Friday 21 February 2020

Asmara Cinta

Asmara cinta

Lukisan kota cintaku,
Terpalit warna keemasan,
Berus asmara terus menari,
Mengalun rentak irama pawana,
Ku sematkan pelangi ke dadanya,
Mengalirkan sinar kasihku,
Menerjah ke jendela kamar tidurnya…........

Bergentayang embun jantan pada tembok putih,
Masakan hilang ia dalam kedinginan,
Ada anjing menyalak bukit,
Teguh gunung tidurku pula runtuh,
Senyuman purnama membunuh ngantukku,
Ku sikat rambut kerdipan cahayamu,
Namunku tertawan dalam kubu sumpah,
Lebih baik pada renungan kejora,
Namun tak kunjung muncul,
Biarkan saja dingin memamah tulangku…...

Tertolehku pada sang suria,
Berikan daku sayap impian,
Agar dapatku terbang ke awangan,
Kan ku peluk pulau cendana,
Kan ku cium lautan kasturi,
Kan ku kunyah haruman syurga,
Bagi mewangikan sekeping hatimu,
Kernaku dipanahi asmara cinta……………

Nukilan rasa,

Sang Sangkakala Rimba

Monday 17 February 2020

Pengalaman bercuti ke Medan dan Danau Toba Indonesia secara backpackers 5

Assalamualaikum sahabat semua.

Kita sambung lagi cerita kat sini.Pagi-pagi lagi kami check out hotel dan terus untuk naik feri.Sampai kat parapat kami pun naik bas la dari Parapat ke Amplas.Dari Amplas pulak kami naik bas ke kota Medan.PAstu kami pun tinggallah satu hostel backpacker ni nama Dazhong Backpackers Hostel.Owner dia Cina dan fasih cakap Melayu & English.Bila sembang dengan dia, dia la yang syorkan aku ke Padang kalau nak tengok budaya dan makanan yang sedap.Tengok, Cina Indonesia ni lain daripada Cina Malaysia.Cina Indonesia jatidiri cintakan negara ni sama macam Cina Kelantan.Cina yang lain kat Malaysia ni bahasa Melayu pun belum tentu fasih lagi tambah la nak cakap loghat tempatan walaupun dari baby lahir kat Malaysia.Pastu kat Kota Medan ni kami pusing-pusing ke istana Maimoon saja.Tempat lain tak sempat pun nak pi pasal masa tak cukup.Huhu.Jadi aku kongsi lah serba sikit gambar tempat yang kami pi sekitar Medan ni.MUngkin lepas ni aku akan ke sini lagi untuk repeat tempat-tempat lain di Medan dan Brastagi pulak.Insyaallah kalau ada rezeki.Lupa nak bagitau harga bilik 30k satu kepala.

 Bersama pemilik Dazhong Backpackers Hostel

 Soto paling sedap aku makan.Lupa dah nama kedai ni.Huhu

 Jalan di kota Medan

 Mercu tanda Medan kat taman permainan dan aktiviti sukan kat sini

 kat taman ada air untuk burung merpati minum

 dalam istana maimoon

 lampu dalam istana maimoon

 Bakso kot kalau tak silap.Pun sedap jugak

 istana maimoon
  istana maimoon

  senjata dalam istana maimoon
  merasa sat jadi raja kat istana maimoon

 
 singgahsana kat istana maimoon
  pintu masuk kat istana maimoon

  dari depan istana maimoon

  pintu gerbang istana maimoon

 taman permainan

tugu kat tengah jalan

Kami bermalam kat sini untuk semalam.Jadi lengkaplah percutian kami ke Medan dan Danau Toba selama 4 hari 3 malam.Semoga selepas ni ada rezeki lagi untuk ke Brastagi dan tempat-tempat menarik lain kat Medan ni.Kami ke Airport menggunakan bas jugak.Semua perbelanjaan aku termasuk duit flight habis RM700.

Wassalam.

Pengalaman bercuti ke Medan dan Danau Toba Indonesia secara backpackers 4

Assalamualaikum sahabat semua.

Kita sambung lagi cerita kat Danau Toba untuk hari ke dua.Bangun pagi saja kami terus sarapan kat hotel.Ada disediakan sarapan kat sini.Lupa la pulak nak snap gambar tapi standard makan pagi kat hotel la.Ada nasi goreng dan fresh oren.Pastu roti bakar dan sebagainya.

Lepas sahaja sarapan kami pun jalan-jalan sekitar tu untuk cari motorsikal untuk disewa.Harga motosikal sewa kat sana 24 jam adalah 100k rupiah.Jadi kami pun sewa la untuk sehari pasal esok pagi dah nak keluar dari Danau Toba dah.Jadi 1 hari ni dari pagi sampai petang kami pusing la tempat-tempat yang menarik yang ada kat Danau Toba ni.


 Makanan tengah hari kami lobster Danau Toba.Benda wajib try kat sini.Harga 1kg 100k rupiah sahaja.Murah la.Isi dia pun sedap dan sedikit kenyal.Yela.Lobster liar yang nelayan sini tangkap.Ni masak goreng garam dengan mentega.Nak masak lain pun ok ja.

 Sup ayam

 dari atas bukit

 Kedai makan kalau tak silap.Tak masuk pasal nampak macam mahal

 Pemandangan tasik Danau Toba

 Tasik dari atas bukit

 Deretan kedai

 Bumbung hotel yang terkenal kat sini

 Dari atas bukit

 Rumah moden dan tradisional bersatu

 Dari puncak bukit

 Anak orang asli kaum Batak.Kat sini kalau hari Ahad depa akan pakai dan make up lawa-lawa untuk ke gereja.Boleh dikatakan satu kampung akan keluar ke gereja

 Rumah kaum batak

Sawah bendang 

 Yang putih kat bukit tu tempat air mandi air panas

 Sawah bendang kat sini depa letak jaring supaya burung tak mai makan padi

 Padi kat sini ada yang masak ada yang masih menghijau

 Naik motorsikal pakai helmet orang dah tahu bukan orang asli sini

 Ni gereja bukannya masjid yek.Satu pulau ni hanya ada 1 saja surau kecil

 Aku suka dengan pemandangan ni.Tengok dengan mata sendiri lagi lawa

 Ambil gambar dengan rumah kaun Batak

 Deretan rumah kaum Batak

 Keadaan dalam rumah depa

 Ni kat muzium kaum Batak ready untuk tengok tarian Si Gale-gale

 Lagi deretan rumah kaum Batak

 Pintu gerbang untuk masuk ke perkampungan kaum Batak

 Fadhil dengan rumah Bataknya

 Kat sinilah tempatnya kalau nak tengok rumah Batak dan tengok Tarian Si gale-gale

 Kubur kaum Batak.Agama Kristian campur dengan budaya setempat

 Tugu jala udean ni

 Lagi gambar sawah, tasik danau toba, gunung dan tempat keluar air panas

 Nak mandi air hangat boleh mai sini tapi kami tak mandi la pasal tengah hari.Orang mai mandi waktu malam sahaja

 kolam air hangat

 pintu gerbang masuk ke kolam air hangat Danau Toba

 Tarian si gale-gale tengah dipersembahkan.Aku pun tak ingat dah tiket masuk berapa.

 Acara pilih lobster sendiri dari akuarium

 Lobster Danau Toba yang murah dan sedap

 Ada macam-macam saiz jadi boleh pilih sendiri

 tarian si gale-gale

 Kalau dulu kerbau tu akan disembelih sebagai korban.Tapi sekarang ni simbolik saja.

 Tarian ni macam ada sedikit unsur pemujaan.Ni masa sebelum kaum Batak beragama Kristian.Sekarang ni depa persembahkan sebagai ingatan asal usul depa sahaja

 Kat sini sahaja ada kalau nak beli cenderahati bawak balik.Awas.Depa suka main harga.Mula kedai sebelah jual mahal,pastu peniaga kedai sebelah jual murah sikit, dan peniaga kedai sebelah tawar lagi murah.Last aku beli kat ketiga-tiga kedai.Depa jugak pandai pujuk rayu dan minta simpati.Kalau nak beli mintak kurang 1/3 dari harga asal.Kalau tak dapat terus belah.Nanti kompom akan dipanggil dan dijual dengan harga tu.

lagi gambar aku naik motor dengan Fadhil

Habislah aktiviti untuk hari kedua malam pertama kat sini.Balik hotel pastu makan dan tidur.Kita sambung ke halaman seterusnya pulak.

https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2020/02/pengalaman-bercuti-ke-medan-dan-danau_67.html