Tuesday 10 October 2017

Oktoberfest


Hati nan sebal berkalung duri,
nescaya terdaya ku timpukkan amarah,
pada dikau yang begitu tulu,
mengundang walang di kalbu jelata...

Budaya sebelah kulon dijadikan raja,
Melayu geladak tanpa segan silu,
mengamit pemuda mencacau jiwa,
nampak karar namun gelodaknya terbungkang jua...

Air kencing syaitan kau agungkan,
demi kepuasan nafsu serakah,
walaupun hidupmu ditatang,
bak minyak yang penuh,
namun syukurmu makin menjauh...

ku sematkan puisi,
agar fikiran dikau tidak melantur,
merawang-rawang ke angkasa,
bukan sekadar halwa di mata,
tapi satu pesanan,
agar dikau tidak mamang,
dalam urusan politik negara...

Nukilan rasa,

Sang Sangkakala Rimba




Saturday 7 October 2017

Kepentingan Insurans Peribadi Dan Buku Derma Darah Bila Sakit

Asssalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua kejadian yang baru-baru ini berlaku terhadap diri saya.Baru-baru ini saya telah mendapat sakit pinggang yang agak teruk sehingga menganggu tugas harian saya sewaktu bekerja dan di rumah.

Sebelum tu saya ingin berkongsi yang saya pernah jatuh terlentang dari tangga setinggi dalam 12 kaki dan eksiden motor sebanyak 2 kali sebelum ni iaitu semasa berumur 16 tahun, 20 tahun dan 23 tahun.Sewaktu muda memang la tidak rasa sakit walaupun selepas kemalangan dan saya juga tidak membuat x-ray pada pinggang saya untuk mengetahui keadaannya dengan lebih teliti.Jadi sekarang ni barulah nak rasa sakit selepas umur dah 30 lebih.

Bila rasa sakit dan terpaksa ambil ubat tahan sakit dengan kerap jadi saya mengambil keputusan untuk check pinggang saya di pakar tulang, saraf dan sendi di seberang jaya yang ownernya nama Dr Anwar.Dr Anwar ni check pinggang saya dengan menggunakan ultrasound dan dia cakap disc pada L4,L5 dan L6 bengkak dan terkeluar sikit dari tempatnya.Tanpa berbincang dengan lebih lanjut saya terus diarahkan ke wad untuk menerima rawatan seterusnya.Nurse datang dan tanya saya sakit kat mana dan buat gerakan fisio untuk pastikan saya sakit kat mana.Pastu tetiba terus mai nak cucuk ubat bius kat tangan saya.Saya pun tanyalah ni nak wat rawatan apa sampai nak kena bius saya.Dan dia pun jawablah nak buat rawatan radiofrekunsi.Eh...tak bincang apa pun dengan saya, dan berapa kos rawatan tetiba terus nak buat rawatan.Ni nak mengubat ka nak ambil kesempatan.Bila saya tanya berapa kos rawatan terus dia suruh saya tanya kat kaunter depan.Bila saya tanya nurse kat depan jawab kos antara RM4000 ke RM5000.ok boleh tahan gak kos dia.Pastu saya tanya boleh tak guna kad insurans saya.Bila dia check kad insurans dan dia jawab boleh claim insurans tapi kena bayar dulu kat depa.Pastu saya cakap saya tak mau buat rawatan ni.

Nurse tu refer saya balik ke Dr Anwar dan dia terus cakap pasal apa tak bagitau ada kad insurans.Jadi dia nak refer saya ke amanjaya specialist untuk buat MRI dan rawatan radifrekunsi kat sana.Saya yang masih blur pasal rawatan radiofrekunsi dan nak cepat-cepat keluar dari klinik tu jadi cakap ok jela.Kena bayar juga la kos consultant dia RM114.Bila balik saya terus google pasal rawatan radiofrekunsi ni dan antara doktor yang naik namanya doktor Nizar.Search lagi dan ok barulah faham rawatan radiofrekunsi ni untuk mereka yang sakit kronik yang makan masa bertahun-tahun tapi tak sembuh.Kira hidup setiap hari bergantung pada pain killer dan klu tak makan pain killer rasa tak mahu hidup.Ok.saya rasa saya tak lah kronik sampai tahap tu.Dia akan masukkan jarum ke saraf yang sakit dan bagi renjatan elektrik kat saraf tu untuk bantutkan rasa sakit.Rawatan ni lebih kepada rawatan memutus rasa sakit tapi sebenarnya tidak menyembuhkan sakit pun.

Jadi saya call kawan saya doktor fadhil untuk tanya pendapat dia nak wat camna.dia bagi pendapat minta saya ke hospital kerajaan untuk dapatkan second opinion pasal sakit saya.Jadi saya pun ke wad kecemasan hospital seberang jaya untuk dapatkan temujanji dengan pakar orthopedik.Nak jumpa pakar tak boleh pi serbu macam tu saja.Kena ada surat rujukan dari klinik kerajaan atau klinik swasta.Klu surat dari klinik kerajaan free jela jumpa pakar.Klu dari klinik swasta kena bayar RM30

Bila tarikh nak jumpa pakar ortho sampai saya pun pi la hospital.Depa x ray pinggang dan bagitau pinggang saya memang ada masalah kat L4,L5 dan L6 tu dan depa hanya refer saya ke pakar fisioterapi sahaja pasal dia bagitau masalah saya lebih kepada mekanikal pain.Masa saja jatuh dan eksiden sebenarnya efek dia tak lah besar.yang bagi lagi mudarat adalah cara kerja saya yang lebih banyak duduk, naik motor atau drive lama-lama tanpa rehat dan berat badan saya yang obesiti ni yang bagi impak kat tulang belakang saya.Antara pantang yang saya kena ikut kalau nak sihat seperti sediakala ialah

1-Tidak boleh angkat beban melebihi 3 kg
2-Tidak boleh memandu,naik motor atau duduk secara berterusan lebih dari 90 minit tanpa melakukan senaman dan gerakan untuk merehatkan pinggang
3-Kena melakukan senaman regangan setiap hari
4-dan syarat yang paling kejam yang saya kena ikut adalah perlu menurunkan berat badan ke berat yang ideal.

Lagi satu saya nak kongsi betapa pentingnya insurans bila kita sakit.Kos rawatan radiofrekunsi di Amanjaya Specialist tu kalau saya setuju nak buat adalah antara RM10 ribu ke RM15 ribu.Memang mahal dan saya rasa kebanyakkan dari kita memang tak mampu nak bayar kos rawatan semahal tu melainkan dengan menggunakan insurans.Jadi kat bawah ni saya nak bagi tips kalau kita sakit.

1-Kena ada insurans bila kita sakit.Macam kes saya, company tempat saya kerja tolong bayarkan insurans sebagai benefit pekerja.Kalau sahabat semua mampu untuk membayar insurans jadi ambillah insurans tak kesah la dari syarikat mana pun.Kalau boleh biarlah yang islamik macam takaful.

2-Kalau tak mampu nak bayar insuran, sahabat kena pi kat hospital kerajaan untuk menerima rawatan.Kos rawatan kat hospital kerajaan memang lebih banyak murah la dari swasta.Tapi sebenarnya sahabat boleh ja terima rawatan free dari hospital kerajaan dengan menggunakan kad derma darah.Belakang kad derma darah tu ada kelebihan yang sahabat dapat bila berapa kali mender ma.

Macam kes saya sebelum ni, ada la 3 4 kali saya ke klinik gigi kerajaan untuk palam gigi.Memang saya ada menderma darah dan saya tak pernah pun menggunakan kelebihan kad tu di klinik atau hospital kerajaan.Yela takkan la nak bayar RM1 pun takde duit kan.Tapi sebenarnya saya salah.Kelebihan kad derma darah bukan sahaja tak perlu bayar walau satu sen pun tapi rupa-rupanya tarikh temujanji yang kita dapat akan lebih cepat.Macam sebelum ni nak tunggu palam gigi saja kena tunggu atas dari sebulan tapi bila saya guna kad derma darah temujanji terus diatur minggu depan saja.Jadi saya rasa ini sudah bagus.Mereka lebih mengutamakan penderma darah dari pesakit lain untuk mendapatkan rawatan.

Jadi sebagai kesimpulannya, kita wajib ada kad insuran dan kalau tak mampu nak bayar insuran kita kena menderma darah untuk dapatkan rawatan free kat hospital kerajaan.Yer.Menderma ni niat kenalah ikhlas menderma dan saya pun kalau boleh tak mau sakit.Tapi kalau ditakdirkan kita sakit, kos rawatan tu dapatlah ditanggung oleh kad insurans atau kad derma darah kita.Kurang-kurang bolehlah ringankan beban kita.Yela dah la sakit pastu sakit pulak nak bayar kos rawatan.


Wassalam.