Assalamualaikum sahabat semua,
Pada kali ni kita kan bincangkan lagi topik fotografi untuk beginner dan topik kita kali ni adalah mengenali kamera masing-masing.Dalam kalangan kita ada bermacam orang,ragam,style dan peralatan kamera yang kita gunakan.Ada juga yang menggunakan bermacam-macam jenis brand camera seperti Canon,Nikon atau Sony.Jadi orang yang lebih arif dengan camera masing-masing adalah diri anda sendiri.
Apa yang nak kena buat.Contoh macam saya menggunakan Nikon D3100 sebuah camera lama yang saya beli secara second hand namun cukup senang untuk dipelajari dengan masa yang singkat kerana begitu user friendly.Perkara pertama sewaktu saya baru beli camera adalah dengan downloads camera manual dari internet.Boleh google sahaja nama camera anda punya user manual dan baca betul-betul dan fahamkan segala ilmu berkenaan kamera anda.Kat user manual ini akan diterangkan secara details cara-cara jaga camera, apa yang boleh dan tak boleh buat semasa menggunakan camera, segala maksud button dan function dia dan banyak lagilah ilmu berkenaan setting camera tu.Ambik masa dan hadam pelan-pelan user manual ni dan cuba bermain dengan camera tu sambil baca user manual.Kena hadam pelan-pelan pasal user manual tu dalam bahasa Inggeris.Huhu.Dah betul-betul faham barulah boleh beralih ke ilmu fotograpfi yang lain seperti komposisi,ISO,white balance,apperture dan sebagainya.Kalau nak user manual untuk Nikon D3100 boleh email kepada saya dan mintak.Saya akan balas dan hantar copynya dalam bentuk pdf kepada anda.Email saya ada kat page contact me.
Dah mula baca user manual, sahabat semua bolehlah bermain dengan camera tu.Tak kesahlah gambar tu buruk ka,kelabu ka,blur ka,senget ka sewaktu mencuba try bermacam-macam setting kat situ.Cara paling senang untuk belajar adalah ambik dulu gambar dengan fungsi auto kemudian tukar ke mode P,S,A,M mode.Tak perlu paham betul-betul lagi pun.Main sahaja dan tangkap secara suka-suka dulu.Sebab tu dari awal saya pesan kalau korang rasa susah nak mahirkan diri dengan DSLR dan hanya lebih senang guna smartphone camera jadi teruskan sahaja dengan smartphone.Mereka yang nak menggunakan DSLR ni adalah orang yang nak bawak atau cipta gambar yang berlainan dengan setting auto camera smartphone tu.Dalam bahasa mudahnya, jurufoto yang bagitau camera macam mana dia nak hasilkan dari gambar tu dan bukannya camera yang bagitau dia gambar tu macam mana kalau kita shot.
Perjalanan sahabat semua untuk fahami user manual boleh ambil masa yang agak lama bergantung kepada azam sahabat semua.Boleh ambil sampai 3 bulan macam saya atau lebih daripada tu kalau kurang pemahaman dalam bahasa Inggeris.Apa pun, sesuatu ilmu tu memang takde jalan untuk dapatkannya selain daripada jalan mujahadah atau jalan kepayahan.Mereka yang bergelar professional photographer juga mengambil masa yang cukup lama untuk memahirkan diri sebelum terkenal dan dihormati.Macam saya sendiri, ini adalah hobi dan hobi ini boleh sahaja dijadikan sumber pendapatan jika saya sudah confident untuk jadi wedding photographer. Setakat sekarang baru 2 orang yang menggunakan khidmat saya sebagai wedding photographer iaitu adik saya dan adik ipar saya.Tu pun secara percuma sahaja.
gambar anak saya amsyar di mekar sari, bertam
Ok.Saya tinggalkan sahabat semua dengan camera masing-masing dan user manual masing-masing.Bermainlah dengan camera masing-masing dan fahamilah setiap baris ayat dalam user manual.Jangan skip baca dan jangan skip praktis apa saja ilmu kat dalam tu.Sehingga berjumpa lagi untuk halaman yang akan datang.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment