Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts

Friday, 13 December 2013

Ulasan Buku: Built To Sell (Bina Untuk Jual) oleh John Warrillow

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini saya akan mengulas tentang buku Built To Sell yang dikarang oleh John Marrillow.Secara umumnya, buku ini ditulis untuk membantu kita membina satu perniagaan dan kemudiannya apabila kita mahu menumpukan masa kita untuk bersara, kita boleh menjual bisnes kita dengan harga yang tinggi.Buku ini dikarang seperti saya membaca novel sahaja. Ia memaparkan tentang kehidupan sebenar seorang tauke (Alex) yang pening kepala melayan karenah pelanggan, pekerja dan menguruskan kewangan syarikat. Kemudian Alex berjumpa dengan Ted untuk meminta nasihat daripadanya.Alex bercadang untuk menjual syarikatnya setelah dia rasa yang dia sudah tidak dapat lagi mengawal keupayaan syarikatnya untuk bersaing dengan pesaing yang lain.Antara nasihat Ted adalah


Bagaimana untuk membina bisnes yang boleh beroperasi tanpa kita?

1-Mengasingkan produk atau servis yang mempunyai potensi yang boleh diukur.
  • sistem yang senang untuk pekerja/pelanggan ikut
  • produk bernilai di mata pelanggan
  • produk yang memerlukan pelangan membeli berulang kali
2-Membina syarikat yang mempunyai positif cashflow
3-Mengupah pasukan yang berpotensi untuk membuat jualan
4-Berhenti daripada menjual segalanya yang boleh dijual
5-Melancarkan insentif plan untuk jangka masa panjang kepada pengurus
6-Mencari broker yang bagus
7-Memberitahu pihak pengurusan tentang hasrat kita untuk menjual syarikat
8-Memilih tawaran yang datang dengan melakukan jualan secara lelong untuk mendapatkan harga jualan syarikat yang paling tinggi.

Nasihat daripada Ted untuk membina syarikat

  1. Don't generalize, be specialize. Kalau kita fokus pada satu bidang dan mengupah tenaga pakar yang arif tentang bidang tu, kualiti kerja kita akan bertambah dan kita dapat bersaing dengan pesaing kita.
  2. Terlalu bergantung kepada satu pelanggan sahaja amatlah berisiko kerana boleh menutup peluang untuk pelanggan lain yang berpotensi. Pastikan tiada pelanggan yang menyumbang lebih dari 15% wang perolehan (revenue) syarikat.
  3. Memiliki sistem membuatkan kita lebih yakin dan mudah untuk mengawalnya.Kita mesti faham apa yang kita jual dan pelanggan akan lebih suka nak membeli dari kita.
  4. Jangan biarkan syarikat kita terlalu bergantung kepada kita. Jika pembeli melihat syarikat kita tidak boleh beroperasi tanpa kita mereka akan meletakkan harga yang rendah.
  5. Elakkan daripada negatif cashflow. Bila kita dah seragamkan servis kita, kita boleh meminta pelanggan kita membayar dahulu wang pendahuluan sebelum menggunakan servis kita.Ini akan menjana positif cashflow kepada syarikat.
  6. Jangan takut untuk berkata tidak kepada sesuatu projek.Buktikan kita serius untuk specialis dengan menolak kerja yang bukan dalam bidang specialis kita.Lebih banyak kita berkata tidak lebih banyak kita akan berjumpa dengan pelanggan yang betul-betul memerlukan khidmat kita.
  7. Ambil satu masa untuk menilai berapa ramai pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk kita.
  8. Dua orang jurujual adalah lebih bagus daripada seorang kerana selalunya mereka akan berlumba-lumba untuk melakukan jualan.Seorang jurujual hanya akan berpuas hati dengan kerjanya dan tiada saingan.
  9. Mengupah pekerja yang bagus untuk menjual produk, bukannya servis. Mereka akan lebih bagus untuk mencari bagaimana produk kita boleh memenuhi kehendak pelanggan berbanding mengubah produk kita supaya mengikut citarasa pelanggan.
  10. Pedulikan tentang untung dan rugi jika kita mahu membuat perubahan kepada syarikat . Selagi ada positif cashflow, kita takkan ambil masa yang lama untuk cover balik kerugian.
  11. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk memastikan syarikat kita bergerak seperti yang dirancang sebelum membuat keputusan untuk menjualnya.
  12. Membina pasukan pengurusan dan menyediakan isentif jangka masa panjang di atas kesetiaan dan kemajuan individu
  13. Mencari penasihat atau individu yang boleh menceritakan tentang syarikat kita secara details.
  14. Elakkan penasihat yang hanya menceritakan tentang syarikat kita kepada satu pelanggan sahaja.
  15. Berfikiran besar.Tulis 3 tahun perancangan bisnes yang boleh melonjakkan syarikat ini tanpa kehadiran kita.
  16. Jual lah syarikat kita kepada pelanggan dengan harga yang paling tinggi.


Sebenarnya, Robert Kiyosaki juga menasihatkan kita supaya mempunyai syarikat yang tidak memerlukan kehadiran kita sebagai tauke untuk beroperasi. Saya sendiri masih lagi tergolong dalam kuadran S- self employeed. Bisnes saya akan mati tanpa kehadiran saya di pasar malam. Insya-Allah.Pelan-pelan kayuh kerana saya memang mempunyai perancangan untuk mempunyai kedai dan pekerja sendiri.Sistem bar kod dan cctv diperlukan untuk mengawal pekerja supaya jujur dalam transaksi tunai. Walau apapun, jika kita mengupah pekerja yang tidak tinggal solat dan mempunyai pendidikan agama yang bagus, Allah adalah sebaik-baik pengawas alam semesta berbanding CCTV.

Wassalam



Wednesday, 11 December 2013

Ulasan Buku: WTF (Wa Tak Faham) oleh Faizul Ridzuan

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini saya akan mengulas tentang bagaimana Faizul boleh mengumpul 23 hartanah dan mempunyai nilai asset sebanyak 5 juta sebelum berumur 30 tahun.

Dari penelitian saya, mereka yang berjaya adalah mereka yang melalui kehidupan yang sukar di dunia sebelum berjaya. Kehidupan yang sukar ini membuatkan kita lebih kreatif untuk berusaha keluar dari kepayahan hidup. Bagi mereka yang sudah rasa selesa dengan hidup mereka, mereka lebih suka memilih untuk menjalani hidup yang rutin sepanjang hayat.Faizul juga adalah golongan yang sederhana sahaja, dia bukannya datang dari keluarga orang kaya, tidak mempunyai PHD pun. Yang ada hanyalah Ijazah dalam Software Engineering,tidak mempunyai modal untuk membeli asset yang pertama, dan bukannya mereka yang arif tentang selok belok dalam dunia hartanah. Jika Faizul boleh berjaya, masakan kita juga tidak boleh mengikut jejak beliau.




Motivasi Faizul sebagai pekerja makan gaji untuk berjaya

  1. Mendapatkan pendapatan tambahan melalui duit sewa.Daripada dok asyik tunggu bos naikkan pangkat atau gaji baik kita naikkan sendiri gaji kita dengan duit sewa rumah.
  2. Mencapai status Financial Freedom dan tidak mempunyai rasa takut kehilangan kerja
  3. Bersara lebih awal dan mempunyai pendapatan tetap yang lumayan selepas bersara
  4. Menyediakan pendidikan yang bagus untuk anak-anaknya.

Apakah motivasi kita untuk Berjaya?

Faizul memerlukan RM30 000 sebagai modal downpament untuk apartment pertama yang dia nak beli.Dia mempunyai pilihan untuk menyimpan duit gaji sendiri setiap bulan,meminjam dari ibu ayah,pinjam dari Ah Long dan pinjam dari girlfriend.Tapi Faizul tak guna semua cara tu kerana lambat dan menyusahkan. Peluangnya timbul apabila kawannya memerlukan kad kredit untuk membeli computer secara online. Kawannya ada cash tapi tak ada kad kredit. Dengan menggunakan kad kredit Faizul, kawannya dapat beli computer secara online dan Faizul pula dapat cash. Pada masa tersebut, bank menawarkan tak perlu bayar hutang kat kredit selama 12 bulan. Jadi dia mula la kumpul kad kredit sampai 8 dan dengan kad kredit tu dia berjaya dapatkan RM 32 ribu dalam masa 5 bulan sahaja.

Impak Kad Kredit (Sila gunakan kad kredit jika anda faham risiko di bawah)

  1. Tersenarai dalam CCRIS
  2. Menjejaskan keupayaan untuk meminjam
  3. Bayar kadar faedah yang tinggi kepada bank

Formula 100:10:1
100:  lihat minimum 100 hartanah
10  :  buat tawaran maxnimum 10 hartanah saja
1    :  beli hanya 1

Tips hartanah

  1. Hanya membeli hartanah di bawah nilai pasaran
  2. Hanya membeli hartanah yang menawarkan positif cashflow
  3. Jangan runding pembelian hartanah melalui telefon
  4. Jangan dilihat terdesak nak beli hartanah tu
  5. Cuba dapatkan hartanah yang menawarkan zero down payment
  6. Pastikan mendapat peguam yang boleh menguruskan pembelian hartanah dengan cepat

Proses Flow menyewakan hartanah

  1. Membaik pulih hartanah yang dibeli dengan mengecat dan repair apa yang patut.
  2. Mencari penyewa yang berpotensi seperti student, golongan kelas menengah atau bangsa asing yang bekerja kontrak
  3. Kaji siapa penyewa dan kemudahan yang ada dekat dengan hartanah kita
  4. Menyewa pada mereka yang mampu membayar sewa secara konsisten.

Bagaimana untuk bermula dengan konsep SMART

S- Specific (Matlamat yang specific)
M-Measurable (Matlamat yang boleh diukur)
A-Attainable (Matlamat yang mampu dicapai)
R-Relevant (Matlamat yang masuk akal)
T-Time-Bound (Mempunyai jangka masa yang perlu dipatuhi)

Check list sebelum bermula

  1. Memahami keupayaan kredit kita
  2. Memahami risiko pelaburan kita
  3. Memahami dan memilih hartanah yang sesuai

Konsep TEAM (Together Everyone Achive More)

  1. Penyerang - Pencari peluang yang sesuai dengan objektif pelaburan
  2. Pegawai Bank – Individu yang memastikan kita berjaya mendapat pinjaman
  3. Peguam – Peguam yang bagus akan menolong kita menyelesaikan masalah tentang hartanah kita
  4. Kontraktor- Individu yang bertanggungjawab untuk melakukan pengubahsuaian hartanah kita untuk memenuhi permintaan semasa.
  5. Pengurus hartanah – Individu yang boleh menguruskan hartanah kita jika kita mempunyai terlalu banyak hartanah yang perlu dijaga
  6. Tukang repair – Kita memerlukan tukang repair yang tetap untuk membaik-pulih semua hartanah kita
  7. Agen hartanah – Individu yang boleh menolong menjual atau menyewa hartanah kita.

Wassalam.

Friday, 22 November 2013

Ulasan Buku: Rich Dad Poor Dad by Robert Kiyosaki

Assalamulaikum sahabat semua,

Pada posting kali ini saya akan mengulas tentang buku Robert yang terkenal iaitu Rich Dad Poor Dad. Bagi saya buku ini diceritakan dengan begitu santai tanpa ada istilah kewangan dan ekonomi yang berat. Jalan penceritaannya membuatkan saya membaca buku ini seperti membaca novel sahaja. Saya hanya menghabiskan 1 hari sahaja untuk membacanya dalam bahasa Inggeris. Sahabat semua boleh mendapatkan buku ini di kedai buku popular dan sekarang sudah diterjemahkan kepada bahasa Malaysia.Di Kulim saya tengok kedai buku Hasani dalam bangunan Kulim Landmark or Giant pun ada jual buku ni.Saya mendapat buku ini dari Aziran secara free. hehe.

Robert memulakan kisah tentang kejayaannya menjadi kaya dengan berkongsi pengalamannya sewaktu kecil. Poor Dad atau ayah kandung Robert adalah seorang guru sekolah dan akhirnya berjaya menjadi pengarah pendidikan. Dia seorang yang sangat terpelajar dan dihormati masyarakat dalam sistem pendidikan di Hawaii. Ayah kandungnya selalu menasihati Robert supaya

" Belajar bersungguh-sungguh, dapatkan gred yang baik, kemudian cari pekerjaan yang bagus untuk dapatkan gaji yang tinggi"

-mm.macam pernah dengar nasihat yang macam ni tapi dimana ya-

Walaupun Robert menghormati nasihat ayah kandungnya tetapi dari apa yang dia lihat dalam kehidupan mereka sekeluarga seharian nasihat yang diberikan amat tidak tepat. Ayahnya perlu berjimat cermat dan hanya membeli apabila ada YES (Year End Sale) sahaja untuk berjimat. Pendidikan tinggi ayahnya tidak menjamin mereka sekeluarga hidup dengan bahagia. Ayah dan ibunya selalu bertengkar apabila melibatkan soal kewangan.

Dalam masa yang sama, dia ada seorang kawan yang bernama Mike. Ayah Mike atau Rich Dad pada masa itu adalah seorang pelabur hartanah yang berjaya. Terdapat ramai manager, accountant, lawyer yang berurusan dengan ayah angkatnya setiap hari.Ayah angkatnya telah menasihatinya supaya


" Belajar bersungguh-sungguh, mulakan perniagaan, kumpul aset dan biarkan aset itu bekerja keras untuk memberi kita wang. Jangan kita bekerja keras untuk mendapatkan wang, tetapi biarlah wang kita bekerja keras untuk kita"


Pertembungan antara nasihat dari Poor Dad dengan Rich Dad ini lah yang membuka minda Robert untuk membuat penilaian nasihat siapa yang boleh dia terima pakai. Dia akhirnya memilih untuk mendengar nasihat Rich Dad.Satu lagi nasihat yang sangat berguna dari Rich Dad adalah

" Aset adalah sesuatu yang memasukkan duit dalam poket kita dan liabiliti adalah sesuatu yang menarik duit keluar dari poket kita"

Ini adalah satu istilah yang banyak membuka mata saya pasal aset. Contoh, orang kita faham bila kita beli rumah sendiri, rumah itu adalah aset kita. Tetapi sebenarnya rumah yang kita beli itu adalah liabiliti kerana rumah kita tidak memberi duit setiap bulan kepada kita. Ia akan menarik duit keluar dari poket kita setiap bulan apabila kita membayar duit kepada bank. Rumah yang menjadi aset adalah rumah yang kita beli kemudian kita sewakan.Contohnya, jika kita beli rumah kos rendah dan tiap-tiap bulan kita kena bayar kat bank RM200 sebulan. Bila kita sewakan kepada orang dengan RM300 sebulan, RM100 adalah positif cash flow yang menjadikan rumah kita tu aset. 

Lagi contoh yang saya boleh bagi jika saya kena bayar kepada Celcom untuk portable Wifi sebanyak RM68 dan saya gunakan internet untuk main games, layan facebook dan sebagainya yang korang sendiri pun tau boleh membuang masa, internet yang saya kena bayar ni adalah liabiliti. Tetapi jika saya gunakan internet ini untuk promosi barang perniagaan, mendapatkan ilmu pasal hartanah, membaca forum hartanah, dan berjaya mendapat sebanyak RM200 hasil daripada barangan yang saya jual, internet yang saya gunakan adalah aset saya kerana memberi positif income kepada saya.

Sekarang sahabat semua cuba faham betul-betul istilah aset dan liabiliti dan cuba senaraikan berapa banyak aset yang memberi duit masuk dalam poket sahabat semua dan berapa banyak liabiliti yang menarik duit keluar dari poket sahabat semua.

Contoh

Aset
1-rumah-jika disewakan
2-kereta-jika digunakan untuk berniaga pasar malam
3-komputer/internet-jika digunakan untuk perniagaan online

Liabiliti
1-rumah-jika kita sendiri yang tinggal di dalamnya
2-kereta-jika kita guna untuk melancong,jalan-jalan.
3-internet-jika buang masa layari web yang tidak berfaedah

Saya tahu terlalu ramai sahabat saya di luar yang tak pernah perasan tentang hal aset dan liabiliti.Jika sahabat semua memberi perhatian kepada aset dan liabiliti, sahabat juga akan termasuk dalam golongan mereka yang celik ilmu kewangan dan berpotensi luas untuk menjadi kaya.

Dalam buku ini, Robert memberitahu saya bahawa nak jadi kaya cukup senang. Semudah baca ABC saja.Apa yang kita perlu buat  adalah main monopoly or saidina dalam kehidupan sebenar kita. Jika kita bermain monopoly, kita kena beli tanah dulu. Jika ada pemain yang singgah kat tapak kita mereka kena bayar sewa. Dah ada tanah kita buat rumah warna biru atas tanah tu.Jika ada pemain singgah kat rumah kita depa juga kena bayar sewa. Lepas tu kita kumpul kat tanah tu sampai 4 biji rumah. Pendapatan sewa juga akan bertambah dengan pertambahan rumah. Lepas ada 4 biji rumah barulah kita boleh tukar dengan 1 hotel berwarna merah tu.Jadi simple. Nak jadi kaya praktikkan apa yang kita main melalui monopoly dalam kehidupan kita seharian.Simple tak sahabat semua? Peraturannya memang simple tetapi sahabat semua telah melengkapkan diri sahabat ka dengan ilmu hartanah. Sahabat semua tahu ka apa erti cash flow, flipping, dan sebagainya. Saya syorkan sahabat semua menimba ilmu untuk menjadi kaya di laman web dibawah


Saya juga mengesyorkan sahabat semua bermain permainan online Cashflow 101 yang telah direka oleh Robert sebagai stimulasi kehidupan kita seharian dalam menguruskan kewangan kita.Basic permainan ini simple sahaja, cuba keluar dari rat race dengan tambah passive income untuk menyertai pelaburan orang kaya dalam fast track.Jika kita berjaya keluar dari rat race dan masuk ke dalam fast track kita akan dapat income yang bernilai jutaan ringgit dengan mudah.Link game tu adalah dibawah dan kita kena daftar dulu sebelum dapat main secara percuma.Game ini hanyalah satu permainan untuk stimulasi tetapi ia hanya tinggal keseronokkan bermain game jika sahabat semua tak aplikasikan dalam kehidupan sebenar.

1-http://www.richdad.com/classic

Selamat menyertai saya dalam memajukan diri untuk menjadi kaya di dunia dan di akhirat.Bila kita sudah kaya jangan lupa bayar zakat, tolong orang susah, bersedekah dan buat amal kebajikan.

"Duit ibarat seperti pisau.Jika ia berada dalam tangan seorang chef akan terciptalah satu resepi yang boleh mengharukan peminat makanan. Tapi jika ia berada pada tangan pembunuh maka ramailah orang akan terbunuh dengan pisau tadi. Hati-hati dengan penggunaan duit"

Wassalam.