Saturday, 8 February 2020

Pengalaman berjalan-jalan di tempat menarik sekitar Alor Setar,Kedah 4

Assalamualaikum sahabat semua,

Kita sambung cerita untuk hari yang kedua iaitu hari Ahad.Pagi-pagi lagi awal subuh anak-anak dah bangun ajak mandi kolam.Aku pun cakaplah sabarlah dulu kita sarapan dulu.Dalam hotel memang ada ja aku beli roti Gardenia dan air.Sebab tulah depa tak kesah sangat bab sarapan ni.Rasa lapar ja ngap roti.Huhu.

Kat hotel ni pagi-pagi ada pekan nut atau pasar pagi.Bukan pekan nut tu jual nut yek.Kat pasar pagi aku pi jalan kaki dekat ja depan pintu hotel ni.Pi la beli pekasam ikan sepat RM10 dalam 6 ekor saiz 2 jari.Pastu aku jumpa petai belalang beli la 5 papan RM4 dan ada aku jumpa satu ulam yang tak pernah makan iaitu ulam pucuk makwan.Dia sekali tengok macam pokok hiasan la pulak.Huhu.Bila tanya makcik tu cakap dia berangin.Jadi aku beli la 1 ikat RM1.Last sekali benda rare yang payah dah aku nak jumpa adalah jeruk maman.Jeruk ni dia guna sejenis pokok maman yang slalu ada kat tali air atau sawah.Buat jeruk makan memang sedaplah bagi orang Kedah.Bagi orang negeri lain kena try dulu la sedap ke tak.Dia kena makan dengan nasi panas,ulam dan cabai baru masuk.

Dah beli semua aku suruh anak ready untuk mandi kolam.Meloncat la depa.Salin baju dan ambik pas kat kaunter depan.Kalau takde pas kena bayar RM7 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak.Pasal aku guest hotel jadi free la untuk 2 orang.Dah camtu depa jela yang mandi.Aku tolong tengok jela pasal 2 orang saja boleh terjun.Rasa malas la pulak nak bayar RM7 lagipun kalau aku mandi sapa nak tengok anak-anak kan.Bini aku malas nak tengok depa.Dia nak rehat ja dalam bilik.Yela.Tengah membawak budak.Jadi biar jela dia rehat.

Dah puas mandi dan lompat sana sini naik gelongsor aku pun suruh anak naik bersiap untuk pi muzium padi dan pusat sains negara cawangan utara.Hari ni 2 tempat ni ja nak cover.Dah semua siap kami pun pi la muzium padi dulu.Kat sinilah boleh ajar anak-anak susah payah petani nak hasilkan beras untuk kita makan.Kena cerita la kat depa bagi paham supaya makan tak membazir.

Mula-mula sampai tangkap gambar kat luar dulu pastu baru masuk dalam.Ada macam-macam jenis beras kat dunia dan ada la alat-alat lama buat bendang dulu-dulu macam anok,kuku kambing,lesung tangan dan kaki,tampi, dan macam-macam lagilah.Kat Kedah ni la benda wajib hampa pi untuk kenal asal usul bangsa Melayu yang dah berkurun hidup di Tanah Melayu ni dengan bersawah bendang.Sapa yang cakap Melayu ni pemalas dan mati kelaparan kalau takde bangsa lain kat Malaysia tu kena pi semak sejarah balik la.

Kat muzium padi ada kena naik tangga untuk tengok pemandangan mural sekitar kawasan tu.Akan ada platform bergerak pusing keliling untuk layan mural tu sambil tangkap gambar.Boleh minta staf situ tangkap gambar dengan bayaran 1 keping RM10.Jadi aku satu family pun snap lah untuk kenangan pasal banyak gambar family dalam softcopy sahaja.Ntah bila nak print boh dalam album pun xtau.Ka orang sekarang ni jenih tak print gambar dah.Huhu.Muzium padi nak masuk kena bayar yek.

Dah melawat muzium padi dekat gunung keriang ni kami pun ke pusat sains pulak.Kat sini punya lah seronok anak-anak main kat situ sekali dengan aku laki bini.Sampai tak terasa masa habis 2 jam main kat situ dan lupa nak snap gambar banyak-banyak.Punyalah larit.Kat sini masuk kena bayaran gak tapi lagi murah dari muzium padi la.

Oklah.hampa layan la pulak gambar kat bawah.





















Ok.Kemudian dah lapar kami pun pi la makan kat pekan rabu kat kedai makan Pak Man.Aku dok makan nasi campur kat kedai Pak Man pekan rabu ni sejak dari aku kecil lagi.Banyak kenangan aku dengan kedai makan Pak Man ni.Pernah makan dengan arwah abah dan mak.Makanan terakhir aku bersama arwah mak jugak adalah kat kedai ni.Aku doakan supaya Pak Man sihat dan sentiasa mampu untuk buka kedai dan sambung segala kenangan aku kat kedai dia ni.

Lepas tu takde apa lagi dah nak cerita.Balik hotel kemudian tidur dan esoknya pagi-pagi lagi check out pada hari Isnin dan balik ke Penang.Semoga coretan ini memberi manfaat pada semua.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment