Wednesday 14 May 2014

Tips Membeli Payung Kanopi Untuk Pasar Malam

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan berkongsi dengan sahabat semua tips untuk membeli payung kanopi yang selalu kita lihat peniaga pasar malam gunakan termasuklah saya.

Sebenarnya hanya terdapat 2 jenis sahaja payung kanopi yang peniaga gunakan iaitu yang bersaiz 10 kaki x 10 kaki dan 15 kaki x 10 kaki.Terdapat pelbagai warna kanopi yang ada termasuklah biru,merah,hijau dan putih.Tetapi yang biasa kita lihat warna biru la.Dalam kes saya, saya membeli khemah kanopi yang berwarna biru bersaiz 15 kaki x 10 kaki.Sebenarnya, ada seorang peniaga lama yang telah menasihatkan saya supaya membeli khemah kanopi 10 kaki x 10 kaki sahaja kerana lebih tahan lasak dan lama berbanding khemah kanopi 15 kaki x 10 kaki.

Harga khemah di Kulim

10 kaki x 10 kaki = RM160
15 kaki x 10 kaki = RM210

Saya pikirkan kalaulah nak beli khemah kanopi yang 10 kaki x 10 kaki terpaksa la pulak kena beli 2 buah.Modalnya dah jadi RM320.Baik beli 15 kaki x 10 kaki beli sebuah baru ja RM210.Tetapi sebagai pengajarannya, khemah yang saya gunakan hanya bertahan 6 bulan sahaja selepas 2 buah batang besinya telah patah.Besinya hanya lah setebal 0.3mm sahaja sebab untuk mengurangkan berat kanopi tu.Kalau kanopi tu berat sangat memang tak larat la nak angkat seorang kan.Kena la pulak angkat 2 orang.Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, saya terpaksa beli besi baru yang lebih tebal dan pasang balik 2 batang yang dah patah tu.

Itulah pengajaran yang saya dapat.Nak berjimat punya pasal kanopi yang saya beli tidak tahan lama.Lebih baik kita beli kanopi 10 kaki x 10 kaki sahaja dan beli 2 buah kalau barang niaga kita banyak.Ini lebih menjimatkan dan khemah kanopi kita pun tahan lama.Satu lagi tips, kalau menggunakan khemah kanopi 10 kaki x 10 kaki bolehlah kita membukanya secara seorangan tetapi jika menggunakan 15 kaki x 10 kaki wajib buka guna 2 orang.Kalau buka seorang memang la lagi cepat batang besi tu patah.

Untuk peniaga yang suka mengantung baju, jeans atau apa-apa sahaja barang-barang yang berat kat sekeliling khemah, dinasihatkan untuk membuat sendiri besi penahan supaya dapat menampung beban barang jualan kita.Saya pernah menghadapi pengalaman khemah kanopi jiran berniaga runtuh ditiup angin kerana khemah tidak dapat menampung berat barang jualan di Padang Serai.

Sekian dahulu tips saya untuk kali ini.

Wassalam

Tuesday 13 May 2014

Memahami Konsep Berniaga

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan berkongsi dengan sahabat semua berkenaan konsep berniaga yang saya belajar dari Pak Hadi setelah bertukar-tukar fikiran dengan beliau.

Pada pendapat beliau, berniaga ni senang ja konsep dia iaitu sama seperti kita memancing ikan.Bagi yang bukan kaki pancing mungkin menghadapi masalah sedikit untuk memahaminya.Tetapi saya akan cuba memberi penerangan yang paling mudah untuk sahabat semua memahaminya.Mengikut pengalaman saya memancing, hasil tangkapan bergantung kepada cuaca, umpan, teknik dan nasib.Contohnya

1-Cuaca-Kita perlu melihat pada carta aliran air pasang surut dan tarikh-tarikh yang sesuai untuk memancing terutama di laut.Kita juga perlu elakkan cuaca yang mendung,hujan dan ribut.

2-Umpan.Kita perlu menyediakan umpan yang berlainan untuk menarik ikan yang kita hajati.Contohnya jika mahu memancing siakap diperlukan udang hidup ataupun anak belanak hidup.Siakap lebih gemarkan umpan hidup dari umpan mati.Untuk memancing ikan semilang pula boleh kita gunakan umpun-umpun ataupun isi sotong.Jadi kita perlukan umpan yang berlainan untuk mendapatkan ikan yang berlainan.Ada juga yang menggunakan universal umpan seperti isi ikan kembong ataupun ikan sardin.Jika kita menggunakan umpan ini kita sendiri pun tak tahu ikan apa yang akan sambar umpan kita.

3-Teknik-Macam-macam teknik yang boleh kita gunakan untuk pikat ikan terhadap umpan kita seperti popping,jigging,bottom dan casting.Kita juga boleh menggunakan teknik umpan tiruan ataupun umpan hidup.Kita juga boleh menggunakan pelbagai teknik ikatan yang sesuai dengan ikan yang kita nak pancing.Takkan la nak mancing ikan laut dalam kita hanya bawak tali tangsi 20 paun sahaja kan.Jadi segala peralatan memancing kita perlulah setaraf dengan ikan dan tempat yang kita nak pi mancing tu.

4-Nasib-Kadang-kadang semua teknik,cuaca dan umpan telah kita guna dan curahkan tetapi masih juga belum disambar ikan.Jadi kita boleh anggap yang hari ini bukan rezeki kita sahaja.

Sama juga dengan berniaga perlukan semua ini juga untuk memastikan hasil jualan kita maintain ataupun meningkat.

1-Cuaca-Menjual barangan bayi seperti saya amatlah bergantung kepda cuaca.Saya tidak dapat berniaga jika hari hujan kerana baju akan basah ataupun lembab dan boleh naik tahi lalat.Jadi saya tidak akan berniaga jika hari hujan.Jika hari panas juga saya tak bolehlah membiarkan baju bayi saya terdedah kepada cahaya matahari yang boleh menyebabkan baju jadi balar.

2-Umpan-kita perlu kenal pasti siapa "ikan" kita.Contohnya dalam kes saya, "ikan" saya adalah ibu yang baru bersalin, family yang mempunyai anak kecil bawah 2 tahun dan sesiapa sahaja yang ingin menghadiahkan barangan baby kepada adik beradik atau kawan-kawan.Merekalah "ikan' saya dan umpannya adalah barangan baby.Jika "ikan" kita adalah pengemar burger maka umpan kita tentulah burger.Jika "ikan" kita adalah perempuan yang suka bergaya dan berhias tentulah umpan kita adalah alat solek dan eksesori wanita.

3-Teknik-Macam-macam teknik boleh kita gunakan untuk menarik "ikan" memakan umpan kita seperti jualan langsung,pasar malam,internet,blog,facebook page,direct selling,iklan di tv atau radio,flyer,banting dan macam-macam cara lagi.Apa yang diperlukan adalah kita hendak bagitau kepada setiap "ikan" yang ada di Malaysia supaya datanglah makan umpan kita.

4-Nasib-Dalam berniaga ada pasang surutnya.Kadang-kadang hasil yang kita dapat banyak dan kadang-kadang sikit.Bila time gaji hasil jualan kita ok tetapi bila time hujung bulan hasilnya sedikit sahaja.Jadi kita perlu banyak berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT kerana hanya dia yang memberi rezeki.Bukannya tangkal, pelaris ataupun jin yang kita puja untuk meningkatkan jualan.Banyakkan solat hajat, tahajjud, dan solat Dhuha untuk buka pintu rezeki kita.

Setakat ini sahaja dahulu ilmu yang boleh saya kongsikan dengan sahabat semua.

Cara-Cara Penjagaan Generator Buatan China

Salam sahabat semua,

Rasanya dah lama sangat saya tak update apa-apa ilmu dalam blog ini kerana menghadapi masalah dengan komputer saya di rumah.Nak update di pejabat pun tak boleh kerana disekat oleh firewall.Jadi bila ada kesempatan sahaja lah dapat saya update apa-apa ilmu untuk bacaan sahabat semua,

Pada kali ini saya akan berkongsi dengan sahabat semua berkenaan penjagaan generator 2 stroke buatan China dan dalam kes saya jenama Yamasu.Saya telah 2 kali repair generator saya ini kerana menghadapi masalah tidak dapat hidup.Tukang repair bagitau saya yang generator 2 stroke ini perlu dijaga 2 perkara sahaja iaitu

1-minyak 2T-pastikan kita guna minyak 2T yang mahal seperti Shell, Petronas dan sebagainya.Jangan guna minyak 2T yang murah dan kurang kelikatannya.Pastikan juga nisbah sukatan antara petrol dan minyak 2T tu disukat dengan betul.Dalam kes saya, penjual generator telah memberi satu tabung plastik dan dia telah tanda sukatan untuk petrol dan sukatan untuk 2T pada botol plastik tu.Tetapi untuk sahabat semua boleh la guna nisbah 1 minyak 2T: 50 minyak petrol.Contohnya   

 20ml 2T :1000ml/1 liter petrol

2-Pastikan minyak campuran petrol dan 2T dihabiskan terus dan jangan disimpan dalam kaburator.Dalam kes saya, saya hanya menggunakan generator seminggu 2 kali sahaja.Bagi pengguna yang menggunakannya setiap hari tiada masalah.Tetapi bagi saya yang kurang kerap menggunakan generator, saya kena pastikan minyak dalam kaburator tidak menyekat paip aliran ke engin.Minyak campuran 2T dan petrol yang lama terbiar akan mendap dan menyekat aliran di dalam tiub.Ini menyebabkan engin susah nak hidup dan kadang-kadang mati terus.Jika hal ini terjadi, kita hanya perlu servis kaburator sahaja.Untuk membiarkan minyak dalam kaburator habis digunakan kita hanya perlu tutup injap aliran minyak dan biarkan generator hidup sampai dia mati sendiri kerana kehabisan minyak dalam kaburator.

Sekian dahulu untuk kali ini.Berjumpa lagi pada posting yang akan datang.

Wassalam.