Wednesday 27 December 2017

Pengalaman Bercuti Di Pulau Pangkor

Assalamualaikum semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua pengalaman saya bercuti di Pulau Pangkor dari 23/12/2017 hingga 25/12/2017 baru-baru ini.Rancangan percutian ini bermula apabila Zaidi sepupu mak mertua saya (sebenarnya dia lagi muda dari saya...pangkat ja tinggi) bercakap mahu bercuti dan mengajak saya satu keluarga join sekali.Bincang punya bincang last sekali kami setuju untuk ke Pulau Pangkor pasal Zaidi dan isteri dia tak pernah sampai lagi.isteri saya pun tak penah sampai jugak dan hanya saya sahaja pernah sampai ke Pulau Pangkor ni sebanyak 2 kali sewaktu bujang.

chalet yang kami sewa RM100 semalam.Hanya ada air cond tanpa tv

 chalet yang batu tu harga RM150 semalam

 Dari chalet terus nampak pantai dan laut.Pulau Giam pun nampak dari pantai chalet

Memandangkan saya dah pernah pi jadi saya ler yang jadi ketua tukang urus segala hal untuk trip ni.Saya mulakan dengan mencari hotel atau chalet yang murah kat Pulau pangkor ni.Sebenarnya, kalau nak pi Pangkor ni elok tinggal kat Teluk Nipah sahaja pasal semua kelengkapan dan kemudahan ada kat sini.Cari punya cari akhirnya saya tempah chalet D Rimba Kem.Ni website dia.

http://pangkorrimbakem.blogspot.my/2011/02/suasana-sekitar-pangkor-rimba-kem.html

Saya mula tempah chalet kat sini 4 bulan sebelum tarikh kami nak pi pasal time tu kan Krismas.Jadi kalau tempah lewat kompom hotel dan chalet penuh punya.Harga chalet kat sini RM100 ja semalam.Chalet ni dibuat dengan kayu.Ada chalet yang dibuat dari batu harga dia RM150 semalam.Nak tempah chalet ni kena bayar duit booking sebanyak RM100 untuk 2 chalet.Just bank in ke dalam akaun dan wassap slip payment sahaja.Dah selesai bab booking chalet dan tunggu tarikh nak pi sahaja.

Kami bertolak dari Penang menggunakan 2 buah kereta untuk 2 buah family menggunakan lebuh raya utara selatan.Sampai kat Changkat Jering kami terus keluar dari highway dan gunakan jalan kampung ke Terong dan kemudian ke Jeti Lumut.Dengan kemudahan GPS sekarang ni tiada lagi alasan untuk sesat dan sebagainya.Sampai sahaja kat jeti kami masuk ke tempat parking kereta bertingkat kat sebelah jeti tu untuk parking kereta.Kat sini cas dia rm0.60 1 jam.Tapi cari punya cari akhirnya yang dapat tempat atas bumbung yang membuatkan kereta kita kena hujan dan panas.Lepas tu saya cakap kat Zaidi kalau nak parking macam ni baik parking kat bawah sahaja.Kami pun keluar la dari parking bertingkat ni dan tanya tempat parking kat SK Methodist kat depan parking bertingkat ni.Nasib kami baik hanya ada 2 slot parking sahaja yang tinggal cukup untuk kereta kami berdua sahaja.Jadi bayaran parking untuk 2 malam kami di Pangkor adalah RM20 sahaja.Memang murah parking kat SK Methodist ni.Tapi parking ni hanya buka time cuti sahaja.Time hari sekolah memang tak boleh parking dalam ni.Sebelum tu kami turunkan anak bini kat jeti dahulu sebelum cari parking supaya mereka tak perlu nak berjalan kaki jauh dari tempat parking kereta ke jeti.Kami jalan kaki jauh takpe.Huhu.

Dah selesai bab parking kami pun beratur la nak beli tiket.Harga tiket sudah naik la.Sebelum ni RM 10 sekarang sudah naik ke RM 14.Ni mesti kes minyak naik ni.Tak pela.Bayar jela dan anak bawah 6 tahun free sahaja naik feri ni.Nak pergi kami tak perlu tunggu lama.Masuk kat jeti terus pi masuk dalam feri sahaja.Tiket kena simpan pasal harga yang kita bayar adalah untuk pergi dan balik.Kalau hilang kena beli tiket baru la kat pangkor nanti.Masa dalam feri tak lama.Dalam 30-40 minit sahaja bergantung kepada feri yang kita naik.Ada feri warna putih tu kurang laju sikit.Feri tu kita boleh naik duduk kat bumbung kena bayu laut.Feri yang warna kuning tu semua kena duduk dalam tak boleh keluar.Tapi feri kuning lagi selesa pasal seat dia macam seat bas ekspress dan feri putih tu seat dia jenis plastik yang tak best.Ikut la masing-masing feri ada kelebihan dan kekurangannya.Feri kuning tu bawak laju sikit.
Feri putih seat biru.Feri kuning seat bas ekspress

Dah sampai kat Jeti Pulau Pangkor macam biasa ramai la dok tunggu tanya nak sewa kereta atau nak naik van pink.Mulanya ada apek tanya nak sewa kereta ka.Saya tanya ada kereta apa.Dia cakap iswara dengan saga.Bila tanya harga mak ai RM130 1 hari.Mahalnya.Jadi tak jadi ambik.Saya pun jumpa sorang lagi abang ni dan dia bagitau ada kereta wira rm80 1 hari.Ok la tu wira sesuai la untuk kami 2 family sumbat masuk dalam kereta tu.Saya cuba nego harga rm150 untuk 2 hari.Tapi yang bagusnya abang ni cakap adik bayar ja RM140 untuk 2 hari.Lagi RM10 adik isi minyak kereta.Wah, ini sudah bagus dan saya terus bayar rm140 kat abang ni.Zaidi tanya kereta manual ka auto.Saya jawab tak kesah la manual ka auto pasal saya boleh bawak.Jadi nak sewa kereta kat Pangkor ni nak dapat kereta auto memang susah la.Bagi yang tak boleh bawak manual macam Zaidi ni nasib la.Huhu

Kami singgah makan tengah hari kat jeti dahulu.kat sini kalau ambil nasi campur lauk ayam atau telur memang mahal.Kna ambil makanan laut macam ikan baru la boleh dapat harga murah.Saya ada ambil ikan apa nama ntah tak pernah makan.Tapi sedap dan rasa dia macam ikan terubuk dan banyak tulang.Ada lagi ikan daun apa ntah memang kat sini ikan yang tak pernah kita jumpa dan makan ada dijual.Memandangkan saya jenis suka mencuba jadi ambil jela.Kami makan satu family dengan air rm22 jek.

Kami terus ke chalet D Rimba Kem kat Teluk Nipah.Tak jauh pun dari Jeti Pangkor ni.Sebenarnya dalam Pangkor ni bubuh minyak RM20 memang tak habis pun pusing.Kecil sahaja Pangkor ni.Bila sampai kat chalet macam biasa la baring-baring dan tidur petang.Huhu.Letih dan dari pagi sampai ke petang dalam kereta dan feri.Pukul 5 kami bawa anak-anak untuk mandi kat pantai.Pantai depan chalet ni jer.Masa saya pi bujang dulu memang suasana kat chalet ni tak la meriah sangat.Sekarang ni siap ada minah saleh berjemur lagi.Huhu.Sambil mandi dan melayan anak-anak kami dok korek la pasir kat situ dan jumpa la remis.Punya la banyak.Jadi aktiviti petang tu hanyalah mengorek mencari remis.Bila kumpul mak ai ada la 2 kg dapat.

 ikan cencaru bakar RM20 sekor

remis hasil cari sendiri kat pantai

Malam tu kami ke Teluk Nipah tempat makan seafood untuk makan malam.Kat sini makanan goreng ada tapi banyak kedai tak mau buat pasal tak sempat nak masak.Orang punya la ramai.Nak tunggu makanan sampai memang makan jam la jugak.Jadi sambil dok tunggu makanan sampai boleh la makan apam balik ka,ais kacang ka,air nyiur ka,otak otak ka atau apa sahaja makanan ringan yang ada kat sini.Kami ambil tomyam campur 1,ikan cencaru bakar 1,telur dadar 1 dan minuman harga rm50.Cencaru bakar tu harga rm20.Ada siakap harga rm40 dan ikan bawal emas harga rm65.Yang bawal mas tu kami makan malam kedua.Total harga untuk malam kedua rm100.Sekali sekala nak makan ye dak.Dan tak lupa remis yang kami cari tu kami suruh depa masak rebus dengan serai.Upah masak rm5 jek.Puas hati betul makan remis yang kami cari sendiri.Remis ni macam lala jek.Jadi anak-anak kami memang pulun la makan remis ni sampai tak mau makan nasi.Huhu
rumah rehat kerajaan negeri

kat Teluk Dalam

Kat Kota Lama Belanda

Hari ke 2 kami kat Pangkor barulah kami pusing 1 pulau.Pi la tempat kilang sate dan borong segala sate ikan dan ikan bilis mata biru kat sini.Ada 2 kilang dan 2 2 kilang kami pi melawat.Pastu pi melawat Galeri Pangkor ada la barang-barang sejarah pangkor ni.masuk free ja.Pastu pi kota lama Belanda.Kat sini ada sorang ustaz jual minyak dhob.Bila tanya harga RM70 sebotol jadi trus tak jadi beli.Tapi untuk yang ada masalah batin RM70 ni sebenarnya murah.Pusing lagi pi Teluk Dalam dan jalan kat Pangkor ni trill gak dengan sempit, berliku-liku dan kena himpit dari van pink yang nak ligan trip.Jadi bawak kereta kat Pangkor ni kena betul-betul cekap bawak kereta.Kalau tak cekap mau jatuh gaung tak pun berlanggar dengan orang pasal geng naik motor kat sini memang masuk simpang ikut suka dengan tak pakai helmet.Yela mungkin takde polis stafik yang nak saman kot.

 semua ni sumbat 1 kereta termasuk aku driver dan jurufoto

Kat galeri Pulau Pangkor

Jadi itu jela kot yang nak share.Kat chalet yang kami duduk ni takde tv.Jadi aktiviti hanyalah tidur,makan,mandi pantai,jalan-jalan pusing pulau,shopping dan melwat tempat menarik yang ada kat sini.Saya teringin gak nak pi snorkeling kat Pulau Giam tapi tarikh yang kami pi ni air keruh.Jadi tak sesuai sangat nak snorkeling menurut kata tukang bawak bot kat Teluk Nipah.

Wassalam.

Monday 11 December 2017

Baitulmuqaddis




Sayang kemboja melepakmu laksana gula,
Manfaatmu hanya peneman nisan dan pusara,
Sayang Baitulmaqdis tapakmu laksana bara,
Manfaatmu hanya peneman rindu dan air mata.
Sayang kejora angkuh sinarmu,
Sumpah laknat alam semesta,
Sayang muslim angkuh paduanmu,
Sumpah laknat flora dan fauna.
Sayangkan Israel dengan merokok
Sayangkan Amerika dengan facebook
Sayangkan Baitulmaqdis dengan boikot,
Sayangkan muslim dengan doa dan support
Nukilan insan lemah
Sang belantara rimba

Friday 8 December 2017

Pantun Kehidupan



Pantun Kehidupan
Belajar rajin-rajin ke menara gading,
Berjawatan tinggi menghimpun harta,
Pesan pemimpin di masa keding,
Pemberi rezeki terus di lupa.
Pecah kepala menelaah dunia,
Pucat segala akhirat dijaga,
Hebat fizik, kimia dan algebra,
Hafalan Fatihah juga kekal selamanya.
Besar periuk besar keraknya,
Besar pendapatan besar egonya,
Kecil ilmu kecil amalnya,
Kecil bicara kecil natijahnya.
Semasa bujang ditemani motorsikal,
Semasa meminang ditemani kereta,
Pabila kurang ditemani akal,
Pabila senang ditemani dusta.
Sayang kelopak halus daunnya,
Disebalik akar kacang isinya,
Sayang melepak kasar bunganya,
Disebalik mekar tiada manfaatnya.
Nukilan rasa,
Sang belantara rimba


Thursday 7 December 2017

Firdausi



Firdausi.
Gema gempita lantunan sangkakala itu,
Menyentak abuk jasad tubuh kaku ku,
Yang berzaman dimamah waktu,
Laksana keringnya salju mengalir lesu,
Membasahi noda-noda kehidupanku,
Yang telah lalu dan membeku,
Menyemarakkan hawa gelisah dibenakku.....
Lemas, berpijar dan membara,
Ku lihat mu dan kau lihat aku,
Sama-sama terkejang,
Sama-sama terlanjang,
Tiada jalinan cinta berahi yang terasa,
Hanya sendu, gundah gulana dan air mata,
Yang merajai hati yang telah lama sepi,
Tatkala tidur di alam mimpi,
Yang panjang dan penuh misteri....
Ku dongakkan dagu mengadah ke seberang,
Ada sinar dari kekasihku yang amatku rindukan,
Tersenyum mengukir satu harapan,
Menyemai sejuta satu pengertian,
Pada diriku yang amat memerlukan,
Cinta dan kasih darimu yang ku dambakan,
Sesungguhnya dahulu bibir dan hatiku,
Sentiasa menyebut-nyebut namamu yang indah itu,
Kerana namamu dan namaku bersatu....
Ku tadah jari-jemariku,
Menyambut sutra cinta saktiMu,
Sesungguhnya aku,
Begitu terpana dan terpegun,
Pada kebesaran dan keagungan,
Pada kehebatan dan kemegahan,
DiriMu yang tidak dapatku gambarkan,
Melalui segenap pelosok pancainderaku,
Namun cukuplah azimat yang Kau titipkan,
Melalui kekasihMu pembawa kerahmatan,
Pada segenap hati yang telah mati,
Sebagai pedoman dimasa kini,
Sebagai bukti yang hakiki....
Ku harapkan belas wahai kekasihku,
Ku harapkan ihsan wahai penciptaku,
Kurniakanlah daku sinar bahagia,
Pada haruman semerbak kasturi,
Pada kelembutan si bidadari melayani,
Pada kesetiaan si isteri menemani,
Pada kemewahan si mahligai melindungi,
Pada kenikmatan syurga firdausi...
Luahan rasa,
Sang belantara rimba