Showing posts with label Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Fotografi. Show all posts

Monday, 17 February 2020

Pengalaman pertama menjadi jurufoto perkahwinan atau wedding photographer

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ni aku nak share pengalaman aku jadi jurufoto perkahwinan adik ipar aku yang baru saja berakhir pada 15/2/2019 yang lalu.Seperti yang sahabat semua maklum, bidang fotografi ni hanyalah salah satu hobi yang aku minat dan cebur.Jadi dalam benak aku tak terlintas la nak jadi wedding photographer ni tambah-tambah kelengkapan yang aku guna masih lagi bertaraf amatur.Dengan Nikon D3100 bersama lens Yongnuo 50mm f/1.8 itu sahajalah alat yang aku ada tanpa speedlight dan wide angle lens.Bila ramai yang nak ambik gambar terpaksa guna smartphone saja pasal tak muat dengan potrait lens ni.Huhu.

Rupa-rupanya letih jugak no jadi jurufoto perkahwinan ni.Dan benda yang paling aku takut adalah bila orang harap kita ambil gambar dengan elok, kita spoilkan moment tu dengan gambar blur,hitam atau senget.Aku pulak dah ler tak berapa pandai lagi nak edit gambar, jadi setiap gambar yang aku ambil kena terus perfect pasal gambar yang akan aku bagi kepada pengantin adalah gambar yang raw tanpa sebarang edit.Mungkin selepas ni, bila aku dah pandai edit gambar,beli equipment dengan lengkap barulah aku berani nak ambil job sebagai wedding photographer ni.Buat masa sekarang aku tak ambik apa-apa bayaran pun untuk adik beradik yang nak aku jadi jurufoto depa.

Harga servis jurufoto pun boleh tahan jugak mahal.Bermula dari RM400 hinggalah ke RM2000 untuk yang belah utara ni la.Kalau jurufoto yang dah berpengalaman, rasanya mau atas dari RM10k.Jadi sebenarnya, bidang photography ni memang boleh buat duit untuk mereka yang bercita-cita nak jadikan ia sebagai kerjaya.Namun, ia perlukan kecekalan dan kesungguhan la pasal terlalu banyak teknikal dan teknik yang perlu dipelajari terutama cara mengedit foto supaya hasil yang keluar nanti boleh memukau mata yang melihatnya.Kat bawah ni aku share sikit la gambar yang aku tangkap.Kalau nak diikutkan semua ada 600 keping gambar yang aku pilih dari 900 keping.Maksudnya 300 keping lagi lingkup.Huhu.Sama ada kelam,blur atau tak menarik.

Masih banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki lagi.Semoga posting aku ini dapat membakar semangat anak-anak muda yang lain untuk menceburi seni photography dan menjadikan ia sebagai kerjaya.Aku juga suka dan mengalu-alukan komen dari professional photographer yang lalu kat blog aku ni.








Semoga dengan pengalaman pertama ini boleh membakar semangat aku untuk terus menceburi seni fotografi ini dan berjaya di masa hadapan.

Wassalam.

Thursday, 13 February 2020

Aktiviti mengambil gambar waktu malam di Mekar Sari, Bertam

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ni aku nak share salah satu aktiviti aku bersama anak-anak pada waktu malam iaitu mengambil gambar untuk night shooting photography.Amsyar dan Ammar ni suka saja ambil gambar waktu malam ni pasal lepas ambil gambar boleh terus pi makan kat kedai makan tomyam.Antara makanan kesukaan depa tentulah nasi goreng ayam.

Aku ada share kat post sebelum ni macam mana nak ambil gambar pada waktu malam.Yang pastinya gambar akan lebih cantik bila ambil menggunakan DSLR bersama potrait lens dengan nilai f/1.8 atau f/1.4.Nanti aku buat posting segala maksud atau pengetahuan teknikal berkenaan ilmu fotografi ni dengan lebih details pada masa hadapan.Sebenarnya banyak lagi ilmu fotografi yang perlu seorang beginner belajar seperti aperture,white balance,ISO,shutter speed,composition,posture dan banyak lagi la.Semua ilmu ni boleh didapati dengan mudah dalam bahasa Inggeris la.Jangan risau, lepas ni jurugambar yang tak paham bahasa Inggeris pun akan lebih mudah faham bila aku terangkan dalam bahasa melayu.

Gambar yang aku ambil ni kat Mekar Sari, Bertam.Mekar Sari ni dia adalah developer rumah kat kawasan ni.Jadi bila dia nak tarik orang beli rumah yang dia jual, dia buat lah function dan hias kawasan pejabat dia dengan lampu neon bertema.Kira kalau kat Shah Alam macam kat I-City la jugak.Cuma skala lebih kecil dan tempat lebih terhad la.Pastu adalah live band buat persembahan bersama dengan food truck.Aku pi bukan nak beli rumah atau makanan pun.Aku pi just nak ambil gambar dan nikmati live band sahaja.Hehe.Jadi kat bawah ni aku share lah serba sikit gambar yang aku tangkap pada malam tu.

Untuk pengetahuan korang semua, setiap gambar yang aku post adalah 100% datang dari camera aku Nikon D3100 bersama Yongnuo 50mm f/1.8 tanpa sebarang edit menggunakan apa-apa software kerana aku sendiri masih belum belajar macam mana nak edit gambar.Jadi aku sentiasa pastikan setiap gambar yang aku ambil adalah terbaik kerana aku tidak boleh edit dah gambar tu selepas tu.Jadi apa yang korang tengok semua gambar dalam blog ni semuanya adalah RAW punya gambar.Gambar yang asli tanpa sebarang editing menggunakan software.




















Untuk professional photographer, aku buka sahaja ruangan komen untuk hampa komen gambar aku ni pasal aku pun masih lagi seorang beginner.

Wassalam.



Wednesday, 12 February 2020

Cara-cara untuk tangkap gambar waktu malam dengan DSLR

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini aku nak share salah satu aktiviti malam yang aku suka lakukan dengan anak-anak aku Amsyar dan Ammar iaitu night photography atau keluar untuk tangkap gambar waktu malam.

Aku bernasib baik kerana di tempat tinggal aku ada banyak sahaja tempat yang sesuai atau cantik untuk tangkap gambar waktu malam ni seperti paling cantik sekali adalah di Desaku, MBI Kulim.Boleh jugak tangkap di Mekar Sari, Bertam yang suka buat tema night photography dengan memasang perbagai jenis lampu yang berwarna-warni.Tak kurang menarik jugak adalah deretan kedai makan Siam yang mempamerkan pelbagai warna lampu-lampu neon di hadapan kedai.Jadi untuk night shooting ni aku tak kesah sangat pun kat mana, janji ada masa untuk aku melayan model-model cilik aku dan menikmati hubungan kasih-sayang diantara abah dan anak-anaknya.Dah habis shooting bolehlah bawak depa pi makan kat kedai makan.

Gambar yang aku ambil hanya menggunakan DSLR Nikon D3100 bersama prime lens Yongnuo 50mm f/1.8.Untuk yang telah membaca berkenaan lens korang fahamlah yang f/1.8 adalah lens yang paling sesuai untuk ambil gambar waktu malam kerana bukaan blade adalah pada kadar yang maksimum.Namun ada lagi lens yang lebih mahal yang lens nya f/1.4.Jadi kita tengok dulu hasil f/1.8 ni macam mana.Untuk pengetahuan professional photographer, aku hanyalah amatur photographer yang shooting hanya untuk hobi dan korang akan nampak banyak lah kelemahan yang ada kat semua gambar yang aku ambil ni.Aku masih lagi dalam proses belajar jadi sila tinggalkan komen untuk menegur gambar-gambar yang aku ambil.

Untuk night photography ni, cahaya atau lighting adalah benda yang paling penting sekali.Tanpa lighting yang cukup dan sesuai dengan tempatnya akan buat gambar nampak buruk dan tidak hidup.Antara benda yang perlu kita tengok adalah

1-Cari latar belakang yang mempamerkan pelbagai cahaya dan warna.Gambar latar belakang yang blur atau bokeh dengan pelbagai warna ni akan nampak cantik pada waktu malam.

2-Nak tangkap gambar subjek ni ada pelbagai teknik la.Boleh saja kita guna cahaya dari sisi supaya hanya sebelah sahaja muka subjek yang nampak.Boleh saja kita ambil hitamkan terus seluruh badan subjek macam gambar yang ada kat hadapan blog aku ni.Itu adalah gambar Amsyar kat Mekar Sari, Bertam.Atau boleh sahaja cahaya datang dari depan untuk nampak keseluruhan muka subjek.

3-Jangan ambil gambar dengan on flash pasal kalau on flash akan buat subjek korang nampak burn atau terlebih cerah sehinggalah warna latar belakang yang berwarna-warni tu hanya akan jadi hitam sahaja.Jadi pastikan ambil semua gambar waktu malam ni hanya menggunakan cahaya yang natural seperti sumber cahaya dari kedai, lampu jalan atau bulan.

4-Gambar yang diambil dengan tripod adalah lebih baik dari gambar yang diambil tanpa tripod.Pasal gambar yang diambil waktu malam lebih mudah blur atau tak sharp.Jadi penggunaan tripod akan buat gambar tu lebih jelas dan tajam.

5-Gunakan manual fokus.Untuk lens Yongnuo 50mm ni ada sekali dengan auto focus.Sebenarnya saya ada masalah rabun dan silau sikit.Tapi degil tak mahu pakai cermin mata.Jadi saya tangkap la gambar ni dengan auto focus.Bila tangkap dengan auto focus banyak la pulak gambar yang tak cantik, blur dan tak tajam.Kalau tukar kepada manual focus pun sama pasal mata saya ni rabun.Jadi untuk jadi seorang jurugambar yang baik, mata mestilah berada dalam keadaan yang baik juga.Kalau rabun macam saya kena pakai cermin mata la tangkap gambar.

6-Setting kamera DSLR korang kat mode A iaitu Aperture Priority Auto untuk korang boleh adjust aperture camera korang.Aku letak aperture kat f1.8 supaya boleh ambil gambar walau cahaya kurang kat tempat tu.Pastu set ISO kepada 1600.Ini untuk bagi camera dapat tangkap sebanyak mungkin details cahaya dari latar belakang.Kalau letak ISO 100 memang kelam la gambar tu.

Ok.Setakat tu dulu secara asasnya cara-cara nak ambil gambar pada waktu malam dengan menggunakan DSLR.Semoga bermanfaat dan jangan lupa test hasil dia macam mana.Kat bawah ni saya kongsikan serba sikit antara gambar pertama saya tangkap untuk night photography ni.Jadi korang akan nampak masih banyak kelemahan yang ada kat gambar ni.

 Amsyar.Guna cahaya kedai dari depan

 Amsyar dan ammar.Guna cahaya kedai dari sisi

 depa punya gaya Ultraman saja depa tau.

 sumber cahaya dari lampu sebelah kiri tu

 Sini sumber cahaya lebih cerah.

 Sumber cahaya dari lampu jalan.Saja tangkap muka kurang jelas untuk pamerkan body language dari mimik muka.Namun sedikit senyuman Amsyar cukup untuk ceritakan kisah gambar ni.

 Sumber lampu jalan sebelah kanan.Lampu neon berwarna-warni sebelah belakang.

Latar belakang deretan kedai makan dan kali ni aku biarkan muka amsyar nampak dengan lebih jelas walaupun guna cahaya lampu jalan.

Berjumpa lagi untuk posting yang akan datang.

Wassalam.

Monday, 10 February 2020

Ambil gambar di Desaku MBI, Kulim

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ni aku nak share salah satu aktiviti aku bersama Zaidi adalah ke Desaku MBI untuk mengambil gambar malam kat sini.Sajalah kami ke sini waktu malam untuk makan-makan dan sambil-sambil tu bolehlah ambil gambar kat sini.Aku dah pun upgrade lens sewaktu mengambil gambar ni.Jadi semua gambar yang aku letak ni menggunakan Nikon D3100 sebagai body dan Yongnuo 50mm f/1.8 sebagai prime potrait lens.Aku beli lens ni dengan harga RM250 kat mudah.my.

Desaku MBI ni adalah salah satu spot paling menarik kat Kulim untuk night photography pasal kaya dengan lampu berwarna-warni.Banyak wedding photographer sekitar kawasan ni akan datang mengambil gambar pengantin di sini.Jadi kalau korang yang berada sekitar Kedah dan Penang bolehlah datang ke sini untuk bergambar.Tak kesahlah waktu siang atau malam kerana kalau waktu siang ada banyak sahaja arca yang dipamerkan kat sini.

Nak datang ke sini korang taip saja Desaku MBI dan kompom google map akan bawak korang sampai ke sini.Ok.Kita tengok hasil gambar yang sempat aku snap kat sini.Model aku dah tentulah Zaidi.Takkanlah aku yang nak kena jadi model kan.Haha
















Wassalam

Fotografi untuk beginner 4 - Kenali kamera DSLR masing-masing

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ni kita kan bincangkan lagi topik fotografi untuk beginner dan topik kita kali ni adalah mengenali kamera masing-masing.Dalam kalangan kita ada bermacam orang,ragam,style dan peralatan kamera yang kita gunakan.Ada juga yang menggunakan bermacam-macam jenis brand camera seperti Canon,Nikon atau Sony.Jadi orang yang lebih arif dengan camera masing-masing adalah diri anda sendiri.

Image result for nikon d3100

Apa yang nak kena buat.Contoh macam saya menggunakan Nikon D3100 sebuah camera lama yang saya beli secara second hand namun cukup senang untuk dipelajari dengan masa yang singkat kerana begitu user friendly.Perkara pertama sewaktu saya baru beli camera adalah dengan downloads camera manual dari internet.Boleh google sahaja nama camera anda punya user manual dan baca betul-betul dan fahamkan segala ilmu berkenaan kamera anda.Kat user manual ini akan diterangkan secara details cara-cara jaga camera, apa yang boleh dan tak boleh buat semasa menggunakan camera, segala maksud button dan function dia dan banyak lagilah ilmu berkenaan setting camera tu.Ambik masa dan hadam pelan-pelan user manual ni dan cuba bermain dengan camera tu sambil baca user manual.Kena hadam pelan-pelan pasal user manual tu dalam bahasa Inggeris.Huhu.Dah betul-betul faham barulah boleh beralih ke ilmu fotograpfi yang lain seperti komposisi,ISO,white balance,apperture dan sebagainya.Kalau nak user manual untuk Nikon D3100 boleh email kepada saya dan mintak.Saya akan balas dan hantar copynya dalam bentuk pdf kepada anda.Email saya ada kat page contact me.


Dah mula baca user manual, sahabat semua bolehlah bermain dengan camera tu.Tak kesahlah gambar tu buruk ka,kelabu ka,blur ka,senget ka sewaktu mencuba try bermacam-macam setting kat situ.Cara paling senang untuk belajar adalah ambik dulu gambar dengan fungsi auto kemudian tukar ke mode P,S,A,M mode.Tak perlu paham betul-betul lagi pun.Main sahaja dan tangkap secara suka-suka dulu.Sebab tu dari awal saya pesan kalau korang rasa susah nak mahirkan diri dengan DSLR dan hanya lebih senang guna smartphone camera jadi teruskan sahaja dengan smartphone.Mereka yang nak menggunakan DSLR ni adalah orang yang nak bawak atau cipta gambar yang berlainan dengan setting auto camera smartphone tu.Dalam bahasa mudahnya, jurufoto yang bagitau camera macam mana dia nak hasilkan dari gambar tu dan bukannya camera yang bagitau dia gambar tu macam mana kalau kita shot.

Perjalanan sahabat semua untuk fahami user manual boleh ambil masa yang agak lama bergantung kepada azam sahabat semua.Boleh ambil sampai 3 bulan macam saya atau lebih daripada tu kalau kurang pemahaman dalam bahasa Inggeris.Apa pun, sesuatu ilmu tu memang takde jalan untuk dapatkannya selain daripada jalan mujahadah atau jalan kepayahan.Mereka yang bergelar professional photographer juga mengambil masa yang cukup lama untuk memahirkan diri sebelum terkenal dan dihormati.Macam saya sendiri, ini adalah hobi dan hobi ini boleh sahaja dijadikan sumber pendapatan jika saya sudah confident untuk jadi wedding photographer. Setakat sekarang baru 2 orang yang menggunakan khidmat saya sebagai wedding photographer iaitu adik saya dan adik ipar saya.Tu pun secara percuma sahaja.

gambar anak saya amsyar di mekar sari, bertam

Ok.Saya tinggalkan sahabat semua dengan camera masing-masing dan user manual masing-masing.Bermainlah dengan camera masing-masing dan fahamilah setiap baris ayat dalam user manual.Jangan skip baca dan jangan skip praktis apa saja ilmu kat dalam tu.Sehingga berjumpa lagi untuk halaman yang akan datang.

Wassalam. 

Friday, 7 February 2020

Fotografi untuk beginner 3 - kelas fotografi murah sebelah Penang

Assalamualaikum sahabat semua,

Ok pada kali ni aku nak share tiada cara nak belajar dengan cepat segala teknik fotografi melainkan kita masuk kursus fotografi.Antara kursus yang murah belah Penang dan Alor Setar ni adalah kursus yang dikelolakan oleh satu camera store kat Tesco Seberang Jaya iaitu N4 Camera Store atau boleh tengok facebook dia N4 Phote Club.Jadi untuk memantapkan skill fotografi aku, aku pun join la kursus ni dari pagi sampai petang termasuk makan dan 2 orang model dengan bayaran hanya RM20.Murah kan.Lepas tu kita boleh pinjam camera makers yang anjurkan sesi fotografi ni.Contoh kalau hari tu Canon yang anjur boleh jek try camera Canon.Tapi masa aku pi yang anjur adalah Sony jadi depa bagi aku pinjam camera Sony mirrorless alpha 7R III dengan lens guna sigma 50mm f1.4.Aku hanya perlu bawak memory card saja untuk ambil gambar yang telah aku tangkap menggunakan kamera pinjam ni.Ni lah pertama kali aku pegang full frame.

Dalam kursus ini akan diajar pasal teknik,lighting,posture,cara nak pose,cara nak bekerja dengan model,cara nak guna prob dan setting yang cantik untuk potret.Antara kelebihan kamera Sony ni dia boleh auto focus kat mata subject dan boleh ejas kadar kecerahan dan kemalapan dengan pusing satu button screw sahaja.Bila pusing terus akan tunjuk kat display kita nak gambar tu kelam atau cerah.Benda yang takde kat Nikon D3100 aku.Maksudnya nak ejas tu ada kat Nikon D3100 tapi button special function yang macam tu tak ade.Aku nak tangkap pakai Nikon kena snap btol-betol kat mata baru tangkap.Tapi dengan Sony in auto.Dengan lens dari Sigma pulak korang tengok sendiri la hasil dia macam mana.Boleh la nak bandingkan dengan aku tangkap guna Nikon D3100 dengan kits lens.

Kat bawah ni aku share gambar dia.Sorry model Cina sure la tak pakai tudung.Aku pesan siap-siap.Kalau nak tengok dosa tanggung sendiri yek.Aku tak mau tanggung.Jenuh nak tanggung dosa kalau berjuta yang view gambar amoi ni tak tutup aurat melalui blog aku kan.Declare siap-siap ok.Jangan tuntut kat aku lepas aku mati.Aku kena letak watermark pasal hak cipta aku yang punya.kyu tu nama nick aku la.

Jadi kalau nak belajar atau pergi kursus fotografi dengan ada peluang shot model,siap boleh pinjam camera lagi dengan makanan disediakan boleh jek bayar RM 20 dan daftar kat N4 ni.





































Jadi sekarang hampa boleh nampak ada beza tak pakai smartphone tangkap gambar dengan hasil yang keluar dari full frame DSLR dengan lens yang memang khas digunakan untuk ambik potret.Ada beza banyak kan.Jadi kena simpan duit la dari sekarang untuk beli full frame DSLR ni.

Kita sambung kat halaman seterusnya.

https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2020/02/fotografi-untuk-beginner-4-kenali.html

Wassalam.