Tuesday 8 December 2015

Salamku


Tujahan sinar mentari senja,
Terasa salju di mata hatiku,
Desiran ombak mengilap pasir,
Terasa baldu di cuping benakku,
Keletah si lumba-lumba menari,
Terasa shahdu di rambut sarafku,
Leka dan alpa,
Nikmat dan hikmat...

Ada tikus hitam dan putih menggigit temali,
Tatkala aku terdongak menghirup sari pati madu,
Tak ku sedar hayat ku kian rapuh untuk ku berpaut,
Menjadi santapan Sang Belang dan Sang Lilit,
Begitulah ibarat Pak Imam Ghazali iktibarkan,
Malam dan siang silih berganti,
Menghakis sisa-sisa nyawa abdi,
Tatkala tiba masa yang pasti,
Si malaikat maut menghampiri,
Si tanah kubur menemani,

Embun menitis membasahi pipi,
Mengilap mata yang lama kabur,
Kabus berlabuh di kaki gunung,
Dedaun jatuh menyembah bumi,
Sayup-sayup suara berbisik,
Luahan naluri,
Luahan nurani,
Luahan hakiki,
Sambutlah salamku Ilahi...

Nukilan Rasa,

Sang Sangkakala Rimba




Friday 4 December 2015

Duka Lara


Larut malam itu,
Dicelah-celah remang sirna biru,
Menerpa di cermin tempayan kaku,
Pungguk mendayu merindu purnama,
Bagaikan uda mendambakan kasih si dara,
Ada embun menitis lesu,
Dari dedaun durian tua,
Suci, murni, tulus dan sejati,
Merenung daku ke luar jendela,
Ada mega berarak lembut,
Seiring sejalan pawana sepoi-sepoi bahasa...

Ku usap ku dakap potret lama,
Tersimpan kukuh terkunci di hatiku,
Ku hafal setiap garis dan lekuk,
Pada ukiran serasa baldu diwajahnya,
Tersenyum ayu merenung mataku,
Menatapku merentap kalbuku,
Ada sinar kasihnya waktu itu...

Kini yang tinggal hanyalah lara,
Sepi dan sunyi tanpa berita,
Sedih dan pilu tanpa cerita,
Sendiri dan sayu tanpa derita...

Mendongak ke langit menadah tangan,
Ku mohon keredhaan Tuhan,
Agar dilembutkan hatinya,
Ampunkan dosa sesama insan...

Nukian Rasa,

Sang Sangkakala Rimba




Wednesday 18 November 2015

Kelengkapan Keselamatan Menunggang Superbike

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua kelengkapan yang perlu kita beli kalau kita memiliki superbike.Kelengkapan ini wajib kita pakai sewaktu menunggang superbike supaya boleh mengurangkan impak apabila kita terlibat dengan kemalangan.Apabila kita memakai kelengkapan ini tidaklah boleh dikatakan dapat menyelamatkan nyawa kita tetapi cukuplah untuk menghalang diri kita daripada terluka akibat terseret di jalan raya.

Helmet

Helmet ini gunanya untuk menjaga kepala dan otak kita daripada cedera sewaktu kemalangan.Walaupun terdapat pelbagai design dan warna tetapi keselamatan adalah sebab paling utama untuk kita memakai helmet.Selalunya terdapat 3 design utama helmet iaitu fullface,flip up dan offroad helmet.

Offroad Helmet

Selalunya helmet ini digunakan oleh penunggang yang memiliki motorsikal offroad.Ada juga juga suka memakai helmet ini sewaktu menunggang skuter.
Fullface Helmet

Helmet ini adalah helmet rasmi untuk semua penunggang superbike.
Flip Up Helmet

Ramai juga penunggang superbike yang suka dengan flip up helmet ni.Sebabnya mudah apabila hendak merokok dan tak perlu pakai cermin mata hitam sewaktu menunggang pada siang hari kerana disertakan dengan black visor.Selain itu, mudah juga nak minum dan makan sambil pakai helmet.Yela bila join konvoi ni bila kat RV kalau boleh kita kena ready untuk ride ke RV seterusnya pasal rehat pun selalunya tak lama.Cukup untuk merokok,minum dan isi minyak sahaja.Saya juga menggunakan helmet jenis ini kerana bagi saya sesuai dengan motorsikal sport touring yang saya gunakan dan banyak manfaatnya.

Pemilihan Helmet

1-Warna yang terang dan mudah dilihat dari jauh.
2-Letakkan jalur pemantul cahaya di belakang helmet.
3-Pastikan helmet diluluskan oleh SIRIM ataupun pertubuhan rasmi negara pengeluar.
4-Pastikan tidak memakai helmet yang longgar dan kita boleh toleh kiri dan kanan bila memakainya.

Kasut

Pastikan kita memakai kasut yang bertutup.Ada 3 jenis kasut iaitu separas buku lali, separas 1/2 betis dan separas bawah lutut.Selalunya rider akan pakai but paras buku lali untuk ride dekat-dekat macam dalam bandar atau jalan-jalan cari makan.Pakai but 1/2 betis untuk jalan yang agak jauh dan but bawah lutut untuk ride yang lagi jauh atau main trek.Tapi seeloknya dinasihatkan beli jek yang but paras 1/2 betis ni.Nak jalan jauh ka dekat ka pakai jek but ni.

But Paras Buku Lali

But Paras 1/2 Betis

But Paras Bawah Lutut


Gloves (Sarung Tangan)

Sarung Tangan Pendek


Sarung Tangan Panjang

Seeloknya pilihlah glove yang diperbuat daripada kulit supaya tahan lama dan boleh tahan geseran.Jangan beli glove yang diperbuat daripada kain.Walaupun murah tetapi tidak tahan lama.

Jaket, Seluar dan Riding Suit

Kalau naik superbike dinasihatkan beli riding suit terus seperti yang Rossi pakai tu.Harga dalam RM2000 ke atas.Tapi untuk yang pakai sport touring macam saya ni boleh la kita pakai jaket yang ada pad siku, seluar jeans yang dipakai bersama pad lutut.Cukup la tu sebagai baju yang agak selamat dan tidak panas sewaktu ride.

Wassalam.

Thursday 12 November 2015

Sebab-Sebab Terjadinya Kemalangan Motorsikal

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi ilmu tentang keselamatan sewaktu menunggang motosikal tak kisah la menunggang superbike ataupun kapcai.


Masalah Pemandu

1-Fatique (Penat)

Penat boleh dikategorikan kepada 2 iaitu penat daripada segi mental dan fizikal.Pemandu yang letih,penat ataupun sakit tidak sepatutnya menunggang kerana boleh menyebabkan terjadinya kemalangan.Mengantuk juga boleh dikategorikan sebagai penat daripada segi mental.

2-Skill Level (Kecekapan Menunggang)

Membawa superbike sudah semestinya memerlukan kecekapan yang lebih tinggi daripada menunggang kapcai.Jadi sudah semestinya kita perlu sentiasa mengasah skil menunggang kita supaya setara dengan motorsikal yang kita bawa.

3-Inattention (Hilang Tumpuan)

Membawa superbike memerlukan kita fokus dan tidak mudah alpa sewaktu membawanya.Kita wajib membaca persekitaran dan tabiat pemandu lain dihadapan kita.Berangan sewaktu menunggang amatlah berbahaya kepada diri kita.

4-Speed To Fast (Menunggang Dengan Terlalu Laju)

Menunggang dengan terlalu laju ni sebenarnya subjektif.Takkan la bawa superbike tapi bawa pelan pula kan.Contohnya kita boleh membawa dengan laju di highway dalam 100 km/h hingga 120km/h dengan traffic biasa.Kita boleh memecut dari 120km/h hingga 180km/h apabila jalan selamat dan traffic jarang-jarang.Kelajuan kita menunggang perlu sesuai dengan persekitaran.Jangan pula kita memecut dengan kelajuan tinggi di jalan biasa atau mempunyai banyak simpang dan traffic light.


Masalah Motorsikal

1-Tire Condition (Keadaan tayar)

Sudah semestinya kita tidak boleh membawa motorsikal yang tayarnya botak atau tidak mempunyai bunga.Kita juga perlu menukar tayar yang telah digunakan lebih daripada 3 tahun walaupun masih banyak bunga kerana cengkaman tayar ke atas jalan raya telah menjadi kurang apabila getahnya telah menjadi keras.

2-Suspension (Keadaan obsorber motor)

Kita perlu peka dengan obsorber motorsikal dan dilaraskan mengikut keselesaan dan berat badan kita.Untuk mereka yang berbadan besar boleh dilaraskan supaya tidak terlalu lembut dan untuk yang berbadan ringan boleh dilaraskan supaya tidak terlalu keras.Contohnya kita perlu menukar minyak fork apabila sampai masanya untuk memastikan suspension depan berada dalam keadaan baik.


Masalah Pengguna Jalan Raya Lain

1-Congestion (Kesesakan Lalu Lintas)

Kita perlu peka dengan kesesakan lalu lintas yang lain sewaktu menunggang.Keadaan trafik yang macam ni la yang akan mempengaruhi kelajuan kita menunggang.

2-Intersection Features (Pertemuan Jalan Raya)

Jalan raya mempunyai banyak pertemuan seperti simpang,lencongan,selekoh dan sebagainya.Kita perlu berhati-hati dengan pertemuan jalan ini supaya tidak terbabas ataupun bertembung dengan pengguna jalan raya yang lain yang mahu masuk ke dalam jalan raya.

3-Inatttentive Driver (Pengguna Lain Yang Tidak Memberi Tumpuan Di Atas Jalan Raya)

Di atas jalan raya terdapat pelbagai jenis tabiat pemandu yang boleh membabitkan kita dengan kemalangan seperti memandu dengan keadaan mabuk,melanggar lampu merah,memotong pada garisan kembar,masuk ke simpang tanpa memberi signal,berhenti dengan mengejut dan sebagainya.Kita yang membawa motor perlu peka dengan pemandu-pemandu yang sebegini supaya tidak membabitkan kita sekali dengan kecelakaan jalan raya.


Masalah Jalan Dan Persekitaran

1-Road Curve (Keadaan Jalan Raya)

Kita perlu peka dengan keadaan jalan raya yang boleh membawa musibat kepada kita seperti jalan yang tidak rata,jalan yang licin,jalan yang berlubang,jalan yang basah,jalan yang berpasir,jalan yang berbatu,dan sebagainya.Sepatutnya kita membawa motorsikal dengan kelajuan yang rendah apabila menghadapi jalan yang sebegini.

2-Glare (Cahaya Yang Menyilaukan)

Cahaya yang menyilaukan terjadi pada waktu siang dan malam.Kalau waktu siang ia akan terjadi daripada cahaya matahari dan pada waktu malam cahaya daripada kenderaan lain yang menyilaukan mata kita.

Semoga kita boleh mengambil manfaat hasil daripada perkongsian ilmu ini dan membolehkan kita menunggang dengan selamat.

Wassalam.

Monday 9 November 2015

Resepi Tomyam Ala Thai

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua satu resepi tomyam yang boleh dikatakan menu kegemaran pelanggan di kedai tomyam mak saya kat kampung.Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang resepi ni pasal sekarang ni saya cukup meluat apabila order tomyam kat kedai Thai.Kuah tomyam yang depa buat kompom ceroi dan tak menepati standard citarasa saya.Jadi, mau tak mau saya kena juga masak sendiri kalau teringin nak makan tomyam ataupun minta mak buat semasa saya balik ke kampung.Kedai mak saya masih lagi mengekalkan standard resepi yang dia belajar dan oleh sebab itu pelanggannya sanggup datang dari jauh untuk makan tomyam mak.

Bahan-Bahan

Air-1 gelas plastik putih
Ayam-2 ketul (kalau bahagian tulang lagi sedap pasal lebih berperisa daripada isi)
Perencah tomyam Thai - 1 sudu yang cina guna makan sup
Gula - 3 sudu kecil
Garam - 1 sudu kecil
Ajinamoto - 2 sudu kecil
Air limau - 2 sudu kecil
Carot - 5-10 hirisan
Daun Limau Purut - 2 helai
Bawang besar India ataupun Holland - 1 biji sebesar 2 jari
Tomato - 1/2 biji saiz 2 jari
Solek jagung - 1 batang
Daun bawang - 2 helai dipotong pendek-pendek
Sos cili Ladas - 1 sudu yang cina guna makan sup
Serai - 1 batang
cabai melaka - 3 batang


 Cara-Cara Memasak

1-Masukkan 1 gelas plastik putih air ke dalam kuali.Tak perlu tunggu air mendidih untuk masukkan ayam.Api kena slow saja pasal tak mau air banyak tersejat
2-Masukkan 2 ketul ayam yang telah dipotong sebesar ibu jari.Saya suka masukkan bahagian kepak dan tulang belakang ayam.Kalau bini nak makan sekali baru saya masukkan bahagian dada.
3-Masukkan 1 batang serai yang telah diketuk.Saya gunakan serai kampung.Nak guna serai peha ayam pun boleh.Tapi jadikan 2 batang.Serai kampung lebih wangi daripada serai peha ayam.
4-Masukkan 1 sudu perencah tomyam.Perencah ni la yang kedai tomyam kurangkan pasal mahal.Ni contohnya perencah tomyam yang mak saya guna dan semua kedai tomyam kat Malaysia ni guna.
5-Masukkan 1 sudu sos cili Ladas.Yang ni rahsia utama.Tak masuk sure rasa tak sama.Walaupun semua kedai tomyam guna perencah yang sama tapi tak sama dengan tomyam mak saya pasal sos ini lah.
6-Bila air dah mendidih kita masukkan gula:ajinamoto:garam dengan nisbah 3:2:1 dengan menggunakan sudu kecil.
7-Lepas tu kita masukkan 2 sudu kecil air limau yang daripada Thailand tu.
8-Last sekali kita boleh masukkan carot yang dihiris nipis, daun limau purut,bawang yang dipotong dadu,hirisan tomato,solek jagung dan cabai melaka yang diketuk dengan pisau.
9-Bila semua dah masak last sekali masukkan daun bawang yang dihiris pendek-pendek.

Senang saja kan nak buat tomyam yang sedap kalau kita tahu rahsia resepi dan sukatan yang betul.Tomyam yang saya order kat kedai selalunya depa bubuh perencah sikit sebab tu nampak ceroi.Lepas tu tak letak sos cili pulak.Lagi la ceroi.Lagi satu ni resepi tomyam ayam.Kalau nak masukkan segala macam udang,sotong, dan daging boleh jer tanpa perlu ubah sukatan bahan.Rasa tomyam tu akan lebih sedap kalau kita masukkan jadi tomyam campur.

Saya harap kalau ada sahabat yang hantu tomyam boleh la buat sendiri sahaja.Dah le mahal gila sampai RM5-6  satu mangkuk.Dah bayar mahal pastu tak sedap kuah ceroi pulak lagi la panas.Nak makan tomyam sedap mai kedai mak saya.RM4.00 je semangkuk.Yela jual kat kampung bukan boleh ikut harga standard kedai tomyam.Yang peminat pun penoreh getah dan pekerja kebun kelapa sawit jek.Jual mahal depa kempunan macam tu jela tak dapat nak rasa tomyam mak.

Wassalam.

Thursday 5 November 2015

Sumber Pendapatan & Matlamat Hidup

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan pendidikan kewangan yang dah lama saya tak tulis sejak akhir-akhir ini.Sebenarnya, terdpat 3 cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan duit ataupun sumber pendapatan iaitu

Bekerja makan gaji

Contoh bekerja makan gaji seperti yang saya dan kebanyakkan sahabat semua lakukan sekarang iaitu kita bekerja di sesebuah syarikat dan syarikat itu membayar sejumlah wang di atas masa yang telah kita berikan kepadanya.Dalam istilah kerja makan gaji, kita sebenarnya telah menjual masa kita kepada syarikat tempat kita bekerja.Kalau kita perlu memberi lebih masa kepada syarikat ataupun dalam bahasa mudahnya Over Time (OT), syarikat perlulah membayar kita dengan lebih banyak wang.Adakah kerja makan gaji ni salah ataupun tidak?Bagi golongan Cina dan Robert Kiyosaki sendiri mereka akan menjawab SALAH kerana golongan ini tidak dilahirkan untuk menjadi pekerja.Mereka dilahirkan untuk menjadi tauke.Tapi bagi saya tidak kerana bekerja makan gaji mempunyai satu keistimewaannya iaitu slip gaji.Slip gaji ni kalau kena caranya boleh kita gunakan untuk tambahkan harta kita.

Bekerja sendiri

Contoh bekerja sendiri adalah seperti peniaga pasar malam, kedai runcit, tukang gunting rambut dan doktor yang membuka klinik juga digelar bekerja sendiri.Maksudnya kalau kita sendiri tidak bekerja maka perniagaan itu akan bungkus ataupun tutup.Perniagaan itu bergantung sepenuhnya di atas kudrat dan pemikiran kita untuk memastikan perniagaan itu memberikan pendapatan setiap hari kepada kita.Inilah maksud bekerja sendiri walaupun perniagaan yang kita ceburi itu adalah satu bidang professional.Bekerja sendiri kita tak ada slip gaji tapi apa yang paling penting setiap peniaga kena ada adalah akaun semasa.Keluar masuk duit dalam akaun semasa lah yang boleh melayakkan kita membuat pinjaman daripada bank.Jadi jika kita bekerja makan gaji dan dalam masa yang sama menjalankan perniagan sendiri sewaktu hujung minggu kita mempunyai kelebihan slip gaji dan akaun semasa untuk membuat pinjaman.

Mempunyai perniagaan sendiri

Mempunyai perniagaan sendiri ni maksudnya kita secara total adalah tauke.Setiap benda semuanya kita bayar sahaja kepada pekerja kita.Kita hanya manage sahaja.Sebab itulah kalau kita dengar kisah orang yang berjaya dia boleh memiliki sampai berpuluh syarikat dibawahnya.Dia hanya perlu gajikan seorang pengurus yang bagus dan pengurus itulah yang melakukan semua kerja untuknya.Mungkin sebulan sekali dia akan masuk untuk meeting dengan pengurus-pengurusnya dan ambil feedback tentang perjalanan syarikatnya.Tauke yang macam ni lah yang sangat diidamkan oleh Robert Kiyosaki kerana dia gembira jika boleh berkongsi keuntungan syarikat dengan semua pekerjanya.Maknanya kerana dia seorang yang memiliki sebuah syarikat boleh memberi makan kepada beribu pekerja dan anak bini pekerjanya.

Kalau ikut nisbah kekayaan berkadar dengan masa sebenarnya ia akan jadi seperti begini

Bekerja makan gaji < Bekerja sendiri < Menpunyai perniagaan sendiri

Maksudnya mempunyai perniagaan sendiri akan membuatkan kita lebih cepat kaya berbanding bekerja sendiri dan bekerja sendiri akan membuatkan kita lebih cepat kaya daripada bekerja makan gaji.

Adakah apa betul pernyataan kat atas ni?Adakah betul ada perniagaan sendiri akan buat kita lebih cepat kaya daripada bekerja sendiri dan makan gaji?

Untuk menjawab soalan ni kita perlu tahu bahawa sumber pendapatan kita sebenarnya terbahagi kepada 2 iaitu

Sumber pendapatan aktif

Sumber ni adalah sumber yang memerlukan penglibatan kita untuk menjana duit.Tak kisahlah sama ada kita makan gaji,bekerja sendiri ataupun mempunyai perniagaan sendiri

Sumber pendapatan pasif

Sumber ini adalah sumber yang tidak memerlukan penglibatan kita langsung untuk menjana pendapatan seperti mempunyai rumah sewa, saham, emas dan perak, home stay dan sebagainya

Jadi sebenarnya bergantung kepada kitalah yang menentukan berapa cepat kita mencapai matlamat untuk menjadi kaya atau sebaliknya.

Apa matlamat saya?

Semasa saya masih kecil, saya mempunyai matlamat untuk memiliki superbike.Ini adalah matlamat tertinggi dalam hidup saya sewaktu masih kecil lagi.Sewaktu darjah 6, saya tahu untuk membolehkan saya memiliki superbike saya perlu mendapatkan gaji yang lumayan dan cara untuk mendapatkan gaji yang lumayan adalah saya perlu jadi doktor.Satu profession yang amat famous dikalangan budak-budak pada masa tu la.Jadi saya pulun study dan lulus dengan cemerlang untuk UPSR dan PMR.Kemudian saya ditawarkan untuk masuk ke Tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh tapi saya tidak boleh jadi doktor kerana saya hanya ditawarkan dengan sains teknikal atau dalam bahasa mudahnya hanya boleh jadi jurutera.Jadi saya pun ubahlah matlamat hidup saya daripada nak jadi seorang doktor kepada seorang jurutera mekanikal kerana saya juga tahu pada waktu tu kalau jadi jurutera pun boleh pakai superbike.

Jadi perjalanan hidup saya untuk jadi jurutera mekanikal ni tidak berubah daripada lepas SPM kemudian masuk Matrik dan ambil kursus Kejuruteraan Mekanikal.Dipendekkan cerita apabila sudah grad saya pun diterima kerja sebagai seorang jurutera di syarikat tempat saya bekerja sekarang.

Tapi saya silap kerana walaupun bergelar jurutera saya masih tidak mampu untuk memiliki superbike apabila ditawarkan dengan gaji yang kecil.Jadi pada waktu tu saya telah menukar matlamat hidup saya untuk menjadi seorang yang kaya supaya matlamat untuk memiliki superbike tercapai.Walaupun gaji saya kecil saya tidak berhenti kerja kerana saya sukakan kerja yang saya buat sekarang.Kerja saya setiap hari bukanlah satu kerja yang rutin dan boleh memberi pelbagai pengalaman yang kalau nak diceritakan memang terlalu panjang.

Apabila saya dah set matlamat untuk menjadi kaya, saya pun mulalah bercerita kepada Aziran dan puf sebenarnya Aziran juga sedang mencari kekayaan seperti saya.Jadi pada waktu itulah saya mula membaca buku berkenaan pendidikan kewangan, pelaburan hartanah dan perniagaan.Akhir sekali, alhamdulillah akhirnya matlamat saya tercapai untuk memiliki superbike walaupun saya masih belum kaya pada pandangan orang ramai.Tapi pada pandangan saya sendiri, sebenarnya saya telah pun kaya di dunia kerana tiada apa lagi yang saya mahukan.Kemudian saya terfikir, kalau dah matlamat saya untuk menjadi kaya telah terpadam jadi sekarang ni apa matlamat hidup saya?

Jadi saya pun mula lah set matlamat untuk kekayaan saya di akhirat dan salah satu kaedahnya untuk mencapai matlamat itu adalah dengan belajar-belajar mengikuti jemaah tabligh.Semoga dengan mengikuti jemaah ni, Allah SWT memberi saya kekuatan untuk melakukan amal kebajikan dan amal soleh.Jadi bagaimana dengan matlamat dunia saya.Dipendekkan cerita matlamat saya sekarang adalah untuk menjadi seorang yang mempunyai financial freedom supaya saya mempunyai lebih masa untuk beribadah kepada Allah SWT.Maknanya saya mahu sentiasa lepak di masjid dan melakukan amal masjid tapi dalam masa yang sama saya tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit.Saya mahu duit pula bekerja keras untuk memberi pendapatan kepada saya semasa saya menghabiskan hidup saya di masjid.Itulah matlamat saya sekarang.

Insyallah, kalau diizinkan Allah saya akan mula bercerita tentang saham pula.

Wassalam.

Thursday 29 October 2015

Bagaimana Saya Boleh Memiliki Motorsikal Berkuasa Tinggi

Assalamualaikum sahabat semua,


Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang bagaimana saya boleh memiliki motorsikal berkuasa tinggi ni.Ceritanya begini.Kalau bab minat memang sudah lama minat iaitu sejak dari kecil lagi minat cuma peluang untuk membeli motorsikal berkuasa tinggi ni baru sampai.Ini semua berkat doa saya dan ketentuan Allah SWT juga yang mengabulkan doa saya.

Ianya bermula apabila loan RHB yang setiap bulan saya kena bayar RM300 telah pun habis dibayar.Loan ni saya buat dulu untuk kawin.Jadi bila ada lebihan RM300 setiap bulan mula la saya dok intai-intai mudah.com.my untuk cari motor yang murah dan boleh buat pinjaman.Intai-punya intai dah nasib saya jumpa la motor ni kat Aik Heap kat Bandar Meru Klang.Ada sebijik ER6F tahun 2010 dengan harga RM16800.Saya pun tanya la serba sedikit pasal motor ni.Engin ok ka.Tayar tebal lagi ka.Tapi yang paling penting salesgirl dia nama Anna memang jujur dengan saya.Moto ni memang tiptop bila saya sendiri melihatnya di kedai.Jadi lepas berpuas hati dengan penerangan Anna ni saya pun trus la hantar salinan ic,bank statement 3 bulan dan slip gaji 3 bulan.Saya tunggu dalam 1 minggu barulah Aeon Kredit call untuk interview saya berkenaan hasrat saya untuk memiliki motorsikal ni.Antara soalan yang gurl tu tanya Adakah saya mempunyai lesen B Full?Jeng.jeng...jeng...Saya cakap dah lama saya ada B Full sejak 2008 lagi.Jadi setel la interview tu.Lusa tu baru saya dapat call dari kedai motor yang loan saya dah lulus dan boleh pi ambil motor.Saya pun set la cuti selama 4 hari dengan company untuk bawak balik motor ni dari Klang ke Kulim.

Saya bertolak dari Kulim naik bas sahaja pada hari Ahad malam.Sebelum tu saya dah set dah dengan kawan saya Fahmi untuk menguruskan transport saya sepanjang saya kat sana.Saya sampai kat Klang Sental pukul 6 pagi hari Isnin.Pi solat Subuh dan tunggu la Fahmi kat terminal tu sampai pukul 9 pagi.Walaupun saya sampai awal tapi saya biarkan Fahmi datang jemput saya kat Klang Central pukul 9 pagi.Yela pi awal-awal pun bukannya kedai motor tu buka lagi.Jadi bila Fahmi sampai terus dia bawak saya ke kedai motor.Saya pun tengok-tengok la motor tu dan start engin untuk tengok kot-kot ada masalah engin motor ni.Tapi Alhamdulillah semuanya ok.Kira puas hati.Lepas betul-betul puas hati saya pun sign la borang untuk buat kredit loan daripada Aeon Kredit.Tengok bulanan berapa dan berapa tahun kena bayar.Yang paling penting kena pastikan bulanan tak lebih dariupada RM300.Setelah smuanya dah tengok dan baca saya pun sign.Anna takde kat kedai jadi yang uruskan saya ada sorang perempuan Melayu yang saya tak ingat nama (kalau lawa mesti ingat kan.hehe).Jadi dia bagitau saya yang urusan untuk roadtax dan insurans akan ambil masa sampailah Selasa petang.Jadi saya hanya boleh datang ambil motor Selasa petang sahaja.Saya pun cakap ok.Jadi satu hari lepak kat hotel jela.

Hari Selasa petang tu saya pun pi la kedai tu untuk ambil motor.Sebelum ambil motor saya kena beli dulu aksesori menunggang pasal memang saya takde lagi pun.Helmet kedai bagi free tapi helmet Grayfosh ni bukan jenis flip up.Jadi saya tambah RM80 untuk beli helmet KYT warna merah flip up.Harga helmet Grayfosh fullface tu pun dekat RM300 jugak.Saya beli glove alpinestar kulit dengan harga RM110.Jaket Alpinestar warna hitam RM120 dan riding boot RM240.Total saya kena bayar adalah RM550.Jadi lengkaplah riding suit saya untuk bawak balik ke Kulim.


Lepas bayar harga RM550 untuk riding suit saya saya pun ambil kunci dan segala barang free yang Aik Heap bagi seperti disk lock dan rain suit balik ke hotel.Malam Selasa tu saya tinggalkan motor kat rumah Fahmi pasal tak confident nak tinggalkan depan hotel.Rasa selamat sikit motor ada kat kawasan rumah Fahmi daripada kat hotel.Pagi Rabu bermula la perjalanan saya ke Kawasaki Glenmarie untuk servis motor ni.Saya dah buat appointment siap-siap dah dengan Kawasaki Glenmarie sebelum saya ambil motor lagi.Sampai ke Kawasaki Glenmarie pukul 9 pagi dan saya kena tunggu motor siap sampailah pukul 4 petang.Antara barang yang ditukar adalah valve ekzos dibagi free pasal masih dalam waranti Kawasaki 4 batang.Valve intake saya yang minta tukar.Sebatang RM80.4 batang RM320.Termasuk dengan kos mekanik saya kena bayar RM 440 untuk proses penukaran valve ataupun bahasa mudahnya valve clearance.



Petang tu juga saya balik ke Kulim pada pukul 5 petang.Call isteri dulu cakap nak balik dan isteri suruh saya balik ke Penaga pasal dia masih ada kat Penaga buat kuih kapit.Jadi takpela.Saya bertolak jela ke Penaga.Pada mula-mula naik motor ni memang terasa berat dan takutnya nak bawak.Saya bawak kat highway hanya 70 hingga 80km/h sahaja dulu.Kalau ikut pomen Kawasaki Glenmarie saya kena bawak motor ni bawah 100km/h selama 1000km.Bila dah lama-lama bawak barulah berani bawak 100km/h.Saya sampai ke Penaga pukul 11 malam dengan 3 kali berhenti rehat di RNR.Makan-makan dan lepak-lepak.Saya tak rush pun nak balik pasal esok tu masih lagi cuti.Alhamdulillah akhirnya berjaya bawak balik motor ni ke rumah dengan selamat.

Wassalam.


Tuesday 15 September 2015

Macam Mana Nak Pilih Motorsikal Idaman

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya nak share ilmu tentang macam mana nak pilih motor berkuasa tinggi yang sesuai dengan jiwa dan keselesaan kita.Sebenarnya terdapat bermacam-macam jenis kategori motor berkuasa tinggi yang ada di pasaran Malaysia ni.Jadi saya akan terangkan satu persatu ciri-cirinya dan sahabat semua boleh memilih mungkin ada ciri-ciri motorsikal tersebut menepati citarasa sahabat.

Kawasaki ZX6

Superbike (motor sukan yang nak laju je kejanya sambil layan corner)

Mereka yang suka membawa superbike adalah bikers yang teruja dengan kelajuan.Dari 0km/h ke 100km/h dengan menggunakan gear 1 dan 2 sahaja boleh dicapai dalam masa beberapa saat sahaja.Selalunya bikers yang bawa superbike akan speed kat highway dari 140km/h hinggalah kepada 200km/h.Jarang la nak jumpa yang speed atas 250km/h tapi pasti ada pasal top speed superbike boleh mencecah paling tinggi 300km/h untuk motorsikal 1000cc.Jadi nak bawa superbike hati kena kering dan jangan takut mati.Hehe.

Mereka juga tidak kisah sakit pinggang dan tangan apabila bawak superbike ni.Sebab tu asyik nak laju jek pasal lagi lama bawak motor lagi sakit badan menanggung.Posisi menunggang agak radikal dengan badan membongkok ke depan dan perut rapat ke tank.Jadi untuk mamat yang perut agak ke depan macam saya ni kureng sikit la sesuainya.Hehe.

Mereka juga suka melayan corner terutamanya di Awana, Karak dan jalan Banding (Kulim ke Kelantan).Ini adalah contoh port melayan corner kat Malaysia la.Nak layan corner pula kenalah turun badan dan hati takkan puas hati selagi lutut tak cecah jalan raya.Paling best ada yang masuk litar Sepang trus untuk layan corner.

Kos maintenance untuk superbike tinggi sikit pasal selalunya bikers akan pilih tayar yang soft supaya tayar lebih grip kat jalan.Tayar ni best untuk layan corner.Bila tayar soft jadi cepat la habis bunga tayarnya.Engin pula adalah 4 silinder.Walaupun bunyi 4 silinder ni amatlah merdu dan sedap tapi bila kena tukar intake valve dan ekzos valve time buat valve clearance (top overhaule) menangis juga la.Contohnya saya telah menukar 4 batang valve intake untuk ER6F saya dan kos untuk 4 batang valve tak termasuk upah adalah RM240.1 batang valve RM60.Jumlah valve yang ada kat motor 4 silinder adalah 16 batang.Jadi sahabat kira sendiri yek kos untuk tukar valve sahaja.

Kawasaki ER6F

Sport Touring (motor nampak macam motor sukan tapi untuk jalan-jalan jauh)

Mereka yang pilih motor sport touring macam saya ni sebenarnya jenis yang suka jalan-jalan.Posisi duduk tak la tunduk sangat dan selesa untuk jalan jauh.Jadi bila pakai motor ni nak bawak 4-5 jam atas motor ok jek.Tak la sakit sangat pingang dan tangan.Nak redah ride sampai 400km ke atas ok jek dengan kelajuan 120km/h hingga 180km/h.Motor ni boleh jek nak layan corner tapi tak la sebaik superbike.Kadang-kadang boleh overshoot jugak.Ada juga yang salah faham bila tengok motor ada firing macam kat atas ni depa kata superbike.Tapi sebenarnya itu yang golongan macam saya ni mahu.Motor nak bentuk macam superbike tapi tak mau sakit pinggang bila ride.Hehe.Jadi sapa-sapa yang suka jalan-jalan kat dalam Malaysia ni dan nak ride jauh-jauh boleh la pilih motor sport touring ni.Nak bawa motor ni kat highway dengan speed yang tinggi pun selesa pasal ada windshield.Nak bawak santai pun ok.Takdelah orang kutuk pakai superbike tapi bawak slow pasal motor ni bukannya superbike tapi sport touring.

Selalunya motor sport touring ni mempunyai 2 silinder dan valve nya hanya ada 8 sahaja.Motor 2 silinder ni lebih sikit pick-up nya dan kurang sikit kelajuannya.Contohnya top speed untuk motor saya ER6F hanyalah 212km/h.Jadi kalau bawak konvoi dengan geng yang pakai superbike memang kena tinggal la kat highway.Oleh sebab itu la jugak harga motor sport touring ni lebih rendah daripada motor superbike.Lain-lain kos maintenance murah sikit sahaja daripada superbike.Tayar kena pakai yang medium pasal nak buat tahan jalan jauh.Bunyi ekzos pula macam mesin jahit la.Nak bunyi sedap kena tukar ekzos la pakai akra ataupun yoshimura.(ni kes bunyi ER6F saya yang masih lagi guna ekzos standard).

Kawasaki Z800

Naked/Street Fighter (Motor yang nak bentuk gempak dan bawak jalan dalam bandar)

Selalunya mereka yang pakai motor ni suka pada reka bentuknya yang nampak ranggi dan mengancam.Motor naked ni dipanggil naked pasal tidak ditutup dengan firing macam sport touring tapi menggunakan engin yang sama iaitu 2 silinder.Jadi cara bawak, maintenance, pick up dan cara ambil corner sama sahaja dengan sport touring.Contohnya ER6F dengan ER6N.Semua sama kecuali firing sahaja.Bikers memilih naked bike pasal motor ni senang nak menyelit di bandar sewaktu traffic jam.Nak menyelit dengan sport touring mungkin susah sikit kalau nak dibandingkan dengan naked bike.Cuma kelemahan naked ni bila speed kat highway terasa sikit la angin menerpa dada.Itu pun boleh diatasi dengan memasang windshield.

Kawasaki Vulcan S

Easy Rider (Motor nak bawak santai dan ada identiti tersendiri)

Bikers yang suka dengan easy rider ni sebenarnya suka kepada cara bawa yang santai.Bawa slow-slow sambil layan awek kiri kanan.Hehe.Tapi walaupun nak bawa slow ekzos mau bunyi yang kuat-kuat.Saya masih ingat lagi motor Kawasaki Vulcan 500 Pak Njang saya bunyi ekzos mengalahkan kapal terbang.Nak bawak pun rasa segan pasal bawa tak laju mana tapi bunyi satu kampung boleh dengar.Itu belum masuk ekzos buluh lagi tu.Hehe.

Mereka juga suka dengan motor easy rider ni pasal motor ni kita boleh custom ikut kehendak kita sendiri.Cuba tengok rancangan American Chopper.Boleh custom ikut selera kita.Nak ubah tempat letak kaki,nak handle monkey,nak tayar size besar,nak ubah sport rim, nak cat ikut tema kesukaan kita semua boleh dibuat.Jadi saya menganggap mereka yang suka pakai easy rider ni sebenarnya sukakan motor ni di make-up ikut identiti penunggang.Kira sekali tengok motor saja dah tau sapa ownernya.

Kawasaki KLX 300R

Offroad (motor untuk jalan-jalan makan angin dalam hutan sambil lompat-lompat)

Bikers yang minat motor offroad ni lebih suka bawak motor jalan-jalan dalam hutan.Ikut jalan lori balak atau kelapa sawit.Kadang-kadang depa sendiri yang rintis jalan untuk masuk ke dalam kawasan hutan yang belum diterokai.Aktiviti masuk hutan lebih kepada pergi memancing ikan kelah ke,camping dalam hutan menjerat burung ataupun binatang dalam hutan seperti napoh,kancil,rusa dan sebagainya.Ada juga yang guna untuk mengembala lembu.


Saya pernah naik motor jenis macam ni tapi jenama KTN 200cc.Walaupun motor untuk offroad tapi adik ipar saya pakai tayar untuk jalan raya.Motor ni memang best bila langgar batas ubi.Boleh langgar je dengan kelajuan 60-80km/h tanpa ada rasa apa-apa.Maknanya absorber dia akan serap hentakan dengan amat baik sekali.Tapi motor macm ni juga tidak digunakan untuk mencapai kelajuan yang tinggi.Cukup setakat bawak bawah 120km/h ja pasal yang paling penting untuk motor offroad ni adalah pick up.Bapa saudara saya (Pak Long) dulunya juga pernah memiliki motorcross ni untuk dia bawa masuk dalam hutan.Tapi akhirnya selepas 2-3 tahun terpaksa jual pasal setiap kali masuk hutan pasti akan dapat sakit jatuh motor dalam hutan.

Motor ni boleh pakai tayar offroad dan tayar jalan raya.Jadi kita boleh pilih nak guna untuk jalan yang mana.Cuma mungkin kurang sesuai pada mereka yang renek sikit pasal motor ni tinggi.Saya sendiri yang tinggi 168cm ni pun masih lagi jengket walaupun berat badan saya mencecah 90kg.Kalau badan ringan mau tak sampai kaki nak bawak motor ni.

Kawasaki Versys 650

Dual Purpose (motor nak masuk hutan boleh nak jalan kat highway pun boleh)

Motor ni sebenarnya gabungan sport touring,naked dan offroad.Maknanya reka bentuk macam naked pasal takde fairing kat bawah.Boleh juga dibawa masuk ke dalam hutan pasal tinggi dan boleh tukar tayar offroad.Absorber juga best macam naik motor offroad.Reka bentuk pula macam sport touring dan posisi duduk juga macam bawa sport touring.Pendek kata motor ni boleh jadi motor amfibia.3 dalam 1.Macam Versys 650 ni sebenarnya engin dia sama je dengan ER6F dan ER6N.Cuma reka bentuk sahaja yang berbeza.Ramai yang bagi feedback lebih sedap naik Versys daripada naik ER6 tapi bagi saya Versys sedap untuk mereka yang tinggi.Kalau agak rendah macam saya ni lebih sesuai pakai ER6 sahaja.

Tapi kalau boleh janganlah kita membeli dual purpose ni macam kita membeli kereta 4WD.Kereta nak beli yang 4WD tapi kita tak pernah pun bawak masuk hutan untuk guna gear 4 wheel.Jadi kalau nak beli motor versys ni elok lah kita plan supaya boleh mengembara bersamanya kerana ia adalah motor yang paling sesuai untuk mengembara ke mana jua tak kita jalan tu ok ke tak.

Alhamdulillah.saya dah terangkan serba sedikit tentang jenis-jenis motor dan perangai bikers yang sukakan jenis-jenis motor tertentu ni.Diharap sahabat yang nak beli motor boleh pilih jenis mana yang paling berkenan di hati.Kita kena ingat setiap motor ada pro and cont.Yang paling penting, cara bawak,cara duduk,cara ambil selekoh dan cara brek tak sama.Contohnya saya pernah bagitau bila pakai superbike nak brek kena guna brek depan tapi kalau pakai easy rider kena pakai brek belakang pula.Kalau pakai brek depan jadi macam saya la tergolek atas jalan bila bawa Kawasaki Vulcan 500 Pak Njang saya.Bikers yang bawak superbike belum tentu cekap membawa motorcross.Bikers yang bawa easy rider belum tentu cekap membawa superbike.Jadi pilih jenis betul-betul supaya motor tu tak ler kita jual selepas 2 atau 3 bulan pakai.Tak pun beli pasal bentuk cantik tapi takut nak bawa.Alih-alih selimut sahaja kat dalam rumah.Huhu.

Berkenaan brand motor pula kat Malaysia ni saya kategorikan kepada 3 jenis iaitu motor Jepun,motor Eropah dan motor lain-lain.Macam motor Jepun kita ada Kawasaki,Yamaha,Honda dan Suzuki.Motor Eropah kita ada motor BMW,Aprilia,Ducati dan motor lain-lain seperti Naza Blade,Sym,KTN dan sebagainya.

Kawasaki-motor yang terkenal dengan ketahanan engin, minyak jimat dan spare part senang nak dapat.Merata ada tempat service ataupun Green Station.

Yamaha- motor yang terkenal dengan reka bentuk yang cantik tapi lebih makan minyak kalau nak banding dengan Kawasaki.

Motor brand lain saya tak pasti pasal tak kenal rapat dengan owner brand tersebut.Tapi satu jek saya nak komen pasal kebanyakkan Cha Ya Nun Alip akan kondem motor Naza.Cakap motor ni tak bagus dan depa akan lebih puji motor SYM.Tapi jiran saya sendiri ada pakai Naza Blade 650R dan sampai sekarang tiada apa-apa masalah.Badi saya motor Naza Blade ni paling best kalau nak banding dengan harganya yang murah.jadi jangan takut nak beli Naza Blade.Tapi macam kes saya memang saya minta dengan ER6F pun.Jadi tak de istilah puji motor Naza tapi pakai Kawasaki jugak.Hehe.

Wassalam.

Friday 11 September 2015

Ilmu Menunggang Superbike 1

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin bercerita tentang selok belok untuk menunggang superbike.Mungkin di luar sana ada kawan-kawan yang bercita-cita seperti saya yang pada suatu hari nanti akan memiliki sebuah superbike idaman.Sebelum kita memiliki superbike, kita kena juga bersiap sedia daripada segi mental,fizikal dan ilmu menunggang yang mencukupi supaya perjalanan kita menunggang superbike selamat dan dalam kawalan.Jangan biarkan superbike yang kawal kita tapi kita kena pastikan kitalah yang mengawal superbike tersebut.

"Tidak kisah berapa besar cc motor yang kita pakai tetapi yang perlu kita kisahkan adalah berapa besar ilmu menunggang yang kita ada supaya boleh "ride" dengan selamat"

Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang tajuk ni kerana sekarang ini terlalu mudah untuk kita memiliki sebuah superbike.Kalau tahun-tahun yang sebelum ni kita hanya boleh membeli secara tunai.Kalau berhutang pun hanya ada hutang kedai dengan kadar interest 10% ataupun 12%.Ada juga yang membeli superbike menggunakan personal loan supaya boleh membeli dengan kadar interest yang lebih rendah.Oleh sebab susah nak beli jadi bikers selalunya akan membeli motor dengan cc yang lebih kecil dahulu seperti 250cc sebelum upgrade ke cc yang lebih besar seperti dari 250cc ke 600cc kemudian ke 1000cc.Tapi sekarang ni, dengan adanya AEON kredit dan bank-bank yang lain banyak menawarkan loan superbike yang lebih rendah interestnya (4%-6%) menyebabkan ramai bikers terus membeli superbike yang ber cc besar terus.Terutama di kalangan kakitangan kerajaan yang boleh membuat loan sehingga 10 tahun menyebabkan mereka terus menyambar superbike 1000cc.Tapi, tanpa ilmu yang cukup untuk menunggang superbike 1000cc akan membuatkan mereka sebenarnya membuat keputusan untuk membunuh diri.Sebab itu kalau dulu jarang kita nak dengar bikers yang menunggang superbike ni terlibat dengan kemalangan tapi sekarang ni banyak pula kes-kes kemalangan yang melibatkan superbike.

Kategori Penunggang Beginner

Pada pendapat saya, mereka yang layak digelar beginner iaitu rider yang masih belum bersedia untuk memiliki superbike adalah golongan kat bawah.

1-Mereka yang tidak pernah,jarang-jarang ataupun tidak confident menunggang motorsikal kapcai.Ini adalah tahap yang paling rendah.Kalau tahap ini terus nak pakai superbike memang akan cari penyakit la.

2-Mereka yang masih menunggang kapcai sebagai kenderaan harian.Menunggang kapcai tidak sama dengan menunggang superbike dari segi 
  • Berat motor.Kebanyakkan superbike beratnya dalam lingkungan 180kg hingga 220kg.Membawa motor yang berat memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawalnya.Kita juga tak boleh guna kaki saja untuk menolak motor seperti kapcai.Kena turun dari superbike dan tolak dengan kedua belah tangan.Ini kes kat tempat parking.
  • Cara brek.Kalau kita naik kapcai kita selalunya akan brek menggunakan kaki iaitu menggunakan brek belakang.Amat jarang kita menggunakan tangan untuk membrek iaitu brek depan kecuali sewaktu emergency stop.Dalam kelas sewaktu ambil lesen B2 pun kita diajar untuk menggunakan brek belakang sewaktu membrek.Tapi apabila kita menunggang superbike kita dimestikan menggunakan tangan untuk brek iaitu brek depan.Dengan double dics brek yang ada pada sebuah superbike peratus untuk motor berhenti sewaktu menggunakan brek depan adalah 70%.Kalau kita membawa tabiat membrek menggunakan brek belakang ditakuti disc brek akan terkunci dan kita akan slide atas jalan raya terutamanya sewaktu jalan basah.
  • Cara membelok.Kalau kita menunggang kapcai kepala motor akan ikut sekali sewaktu membelok tak sama macam superbike yang hanya handle sahaja membelok tapi firing masih tegak.Mereka yang lama menunggang kapcai akan sedikit rasa pelik sewaktu membelok menggunakan superbike.Lagi satu apabila membelok dengan menggunakan superbike, kita perlu menyendengkan sedikit badan kita menurut arah membelok supaya berat badan kita dapat menyeimbangkan daya emparan sewaktu membelok.Dalam bahasa mudah, naik kapcai tak perlu turun badan tapi naik superbike perlu turun badan dan buka kaki sewaktu membelok pada kelajuan yang lebih tinggi daripada kapcai.
  • Kelajuan.Rata-rata kelajuan kapcai maximum pun boleh pergi sampai 120km/h (bawah 120cc) tapi kelajuan superbike boleh membawa kita sehingga 300km/h (Kawasaki H2).Motor saya ER6F boleh pergi sehingga 212km/h.Jadi sewaktu menunggang pada kelajuan yang tinggi ini, kepekaan terhadap persekitaran keliling amatlah penting bagi menjamin keselamatan diri.
  • Kos penyelengaraan.Nak pakai superbike ni kena rajin menabung pasal kos penyelengaraannya amat tinggi jika hendak dibandingkan dengan kapcai.Antara kos wear and tear yang boleh saya listkan ialah tayar,rantai dan spoket,minyak hitam,coolant,oil filter,bateri dan sebagainya.Jika ada yang rosak lagi la tinggi kosnya.Saya akan ceritakan secara details semua kos ni dalam posting yang akan datang.
Kategori Penunggang Novice

Pada pendapat saya mereka yang layak untuk memiliki superbike ialah apabila kita pernah membawa motorsikal 150cc 2 Stroke ataupun 250cc 4 Stroke.Hanya motorsikal ini sahaja yang boleh dikatakan hampir-hampir menyamai dengan pengalaman membawa superbike yang sebenar dari semua segi.Saya sendiri juga membawa Kawasaki Kips ZSR Cyclone dahulu selama 3-4 tahun untuk memahirkan diri dengan teknik dan cara menunggang.Apabila kips saya hilang kena kebas dengan malaun saya hanya menggunakan Honda Wave sahaja sebagai tunggangan harian.Walaupun begitu, tabiat membrek dengan menggunakan brek depan tidak saya ubah walaupun dengan menunggang kapcai.Jadi saya tidak kekok la sangat sewaktu menunggang ER6F saya sekarang.Saya nasihatkan kawan-kawan beli dahulu motorsikal 150cc seperti Yamaha TZM atau Kawasaki Kips.Tak pun beli saja dahulu yang 250cc seperti Naza Blade 250R,Kawasaki Ninja 250,Yamaha Y25,Kawasaki ZZR 250 dan sebagainya.Biasakan diri dahulu dengan feel dan kelajuan motorsikal ini sebelum beralih ke cc yang lebih besar seperti 600cc.

"Memiliki lesen B Full bukannya syarat yang anda cekap dalam menunggang superbike.Ia hanyalah syarat untuk melayakkan anda membawa superbike di jalan raya sahaja"


Ini terjadi kepada diri saya sendiri.Saya mempunyai lesen B full sewaktu tahun 2008 lagi.Ada lesen tapi takde motor.Hehe.Apabila mendapat lesen saya pun meminjam la motor Pak Njang saya Kawasaki Vulcan 500 untuk dibawa balik ke Kulim.Dalam perjalanan, ada sebuah treler yang masuk ke dalam jalan saya dari sebuah simpang tanpa melihat pada kelajuan saya.Akibat kurang pengalaman membuat emergency brek menyebabkan motorsikal Pak Njang saya tu slide dan terus terbalik.Helmet saya terpelanting menyebabkan kepala saya tiada lagi protection.Yela pakai helmet biasa sahaja.Bukannya Fullface.Nasib la saya tidak pejam mata dan masih boleh berfikir supaya mendongakkan kepala supaya kepala saya tidak terseret kat jalan.Yang terseret hanyalah punggung sahaja.Cuma malangnya tangan tidak sempat saya simpan celah telur.Huhu.Jadi luka panjang juga la kat siku sampai kena jahit akibat tak simpan tangan celah kangkang.

Antara Sebab Superbike Mengalami Kemalangan
  1. Hilang kawalan sewaktu membelok di selekoh (overshoot)
  2. Tayar slide di atas jalan raya yang basah sewaktu menggunakan brek belakang
  3. Hilang kawalan sewaktu memecut pada kelajuan tinggi terutama apabila terjadi angin lintang.
  4. Kereta masuk ke line kanan tanpa memberi signal atau gagal mengukur kadar kelajuan superbike sebelum masuk ke line kanan di highway.
Selepas ini untuk posting yang akan datang saya akan share ilmu menunggang motorsikal daripada buku Riding Tips keluaran Motorcycle Safety Foundation (MSF).Buku ni dalam bahasa English jadi saya terjemahkan sahaja dalam Bahasa Melayu.Yela.Bukan semua budak Melayu faham baca buku English kan terutama mat-mat rempit ni.Ilmu ni untuk yang baru bercita-cita nak memiliki superbike bukannya yang dah memiliki.Jadi diharap boleh la memberi sedikit ilmu terutama kepada kaki rempit yang jenis tak sayang nyawa kan.Kita belajar teori dahulu sebelum praktis ok.

"Motor ada sparepart tapi nyawa manusia takde spare cik oiii"

Wasalam.

Friday 4 September 2015

Pengalaman Membeli Motosikal

Assalamualaikum sahabat semua,

Motorsikal sekarang Kawasaki ER6F 2010

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaannya kepada diri saya hamba-Nya yang hina ini dengan memakbulkan hajat saya untuk memiliki sebuah sport touring ER6F second hand tahun 2010.Sebenarnya pemilikan motosikal ini amatlah memberi impak yang positif dalam hidup saya kerana hajat untuk memilikinya telah pun saya set sewaktu masih di bangku sekolah rendah lagi.Pendek kata hajat untuk memiliki superbike adalah motivasi yang paling tinggi dalam hidup saya.Dengan niat untuk memiliki superbike jugalah saya belajar bersungguh-sungguh dan mengejar cita-cita saya untuk menjadi seorang  ******* seperti yang saya jawat sekarang.Walaupun arwah abah telah kembali ke rahmatullah sewaktu saya masih dalam Darjah 6 tapi semangat saya untuk berjaya dalam hidup tidak pernah luntur hasil daripada impian untuk memiliki superbike ini.Sebab itulah saya suka ulang madah ini seperti mana yang telah saya tulis dalam facebook saya.

Hidup perlukan angan-angan,
Daripada angan-angan lahirnya cita-cita,
Daripada cita-cita lahirnya usaha dan kesabaran,
Kemudian berserah dengan bertawakal kepada Allah SWT.

Sebenarnya, saya boleh memilikinya sebelum saya kawin lagi apabila pernah membuat loan RHB sebanyak RM18k tapi saya simpan hajat saya ni yang paling last sekali dalam hidup saya kerana ianya begitu membuat saya teruja.Nikmat berada dalam keterujaan itu lebih mengatasi segalanya daripada memiliki.Jadi saya setelkan dahulu hal-hal lain seperti kahwin,rumah,tanah dan sebagainya sebelum membuat keputusan untuk membeli motorsikal ini.Saya juga bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan motor ini kepada saya sewaktu umur saya sudah melepasi 30 an.Jadi tak la saya bawak motor ni macam mat rempit sewaktu saya masih dalam 20 an.Sesungguhnya percaturan Allah SWT itu melebihi segalanya.Hanya Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

 Motosikal Kawasaki Vulcan Pak Njang yang telah pun dijual.Saya pernah jatuh sekali apabila ride dengan motor ni.Luka kat siku ada sampai sekarang

Cerita saya berminat untuk memiliki superbike bermula dengan Pak Menakan saya (Pak Njang) membeli sebuah Kawasaki Kips 150 cc sewaktu saya dalam Darjah 2 atau 3 (tak berapa ingat). Pada masa itu, jika Pak Njang balik ke kampung daripada Penang dia akan ke sekolah rendah saya untuk menjemput saya naik motosikalnya.Kemudian Pak Njang akan bawak dengan laju dan layan lap di sepanjang jalan ke kampung.Pada waktu tu saya rasa cukup seronok dan dari situlah juga timbul angan-angan yang pada suatu hari nanti saya pasti akan memiliki juga sebuah superbike jika diizinkan Allah SWT.

Motorsikal pertama saya Kawasaki Kips ZSR Cyclone

Motorsikal pertama saya adalah motor Kawasaki Kips ZSR Cyclone yang saya beli dengan duit pinjaman PTPTN sebanyak RM1500.Saya beli time saya masih lagi belajar di Universiti Malaysia Pahang.Kemudian sewaktu saya praktikal di tempat kerja saya sekarang, motor itu hilang dicuri di Taman Kota Kenari Kulim.Banyak juga kenangan saya dengan motor tersebut.Ada la 2 3 ride yang saya ikut dengan menggunakan motorsikal tersebut antaranya Ride Ke Lubuk Yu dan Ride Makan Ikan Bakar Di Kuala Ibai.Dalam ride ke Lubuk Yu ni la ada gambar saya dalam majalah motorev.Hehe.Ada juga ride saya daripada Penang ke Bangsar untuk Friday Night Fever (FNF) dengan Tokwan dan Tok Lid dari Malaysian Bikers Community (MBC).Selepas motor kips saya hilang kena curi saya beli lagi Kawasaki Kips ZSR Cyclone juga daripada seorang student Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Student ni nak balik ke Sabah jadi terpaksa la jual motornya.Saya beli dengan harga RM1000 sahaja.Saya bawak balik daripada Batu Pahat ke Kulim dengan menggunakan motorsikal ni.Pun tak lama saya pakai akhirnya kena curi juga dalam kawasan rumah saya di Taman Mutiara Sungai Kob Kulim.Akhirnya saya menyerah kalah dengan meletakkan syarat tidak akan beli lagi motorsikal 2 stroke kerana motorsikal sebegini adalah kegemaran mat-mat rempit.





Semua di atas adalah gambar-gambar lama saya sewaktu join kelab Malaysian Bikers Community (MBC).

Saya berpeluang untuk membawa motorsikal customer saya Suzuki K5 

Akhir kata, saya akan kembali menulis tentang penjagaan motorsikal ER6F ni dengan lebih lanjut pada posting yang akan datang.Banyak lagi yang perlu saya tulis tentang motor ini dan harga kelengkapan untuk safety suit saya.Jadi tunggu...

Wassalam.