Tuesday 29 November 2016

Saham-Bidang Pelaburan Baru Yang Sedang Saya Ceburi

Assalamualaikum sahabat semua,

Sudah lama saya tak menulis apa-apa dalam blog saya ni.Dah bersawang dan semak pun.Jadi hari ni nak kena la tebas sikit semak samun kat blog ni dan cuci sawang labah-labah kat sini kan.Sebenarnya saya telah pun bermula menceburkan diri dalam pelaburan saham ni pada awal bulan May lagi.Sapa yang mempengaruhi saya untuk terlibat dengan pelaburan saham ni.Tentulah Aziran yang mengajar.Sapa lagi kalau tak Aziran kan yang telah memberi tunjuk ajar dan segala mak nenek buku untuk saya baca.Cuma saya memang pening sikit la baca bab saham ni pasal istilah yang tak biasa kita dengar.Tapi bak kata Robert Kiyosaki, apabila kita terlibat dengan sesuatu pelaburan, asas pelaburan masih lagi sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan.Yang berbeza hanyalah kosa kata atau glosari sahaja.Terjun dalam bidang hartanah kita perlukan bahasa hartanah dan terjun dalam bidang saham kita perlukan bahasa saham.Hanya bahasa yang membezakan setiap pelaburan yang kita hendak masuk.

Kenapa saya terlibat dengan saham?

Pertama sekali pernah tak dengar kata-kata pujangga mat saleh ni 

"Don't put eggs in one basket"

Kalau sahabat pernah baca buku yang berkaitan dengan pelaburan mesti pernah dengar punya mutiara kata ni.Maksud kata-kata ini adalah kita hendaklah menceburkan diri dalam pelbagai jenis pelaburan supaya jika ada salah satu pelaburan kita mengalami kerugian, pelaburan lain yang menjana keuntungan tu dapat menampung kerugian yang kita tanggung.Kalau sekarang ni pelaburan hartanah mengalami kelembapan mungkin pelaburan saham dapat menampung kerugian kita dalam sektor hartanah.

Kenapa sektor hartanah lembab?

Sekarang ini sudah ramai yang tahu membeli rumah secara lelong menyebabkan perebutan untuk mendapatkan sesuatu hartanah amatlah sengit.Kalau dulu kita boleh enjoy membeli hartanah lelong dengan harga yang bawah daripada harga pasaran tetapi sekarang perebutan hartanah menyebabkan membeli secara subsale lebih murah daripada membeli secara lelong.Ini saya boleh katakan kerana kawan saya sudah banyak kali masuk lelong dan harganya naik sehinggalah ke tahap yang tidak munasabah.Satu lagi sebab yang menyebabkan sektor hartanah lembab adalah kerana pemaju lebih suka menyediakan hartanah untuk golongan elit sahaja dan mengabaikan keperluan golongan bawahan ataupun menengah.Rumah taman yang dibuat semuanya atas RM200k dan amat susah kita nak jumpa rumah baru yang berharga bawah RM150k walaupun rumah tu dibuat dalam kawasan terpencil.Dengan GST,masalah kenaikkan gaji,masalah gaji minimum,masalah kilang asing tutup dan buka operasi di China dan macam-macam lagi masalah dalam negara adalah penyumbang kepada kelembapan ekonomi sekarang.Dengan keluasan internet dan pelajaran anak-anak yang tinggi, orang kampung sekarang ni pun sudah tak jual tanah dengan harga yang murah.Jadi sekarang ni memang tak dapat nak enjoy sangat beli rumah atau tanah dengan harga yang murah.Tapi pelabur hartanah jangan risau.kelembapan ekonomi akan membuatkan ramai orang hilang sumber pendapatan apabila banyak pekerja diberhentikan kerja.Bila ini terjadi lambakan rumah lelong akan terjadi dipasaran.Itulah masa yang paling sesuai untuk membeli rumah lelong

Saham-Syurga dikala ekonomi lembab.

Mereka yang terlibat dengan saham ni sebenarnya sedang menunggu-nunggu kejatuhan ekonomi.Waktu yang paling best membeli saham adalah pada waktu market crash kerana pada masa ni saham-saham blue chip akan jatuh pada harga yang amat rendah berbanding dengan harga semasanya.Bila ekonomi kembali pulih, kita akan dapat melihat harga saham itu boleh menjadi 5 hingga 10 kali ganda dari harga asal.Antara saham yang tidak terjejas dengan kegawatan ekonomi pada tahun 1997 adalah NESTLE.harga Nestle semakin hari semakin meningkat dan sekrang sudah naik kepada RM80 seunit.Nak beli 1 lot perlukan modal RM8000.Dalam pelaburan saham, saya mendapat tunjuk ajar daripada Pakdi apabila Aziran membeli e-book Pakdi dan kemudian membenarkan saya membacanya.Apa yang saya boleh share Pakdi lebih suka melabaur secara fundamental iaitu membeli saham-saham consumer yang berdaya saing dan kalis kegawatan ekonomi.

Saya akan bercerita dengan lebih lanjut tentang saham pada posting yang akan datang.

Wassalam.

Monday 17 October 2016

ER6-Kerosakan Pada Relay Starter

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua berkenaan masalah yang dihadapi oleh ER6 saya.Motor saya baru-baru ini mula menunjukkan masalah susah untuk hidup apabila start.Kadang-kadang punyalah lama saya cuba start tapi tak mahu hidup.Apa yang saya lakukan adalah pertamanya saya buka seat dan check bateri.Saya lihat bateri saya menunjukkan takat air bateri pada takuk minimum.Jadi saya pun beli lah air bateri RM2.00 dan tambah air bateri.Saya menggunakan bateri koyoko yang mempunyai lampu penanda sama ada bateri week, ok ataupun kong.Bila saya sudah siap tambah air bateri dan cuba hidupkan engin, motor boleh hidup.Saya biarkan motor idle untuk 10 minit dan check bateri kembali.Lampu bateri yang pada mulanya menyala warna kuning kini sudah menyala warna hijau bermaksud bateri saya sekarang sudah ok.Kalau bateri menunjukkan warna merah maknanya bateri itu sudah kong.

Saya pun bawak la motor saya dalam 2 minggu kemudian jadi masalah yang sama jugak.motor susah nak hidup.Bila saya buka seat saya lihat bateri menunjukkan warna hijau maknanya bateri saya ok.Kemudian, bila memikirkan motor kalau terus tak hidup akan menambah kos untuk repair saya pun bawak lah motor saya ke Mega Fortune Prai untuk expert yang check.Bila mekanik Mega Fortune check dan melihat keaddan bateri ok dia terus beritahu yang besar kemungkinan masalah relay.Dia cakap motor ER6 memang selalu hadapi masalah ni.Jadi saya pun bersetuju la untuk tukar relay tu dengan harga RM240 sebiji.Saya tak serve pun harga kat tempat lain sama ada relay ni murah atau mahal kat Mega Fortune tapi apa yang saya pasti relay ini original Kawasaki.Ni bentuk relay tu.Selepas saya tukar relay ni motor saya memang sudah tak hadapi lagi masalah nak start engin.


Saya juga telah menukar lampu di kening motor saya.Kalau original lampu tu warna kuning.Tapi saya lebih suka letak warna biru.Bila ride waktu malam kereta boleh nampak yang dibelakang mereka adalah motor superbike berpandukan lampu biru tersebut.Saya ada bertanya Mega Fortune dan harganya RM48.Saya bertanya dengan satu lagi kedai motor di Padang Serai dan harganya hanyalah RM12 sahaja.Memandangkan ini hanyalah lampu dan kalau tidak bertahan lama pun tidak mengapa pasal hanya lampu eksesori jadi saya memilih untuk tukar lampu biru kat Padang Serai saja dengan harga RM12 untuk sepasang.Ini picture lampu yang saya tukar tu.Harga murah jadi kecerahan lampu ni kurang sikit daripada lampu original yang RM48 tu.Tapi masih lagi ok.


Ok.Jadi setakat sekarang saya baru tukar 2 benda ni sahaja.Saya akan update lain kalau lepas ni saya kena tukar spoket, rantai ataupun tayar di kawasan Penang ni.

Wassalam.

Friday 23 September 2016

Trip Memancing Di Bawah Jambatan Pulau Pinang 1

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua pengalaman saya memancing di bawah jambatan Pulau Pinang bersama pak menakan dan adik ipar saya.

Kami bertolak dari Penaga selepas Asar pada pukul 4.00 petang 13/9/2016 ke Bagan tempat bot yang akan membawa kami ke jambatan Pulau Pinang dekat dengan Dermaga Dalam.Trip ni saya ikut selama 2 hari 1 malam dengan bermalam di bawah jambatan

Antara kelengkapan yang perlu ada jika hendak memancing di bawah jambatan adalah seperti di bawah.Kalau kita tengok orang mancing bawah jambatan tapi tak bawak semua kelengkapan ni makanya pemancing ni masih lagi amatur seperti saya.Hehe.Segala kelengkapan ni pak menakan yang sediakan dan saya sendiri perlu mengambil masa untuk sediakan semua kelengkapan ni.

1-Tali Panjang 25 meter untuk kita ikat tali ni kat tiang jambatan yang ada 4 tiang tu.Tali utama ni kalau boleh tali kambing ataupun tali yang boleh tahan apabila ikan merentap joran kita.Jangan pakai tali rapia pulak yek.

2-Tali panjang dalam 1 meter untuk kita ikat tali ni dengan tali utama kat tiang.

3-Carabinar-kita kena ikat carabinar ni kat kili pastu sambungkan carabinar ke tali utama dengan tali panjang 1 meter.

4-Tong cat-ni kita guna bila nak tindan batang rod dengan air laut.bila ikan makan xla terbang rod kita masuk laut walaupun kita dah ikat dengan tali.Kena ada satu tong cat untuk kita gunakan sebagai timba supaya kita boleh cedok air laut bubuh dalam tong cat yang kita tindan rod ni.

5-Kolam mandi budak-budak-kita gunakan kolam ni sebagai tempat untuk kita letakkan ikan umpan yang kita mancing pakai appolo.mancing kat bawah jambatan kena pakai ikan hidup dan ikan tu pulak kena lah cari yang ada di sekitar jambatan tu.kalau kita bawak ikan temenu atau udang memang nampak amatur la.Hehe.air dalam kolam kena sentiasa diganti supaya ikan ni hidup lama dalam kolam tu.Tak payah bawak bateri untuk oksigen ikan tu pasal buang duit jek.

6-Kancu-Ni penting kalau air laut duduk bawah sangat dari tapak dan ikan yang kita dapat tu besar.

7-Penyauk besar-Ni untuk sauk ikan yang dapat ler

8-Penyauk kecil-ni guna untuk sauk umpan dalam kolam.

9-Jala-akan guna kalau ikan umpan tak dapat bila guna appolo.Takde umpan takde la hasil pasal kita tak bawak umpan temenu market.

10-Kelengkapan solat dan tidur, baju, kain pelikat, selimut, bantal kecil,baju sejuk, tikar dan sebagainya untuk bermalam di bawah jambatan dengan selesa.Macam kita pi camping cuma jangan la bawak khemah iglo pulak.kang tidur dalam laut kena tiup angin.Angin kuat tidur kat bawah jambatan ni dan pagi-pagi sejuk gila.

11-Kelengkapan untuk makan seperti meggi,sardin,roti,dapur, dan sebagainya yang kita nak bawak untuk masak.Nak minta tekong bot hantar makanan pun boleh kalau kita malas masak sendiri.Tekong bot charge RM7.00 untuk satu bungkus nasi lauk ayam dan sayur.Yang paling penting sekali air mineral atau air masak kena ada cukup untuk trip 2 hari 1 malam ni.

12-Kelengkapan memancing-rod dan kili paling sikit 10 rod.Maksimum 20 rod boleh letak keliling tapak jambatan ni.segala kelengkapan seperti tali 1 meter, carabinar dan tong cat kena ikut berapa rod yang kita bawak.takde yang bawak mancing bawah jambatan bawak 1 atau 2 rod jek macam saya.Hehe.

13-Peralatan memancing lain seperti appolo,tali perambut 20 pound untuk talang,40 pound untuk ikan lain,ladung saiz ikut hari pasang surut air,mata kail dan sebagainya memang sudah tersedia dalam tong memancing bawak jek.

14-Tong ais-Ni paling penting untuk letak ikan dan pastikan bawak beg ais sekali letak dalam tong ais ni.

Banyak gak kan kelengkapan nak mancing di bawah jambatan ni kan.Kalau mancing kat Kolam Sungai Jagung pun tak payah nak abwak semua kelengkapan macam ni.Hehe.

Tambang bot dari jeti bagan ke jambatan RM25 untuk 3 orang dan RM30 kalau untuk 2 orang.Makanan dihantar RM7.00 satu bungkus dan ais RM4.00 sebungkus.

Hasil saya sepanjang 2 hari 1 malam ni di tiang 34 hanyalah kerapu 6 ekor saiz anak dalam 400 gram dan 500 gram.Jadilah daripada balik tangan kosong.





Wassalam


Tuesday 10 May 2016

Bayaran SSM dan Denda Jika Lewat Perbaharui Lesen

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya memperbaharui lesen berniaga saya baru-baru ini.

Saya sedar yang saya telah pun terlewat selama 2 bulan untuk memperbaharui lesen perniagaan saya.Mungkin saya sendiri pun tidak tahu yang kalau lewat memperbaharui lesen tersebut akan di denda sebanyak RM30 untuk 1 bulan.Jadi apabila hendak memperbaharui lesen perniagaan saya baru-baru ini saya telah didenda sebanyak RM60 kerana lewat selama 2 bulan.

Kalau sebelum ni harga untuk 1 tahun lesen perniagaan adalah RM30 tetapi sekarang telah naik sebanyak RM60 selama 1 tahun.Jadi saya telah membayar sebanyak RM120 untuk memperbaharui lesen selama 1 tahun dan denda lewat selama 2 bulan.

Saya ingin berpesan kepada semua yang telah berdaftar lesen perniagaan dengan SSM supaya jangan lewat memperbaharui lesen kerana dendanya bagi saya agak tinggi.Contoh jika lesen kita tamat pada 10/5/2016 kita kena perbaharuinya pada tarikh 9/5/2016.Jika lewat 1 hari sahaja (11/5/2016) kita kena bayar denda RM30.

Jadi beringat yek sebelum kena macam saya.Huhu...

Wassalam.

Friday 6 May 2016

Daun Cenohom atau Kesum-Tumbuhan Terbiar Yang Boleh Menjadi Sumber Pendapatan

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua satu situasi yang pada pandangan mata kasar ia biasa sahaja tetapi rupanya boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada sesiapa.

Ceritanya bermula apabila tok saya menghadapi masalah kebocoran longkang dari rumah sedara tok juga.Jadi setiap kali sesiapa menggunakan bilik air di rumah tok nek, air itu akan tiris sehingga masuk ke halaman rumah tok.Jadi tanah di depan halaman rumah tok sentiasa sahaja lembab dengan air punca dari bilik air tok nek ni.Lepas tu tok pun dah tengok tanah ni sentiasa lembab jadi dia pun mula la menyucuk batang pokok cenohom (daun yang orang guna untuk buat kuah laksa dan asam pedas) di setiap tanah yang lembab ni.Jadi hidup subur la pokok cenohom ni apabila sentiasa sahaja mendapat air yang banyak setiap hari.



Kalau tengok pada gambar kat atas pokok cenohom ni tumbuh sehingga hampir menutup tangga yang selalu saya gunakan untuk naik ke tempat parking kereta di kawasan rumah tok nek.Akhirnya, saya pun cuba lah tanya kedai runcit sama ada mereka mahu beli ke tidak daun cenohom ni pasal saya tengok ada satu kedai runcit ni dia hanya jual bunga kantan sahaja.Nak beli daun cenohom kena beli kat market Penanti.Bila tuan kedai dengar saya nak tolak kat dia daun cenohom memang pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya.Tuan kedai ambil daun ni RM5.00 untuk satu kilo.Saya dah jual dekat 1kg lebih dah daun ni selama 2 minggu lepas.Duit hasil jualan daun cenohom saya bagi kat Tok pasal dia yang tanam.Gembira sangat dia kerana hasil kerjanya yang nampak macam tidak seberapa tapi boleh mendatangkan hasil.Inilah yang dikatakan dalam setiap musibah ada hikmahnya.

Selain daun cenohom, tok juga ada menyucuk batang kangkung kampung.Tak la banyak tapi kalau setakat nak makan sendiri memang cukup la.Kalau kat gambar yang belah kiri sekali.

Sekarang ni kerja saya tunggu pokok ni semak sahaja sebelum dituai untuk dijual ke kedai runcit.Kerja yang senang bagi saya kerana tak perlu menjirus air,tak perlu baja dan tak perlu letak racun.Biar sahaja sampai semak kemudian jual.

Wassalam.


Thursday 31 March 2016

Cerita Hobi Isteri Yang Dijadikan Sumber Pendapatan

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang hobi yang boleh dijadikan sumber pendapatan.Dalam kes sekarang ni adalah hobi isteri saya yang suka bakar kuih moden dan tradisional.Ianya bermula apabila saya cakap kat isteri yang saya boring dengan masakannya.Yela asyik masak benda yang sama sahaja.Jadi untuk sahut cabaran saya tu dia pun mula la google untuk buat kuih dan masuk group masakan kat Facebook.Bila dah dapat resepi dia pun mula la buat kuih karipap,apam,roti,kek,masalodeh dan sebagainya.Ada yang dia buat saya makan dan ada yang saya tak makan sangat pasal saya tak suka sangat makan makanan yang manis.Hehe




Nak dijadikan cerita, saya ada sebut yang family kami ni dah lama tak berniaga sejak daripada isteri saya melahirkan anak kami yang kedua.Jadi, saya pun cadangkanlah untuk dia jual kuih ataupun roti.Percubaan pertamanya adalah membuat roti sosej.Ada la banyak kali juga dia try untuk cuba dapatkan resepi yang terbaik nak bagi roti lembut dan gebu.Kemudian bila dah berjaya saya pun bertanya lah kepada pakcik kat Taman Mutiara yang jual kuih setiap pagi.Pakcik tu bagitau kalau harga roti sosej tu kita jual dengan harga RM1 maka komisyen yang dia ambil adalah 20 sen.Jadi daripada hobi, bini saya telah menukarkannya menjadi sumber pendapatan dengan menjual 15 keping roti sosej setiap hari.


Walau bagaimanapun, bisnes roti sosej itu hanya sempat bertahan 3 bulan sahaja kerana saya berpindah daripada Taman Mutiara ke Penanti.Walau bagaimanapun, sekarang ini isteri masih lagi menjadikan hobinya sebagai pendapatan iaitu menjual kuih lapis.Boleh la satu hari RM8 dengan menjual 10 keping kuih lapis di kampung.Memang sudah menjadi kerja saya sekarang setiap pagi kena bangun mesin kelapa untuknya buat kuih setiap hari.

Wassalam.