Thursday 15 February 2018

Konvoi bermotosikal ke Kuala Terengganu

2018 1st Ride Trip.. Kuala Terengganu..


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Alhamdulillah, telah pun masuk bulan Februari 2018.. Syukur kerana masih diberi nikmat kesihatan kepada kita semua.. Bagi aku dan kawan-kawan, kami juga telah selesai aktiviti bermotosikal pertama bagi 2018, iaitu Tunggangan ke Terengganu (Ride to Terengganu) pada 31 Januari hingga 2 Februari 2018.. Gambar kat atas tue, adalah sebahagian daripada t-shirt yang kami buat sempena event ini.. Kos cuma RM20.. Oh ya, untuk trip kali ini kami buat kutipan RM150 setiap orang, untuk perbelanjaan homestay dan makan..

masing-masing tak sabar dah

Malam sebelum bertolak, masing-masing tunjuk keadaan motosikal.. Dah siap basuh dan polish la kot.. Aku pun sama ja.. Hahaha.. Minyak pun dah isi siap-siap, full tank.. Haaa, semangat la tue..

Pagi-pagi, aku dah belikan sarapan untuk family.. Belikan yang cepat dan mudah, kat tempat aku beli nasi untuk bekal anak-anak ke sekolah.. Balik rumah, terus makan dan panaskan enjin motosikal..

beli nasi lemak ayam.. mudah..

7:30 pagi, aku pun bertolak dari rumah.. Tak lupa untuk baca doa dan niat bermusafir.. Sampai di Tol Alor Setar (Selatan), Lah dan Dee dah sampai pun.. Tengah sarapan.. Tak lama lepas tue, Lan dan Lie sampai.. Menyusul lepas tue, Max dan Bashir.. Last sekali, Zul pun sampai.. Lepas diorang makan lebih kurang, kami pun gerak.. Dalam 8:15 pagi macam tue..

8 buah motosikal

Kami teruskan perjalanan, dan Din RS jumpa kami di Pendang.. Terus bergerak ke Tol Gurun, Din Y15 tunggu kami di sana.. Dah ada 10 orang.. Ada yang berhenti isi minyak di Petronas Naza, dan terus berkumpul di Caltex Taman Ria lepas tue.. Kat sini, Jan, Dani dan PakLong join kami.. Dalam 9:30 kami pun bergerak sebab ada lagi kawan tunggu di Caltex Kupang..

dah ada 13 motosikal masa nie..

Sampai di Caltex Kupang dalam 10:30 pagi.. Terus jumpa Iqbal, dan teruskan perjalanan.. Kami berhenti isi minyak di BHP Padang Lengkuas, beli air dan makanan lapik perut.. Kemudian teruskan perjalanan.. Semua muka ceria untuk mengharungi perjalanan lebih kurang 500km.. Milage dah 132km dari rumah aku masa nie.. Suku perjalanan dah ditempuhi la..

rehat kejap

Kemudian kami isi minyak di Shell Kg Bendang Riang, Gerik.. Untuk layan Banjaran Titiwangsa sebentar lagi.. Hahaha.. Ada la juga geng superbike melintasi kami.. Ada yang pi acah-acah nak kejar, ada yang buat steady malas nak layan.. Sejuk kot layan selekoh nie.. Sampai nak terkucil.. Masa nie rasanya ada dah terpisah.. Aku, Din Y15, Jan, Lan, Lie, Dani, Dee, PakLong ada kat depan.. Sampai kat Petron Batu Melintang (stesen minyak baru), aku pergi tandas.. Lepas tue baru Din Y15 habaq yang lain tue sakan bergambar kat Hentian Titiwangsa (kami tak plan nak berhenti sana pun).. Patutlah terpisah jauh.. Aku dan yang lain di Petron tu pun beli air dan makanan la.. Lapaq kot.. Tak lama lepas tue, 6 orang yang belakang tue pun sampai.. Kami terus gerak ke Bukit Bunga..

patut la depa sampai lambat

Kat Petronas Bukit Bunga, jumpa kawan sepejabat yang nak ke Kelantan.. Dia yang nampak kami dahulu, siap ambil gambar kami yang tengah isi minyak tue.. Hahaha.. Lepas isi minyak, pergi jumpa dia kejap.. Lepas tue kami makan tengah hari di kedai berhampiran.. Untuk 14 orang makan, RM114.. Not bad, untuk kedai yang macam tue..

jumpa Mairzar di Bukit Bunga

Kami pun meneruskan perjalanan lepas dah kenyang.. Tak ingat pun jam berapa masa tue.. Lagipun dah niat nak solat Qasar dan Jamak Ta'khir.. Kami berhenti di Shell Gaal Pasir Putih sebab Zul nak isi minyak, dan kebetuln tayar belakang Dee kena skru.. So, tampung dahulu la.. Rehat sekejap sambil pekena roti dan air.. Lepas dah selesai, kami teruskan perjalanan.. Dah nak masuk Daerah Besut masa nie..

Sekian lama menunggang, dan rasa ada yang tertinggal jauh, kami berhenti tepi jalan untuk berehat.. Tak salah, kat area Kampung Bari.. Kami tak ambil jalan pantai sebab nak cepat sampai ke homestay.. Lagipun kejar masa nak solat..

rehat tepi jalan

Tak lama lepas tue, seorang daripada kami kehabisan minyak.. Kena tunda dalam 6 km rasanya.. Takpelah, inilah baru dinamakan persahabatan.. Sapa kata yang naik motosikal nie jahat?? Agak-agaklah.. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.. Masih ramai yang baik dan berhati mulia.. Tunda sampai ke Shell berdekatan (tak ingat kawasan mana nie, mungkin di Bukit Jong).. Dah isi minyak, tengok GPS (aku GPS RAR Homestay) ada lagi 45 minit ke homestay.. Aku pun contact pemilik homestay, dan kata nak sampai dah kot.. Dia boleh kata mungkin lagi 2 jam.. Jenuh.. Pastu aku shift GPS ikut location yang pemilik pernah bagi, instead guna GPS RAR Homestay yang aku set tadi.. Tanggapan aku, mungkin yang pemilik share tue lagi accurate..


Sampai di Bukit Besar, bergantung pada GPS la.. Naya sungguh, berpusing-pusing kami kena main dengan GPS.. Dah la kejar masa.. Huhuhu.. Last sekali, END UP ikut GPS pemilik homestay bagi, ke kawasan KUBUR.. Aik, aritu dia kata dekat masjid.. Tak nampak pun masjid kat situ.. Masa nie dah 6:25 petang.. Nak Maghrib kot.. Aku shift balik GPS cari RAR Homestay, area dekat tue juga.. Alhamdulillah, sampai homestay lepas nampak masjid.. You know, sebelah masjid pun ada kubur juga.. Banyak tanah perkuburan dekat sini..

Terus kami masuk solat bila sampai di homestay.. Tak lama lepas tue, masuk waktu Maghrib.. Aku dan Lie ke masjid, berjemaah.. Kemudian dengar sebahagian kuliah, malam tue berkaitan gerhana bulan.. Oh ya, malam tue memang ada berlaku gerhana bulan.. Jadi kami plan nak ke Pantai Tok Jembal untuk tengok sama pencerapan, kononnya la.. Kami plan nak makan kat satu kedai nie, Dapo Pata @ D'Kontena..

Memang ramai kat sana malam tue.. Sebab gerhana bulan nie la kot.. Perut memang lapar.. Order makanan, dekat sejam baharu dapat.. Jenuh.. Perut pun masuk angin dah.. Sementara nak tunggu makanan, sempat la pusing-pusing kawasan tue.. Tengok jer la gambar-gambar kat bawah nie.. Oh ya, makan kat sini harganya tinggi sikit la.. Tapi masih berpatutan.. Kami berbelanja RM140 kat sini..

sanpai akhirnya kat sini

sangat ramai manusia

sekitar kawasan D' Kontena

selfie sikittt

makanan aku malam tue

Balik rumah pun dah 11:00 malam kot.. Ingatkan terus balik, tapi siap singgah mengeteh dahulu.. RM17 untuk minum malam.. Hahaha.. Sampai di homestay, aku terus tidur sebab keletihan.. Hehehe.. Handphone pun tak sempat cas.. Sedar jer dah 3:00 pagi, tutup aircond sebab sejuk sangat.. 6:00 pagi bangun, solat Subuh di masjid.. Lie dan Lan pun turut sama, Alhamdulillah..

Jam 8:00 pagi, kami semua bersiap.. Dengan bangga memakai baju RIDE TO TERENGGANU 2018, untuk aktiviti hari tersebut.. Kami mulakan dengan bersarapan di Nasi Dagang Atas Tol cawangan 2.. Memang terbaik la.. Licin kami makan.. Keropok lekor pun mantap.. Bashir siap request nak makan lagi esoknya, dan aku cadangkan ke tempat asalnya di Kg Atas Tol (yang tepi kubur tue).. Tapi kena pergi awal la sebab esoknya hujung minggu (Jumaat).. Sedangkan hari kami pergi nie (Khamis) pun sangat ramai orang, ape tah lagi kalau Jumaat.. Oh ya, pagi ni makan RM143 sahaja.. Tapi sangat puas makan..

nasi dagang + teh madu ais

sedap takkk??

hehehe..

Dah kenyang, maka jom jalan-jalan.. Ada yang refuel kat Petronas Batu Buruk.. Sepanjang jalan nampak la beberapa tarikan, macam Istana dan sebagainya.. Tapi tak berhenti ambil gambar pun.. Sebab tak sempat, dan takut pun ada.. Takut tak dibenarkan..

lepak kejap isi minyak

Lepas tue sempat lalu Kompleks Sukan Negeri dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.. Pakai bedal jer jalan, tak sempat nak set GPS pun.. Kebetulan jumpa Masjid Abidin.. Berhenti solat Dhuha dan ambil gambar dahulu la..


indahnya Masjid Abidin

Kemudian terus ke Pasar Besar Kedai Payang.. Sempat la aku sambar serkup muka dan sunglass Hawkers JL99.. Hahaha.. Sambil cuci mata tengok apa yang diniagakan kat sini.. Untuk aku, sehelai t-shirt dah memadai.. Alhamdulillah.. Lama juga kat sini, sampai 12:00 tengah hari.. Hampir 3 jam juga la..

puas ronda

Terus ke Pulau Warisan lepas tue.. Belakang Pasar Besar Kedai Payang jer pun.. Tempat yang ada I ❤ KT tue la.. Sempat la bergambar walaupun tengah panas terik tue..

layankan aje

selfie skittt

Kemudian kami ke Taman Tamadun Islam.. Setelah bincang, setuju untuk naik River Cruise.. Tiket untuk 14 orang dalam RM320.55, siap dapat FREE MEAL VOUCHER lagi.. Sebelum naik River Cruise, ambil gambar dahulu.. Kami 14 orang jer.. Heaven.. Yang entertain kami atas tue adalah Mira.. TQ Mira, untuk semua informasi..

minta tolong pihak cruise ambil gambar

gambar yang pihak cruise ambil

nak juga rasa duduk seat pilot

dalam cruise

pemandangan indah

Perjalanan 45 minit sahaja.. Lepas selesai makan, kami tuntut Meal Voucher tue la.. Makan sahaja yang free, itu pun 1 meal sahaja.. Air kena beli la, kalau tak kena minum air sungai la (melawak ja).. Beli air yang sama, mudah.. Oren dan air kosong.. Kena caj RM37 tue.. Gambar kenangan pun kami beli, RM20.. Lepas makan, kami solat dan menuju ke Masjid Kristal.. Kami solat siap-siap di sini sebab Masjid Kristal sedang diselenggara..

makan

Sampai di Masjid Kristal, bergambar adalah aktiviti wajib.. Kemudian kami bergerak ikut rancangan, nak ke Dynar Keropok Lekor BTB2209 di Kampung Bukit Tok Beng.. Masa nak ke sana, jalan agak sesak.. Orang balik kerja jam 3:30 petang.. Huhuhu.. Ada yang dah terpisah.. Sebabnya, nanti aku cerita..

indah dan mempesonakan

bye bye Taman Tamadun Islam

Rupanya sebab terpisah tue, ada yang masih nak bergambar kenangan depan Masjid Kristal.. Patutlah.. 

zul dan dani

Yang dah sampai di Dynar Keropok Lekor masa nie, aku, Lan, Dee, Lah, Lie dan Iqbal.. Kami order makan dahulu la.. Takkan nak tunggu.. Dah selesai kami makan, baru yang lain sampai.. Order pula makanan untuk diorang.. Total makan RM62 macam tue.. Sambil tue kami order keropok lekor vacum untuk bawa balik esoknya.. Esok juga kami pick-up, petang tue order sahaja.. Batalkan trip ke Air Buah Gelas Besar petang tue sebab masih kenyang.. Jadi tukar plan ke Pantai Batu Buruk..

makan dan makan lagi

ini pose menganjin.. hahaha..

Kami sampai di Pantai Batu Buruk dalam 5:30 petang.. Cuaca kejap hujan (5 minit camtu), kejap panas.. Sabar jer la.. So, sekejap kami ke tepi pantai dan sekejap kami berteduh di food court.. Layankan aje la gambar-gambar di bawah..






Masa nie handphone aku mungkin terkena air.. Dia keep on restarting sampai bateri habis (kebetulan bateri dah weak).. Setelah berbincang, kami akhirnya balik rumah.. Tak jadi nak terus dinner.. Aku ambil peluang untuk cas handphone la bila dah balik rumah.. Kebetulan masuk Maghrib, jadi pergi masjid dahulu la.. Dalam 8:00 malam baru kami keluar dinner.. 

Kami dinner di kedai berhampiran jer.. Hazlan Bistro.. Order macam-macam pun, total bill baru RM161.. Sedap pun sedap, tak gaduh tunggu macam kat D' Kontena tue.. Selesai makan, ada yang balik homestay dan ada yang nak keluar.. Diorang nak follow aku (aku nak ke Maybank untuk bayar kad kredit).. Lepas selesai urusan di Maybank, kami ke KT Waterfront..

dinner aku

sekitar KT Waterfront

Lepas tue kami ke Pulau Warisan semula.. Sempat la ambil gambar waktu malam.. Tempat nie juga dikenali sebagai i-city Kuala Terenggganu..

street art

I ❤ KT

Kami lepas tue terus ke Air Buah Gelas Besar.. Alang-alang sampai, jom je la pekena.. Aku, Max, Din Y15, Din RS, Iqbal, PakLong dan Dani.. Minum sampai dekat 12 malam, then kami pun balik homestay.. Masa nie, rasa macam dah boleh hafal jalan nak ke kawasan tertentu kat sini.. Kira dah boleh tangkap la jalan dia.. Balik rumah terus lena jer la.. Penat..

air buah gelas besar

Hari terakhir di Terengganu.. Mulakan dengan subuh berjemaah di masjid.. Balik homestay, terus kemas barang dan lap motor.. Baru perasan ada paku kena tayar belakang.. Jan kata takyah cabut kalau angin tak keluar (sampai hari nie tak cabut lagi).. Dah siap semua barang, tunggu mak kepada pemilik homestay datang.. Lepas bayar duit homestay, kami pergi kedai keropok lekor dan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) Kuala Ibai.. Solat Dhuha di sini dan ambil gambar sikit..

bye bye RAR homestay

jom balik





Kemudian kami ke Nasi Dagang Atas Tol.. Full house.. Malas nak tunggu lama, kami ke kedai berhampiran sahaja.. Sarapan pagi jimat, cuma RM66 sahaja.. Hehehe.. Yang lucu selepas ini, GPS bawa jalan entah mana-mana.. Jalan tak siap pun kami lalu, dan akhirnya tembus di Bukit Besar.. Kemudian kami refuel di Shell Cabang Tiga..

nak balik dah.. milage 599.2 km dah masa nie..

Kami ke Dynar Keropok Lekor untuk ambil yang dah ditempah semalam.. Jenuh nak sumbat dalam beg, raga, dan box.. Nyaris la aku tergerak nak pinjam box dari member.. Ada manfaat dia, disamping tak lenguh badan berbanding kalau galas beg.. Penuh kot semua motor.. Masa nie salam Iqbal siap-siap sebab dia nak ke Kelantan, tak ikut kami balik.. Duit baki untuk Iqbal pun dipulangkan siap-siap..

jom balik

Kami balik melalui Pantai Teluk Ketapang, dan Pantai Penarik.. Ikut laluan pantai.. Entah macam mana Lah dan Lie takdak.. Kami berhenti tepi jalan area Batu Rakit.. Sementara tegangkan rantai motor Iqbal dan Din RS, contact Lah dan Lie.. Tak angkat telefon.. 30 minit tunggu, kami pun gerak.. Lagi 15 km nak sampai Permaisuri, Lah call bagitau ada di Caltex Permaisuri dah.. Dani bawa ikut jalan mana pula kami nie, last sekali kami pula ada di depan.. 

tunggu dalam panas.. hahaha..

Last sekali semua kumpul kembali kat Shell Gaal Pasir Putih.. Refuel kat sini dan solat bagi yang sempat.. Dalam 2:00 petang kami gerak dari sini..

dah 713.5 km gerak

Kelaparan pula, jadi kami berhenti lunch kat e-Rup Sup, Machang.. Ada yang solat di sini juga sementara nak dapat makanan.. Total bill kat sini RM153.. Dah selesai semua, kami teruskan perjalanan ke Petron Batu Melintang, untuk refuel.. Kat sini, kami decide nak pakai baju hujan sebab nampak langit gelap..


Di Shell Kg Bendang Riang, kami refuel.. Puas layan selekoh kat Banjaran Titiwangsa, minyak pun kering.. Siap pakej kena hujan lagi.. Nasib baik dah pakai baju hujan masa kat Petron Batu Melintang.. Lepas tue kami terus gerak sebab taknak sampai lewat di Kuala Pegang.. Sampai jer kami kat Kedai Makan, Dani call.. Bagitau dia accident langgar lembu kat area lepas Padang Lengkuas.. Pelik jugak, sebab masa kami ramai-ramai lalu kat lembu tu takde pun nampak accident.. Rupanya Dani berhenti kat BHP Padang Lengkuas tue.. Mana la kami tahu, dah dia tak bagitahu awal.. Kami beberapa orang patah balik kat Dani.. Selesaikan apa yang patut, hantar Dani dan motor dia, kemudian kami kembali ke kedai makan..

teruk juga motosikal Dani

Sambil tunggu dinner, solat dahulu di surau.. Nanti tak kalut dah.. Makan sekenyangnya di sini.. Total baru RM115.. Lepas tue kira duit baki yang ada, pulangkan kepada Jan, PakLong dan Bashir.. Din Y15 balik sendiri ke Sungai Petani dari sini, tak ikut kami dah..

max kekenyangan

Kemudian, kami berpisah dengan Jan dan PakLong di Gurun.. 9 orang baki pulang ke Alor Setar.. Kami rehat dan refuel di R&R Gurun.. Kemudian masing-masing ikut kelajuan sendiri pulang ke rumah.. Zul dan Din RS keluar di Pendang; Lan dan Lie keluar di Alor Setar (Selatan); Bashir, Max dan Lah keluar di Alor Setar (Utara); aku dan Dee keluar di Jitra..

Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah.. Aku sampai rumah dalam 12:00 tengah malam.. Check milage, dalam 1101.7 km untuk perjalanan kali ini.. So, dah boleh plan next ride trip kot.. Tapi nak ke mana ya..

alhamdulillah

Oh ya, aku update perbelanjaan minyak di akhir pada kali ini.. Masa pergi, harga minyak RM2.29 (RON95) dan RM2.56 (RON97).. Masa balik, harga minyak berubah sikit iaitu RM2.31 (RON95) dan RM2.58 (RON97).. Aku memang isi RON97, kecuali di Shell Kg Bendang Riang, Gerik yang cuma ada  RON95.. Di permulaan perjalanan memang minyak dah penuh dalam tangki..
1. BHP Padang Lengkuas (3.125 Liter) RON97 (RM8.00)
2. Shell Kg Bendang Riang (0.873 Liter) RON95 (RM2.00)
3. Petronas Bukit Bunga (3.320 Liter) RON97 (RM8.50)
4. Shell Bukit Jong (3.516 Liter) RON97 (RM9.00)

5. Shell Cabang Tiga (3.101 Liter) RON97 (RM8.00)
6. Shell Pasir Putih (1.744 Liter) RON97 (RM4.50)
7. Petron Batu Melintang (1.938 Liter) RON97 (RM5.00)
8. Shell Kg Bendang Riang (3.463 Liter) RON95 (RM8.00)
9. Shell R&R Gurun (1.938 Liter) RON97 (RM5.00)

So, jumlah semua adalah RM58.00 (23.018 Liter).. Bagi aku, menjimatkan la.. Bagi korang, tak tahu la.. Sebab purata adalah 47.86km/liter.. Kejap laju kejap slow.. Kira OKlah tue.. 

Sekian, perjalanan kali ini.. Jumpa lagi.. Sorry kalau panjang sangat.. Panjang masa hangpa baca, panjang lagi masa untuk aku berfikir dan menulis nie.. Semoga bermanfaat.. Adios amigos challos.. Assalamualaikum..

kredit to Hisyam untuk penulisan beliau di blog kat bawah ni...
 https://kapcaikecik.blogspot.my/2018/02/2018-1st-ride-trip-kuala-terengganu.html