.kata bila dia kaya,,,dia x ingat aku dah.,.,.hahahahahahah
Aku x kisah sahabat..memang aku x suka pun bersahabat dengan sahabat yang ‘macam orang kaya’
Tambah2 kalau join mlm…dengan cara menarik orang melalui NAFSU…..
Sungguh x berkat amalan ni,,,
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
So ni baru part kedua dalam bab mlm yang aku kena p haritu,,,
Bab ketiga,,,,
Kita masuk bab …sahabat aku boleh berfikir rasional semula,,,,dan tarik balik ayat dia,,,lalu dia nak nasihat aku,,,,dua malam lepas aku dah nasihat,,,
Post ketiga aku akan crita….sgalanya,,,dan rumusan,,,,
Nantikan,,,,zasssss,,,,hahhahaa


Thursday, February 12, 2009


Multilevel marshitting…..episod terakhir….



So…kami sampai kulim…pagi tu….pagi tu kawan aku dah g keja…lagi dua orang yang mengajak dia tu tengah tido,..aku pun kemas2 barang dengan hati yang agak kecewa dengan sahabat aku…tapi sebab aku x mengharap,,,so aku relaks je,,,bila aku kat atas moto aku check sms…
“hang lepaak la dulu kat rumah aku..layan dvd2 tu,,,malam nanti kita bincang..aku nak tau gak pendapat hang….”
Pergh,,,,la,,,,berubah fikiran lak dia….aku lak x leh lepak….so aku balik rumah aku dulu kat selama…petang tu aku lepak kat rumah kakak aku..kat kuaters poli sultanah bahiyah,,malam tu aku bawa bahan2….nak menasihat kawan aku tu,,
Aku nak menasihat,,yang mana mlm yang dia nak join tu…sebenarnya satu perkara yang x suci…dan memperbodohkan bangsa melayu…
Kenapa x suci:
  1. Menggunakan duit dan material,,,untuk menjerat orang melayu,,,jadi kera…dan jadi ahli depa…
  2. Aku x nampak upline dia solat.
  3. sedih aku nampak ramai orang teruja2 dengan adrenalin rush,,,melompat2 dan hu ha,,,macam depa memang terjamin bakal dapat jadi ‘macam orang kaya’..sepanjang progam tersebut..
  4. depa x baca doa pembuka majlis….
  5. depa memuja duniawi….dan keseronokan hidup di dunia…
kenapa memperbodohkan bangsa melayu:
  1. Sebab bangsa melayu yang x mengenal mlm adalah seperti kera…
  2. Sebab mlm depa ni,..walau kononnya kukuh dah meluas 11 buah Negara
: ini bermakna bangsa melayu dah lewat masuk pasaran,,pasaran dah tepu..
  1. Bangsa cina…dah amik tempat first,,,,depa makin kaya,,,,depa dah tarik bangsa depa masuk awal,,,last sekali baru depa tarik bangsa melayu,,,,
  2. aku pun ada darah orang cina jugak mengalir dalam saluran darah aku,,,
tapi,,,dalam pada masa yang sama…aku juga ada darah bangsa melayu,,,
ini memang seperti skim pyramid…sebab bangsa cina…telah berjaya mendapat untung dari pada bangsa melayu…yang x faham apa makna ‘pasaran dah tepu’
dan makna ‘terlewat’…
  1. Aku lihat betapa ceteknya pemikiran bangsa kita(melayu) cetek sampai senang untuk di basuh,,,,,di brain wash..sampai bangsa cina cakap “melayu senang kena brainwash mehhh”
  2. ceteknya pemikiran melayu bila ditayang sikit dunia kat depan mata kita….kita lupa apa makna ‘keberkatan hidup kerana Allah’ 
  3. ceteknya pemikiran melayu…bila upline depa cakap,,,,kerja makan gaji juga skim pyramid,….dan semuanya angguk2…dan hu ha2,,,,macam kera,,,,walhal apa yang disebut itu x benar,,,,
  4. depa panggil satu keluarga…empat adik beradik berbangsa melayu…yang telah bersatu,,,,membalas jasa mak ayah depa,,,untuk bagi testimoni....sebab masuk mlm ni….
  5. dalam pada masa yang sama…depa x sebut…bepuluh2 keluarga yang putus hubungan semata2 kerana join mlm ni,.,,,
dan semua kera pun tertipu,,,
apakejadahnya,,,
bukan aku mengatakan manusia hina seperti haiwan kera ini,,,,tapi aku kata perangai kita orang melayu ni,,,senang terleka ..senang terbuai,,,dengan angin sepoi bahasa….yang sedap dinikmati,,,,
tapi ingat…kerana terlalu enak dibuai angina itu,….kera2 jatuh tersungkur di bumi sendiri….sebab kera…x ada sayap untuk terbang….tapi kera lupa daratan,,dan x sedar pun dia lupa daratan,,,lalu dia mendarat jugak..dan tersungkur di tanah…
so bila kita terleka dengan impian janji2 manis duniawi….tanpa memikir kan apa sebenarnya tujuan hidup kita di dunia ini….
Samalah kita…seakan2…kera,,,,,(aku cuma menyamakan sikap kita yang buruk) 
Aku terang segala ni kepada sahabat aku….tapi aku tekankan,…hukum2 agama yang disalahi…mlm ni,,,juga aku terangkan apa tujuan kita semua berniaga…
Sebenarnya untuk Allah…
Aku kata…jangan malu untuk mengatakan kita sentiasa betulkan niat untuk Allah,,
Dan jangan malu untuk menyatakan rasa hati kita sentiasa betulkan niat,,,,semata2 kerana Allah,,,dan kerana syurga Allah,,,
Kan kita nak masuk syurga…betulkan?
Aku juga terangkan…bagaimana mlm yang dia nak join ni ada sekurangnya 4 redflag yang mlm dia ni….betul2 menipu orang ramai…cuba buka page bawah,,,
kalau korang rajin.,..surf la web tu,,,,siap ada nama syarikat besar dia….iaitu DCHL….tersenarai di dalam syarikat yang sudah dikaji,,,dan terbukti wujud unsur2 scam…
aku x cakap tipu duit,,,tapi aku boleh kata..majoriti orang tertipu dengan cara syarikat ini menggunakan nafsu kita sendiri..untuk membelit kita sendiri…

BERKATKAH REZEKI KITA? 
sehabat sekelian,,,fahamilah,,,
kalau dah nama MLM….sesungguhnya modal dia mestilah sikit..keranatujuan mlm adalah nak bagi kita peluang berniaga…walau xda duit,,,
tapi sampai kena wat loan bepuluh ribu semata2 nak beli pangkat dalam MLM ni…apakejadahnya?????
Kalau berjaya,,,okle leh bayo balik…kalau x berjaya..macam kebanyakan orang ..amcam????
Kalau kita berjaya pun…anak2 buah kita banyak yang x berjaya,.,dan rasa depa tipu…
BERKATKAH REZEKI KITA DALAM MLM INI!!!
Dan…bila dah nama beli pangkat,,,,HARAM hukumnya,,,sebab dalam undang2 negara,,haram beli pangkat…bila satu undang2 negara yang x bercanggah dengan hukum agama…maka wajib kita ikut…so bila Negara kata haram….so haram lah jadinya…FAHAM??
Ini baru sikit…bacalah dalam web ustat zaharuddin…buka minda..baca bab MLM yang ada dalam web dia….dan cuba nilai rezeki anda dalam MLM ni…
Betul..ada sedikit mlm yang ok dan betul,…
Tapi majoritinya,.,..menipu belaka….
Dan,,,pada malam tu…sahabat aku berubah fikiran…walau pada mulanya dia berdebat gak dengan aku,tapi aku kata relaks...aku xnak berdebat..aku nak hang dengaq ja sampai habis,,, 

( maklumle,,,dah kena brainwash)…
Tapi makin lama..dia makin fikir rasional kembali,,,dan menerima nasihat aku..Alhamdulillah,,,,
X sia2 jugak aku x kisah dengan apa yang dia buat pada aku,,,sebab memang kita mudah untuk di brainwash bila dah sentuh MLM ni,,,aku x salahkan dia…
Lagipun aku xnak menghalang impian2 dia,,,,
Aku Cuma beri pendapat,,,
Dan dia terima…
So sahabat2 kat luaq sana,,,kot nak join apa2 bisnes pun…leh Tanya aku,,,aku leh tolong teliti dan kaji,,,sebab aku sedih,,hari demi hari..aku dok denga kawan2 aku kena tipu beribu riban,,,
X kurang juga yang minta pendapat dan nasihat dan berjaya diselamatkan,,,selagi aku mampu,,dan berada dalam kekuasaan ilmu aku,,,aku kan bantu…Alhamdulilah,,,
Dan La haulawala kuwwataillabillahil’aliyyala’zim…..
Yang paling penting sekali,,,,buat apa pun…PASTIkan HATI anda PUASdengan keTENANGan dan keYAKINan, bahawa USAHA KITAdiBERKATi ALLAH….
Fikir2Kn,,,, sahabat sekelian…
Salam,,,,

Inilah kisahnya dan aku tak join MLM ni pasal disuruh tipu mak aku untuk masuk. Maknanya buat benda ni diam-diam. Seperti yang aku post sebelum ni aku tak perlukan MLM untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

Wassalam.