Showing posts with label Pelaburan Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan Hartanah. Show all posts

Thursday, 16 April 2015

Tips Untuk Membeli Hartanah

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tips untuk membeli hartanah sama ada rumah ataupun tanah. Kitar hidup manusia sudah lazimnya berkeinginan untuk memiliki rumah sebagai sebuah kediaman yang selesa untuk keluarga.Cuma jenis rumah yang dibeli itu bergantung kepada kemampuan pendapatan kita.Ada yang mampu beli rumah kos rendah, ada yang mampu beli rumah kos sederhana dan ada yang mampu membeli rumah banglo atau kondominium.Walau apa pun jenis hartanah yang kita mampu beli sebenarnya tidak mengapa kerana setiap hartanah ini berpotensi untuk melonjak harganya pada masa hadapan jika kita membeli mengikut tips yang akan diberikan nanti.

Lokasi

Lokasi adalah sesuatu yang paling penting dalam pemilihan untuk membeli sesebuah hartanah.Antara lokasi yang baik untuk kita membeli hartanah adalah

1-Berdekatan dengan tempat kerja
2-Berdekatan dengan kemudahan awam seperti pasaraya,balai polis,hospital,sekolah dan sebagainya
3-Tempat yang selamat daripada masalah sosial seperti jenayah,pusat hiburan dan penagihan dadah
4-Tempat yang selamat daripada bencana alam seperti banjir,tanah runtuh dan sebagainya

Ini adalah contoh lokasi untuk kita memiliki rumah kita sendiri.Kalau kita membeli rumah untuk tujuan disewakan pula kita perlu mengikut lokasi di bawah

1-Tempat yang menyediakan pekerjaan kepada ramai orang seperti berdekatan dengan kawasan perindustrian atau pusat bandar.
2-Tempat yang mempunyai pelajar seperti berdekatan universiti,politeknik,kolej swasta dan sebagainya
3-Mempunyai radius 1 jam perjalanan daripada kediaman kita kerana memerlukan kita sentiasa untuk melihat rumah sewa dan menunjukkan rumah kepada penyewa yang berminat.Bayangkan kalau saya berada di Kulim dan membeli rumah di Kuala Lumpur.Jika ada penyewa yang mahu menyewa, saya terpaksa turun ke Kuala Lumpur untuk menunjukkan rumah kepadanya.Ini adalah sesuatu yang amat membebankan saya.Ada juga kes yang sebegini tetapi tuan rumah meminta jasa baik jiran berdekatan untuk menolongnya dan akan diberi saguhati setiap bulan kepada jiran tersebut melalui hasil sewa bulanan.

Kesemua lokasi ini boleh menjadikan rumah sewa kita laris di pasaran dan tidak putus-putus mendapat penyewa setelah penyewa yang sedia ada keluar.Jadi sahabat semua boleh bezakan rumah yang mahu dibeli untuk kegunaan sendiri ataupun untuk disewa.

Harga

Kita mesti memilih hartanah yang ditawarkan lebih murah daripada nilai sebenar supaya kita membuat untung sewaktu membelinya.Saya pernah berpesan bahawa adalah tidak bijak membeli sebuah tanah lot dengan harga RM30 ribu dengan keluasan 8000 kaki persegi sedangkan harga semasa bagi sebuah tanah seluas 1 ekar adalah RM25 ribu sahaja.Senang faham kita boleh membeli 5 buah tanah lot 8000 kaki persegi dengan harga RM25 ribu sahaja.


Untuk membeli hartanah pada harga yang rendah daripada nilai pasaran selalunya kita akan membelinya melalui cara lelong ataupun daripada mereka yang terdesak hendak menjual seperti persengketaan adik beradik,kalah judi, dan sebagainya.Sewaktu inilah kita boleh mendapat harga yang terbaik apabila membeli sesuatu hartanah.

Kita perlu faham istilah "The Power Of Money" apabila membeli sesuatu hartanah.Maksudnya kita mempunyai duit yang banyak dan tidak terdesak pun untuk menghabiskan duit itu.Kalau ada sesiapa yang mahu duit yang kita ada tu boleh tapi mestilah menjual dengan harga yang lebih rendah.Ini terjadi kepada saya sewaktu saya mempunyai RM50 ribu di dalam bank apabila loan MBSB saya lulus.Kalau saya gopoh pada masa itu rasanya saya hanya mempunyai sebuah tanah lot 8000 kaki persegi sahaja di Bandar Baharu dengan harga RM30k.Lagi balance RM20 ribu tidak cukup pun untuk saya membina sebuah rumah di atas tanah lot tersebut.Tanah lot itu juga tidak sesuai langsung untuk saya menanam apa-apa pokok.Tapi dengan perancangan yang betul dan izin Allah SWT RM50 ribu tu cukup untuk membeli sebuah rumah kos rendah, tanah 3 relung dan menyelesaikan hutang saya sebanyak RM10k dengan bank RHB.

Membuat Keuntungan

Kita mesti memilih hartanah yang boleh memberi kita keuntungan sewaktu kita memilikinya.Dalam kes saya sendiri, saya hanya membuat keuntungan sewaktu membeli rumah kos rendah kerana saya mendapat hasil sewa setiap bulan.Tapi saya telah membuat kerugian dengan memiliki tanah yang tidak diusahakan.Tanah saya masih lagi belum memberi apa-apa hasil kepada saya setiap bulan kerana masih belum diusahakan dengan apa-apa tanaman.Ini amat merugikan kerana saya terpaksa menggunakan duit gaji ataupun duit titik peluh saya untuk membayar kepada bank.


Antara faktor yang menyebabkan tanah tersebut masih belum diusahakan bagi saya adalah kerana jarak perjalanan dari Kulim ke tanah tersebut adalah 3 jam.Ini amat menyukarkan saya untuk sentiasa memantau apa-apa sahaja tanaman yang boleh ditanam di tanah tersebut.Jadi sebenarnya saya telah pun membuat kesilapan berkaitan lokasi apabila membeli tanah itu.Mujurlah saya tidak membuat kesilapan berkaitan harga kerana saya membeli tanah tersebut dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran.

Saya berharap sahabat semua boleh menjadikan 3 tips ini dalam membuat keputusan membeli sesebuah hartanah.Untuk membeli sesebuah hartanah memanglah memerlukan modal yang agak tinggi dan sepatutnya kita tidak melakukan kesilapan dengan membeli hartanah yang boleh merugikan kita.Ditambah pula jika kita membeli hartanah kemudian tidak mampu membayar kepada bank sehingga hartanah kita dilelong.Ini amatlah memeritkan kepada mereka yang pernah berhadapan dengan masalah ini.Semoga masalah ini tidak terjadi kepada kita.

Akhir kata, saya ingin mengajak sahabat semua melakukan solat sunat sebelum Solat Subuh kerana

Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’ (Yang bermaksud: Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (ie. Subuh) itu lebih baik dari (nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.) [Hadith Muslim, Kitab Solat] 

Jadi sesiapa sahaja yang rajin melakukan solat sunat sebelum Subuh ini adalah orang kaya sebenar kerana telah memiliki dunia dan segala isinya.Walau apa sahaja hartanah yang kita miliki ia hanyalah sementara sahaja sewaktu kita hidup di dunia dan tidak boleh dibawa masuk ke dalam lubang kubur.Apa yang boleh dibawa hanyalah amalan kita yang boleh menyediakan hartanah yang terbaik di dalam syurga Allah SWT.


Pemilikan hartanah tidak sepatutnya membawa kita jauh daripada Allah SWT kerana semuanya adalah hakNya yang Maha Esa.Kita hanya meminjamnya yang boleh kita jadikan sebagai alat untuk menyara kehidupan kita di dunia.Matlamat seorang Muslim adalah untuk memiliki kekayaan supaya boleh kita gunakan kekayaan itu ke jalan Allah yang mana kekayaan sebenar adalah apabila kita dimasukkan ke dalam syurga dan menikmati segala kemewahan hidup di sana.Tapi kenapa ramai Muslim yang kaya namun makin jauh daripada Allah SWT.Ini adalah kerana Muslim tersebut tidak selalu mengingati mati.

Wassalam.

Wednesday, 11 February 2015

Cerita Pengalaman Penyewa Bermasalah

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang penyewa-penyewa bermasalah yang berlaku kepada ibu saya sendiri.

Cerita Ibu.

Ibu saya mempunyai sebuah rumah kembar 2 peninggalan arwah ayah saya di Pendang.Selama hampir 15 tahun rumah itu disewakan dan sudah tentu bermacam-macam cerita suka dan duka yang berlaku kan.Ada penyewa yang bagus dan ada penyewa yang liat membayar sewa.Kalau nak cerita penyewa yang bagus tentunya mereka membayar sewa rumah tepat pada masanya setiap bulan dan ada juga yang tidak mengambil balik duit deposit apabila keluar dari rumah sebagai tanda terima kasih kepada ibu kerana menyewakan rumah dengan harga yang rendah.Bayangkan rumah taman kembar 2 ibu hanya sewakan dengan harga RM250 sahaja sekarang.

Berbalik kepada cerita penyewa yang bermasalah, ada yang setiap bulan mesti akan bayar lewat sampaikan ke tengah bulan baru bayar.Ada juga yang cakap mahu masukkan duit ke dalam akaun tapi lepas 3 bulan ibu saya pi check kat bank duit tak masuk pun dalam akaun.Ini adalah kerana ibu saya sudah tentu tak pandai bab-bab internet ini.Macam saya sendiri memang meminta penyewa rumah saya masukkan terus ke dalam akaun.Bila dia message sahaja duit sudah masuk trus saya boleh check pakai maybank2u.Tapi ibu masih menggunakan kaedah tradisional untuk kutip duit sewa iaitu pergi ke rumah setiap bulan untuk kutip duit.Sudah tentu dia akan call dulu bagitau dia akan ke rumah untuk kutip duit sewa.Ada juga sampai 4 bulan tak bayar sewa sampaikan ayah tiri saya kena bawa geng 3 line untuk halau dia keluar dari rumah.Setelah menghadapi bermacam-macam perangai penyewa akhirnya ibu sekarang hanya follow tips di bawah sahaja.

Tips memilih penyewa dari ibu

1-Hanya memberi sewa kepada mereka yang bekerja kerajaan sahaja samaada bujang ataupun keluarga.Inilah sahaja yang dia follow sampailah sekarang untuk mengelakkan mendapat penyewa yang tidak bagus.

Kita perlu ingat bahawa sekarang ini tidak mudah untuk kita membeli sebuah rumah yang sudah tentu berharga mahal.Jika kita mampu bayar ansuran bulanan pun kita masih belum tentu mampu untuk menyediakan 10% deposit untuk membeli rumah.Cara yang terbaik dan termurah untuk mempunyai tempat berteduh hanyalah dengan menyewa rumah.Dengan duit deposit sebanyak 2 atau 3 bulan sahaja kita sudah mampu mempunyai tempat berteduh.Jadi sebagai penyewa kita seharusnya berterima kasih kepada tuan rumah kerana berbaik hati menyewakan rumahnya kepada kita dengan bayaran deposit 2 atau 3 bulan sahaja.Contohnya untuk memiliki sebuah rumah kos rendah seperti saya yang berharga RM35k, saya perlu mempunyai modal sekurang-kurangnya RM10 ribu untuk bayaran deposit 10%, peguam dan kelengkapan rumah seperti wiring dan lampu.Bayangkan modal yang perlu dikeluarkan untuk memiliki rumah yang berharga RM100k ke atas.Penyewa saya hanya memerlukan RM700 sahaja untuk membolehkan dia menyewa rumah saya itu.Jadi cuba kita fikirkan jika minda tuan rumah sering kali dikusutkan oleh masalah penyewa yang bermasalah dan menjadikan semua tuan rumah di Malaysia ini tidak lagi menyewakan rumah mereka atau hanya menyewakan kepada golongan tertentu sahaja.Sudah pasti yang akan mendapat kesannya adalah anda sendiri.Sudah pasti anda susah untuk mendapat rumah sewa hanya kerana ada segelintir sikap penyewa-penyewa yang liat membayar sewa.

Jika semua tuan rumah hanya menyewakan rumah mereka kepada pekerja kerajaan sahaja seperti ibu saya sudah tentu pekerja swasta yang berpendapatan kurang daripada RM2 ribu sebulan ni silap-silap kena duduk kat hotel sahaja ataupun bawah jambatan.Kalau nak yang free boleh tidur di masjid atau surau.Mereka ini tiada pilihan lain.Nak beli rumah tiada wang deposit dan nak menyewa tiada tuan rumah yang mahu sewakan kepada pekerja swasta.Jadi bayangkanlah impak golongan penyewa yang liat ini kepada masyarakat sekeliling.Satu impak yang saya boleh katakan telah pun menjadi satu fenomena di kalangan tuan rumah berbangsa Melayu adalah tidak akan sesekali menyewakan rumah mereka kepada bangsa India.Hanya kerana segelintir penyewa India yang membuat masalah yang perlu menanggungnya adalah seluruh bangsa India itu sendiri.

Oleh itu, saya nasihatkan kepada semua penyewa agar jadilah penyewa yang baik dan kepada tuan rumah tapislah dahulu penyewa rumah anda dengan sebaiknya supaya kita setiap bulan dapat tidur dengan tenang tanpa memikirkan masalah penyewa haprak yang hidup tak tahu dek untung ini kerana sentiasa lewat membayar sewa rumah.

Rumah Sewa Yang Dibiarkan Kosong Adalah Lebih Baik Daripada Mempunyai Penyewa Yang Bermasalah

Wassalam.

Monday, 9 February 2015

Menghadapi Penyewa Yang Bermasalah

Assalamualaikum sahabat semua,

Rasanya sudah agak lama saya tidak update apa-apa cerita dalam blog ini untuk tatapan semua kerana tiada cerita yang boleh saya share dengan semua.Tapi pada kali ini saya akan share satu maklumat yang amat berguna kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan rumah sewa.Masalah yang kerap kita hadapi adalah masalah penyewa yang lambat membayar sewa.Bagaimana kita hendak menghadapi penyewa yang sebegini.

Saya sendiri juga adalah seorang penyewa dan selama 6 tahun saya menyewa tidak pernah walau satu bulan sekalipun saya lewat membayar sewa kepada tuan rumah.Gaji saya akan masuk sebelum 28 haribulan setiap bulan dan sebaik sahaja saya mendapat gaji terus saya masukkan duit sewa rumah.Mungkin juga kerana sikap saya yang menjadi penyewa yang baik menyebabkan tuan rumah segan nak naikkan sewa rumah.Walaupun market rumah sewa di kawasan Kulim dan Padang Serai atas daripada RM300, saya masih lagi menyewa dengan harga RM170 sebulan. Dan saya berharap dapat menyewa dengan harga ini mungkin selama 5-10 tahun lagi.Bergantung kepada betapa baiknya hubungan saya dengan tuan rumah.Dan sebagai membalas jasa tuan rumah yang memberi sewa yang murah kepada saya, saya telah menanam pokok limau kasturi,limau purut,limau nipis,buah amra dan buah jambu batu di kawasan rumah.Niat saya, selepas saya keluar dari rumah sewa ini tuan rumah boleh menikmati segala buah yang saya tanam ini.

Itu cerita hubungan saya dengan tuan rumah saya, tetapi berbeza pula dengan hubungan penyewa rumah saya dengan saya.Bermula pada bulan November, penyewa saya sudah mula menunjukkan sifatnya yang liat membayar sewa.Kadang-kadang lewat sampai 1 bulan.Saya sendiri kena kerap call dan message bila duit sewa akan dimasukkan ke dalam akaun.Dan seperti biasa, macam-macam alasan yang akan diberi sehinggakan saya sendiri pun tidak tahu betul ke tidak dengan alasan itu.Ini adalah satu pengajaran yang berguna untuk saya dan ilmu yang begitu manfaat untuk sahabat semua yang mahu berjinak dengan rumah sewa.

Petua Bagaimana Memilih Penyewa.

1-Pastikan penyewa kita mampu untuk bayar sewa rumah kita.Contohnya kena tanya dia kerja apa.Bini kerja ke tidak.Apa hutang yang dia ada supaya senang untuk kita buat penilaian adakah dia layak untuk menyewa rumah kita.Takkan la kita nak bagi sewa kepada penganggur kan.

2-Pastikan penyewa bukannya berbangsa India.Saya bukanlah racist tetapi dari pembacaan dan pengalaman kawan-kawan, bangsa India merupakan bangsa yang paling liat membayar sewa dan penuh dengan alasan.Lagi satu kita sebagai Muslim juga tidak mahu rumah yang kita sewakan itu dihuni oleh makhluk mistik kerana upacara agama yang mereka lakukan di rumah kita.Kalau boleh bagi sewa kepada orang Melayu dan option kedua adalah Cina.Saya juga bersetuju tidak semua bangsa India berperangai begitu tetapi ia adalah risiko yang perlu kita pikir kerana ia juga adalah risiko dalam perniagaan kita.Bangsa Cina pula merupakan penyewa yang baik kerana rata-ratanya mereka sangat mampu untuk menyewa.

3-Pasangan yang baru berkahwin atau wanita bujang sepatutnya menjadi target utama penyewa rumah kita.Target kedua pula adalah family.Kita tidak mahu penyewa dari golongan lelaki bujang yang tidak pandai menjaga rumah.

4-Harga sewa rumah merupakan nilai taraf seseorang penyewa.Contohnya jika kita mempunyai sebuah kondominium dengan harga sewa RM800 sebulan, penyewa kita juga adalah mereka yang bertaraf tinggi yang mampu untuk membayar RM800 sebulan.Penyewa bertaraf tinggi juga mempunyai pemikiran yang tinggi.Tetapi jika sewa rumah kita RM200 sebulan, penyewa kita juga adalah mereka yang bertaraf rendah.Kita juga hanya boleh mengharapkan mentaliti yang bersifat rendah juga dari penyewa yang sebegini.Jadi risiko menjadikan rumah kos rendah sebagai rumah sewa adalah lebih tinggi daripada menjadikan kondominium sebagai rumah sewa.

5-Perlu ada surat penjanjian sewa.Ini adalah satu perkara yang amat wajib untuk tuan rumah.Kita kena photostat IC penyewa dan matikan setem surat perjanjian kita.Ini penting apabila kita mendapat penyewa yang liat membayar sewa, tindakan undang-undang boleh kita lakukan keatas mereka.

Petua Memaksa Penyewa Membayar Sewa Atau Keluar Rumah

1-Sentiasa follow up jika penyewa lambat bayar sewa.Contohnya dalam perjanjian tidak akan lewat daripada 7 haribulan setiap bulan.Pada hari ke 8 kita sebagai tuan rumah kena tanya bila boleh dapat sewa.

2-Jika sudah lewat dari 7 haribulan dan penyewa berjanji akan bayar pada 14 haribulan, hari yang ke 15 kita follow up lagi sehinggalah kita mendapat sewa rumah kita.Tetapi pastikan tidak lebih daripada berapa bulan deposit yang kita ambil.Jika kita ambil sebulan deposit, jangan lebih dari sebulan.Jika 2 bulan jangan lebih daripada 2 bulan.

3-Jika sudah lebih dari tarikh yang telah kita tetapkan,beritahu kepada penyewa supaya boleh keluar dari rumah kita secara baik.Jika sampai 3 bulan tak keluar lagi, kita bolehlah mengambil tindakan dengan mencabut plug di kotak fius elektrik di rumah kita.Selepas seminggu, penyewa masih tak keluar juga kita boleh mengisi borang di pejabat SADA untuk memotong bekalan air di rumah kita.Nak potong SADA tak charge.tapi nak sambung balik kena bayar RM70.RM70 adalah lebih berbaloi daripada membiarkan penyewa duduk rumah kita secara free.

4-Jika penyewa keluar daripada rumah kita tetapi telah merosakkan rumah seperti memecahkan pintu dan tingkap, kita boleh mengambil tindakan undang-undang melalui surat perjanjian dan photostat IC yang ada kat kita.

Dalam kes penyewa saya, dia telah pun menjelaskan sewa setelah saya memotong bekalan elektrik dengan mencabut plug di kotak elektrik.Saya masih memantau perangainya dan saya memang tidak akan teragak-agak untuk mencari penyewa baru jika dia terus membuat masalah kepada saya.Kadang-kadang sifat orang Melayu lebih banyak kesian kepada anak bangsa sendiri, tetapi kita juga perlu ingat kita yang akan menanggung segala kos yang terlibat.Hutang kita kepada bank,bil api air yang tidak dibayar dan kos guaman jika sampai tahap merosakkan rumah.Setiap perniagaan ada risikonya, dan risiko inilah yang perlu kita sebagai tuan rumah hadapi.Petua yang saya berikan adalah untuk mengurangkan risiko kita mendapat penyewa yang tidak baik.Semoga ilmu ini brmanfaat untuk semua.

Wasalam.

Friday, 17 October 2014

Konsep Perniagaan Dalam Bidang Hartanah

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya akan bercerita tentang konsep-konsep yang boleh kita gunakan dalam perniagaan yang melibatkan hartanah.

Konsep Beli dan Jual.

Konsep beli dan jual adalah satu konsep yang banyak digunakan oleh pelabur hartanah untuk mendapatkan untung segera dalam masa yang singkat.Antara contoh yang boleh kita ikuti adalah

1-Membeli rumah dengan harga lelong (harga rumah yang lebih rendah dari harga semasa) dan menjualnya dengan harga semasa.Contohnya sebuah Kondominium Permata di Bandar Perda mempunyai harga semasa sebanyak RM130k dan harga lelong yang ditawarkan adalah RM85k.Membeli dengan harga RM85k dan menjual dengan harga RM130k membuatkan kita telah mendapat untung sebanyak RM45k dalam masa beberapa bulan sahaja (area PERDA adalah hot area di kawasan Penang).Walaupun kerajaan telah mengenakan tax kepada penjual yang menjual rumah kurang daripada 2 tahun tetapi tax yang dikenakan adalah sangat sedikit berbanding keuntungan yang kita dapat.

2-Membeli rumah sewaktu rumah itu masih dalam proses pembinaan dan menjualnya sewaktu rumah itu telah siap.Contohnya pada beberapa tahun yang lepas kita perlu untuk membayar deposit 10% untuk membeli rumah yang masih belum dibina.Pembinaan rumah itu memerlukan masa dari setahun hingga 2 tahun untuk siap.Selepas 2 tahun kita boleh menjualnya dengan harga semasa yang lebih tinggi daripada harga asal kita membelinya.Tetapi pada masa sekarang kita hanya boleh membeli rumah yang telah siap untuk melindungi pengguna akibat kejadian projek terbengkalai.Satu tips yang berguna kepada pembeli rumah baharu jangan sesekali membeli rumah pada fasa kedua kerana rumah fasa kedua lebih mahal daripada fasa 1 walaupun mempunyai spek yang sama.

3-Membeli tanah daripada mereka yang terdesak untuk menjual dan menjual semula.Sebenarnya dalam masyarakat Melayu ada ketikanya orang kita terdesak nak menjual tanah kerana mahu menunaikan Haji, pembahagian harta pusaka, kalah judi, sengketa adik beradik dan sebagainya.Mereka yang terdesak untuk mendapatkan duit akan menjualnya dengan harga yang rendah.Jadi pelabur yang mempunyai duit ini akan membelinya dan menjualnya kembali kepada orang lain dengan harga yang lebih tinggi ataupun harga semasa.

Konsep Beli, Upgrade dan Jual

1-Sebenarnya terdapat banyak rumah lelong yang dijual murah kerana telah pun rosak akibat terbiar ataupun dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Apabila kita mendapati rumah yang sebegini sewaktu melakukan lawatan tapak, kita boleh meminta nasihat kontraktor untuk menilai kos membaikpulih rumah tersebut.Contohnya harga semasa rumah RM80k.Harga lelong RM40k dan kos membaik pulih adalah RM20k.Jadi kita boleh membelinya dan membaikpulihnya sebelum kita menjualnya.Kita telah membuat untung sebanyak RM20k sewaktu menjualnya.

2-Membeli tanah kosong ataupun terbiar yang berstatus pertanian kemudian menjualnya dengan menanam tanaman seperti getah dan kelapa sawit.Harga semasa untuk tanah kosong di Kedah adalah dalam lingkungan RM10k per relong hingga RM16k per relong.Tetapi harga semasa untuk tanah yang mempunyai tanaman getah adalah RM25k hingga RM30k per relong manakala tanah yang mempunyai tanaman sawit adalah RM30k hingga RM40k per relong.Jadi apa yang boleh kita lakukan adalah dengan membeli tanah kosong kemudian menanam kelapa sawit ataupun getah kemudiannya menjualnya untuk mendapatkan keuntungan.

Konsep Beli, Simpan dan Jual

1-Konsep ini kita boleh gunakan untuk pelaburan emas.Kita membelinya dengan harga semasa kemudian menyimpannya dan menjualnya apabila harganya telah naik melebihi harga kita membelinya.Contohnya ibu saya membeli emas pada tahun 1990 dengan harga RM3k dan menyimpannya selama 10 tahun.Harga semasa pada tahun 2000 adalah RM15k untuk emas tersebut.

2-Kawan saya yang bernama Amin juga turut menggunakan konsep ini dalam perniagaan lembunya.Amin telah membeli 20 ekor lembu dari Burma dengan harga seekor RM2k.Lembu ini diimport dengan menggunakan treller.Dia membeli lembu yang umurnya dalam lingkungan 1 tahun setengah pada bulan Januari.Kemudian dia mengupah seorang pakcik di kampungnya untuk membela dan menjaga lembu tersebut.Apabila tiba sahaja Hari Raya Haji, lembu-lembu ini dapat dijual dengan harga RM3k seekor dan hasil jualan dibahagi 2 antara dia dan pakcik tu.Jadi kos dia membeli lembu adalah RM40k, simpan selama 11bulan dan menjual dengan harga RM60k.Untuk dia untung bersih RM10k dan kepada pakcik RM10k.

3-Konsep ini juga boleh digunakan kalau kita membeli rumah dan tanah.

Konsep Beli, Simpan dan Dapatkan Pasif Income

1-Konsep inilah yang sekarang saya gunakan dalam pembelian rumah sewa saya iaitu membeli rumah kos rendah kemudian menyewanya.Hasil sewa yang saya terima tiap-tiap bulan adalah pasif income kepada saya.Rumah ini juga saya akan simpan sampai clear hutangnya di bank.Bukan saya yang membayar rumah ini kepada bank tetapi penyewa saya lah yang tolong membayarkannya untuk saya.

2-Kita juga boleh menggunakan konsep ini dalam pembelian tanah.Beli tanah kemudian menanam tanaman seperti sawit atau getah kemudian memajak tanaman kita.Hasil pajakan yang kita terima setiap bulan adalah pasif income kepada kita.

Rasanya saya telah pun bercerita secara panjang lebar dan menggunakan contoh yang sesuai untuk pemahaman sahabat semua.Tak kesahlah sahabat semua nak menggunakan konsep yang mana sekalipun asalkan ia membawa keuntungan kepada sahabat semua.Diharap sahabat semua mendapat percerahan dan boleh meniru konsep-konsep ini untuk kejayaan sahabat semua di dunia.Ilmu yang saya beri adalah free kepada sahabat semua cuma satu sahaja pesan saya

"Jika sahabat semua mendapat keuntungan, jangan lupa bayar zakat, bersedekah dan membuat amal kebajikan untuk saham di akhirat.Jangan kita hanyut dengan permainan duniawi sehingga melupakan hidup yang kekal abadi di sana nanti"

Wassalam

Wednesday, 15 October 2014

Tanah Tua Yang Masih Terbiar

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin bercerita tentang tanah tua saya yang masih lagi terbiar tanpa diusahakan.Sebenarnya, saya masih lagi teragak-agak untuk mengusahakannya kerana kekurangan modal. Saya juga sebenarnya mempunyai 2 cara untuk mendapatkan modal.Sebelum itu kita analisis dahulu modal yang diperlukan untuk mengusahakannya.


1-Upah korek longkang dan batas (anggaran 3 hari siap)           = RM 370 x 3 hari
                                                                                                     = RM1110
2-Modal anak benih (160 pokok)                                                = RM12 x 160
                                                                                                     = RM1920
3-Modal baja pengalak akar (3 guni 50kg)                                 = RM 50 x 3
                                                                                                     = RM150
4-Modal untuk upah tanam,korek lubang,lori hantar benih        = RM500

                                                                                   Total         = RM3680


Cara-cara untuk mendapatkan modal

1- Hasil daripada rumah sewa RM280/bulan                             = RM3680/RM280
                                                                                                    = lebih kurang 13 bulan

2- Buat pinjaman bank dengan interest 8%                               = (RM5000 x 8% x 5tahun) + RM5000
                                                                                                   = RM2000 + RM5000
                                                                                                   = RM7000/5 tahun/12 bulan
                                                                                                   = RM 117


Apa yang boleh saya katakan, jika saya membuat personal loan saya telah pun menambah komitmen bulanan saya sebanyak RM117 sebulan dan jika saya mahu menggunakan duit hasil rumah sewa saya perlu menunggu selama 13 bulan.13 bulan adalah satu tempoh yang boleh dikatakan agak lama untuk mengumpul duit.Bagaimanapun cuba kita analisis hasil pengeluaran sawit pula untuk menentukan kaedah mana yang paling berkesan.

Hasil sawit pada tahun ke 4 dan ke 5                                       = RM 600 x 1 tan
                                                                                                  = RM 600 sebulan x 24 bulan 
                                                                                                  = RM14 400

Hasil sawit pada tahun ke 6 dan seterusnya 15 tahun              = RM600 x 3 tan (1 relong = 1 tan)

Cuba ingat balik posting saya berkenaan bad debt dan good debt.Sebenarnya jika saya membuat personal loan ia adalah good debt sebab saya hanya bayar kepada bank RM 7000 selama 5 tahun sedangkan saya akan dapat mengutip hasil RM 14 400 selama 2 tahun sahaja.Jadi kaedah yang terbaik untuk mendapatkan modal adalah dengan membuat personal loan dari bank.

HAHA....poyo jek...

Wednesday, 10 September 2014

Rumah Sewaku Telah Pun Menjadi Mesin ATM

Assalamualaikum sahabat semua.

Rasanya sudah agak lama saya tidak update apa-apa dalam blog saya ini.Tetapi harus diingat pelaburan hartanah adalah satu pelaburan yang memang akan mengambil masa sehinga bertahun untuk diselesaikan tetapi akan terus stabil melawan inflasi.Apa yang penting adalah kita sentiasa mengikut segala apa yang telah kita rancang.


Saya akan bercerita tentang pengalaman saya untuk menyewakan rumah saya yang telah siap.Berikut adalah step yang perlu saya ambil untuk menyewakan rumah tersebut.

1-Bermula dengan saya membuat personal loan dari MBSB dan mempunyai wang yang cukup untuk membayar 10% deposit
2-Mencari rumah kos rendah dalam Mudah.com
3-Contact dengan syarikat yang menjual rumah tersebut dan memberi RM500 sebagai duit deposit
4-Isi borang dari Wisma negeri untuk daftar dan tunggu kelulusan untuk layak membeli rumah kos rendah.
5-Tunggu surat pengesahan dan kelulusan dari Wisma Negeri.
6-Memberi 3 bulan slip gaji, penyata KWSP dan penyata bank kepada syarikat tersebut.
7-Tunggu untuk syarikat itu proceed untuk pinjaman perumahan dari bank-bank terpilih
8-Pinjaman saya berjaya diluluskan oleh Bank Muamalat (saya telah memberitahu bahawa saya mahu islamic financial) dan memberi 10% deposit kepada syarikat
9-Datang ke syarikat untuk sign borang bank dan borang purchase rumah dari pemaju
10-Datang ke syarikat untuk sign Borang S&P dan ambil salinan S&P.Kena bayar RM1000 untuk bayaran guaman.
11-Pergi ke KWSP untuk membuat pengeluaran akaun 2 untuk mengambil balik 10% deposit.
12-Tunggu untuk pihak bank membayar kepada pemaju dan selepas bank telah membayar kepada pemaju secara automatiknya kita juga perlu bermula untuk membayar kepada bank.
13-Apabila bank telah membayar kepada pemaju kita juga akan diberi kunci rumah.Kena bayar lagi RM500 untuk bayaran guaman.(balance yang belum setel sebelum ni)
14-Tunggu pihak pemaju membaiki segala kerosakan yang terjadi di rumah tu seperti atap pecah, cermin pecah, syiling bocor,kayu yang telah dimakan anai-anai.
15-Setelah siap repair saya kena pergi untuk check rumah tu telah direpair seperti baru siap dengan cat.
16-Kena sign surat pengesahan yang rumah tu ok setelah repair.
17-Kena tunggu pula untuk pihak pemaju membuat pendawaian elektrik.
18-Membawa salinan S&P, kad pengenalan  ke SADA Sungai Petani untuk masukkan air. Deposit RM100.
19-Membawa salinan S&P, kad pengenalan,lakaran skematik untuk pendawaian dan bayar RM260 untuk pemasangan elektrik di Kedai Elektrik sungai petani.Berdekatan dengan stesen bas.
20-Tunggu pihak SADA masukkan meter air dan TNB pasang meter electrik.
21-Bila air dan electrik dah masuk saya upah kawan saya untuk memasang lampu dan kipas dalam rumah tu.Harga yang dia ambil hanyalah RM150 dengan semua lampu dan kipas saya beli sendiri.Kalau tak silap saya untuk wiring siap lampu harga standard adalah dalam RM1000-RM1400.Terima kasih kepada sahabat saya Sayuti atas kemurahan hati beliau.
22-Cat kembali rumah pada mana-mana tempat yang kotor semasa mereka membuat wiring.


23-Membasuh rumah dan memasang tikar getah.
24-Iklankan di mudah untuk mencari penyewa.
25-Akhirnya rumah saya telah berjaya disewa dengan harga RM280 sebulan.


Inilah step yang telah saya ikuti dalam proses untuk menyewa rumah saya.Nampak memang la senang tapi sahabat semua tahu tak ia memakan masa selama 1 tahun 5 bulan untuk disiapkan.Dalam perancangan saya memang saya akan tumpu kepada rumah sewa dahulu sebelum menanam anak pokok sawit di tanah saya yang juga 1 tahun 5 bulan terbiar menjadi padang ragut lembu-lembu kampung tersebut.Jadi bulan ni saya akan tumpu kepada untuk mengusahakan tanah saya dengan tanaman sawit pula.Saya akan menulis tentang sawit pada posting yang akan datang

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Thursday, 19 December 2013

Pelaburan Yang Disyorkan Oleh Allah SWT Melalui Al-Quran

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini, saya ingin membawa sahabat semua menghayati satu ayat Al-Quran yang Allah terangkan bahawa manusia cinta kepada 6 benda ini di dunia dan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.

3:14

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertimbun dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah.Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik. Surah Al-Imran ayat 14

Betapa ramai umat Islam mengejar 6 perkara ini untuk kesenangan hidup di dunia. Kita bekerja siang malam untuk mengumpul 6 perkara ini dan ada juga yang hanyut dalam kehidupan dunia sehingga lupa kepada kehidupan akhirat yang lebih kekal abadi. Tetapi secara simboliknya, sebenarnya Allah telah pun mengajar kita untuk terlibat dengan 6 perkara ini sebagai pelaburan kita di dunia. Bagi yang buta hati, mereka akan mengumpul 6 perkara ini dan hanyut dengannya tanpa mengingati Allah. Tetapi bagi mereka yang celik hati, mereka akan menggunakan 6 perkara ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Pilihan di tangan kita. Kita lah yang akan menggunakan nikmat yang Allah beri untuk kebaikkan atau keburukkan.

1-Perempuan-perempuan atau isteri-isteri. Saya pernah mendengar satu kisah yang ustaz ceritakan dalam tazkirahnya berkenaan seorang sahabat yang hidupnya susah. Dia meminta nasihat dari Nabi Muhammad SAW dan Nabi menasihatkan dia supaya berkahwin. Dia pun berkahwin dengan seorang perempuan tetapi kehidupannya tidak juga berubah dan dia pun datang lagi untuk meminta nasihat dari Nabi Muhammad SAW. Nabi menasihatinya supaya berkahwin lagi.Dia pun berkahwin dengan perempuan yang ke 2.Hidupnya tidak juga berubah dan makin susah.Dia datang lagi meminta nasihat Nabi dan Nabi menyuruhnya berkahwin lagi.Dia pun berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang ke 3 dan hidupnya juga tidak berubah malah semakin teruk kerana hendak menanggung 3 orang isteri.Dia datang lagi meminta nasihat dari Nabi dan Nabi Muhammad SAW menyuruhnya berkahwin untuk kali ke 4.Dia pun berkahwin la dengan seorang perempuan untuk kali ke 4 dan yang istimewanya perempuan yang ke 4 ini pandai menjahit baju dan dia mengajar 3 orang lagi madunya menjahit baju.Sekarang sahabat ini mempunyai 4 orang isteri yang pandai menjahit baju dan kehidupannya telah berubah dari hidup yang susah kepada kehidupan yang lebih senang hasil dari jualan pakaian.Bagi mereka yang suka berpoligami,  mereka akan memahami cerita ini sebagai satu sebab untuk berkata kepada isteri mereka bahawa poligami akan membawa banyak rezeki kepada kita. Tapi saya melihat cerita ini mempunyai unsur pelaburan di akhirat kerana lebih banyak isteri lebih banyak tanggungjawabnya. Jika kita berjaya mendidik isteri-isteri kita supaya menjadi isteri yang solehah berjayalah kita di akhirat.Tetapi jika keempat-empat isteri kita banyak ingkar arahan Allah, mereka lah yang akan mengheret kita ke dalam api neraka.


2-Anak-anak.Mempunyai anak yang ramai adalah satu pelaburan kita di dunia dan di akhirat.Jika kita bercadang untuk mengembangkan bisnes kita kepada beberapa cawangan, anak kita adalah seorang manager yang paling layak untuk menjaga bisnes kita.Mereka juga boleh mendoakan kita apabila kita berada dalam alam barzakh.Mempunyai anak yang ramai dan kesemuanya adalah anak yang soleh boleh membuatkan diri kita benar-benar bahagia di dunia dan di akhirat.Tetapi jika kita memberi didikan yang salah dan mereka banyak membuat maksiat, mereka jugalah yang akan mengheret kita ke neraka Allah.


3-Emas dan perak adalah satu logam yang amat berharga di dunia.Tiada siapa pun yang dapat meniru atau mencipta logam ini. Walaupun saintis yang paling bijak cuba untuk menhasilkan logam ini melalui proses kimia tetapi tidak berjaya.Jika kita mempunyai emas dan perak yang banyak kita adalah seorang yang kaya di dunia dan jika kita membayar zakat melalui pemilikannya kita juga akan berjaya di akhirat.Tetapi jika kita hanyut dengan pengumpulan 2 logam ni tanpa berzakat, logam inilah juga yang akan mengheret kita ke dalam api neraka Allah.


4-Kuda pilihan.Ada juga saya baca yang mentafsir sebagai kenderaan. Memang benar kenderaan sekarang ini adalah satu benda yang cukup kita idamkan.Ramai yang berlumba-lumba untuk memakai kenderaan yang paling canggih dan mewah.Tak kurang juga ramai yang terlibat dengan pelaburan yang melibatkan kenderaan seperti lori,bas,treler,kapal,kapal terbang dan sebagainya.Mempunyai kenderaan tidak perlu membayar zakat tetapi mempunyai perniagaan yang melibatkan kenderaan perlu membayar zakat.Bergantung kepada kita untuk menggunakan kenderaan sebagai alat untuk kita bermegah,riak dan sombong atau berniaga dan membayar zakat sebagai pelaburan kita di akhirat.


5-Haiwan ternakan.Haiwan ternakan juga adalah satu pelaburan yang boleh membawa kejayaan di dunia.Kita hanya perlu bermula dengan sepasang haiwan ternakan sahaja.Dengan berkat dari Allah dan ilmu kita tentang ternakan, ternakan ini akan bertambah sehingga di luar kemampuan kita untuk menjaganya.Pelaburan dalam bidang penternakan juga memerlukan kita membayar zakat.Terpulang kepada kita juga mahu hanyut menjaga ternakan sampai tak solat atau menggunakan ternakan kita untuk bersedekah dan membuat amal jariah.


6-Sawah.Ada juga tafsir yang mengatakan ladang dan kebun.Seperti yang kita tahu mempunyai sawah, ladang dan kebun juga adalah satu bentuk pelaburan yang boleh membawa kejayaan kepada kita.Hasil dari pertanian ini juga memerlukan kita membayar zakat.Terpulanglah kepda kita untuk membawa tanah yang kita ada kepada mendekati Allah atau menjauhkan kita dari Allah.

Kesimpulannya, mereka yang ingin berjaya di dunia perlu melibatkan diri dengan 6 perkara yang Allah telah firmankan kepada umat Islam sebagai panduan ini.Allah telah menjamin bahawa memiliki 6 perkara ini akan membawa kesenangan hidup di dunia.Tetapi Allah juga memberi peringatan kepada kita bahawa kita perlu membayar zakat dan menggunakan 6 perkara ini untuk kebaikkan dan membuat amal jariah melaluinya.

Saya ingin juga membawa sahabat semua berfikir tentang ayat ini yang membawa 2 maksud kepada kita iaitu positif dan negatif. Terpulang kepada sahabat semua nak pakai maksud yang negatif atau yang positif. Untuk mereka yang memahami ayat ini secara negatif, mereka akan mengsyorkan kepada kita supaya menjauhi 6 perkara ini kerana 6 perkara ini hanyalah kesenangan hidup di dunia yang mempedayakan.

6:32

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan gurau senda. Sedangkan akhirat itu, sesungguhnya lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

29:64

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan kehidupan dunia ini hanyalah gurau senda dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, jika mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)
 47:36

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan ujian. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)

Berdasarkan 3 ayat Al-Quran di atas, saya mendapati ada para ilmuan Islam sekarang yang menolak dunia dan hanya menumpukan usaha ke arah kehidupan akhirat. Mungkin dari ayat-ayat ini juga kita diajar supaya lebih cintakan akhirat dari dunia kerana hidup di dunia hanyalah permainan, ujian dan senda-gurau. Dengan itu juga ramai yang beranggapan Islam mengajak umatnya supaya mundur dan hidup dalam kemiskinan kerana cintakan akhirat lebih baik dari cintakan dunia.Saya tidak pasti kenapa boleh bertumbuhnya pemikiran yang sebegini sedangkan pada zaman Rasulullah dan sahabat Islam berkembang dengan membawa syiar Islam dan kepesatan ilmu dan teknologi.Betapa ramainya ilmuan Islam yang terkenal dapat dilahirkan melalui pemahaman mereka yang mendalam dalam pengajian Al-Quran.Mereka bukan sahaja ilmuan dalam bidang agama malah ilmuan besar dalam bidang keduniaan seperti matematik,kedoktoran,fizik,astrologi dan sebagainya.Walau bagaimanapun, mari kita berfikir

Sebenarnya ayat ini ditujukan kepada siapa? 
Siapakah yang terlalu asyik dengan dunia sehingga lupa kepada akhirat?

Pada pendapat saya, ayat ini ditujukan kepada mereka yang masih juga tidak mahu memeluk agama Islam dan mereka yang lalai dengan keduniaan.Saya pasti ayat ini tidak ditujukan kepada seorang Islam yang kaya raya yang memiliki 6 perkara di atas dan masih tunduk patuh kepada perintah Ilahi.Saya mengajak sahabat semua untuk menjadi seorang yang kaya di dunia supaya kita boleh gunakan kekayaan kita untuk menegakkan syiar Islam tetapi jika sahabat semua menjadi kaya dan semakin engkar dengan perintah Allah sesungguhnya azab Allah amatlah pedih untuk golongan yang sebegini.

Wassalam.

Tuesday, 17 December 2013

Rumah Sewaku Adalah Mesin ATM Ku

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting pada kali ini saya akan menceritakan tentang aset saya yang kedua iaitu sebuah rumah yang masih lagi dalam proses untuk mendapatkan kunci.

Ceritanya bermula apabila Aziran menasihatkan saya supaya membeli rumah kos rendah sebelum pihak syarikat menaikkan gaji saya kerana selepas pertukaran pemerintahan daripada PAS kepada BN berkemungkinan CEO yang akan dilantik untuk mengantikan CEO lama akan cuba mengambil hati semua staf dengan menaikkan gaji (sebenarnya sampai sekarang masih belum berganti dan sampai sekarang jugak gaji belum naik.Huhu).

Ini adalah syarat-syarat untuk memiliki sebuah rumah kos rendah
  1. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM2500.Gaji saya memang tidak lebih dari RM2500 dan isteri saya pula tidak bekerja.Hanya suri rumah sepenuh masa pada masa tu.(sekarang dia terlibat dengan perniagaan online dan pasar malam).
  2. Tidak pernah memiliki rumah lagi. Maknanya rumah kos rendah yang kita nak beli ni adalah rumah pertama kita.
  3. Berumur 18 tahun ke atas dan rakyat Malaysia.
  4. Mereka yang bujang juga boleh membeli rumah kos rendah jika 3 syarat di atas dipatuhi kerana adik saya juga boleh membelinya.Rumah kami selang sebuah saja.Dok dekat-dekat senang sikit nak tengok-tengok rumah masing-masing.
  5. Paling penting kena berdaftar dengan wisma negeri.Wisma negeri akan menghantar surat kepada kita yang mengatakan kita layak untuk beli rumah kos rendah ini.
Saya tidak peduli apa yang orang lain kata berkenaan keputusan saya untuk membeli rumah kos rendah.Walaupun jawatan saya termasuk dalam golongan professional tetapi gaji saya sangatlah tidak professional sehingga saya layak untuk membeli rumah kos rendah. Jangan salahkan saya kerana menutup peluang orang lain yang mempunyai gaji yang lebih kecil tetapi salahkan lah syarikat saya yang memberi gaji yang tak setimpal dengan jawatan saya.

Kalau dah gaji kecil kenapa saya tak berenti dari syarikat ni? Saya bekerja di sini kerana saya suka dengan apa yang saya buat.Saya suka bekerja bila bangun pagi sahaja, saya tidak tahu apa benda atau masalah apa yang akan saya hadapi hari itu. Saya tidak suke kerja yang rutin. Di sini saya adalah salesman, tukang buat quotation,planner, purchaser, project manager, manager (pasal kadang-kadang kena bagi arahan kat staf & kadang-kadang bagi nasihat kat bos.hehe) dan yang paling bestnya saya juga adalah kuli iaitu kena jadi runner untuk delivery, hantar cek, dan hantar part untuk process finishing macam anodize, blackening and Electro Nickel (EN). Kadang-kadang saya juga turun tolong production gosok deburr, assembly dan jalan mesin konventional.Saya suka bekerja di mana saya boleh menganggap seperti saya running business sendiri dan ini adalah latihan yang cukup bermakna untuk saya apabila saya betul-betul menjalankan business sendiri nanti. Pendek kata, di syarikat ini saya berlatih untuk menjadi seorang tauke dan sebenarnya ada 2 3 orang staf sini yang dah pun menjadi tauke.Di sini saya adalah tauke dan saya juga adalah kuli.

Saya bercadang untuk membeli rumah kos rendah dan disewakan kerana saya rasakan modal saya tak cukup untuk menampung perbelanjaan tanah saya selepas saya menanam pokok sawit.Saya perlukan modal pusingan hasil daripada kutipan rumah sewa untuk saya gunakan membeli pokok, baja, racun dan kos penyelenggaraan kebun kelapa sawit saya.Modal yang ada kat saya juga hanya cukup-cukup sahaja untuk membayar 10% untuk membeli sebiji rumah.

Bermulalah usaha saya mencari dalam mudah.com, rumah-rumah kos rendah yang boleh memberikan positif cashflow kepada saya. Agak lama juga saya mencari selama lebih kurang 2 bulan. Hari-hari tengok kot-kot ada yang jual murah. Kebanyakkannya yang iklan adalah rumah kos rendah yang dah uzur atau agen yang cuba mengambil komisyen dengan mengiklankan rumah yang hendak dilelong. Pencarian saya berakhir apabila saya terlihat satu iklan yang mengatakan rumah kos rendah ini adalah rumah baru tetapi tidak laku sejak 2006 lagi. Rumah telah siap tahun 2006 tetapi orang tak beli kerana tempat tu pada masa 2006 hanya ada kawasan perumahan tu ja. Kemudahan yang lain adalah jauh dari bandar. Jika dinilai dari harga semasa harganya adalah RM50k.Tetapi pemaju telah melantik satu syarikat untuk menjual rumah tu dengan harga RM35k. Peluang di depan mata. Mana nak dapat rumah kos rendah baru dengan harga RM35k saja. Saya terus telefon nombor yang tertera dan tanya pasal rumah ni.Malangnya nasib saya 50 unit telah habis ditempah.Tetapi nama saya termasuk dalam list menunggu kot-kot ada pembeli yang loannya tak lepas.

Lepas 2 bulan menunggu dan setiap minggu call Ms Maly update pasal rumah tu akhirnya penantian saya berhasil. Ada 5 orang yang loannya tak lepas. Kebanyakkan kes loan tak lepas pasal hutang kad kredit atau commitment bulanan tinggi sangat. (buat loan untuk ASB adalah commitment bulanan dan termasuk dalam CCRIS.Ramai yang tak lepas loan beli rumah pasal ada loan ASB. Jadi hati-hati apabila meminjam dan kaji dahulu pro & cont sebelum membuat pinjaman ASB). Saya pun terus canang kat kawan-kawan kat syarikat saya dan kebanyakkannya tak lepas syarat. Yang lepas syarat tak beli pun rumah ni. Saya juga memberitahu adik saya dan dia juga membelinya. Saya terus bagi deposit RM500 untuk booking rumah tu.

Saya akan menceritakan secara detail cara-cara untuk membeli rumah dan proses-prosesnya pada posting yang akan datang. Dalam posting ini saya hanya mahu memberitahu sahabat semua macam mana kita nak buat pasif income melalui menyewa rumah kita. Rumah kos rendah ini yang bagusnya adalah bersebelahan dengan satu universiti swasta yang terkenal. Ada 10 unit kat taman ini yang dah pun disewa oleh universiti untuk dijadikan asmara pelajar. Eh asrama pelajar. Jadi peluang saya untuk menyewakan rumah ini kepada student amatlah cerah. Sekarang ini mereka menyewa di tempat yang agak jauh dari universiti. Tambahan pula kawasan ini belum lagi tepu dengan pembangunan. Apabila hotel, kedai makan dan kemudahan lain telah membangun di sini, rumah ini juga akan meningkat nilainya seiring dengan pembangunan yang lain. 

Saya bercadang untuk menyewakan dengan perabot yang lengkap dan memasukkan 5 orang pelajar perempuan sahaja di dalam rumah ini. Adik saya juga akan menyewakan rumahnya dan sayalah yang akan memantau rumahnya kerana dia bekerja di Perak. Yang bestnya saya hanya perlu membayar kepada bank RM179 sahaja tetapi kutipan sewa yang akan saya dapat adalah RM500 iaitu satu kepala RM100. Duit untuk bayar kepada bank juga tidak menggunakan gaji saya kerana saya akan membuat permohonan pengeluaran akaun no 2 setiap bulan untuk membayar rumah saya. So, pada bulan Februari 2014, maka secara automatiknya saya telah menaikkan gaji saya sendiri sebanyak RM500. Pasif income sebanyak RM500 setiap bulan ini lah yang akan saya gunakan sebagai modal pusingan untuk perniagaan isteri saya dan kos penyelenggaraan kebun kelapa sawit saya.

Saya tidak mengharapkan sahabat semua meniru apa yang saya lakukan tetapi saya nasihatkan sahabat semua buatlah apa yang sahabat semua minat kerana kita takkan boleh belajar dengan cepat jika kita buat sesuatu tanpa minat. Jangan pandang kepada berapa banyak duit yang akan kita dapat tetapi pandanglah kepuasan apabila benda yang kita buat kerana minat itu menjadi. 

Sebagai permulaan saya memberi tugasan kepada sahabat semua untuk mencari 100 buah rumah lain-lain tempat berdekatan dengan tempat tinggal sahabat (1jam perjalanan) semua yang memberikan kadar sewanya lebih tinggi dari nilai semasa rumah tersebut. Cuba tanya mereka yang tinggal di kawasan perumahan tu berapa sewa depa kena bayar kat tuan rumah. Contohnya

Kadar sewa bulanan : RM400
Nilai rumah             : RM400 x 12 bulan x 30 tahun / 2
                              : RM 72, 000

Jika nilai rumah yang kita nak beli kemudian disewakan itu kurang dari RM 72,000 maka bolehlah kita beli kerana kadar sewa akan menghasilkan positif income kepada kita. Jangan kita membeli rumah yang kita perlu membayar lebih kepada bank berbanding kutipan sewa. Negatif cashflow amatlah buruk untuk kehidupan kita. Dari 100 buah rumah pilihlah rumah yang memberikan ROI (Return of Investment) yang paling tinggi.Contoh rumah saya

Kadar sewa bulanan    : RM500 (jika sewa kat student)
                                : RM300 (jika sewa kat keluarga)
Nilai rumah                : RM500 x 12 bulan x 30 tahun / 2
                                : RM90,000
                                : RM300 x 12 bulan x 30 tahun / 2
                                : RM54,000
Nilai semasa             : RM 50, 000
Nilai Jualan               : RM 35,000 (saya telah membeli rumah 30% lebih murah dari harga pasaran)
Kadar bayaran         : RM 35,000 x 2 / (12 bulan x 30 tahun)
kepada bank            : RM 194 (ini adalah pengiraan kasar. saya menganggap kita perlu bayar 2 kali ganda                                      nilai kita beli apabila cukup tempoh bayaran kepada bank)

ROI utk student         : (RM 500 - RM194) / RM 500  x 100%
                                 : 61.2 %  
ROI utk keluarga       : (RM 300 - RM194) / RM 300  x 100%
                                 : 35.3%
              
Terpulang kepada sahabat semua berapa ROI yang menjadi paras minimum untuk sesuatu investment. Kadang-kadang ada juga yang hanya menpunyai ROI 10% sahaja tetapi dia tetap beli rumah tu. Selagi rumah tu boleh menjana positif cashflow kepada kita tak salah pun untuk kita memilikinya. Robert Kiyosaki sendiri juga hanya mempunyai positif cashflow sebanyak USD 50 sahaja untuk apartment pertama yang dia beli. Jangan kita membeli rumah seperti contoh di bawah.

Contoh

Kadar sewa             : RM 200
Bayar kat bank        : RM 310

ROI                        : (RM200-RM310) / RM310 x 100%
                               : -35.5%  (amatlah teruk jika kita buat bisnes macam ni.mana ada orang mau rugi                                                            berniaga kan.Kadar kos lebih tinggi dari kadar pulangan)  

Wassalam.

Sunday, 8 December 2013

Cara-Cara Untuk Beli Tanah

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini, saya akan menceritakan kepada sahabat semua berkenaan proses yang perlu kita lalui untuk membeli tanah.Sebenarnya proses untuk membeli tanah tidaklah serumit yang sahabat semua sangkakan terutama yang melibatkan jualan tunai atau cash.Malah ia lebih mudah berbanding nak beli rumah kerana tidak melibatkan lawyer.Nak beli tanah secara cash tak perlu pun pakai lawyer.

Prosesnya adalah seperti berikut:

1. Tuan tanah dan pembeli pergi ke pejabat tanah.Pejabat tanah ni kalau nak beli tanah kat dalam Kedah pi ja mana-mana pejabat tanah yang ada kat Kedah.

2. Guna khidmat penulis surat berlesen yg ada di pejabat tanah. Mereka yang akan mengisi maklumat dalam borang pindahmilik (Borang 14A) kos dalam RM 20 saja.Kalau nak isi sendiri pun boleh.Selalunya tuan tanah yang akan tolong isikan.

3. Selepas itu, pembeli dan penjual naik ke pejabat tanah untuk urusan penyaksian jual beli tanah tersebut. ( dalam urusan ini, Pegawai Tanah itu, akan bertanya tuan tanah adakah tuan tanah telah terima semua wang daripada pembeli, Jika tuan tanah jawap ya, pegawai akan minta tuan tanah cop jari pada borang tersebut.  Selepas itu, Pegawai minta pembeli pula cop jari pada borang tersebut)  Selepas itu, sempurnalah urusan penyaksian jual beli tersebut.Kalau boleh sediakan bank draf untuk ganti bawak wang tunai.Yela nak beli tanah ni berpuluh ribu.Takkan la nak bawak cash.Cek tak digalakkan kerana takut-takut nanti dapat cek tendang.Masa depan pegawai Tanah dia tanya tuan tanah setuju tak nak jual dengan harga yang tertulis dalam borang.Bila tuan tanah kata setuju dia tanya saya pula setuju tak nak beli dengan harga yang tertulis dalam borang.saya pun jawabla setuju.Kemudian barulah kami tandatangan dan cop jari.Dia pun cop la cop rasmi kat borang tu.
4. Selepas urusan ini, Pembeli mesti menyerahkan kesemua jumlah bayaran. dan selesailah tanggungjawab tuan tanah.Pembeli akan dapat geran, pelan ukur yang mesti kena ada sekali dengan geran, borang 14A, dan resit pembayaran cukai tanah.Minta tuan tanah settlekan dulu cukai tanah yang tertunggak sebelum kita beli.Kalau tak settle kita pula yang kena settle pasal kalau tak bayar cukai tak boleh buat pindah milik nama.Paling penting kena copy geran sekali dengan pelan tanah, borang 14A, untuk urusan di pejabat LHDN.
5. Seterusnya, pembeli perlu pergi ke pejabat Duti Stem (di Pejabat LHDN) untuk menghantar permohonan taksiran Duti Stem. Biasanya nilai 1% daripada harga jualan. Saya dulu kena tunggu dalam 2 minggu.KIta akan dapat satu nombor unik yang kan dicop kat salinan borang 14A tu.Pastu bila cukup 2 minggu kita telefon la pejabat LHDN tanya siap ke tak lagi borang kita.Pastu dia nak check borang kita dia akan tanya no unik yang dia bagi tu la.Saya kena bayar RMXXX. Bila kena bayar sebanyak tu barulah saya tau yang nilai tanah saya adalah 22% lebih mahal dari harga saya beli. Saya telah membuat keuntungan sebanyak 22% dengan membeli tanah ni.
6. Selepas dalam tempoh 2 minggu bila dapat surat taksiran Duti stem itu, telah keluar. Datanglah buat bayaran. Mereka akan bagi resit. Kemudian bawa Borang 14A + Gran Asal + Resit Duti Stem itu ke Pejabat tanah Daerah.Macam kes saya, saya ke Pejabat Daerah Pendang.
7. Di Pejabat Tanah Pendang ini,  Selepas bayar wang pendaftaran gran dalam lingkungan RM 50. Selepas tu, tunggu dalam masa 2 minggu keluarlah gran baru atas nama saya.
Proses ini tak perlu guna lawyer. Tapi kalau nak guna pun boleh, Depa akan cas dalam lingkungan RM 1500 saja.

Jadi, tamatlah proses untuk membeli tanah dan menukarkan nama kita di Pejabat Tanah.Senang ja kan.Membeli memang la senang.Cuma tang kena bayar cash tu jela.Huhu.Saya harapkan sahabat semua yang dalam perancangan nak beli tanah mendapat pencerahan yang cukup dengan apa yang telah saya terangkan ni.

Wassalam

Tuesday, 26 November 2013

Tanah Tua Sebagai Aset Pertama

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada posting kali ini, saya akan bercerita tentang pengalaman saya menyelamatkan diri dari beban kewangan dan mengumpul aset yang pertama (sebenarnya sekarang masih lagi liabiliti).

Setelah membaca buku-buku Robert Kiyosaki, Adam Khoo, Pakdi dan melayari laman web bicara jutawan or carigold, satu letusan minda telah berlaku dalam diri saya. Segala mitos yang selama ini ditanam dalam kepala saya pasal orang kaya dan cara-cara nak jadi kaya adalah dongeng semata-mata. Nasihat orang tua-tua yang suruh saya belajar tinggi-tinggi sampai menara gading supaya saya boleh hidup senang tak boleh pakai sama sekali dalam zaman ini.Saya takkan boleh jadi kaya dengan menjaja ijazah saya untuk kerja makan gaji seperti sekarang. Saya perlu keluar dari minda makan gaji kepada minda seorang usahawan, pelabur dan tauke. Sebenarnya pada zaman sekolah dulu saya sangat-sangat impikan sebuah superbike dalam hidup saya. Superbike adalah motivasi yang paling kuat dalam hidup saya untuk saya belajar rajin-rajin, dapat kerja yang bagus, gaji yang tinggi dan mampu memiliki superbike. Tetapi sekarang saya sedar, saya takkan boleh memiliki superbike dengan makan gaji. Mungkin saya mampu untuk bayar hutang tiap-tiap bulan tapi belum tentu lagi saya boleh tanggung kos maintenance dan roadtax.



Saya telah sedar pasal pendidikan kewangan pada bulan Jun 2012 dan saya menunggu peluang yang sesuai untuk saya bertindak menyelamatkan diri. Pada bulan November 2012 telah tiba peluang saya apabila saya diberitahu yang MBSB ada menawarkan personal loan kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Memandangkan syarikat saya bekerja adalah syarikat bawah kerajaan negeri iaitu PKNK, staff syarikat saya layak untuk buat loan dengan MBSB dengan syarat pemotongan gaji dan gaji lebih dari RM1500. Jadi saya layak untuk apply loan ni dan pada bulan 4 2013 barulah duit loan RM50,000 telah masuk ke dalam akaun saya. Fuhh rambang mata jadinya.Mula la saya dok terbayang Kawasaki ER6f yang saya dok idam tu.Tapi nasiblah saya dah pun celik pasal pendidikan kewangan pada masa tu dan tak turut nafsu untuk beli superbike. JIka saya beli superbike rasanya hanya 2 minggu ja kawan-kawan dan adik-beradik akan bercerita. Lepas tu 20 tahun saya kena tanggung untuk bayar loan tu sampai abis. Rasanya kalau tak celik pendidikan kewangan sekarang ni dah parking dah ER6f kat rumah.


Langkah pertama saya adalah saya bayar loan RHB saya yang hanya tinggal RM6k saja untuk settle. Bila saya bayar loan RHB yang saya kena bayar RM500 tu tiap-tiap bulan sebenarnya saya telah mengurangkan beban kewangan saya sebanyak RM50 sebulan. Saya perlu bayar kepada MBSB RM450 sebulan. Jadi, beban kewangan saya hanya berkurang RM50, tapi saya mempunyai cash RM44k dalam tangan. Dengan RM44k tu la saya mulakan langkah saya dengan pencarian tanah. Hari-hari saya buka mudah.com cari kot-kot ada tanah murah kat Pendang. Selama 2 hingga 3 bulan juga saya tunggu untuk dapatkan tanah yang lebih murah dari harga pasaran. Sila ikut nasihat di bawah

"Pelabur yang bijak membuat untung apabila membeli, bukan dengan menjual"

Masa saya telah tiba apabila saya terlihat ada satu tanah di Pendang yang luasnya 2 ekar nak dijual dengan harga RM40k. Saya terus contact tanya tanah kat mana, bukit ke tak, saliran dan sebagainya. Menurut penjual yang saya panggil cikgu, dah ramai dah yang dok datang tengok tanah ni tapi semua tak mau beli pasal depa nak tanah getah. Tanah ni tak sesuai tanam getah pasal berair sikit. Lepas tu saya terus diam selama sebulan dok cari lagi kot-kot ada lagi tanah lain yang lebih murah. RM40k untuk 2 ekar masih tinggi harganya. Memang saya ada RM44k tapi membeli pada hartanah yang pertama kita lihat adalah tidak digalakkan sama sekali. Saya pun terus tengok ada tanah lot nak dijual kat kg badlishah Serdang dengan harga RM25k. Saya dah pun pi tengok tanah ni dan saya rasa tak berbaloi nak beli tanah lot. Antara keburukan tanah lot adalah

1-Nama masuk dalam geran berangkai. Kita susah nak cagar kepada bank untuk dapatkan cash.
2-Susah juga untuk kita jual. Kena cari semua penama tanda tangan dalam surat jual beli.
3-Pembelian hanya melibatkan surat lawyer maknanya geran tu kita tak pegang. Selalunya kalau dalam tanah lot tu ada 6 tuan, geran akan ada pada tuan tanah yang lebih tua.
4-Bila nak buat rumah perlukan modal lagi.
5-Tanah lot ni kecik saja. Dalam 4000 kaki persegi or 40kaki x 100kaki. Nak tanam apa pun tak sesuai.Hanya sesuai untuk buat rumah.
6-Kita hanya boleh beli tanah lot jika kita dah ada duit untuk buat rumah dan mahu tinggal di situ untuk hari tua.
7-Nasihat supaya membeli tanah lot untuk pelaburan adalah satu nasihat yang kejam kerana kita membeli tanah pada harga yang mahal. Beli tanah lot kira kaki dik ooooiiii.

Contoh:   tanah 2 ekar=87120 feet2=87120/4000=21 lot dik oiiii

Jadi jika saya beli tanah 2 ekar dengan harga RM40k saya boleh jual katakan RM25k satu lot. Saya akan dapat RM525k dik oii. Sebab tu menjual tanah lot adalah salah satu bidang yang saya dok tengah study. Untung untuk penjual tapi rugi untuk pembeli. Pada masa tu saya lihat diri saya sebagai pembeli. Sebab tu saya tulis keburukan membeli tanah lot. Jika saya lihat diri saya sebagai penjual barulah saya akan tulis tentang kebaikkan menjual tanah lot. Hehe.

Lepas tak jadi beli tanah lot saya pun contact balik cikgu dan cuba nego pasal harga. Dia letak RMxxk untuk 2 ekar. Saya pun cakap nak pi tengok tanah dulu. Dia pun bagilah contact sorang org kg di situ iaitu bang Chan. Bila pi rumah bang Chan nak tengok tanah rupanya adik beradik. Tanah ni tanah yang rata, cuma dia terletak di bawah sikit dari tanah yang lain. Ada satu kolam yang mulanya dikorek untuk siram pokok tapi mata air pulak yang naik. Jadi memang tak bijak kalau nak kambus kolam tu. Tapi yang bestnya ikan darat punya lah banyak. Cakap ja nak ikan apa; keli, haruan,kaloi, puyu dan tak payah nak bagi makan pun ikan ni semua pasal ada anak ikan semeras. Last deal akhirnya saya berjaya membeli dengan harga RMxxk iaitu 22% lebih murah dari harga pasaran. So tercapailah hajat saya untuk beli tanah yang lebih murah dari harga pasaran, ada kolam ikan pulak untuk saya mancing (hehe),dekat dengan adik beradik yang boleh tengok tanah saya dan boleh saya gunakan tanah ni untuk tanam kelapa sawit. Sebenarnya kelapa sawit memerlukan tanah yang berair untuk hidup subur. Jika kita tanam dalam kawasan paya lagi bagus. Orang tanam kat bukit ambil buah sebulan sekali tapi orang tanam kat kawasan paya kena ambik buah 2 kali sebulan. Kalu biar lama sikit abis relai buah dari tandan pasal sawit ni banyak hisap air.

Sekarang tanah ni menjadi liabiliti kepada saya kerana masih belum ditanam dengan sawit. Hanya telah diratakan dan digunakan untuk saya memancing ikan darat sahaja. Ia akan terus menjadi liabiliti saya sampai la saya mendapat hasil sawit yang pertama. Sebagai pelabur pula saya melihat potensi tanah ini untuk bernilai RM90k dalam 4 tahun yang akan datang apabila mempunyai tanaman sawit dan kolam ikan.. Walau bagaimanapun sila ikut nasihat di bawah


"Pelabur yang bijak tidak mengharapkan capital gain untuk asetnya tetapi mendapatkan passive income dari asetnya"

Sila ikuti posting saya yang akan datang untuk pengalaman saya mendapatkan aset yang kedua (sebenarnya masih lagi dalam proses untuk dapatkan kunci rumah).Saya juga perlukan sahabat semua untuk komen pada setiap posting saya sebagai maklum balas untuk kita share ilmu.

Saya juga akan menulis tentang pengalaman saya berurusan dengan pejabat tanah, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebagainya untuk membeli tanah ni sebagai panduan pada posting yang akan datang.


Wassalam