Assalamualaikum sahabat semua.
Pada kali ni aku nak share salah satu aktiviti aku bersama anak-anak pada waktu malam iaitu mengambil gambar untuk night shooting photography.Amsyar dan Ammar ni suka saja ambil gambar waktu malam ni pasal lepas ambil gambar boleh terus pi makan kat kedai makan tomyam.Antara makanan kesukaan depa tentulah nasi goreng ayam.
Aku ada share kat post sebelum ni macam mana nak ambil gambar pada waktu malam.Yang pastinya gambar akan lebih cantik bila ambil menggunakan DSLR bersama potrait lens dengan nilai f/1.8 atau f/1.4.Nanti aku buat posting segala maksud atau pengetahuan teknikal berkenaan ilmu fotografi ni dengan lebih details pada masa hadapan.Sebenarnya banyak lagi ilmu fotografi yang perlu seorang beginner belajar seperti aperture,white balance,ISO,shutter speed,composition,posture dan banyak lagi la.Semua ilmu ni boleh didapati dengan mudah dalam bahasa Inggeris la.Jangan risau, lepas ni jurugambar yang tak paham bahasa Inggeris pun akan lebih mudah faham bila aku terangkan dalam bahasa melayu.
Gambar yang aku ambil ni kat Mekar Sari, Bertam.Mekar Sari ni dia adalah developer rumah kat kawasan ni.Jadi bila dia nak tarik orang beli rumah yang dia jual, dia buat lah function dan hias kawasan pejabat dia dengan lampu neon bertema.Kira kalau kat Shah Alam macam kat I-City la jugak.Cuma skala lebih kecil dan tempat lebih terhad la.Pastu adalah live band buat persembahan bersama dengan food truck.Aku pi bukan nak beli rumah atau makanan pun.Aku pi just nak ambil gambar dan nikmati live band sahaja.Hehe.Jadi kat bawah ni aku share lah serba sikit gambar yang aku tangkap pada malam tu.
Untuk pengetahuan korang semua, setiap gambar yang aku post adalah 100% datang dari camera aku Nikon D3100 bersama Yongnuo 50mm f/1.8 tanpa sebarang edit menggunakan apa-apa software kerana aku sendiri masih belum belajar macam mana nak edit gambar.Jadi aku sentiasa pastikan setiap gambar yang aku ambil adalah terbaik kerana aku tidak boleh edit dah gambar tu selepas tu.Jadi apa yang korang tengok semua gambar dalam blog ni semuanya adalah RAW punya gambar.Gambar yang asli tanpa sebarang editing menggunakan software.
Untuk professional photographer, aku buka sahaja ruangan komen untuk hampa komen gambar aku ni pasal aku pun masih lagi seorang beginner.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment