Monday 10 February 2020

Macam mana nak dapatkan tiket flight murah

Assalamualaikum sahabat semua.

Hampa mesti tertanya-tanya kan macam mana aku boleh dapat tiket flight murah.Yela kalau hampa semak balik post aku yang lepas-lepas contoh flight aku dari Penang ke Kuala Lumpur pergi balik hanya RM24 sahaja.Kemudian flight dari Kuala Lumpur ke Padang, Indonesia pergi balik hanya RM72 sahaja.Jadi untuk kali ini aku nak share macam mana korang boleh dapatkan flight murah.

Sebelum tu korang kena faham macam mana nak dapatkan tiket flight murah ni.

1-Korang janganlah pilih tarikh yang ada cuti umum,cuti sabtu ahad dan cuti sekolah.Korang confirm takkan dapat tiket murah kalau tarikh yang korang pilih adalah hari cuti.Jadi kalau nak travel dalam atau luar negara dengan kos yang murah korang kena pilih hari biasa iaitu isnin sampai khamis.Maksudnya korang kena ambik cuti la.Kalau nak bawak anak kena ponteng la sekolah (tak digalakkan tapi kalau nak jimat itulah caranya).

2-Korang kena tunggu promosi daripada syarikat-syarikat penerbangan murah seperti Airasia,Malindo air atau Vietjet.Yang ni korang kena jadi ahli dalam web depa dan like page facebook depa.Pastu mintak depa hantar promosi kat email korang supaya setiap promosi tiket murah tiba koranglah yang pertama sekali tahu bukannya orang yang paling last sekali tahu.Selalunya company ni akan membuat promosi kaw-kaw punya setahun 2 kali sahaja.Jadi oklah untuk korang atau aku yang plan nak ke luar negara setahun 2 kali kan.Macam aku sendiri aku akan tunggu big sale daripada Airasia untuk beli tiket flight.Tiket murah ni kena rebut lah dengan berjuta orang yang lain.Tapi kalau dalam planning korang nak travel 2 kali setahun ok saja.Biar lambat tunggu takpe kurang-kurang ada masa untuk rancang dan simpan duit nak pi travel.

3-Korang boleh sahaja gunakan web pencari tiket murah seperti yang aku listkan kat bawah ni.Tapi harga yang web-web ni semua paparkan adalah harga biasa saja.Bukanlah harga luar biasa murah seperti yang korang boleh dapat dari iklan direct company penerbangan.Korang boleh saja gunakan web-web ni kalau terpaksa naik flight atau perlu naik flight untuk keadaan yang tidak dapat dirancang.Senarai semua web-web pencari tiket murah adalah seperti kat bawah ni.

a-Momondo
b-Kayak
c-Expedia
d-Priceline
e-Orbitz
f-Agoda
g-Hotwire
h-Skyscanner
i-Travelocity
j-Google Flights
k-Cheap0air
l-Hopper
m-Flight Network
n-Vayama

Korang try saja mana-mana web ni dan aku confirm korang hanya akan dapatkan harga yang biasa sahaja.Taklah murah sangat sampai boleh buat hampa terbeliak biji mata.
No photo description available.
4-Yang ni paling penting.Bila ada promosi contoh macam promosi Airasia kat atas ni, korang rebut sahaja mana-mana tempat yang tiketnya murah.Korang search KL-Alorstar.Kalau tak jumpa harga RM12 korang search pulak KL-Kuantan.Kalau ada korang rebut sahaja ambik flight pergi dan balik selalunya RM24 sahaja.Dan pastikan bukan waktu cuti la.Sama jugak kalau promosi ke luar negara.Aku sendiri tak pernah plan pun negara mana aku nak pi.Asal ada saja promosi, jumpa tiket murah terus saja beli flight pergi dan balik.Atau boleh sahaja plan pergi ke tempat lain dan balik dari tempat lain.Contoh pergi KL-Can Tho balik Ho Chi Minh-KL.Kadang-kadang cara macam ni lagi banyak boleh jimat dan murah.Dah beli tiket barulah aku mula search tempat tu apa benda yang menarik kat sana dan mula start rancang jadual dia.Tapi korang janganlah pulak buat macam ni untuk masuk negara yang perlukan visa.Satgi burn pulak duit tiket kalau visa tak lepas kan.Kalau nak travel ke vietnam,indonesia,filipina dan thailand atau negara asean ni ok jek buat macam aku ni.Kira tahap gamble la pi mana pun janji tiket dapat murah.

5-Kalau korang jenis yang free and easy macam aku takde masalah nak plan sendiri tarikh nak naik flight pasal aku travel secara solo.Tapi kalau korang travel secara group atau berkumpulan, mesti kena ada kata sepakat tak kisah pukul berapa,hari apa,bulan apa untuk group korang travel ke mana saja tak kira tempat.Ha.Kalau dapat group yang macam ni memang sempoi la.Senanglah tukang beli tiket nak belikan.Aku syorkan group travel korang sama ada 2 orang atau 4 sahaja.Lebih kompom tak dapat tiket murah pasal seat adalah limited.Kang tak pasal-pasal 2 orang travel hari ni 2 orang lagi travel esok kalau nak dapatkan harga yang sama.

6-Bila nak beli tiket aku tak pernah ambik untuk pilih seat,makan atau travel insurans.Mungkin ramai yang akan kecam aku cakap kalau takde duit nak bayar travel insurance baik tak payah travel langsung.Seperti yang aku cakap aku ni free and easy.Kalau tiba saatnya aku nak mati kapal terbang jatuh laut aku tak perlu untuk jadikan anak bini aku jutawan dan joli duit mati aku tu.Cukuplah sedikit harta benda yang sekarang ni dah ada dan ilmu agama yang aku tinggalkan untuk mereka.

7-Selalunya kalau nak ke luar negara ambik flight dari KL ke negara tersebut lebih murah lagi dari flight direct tempat tinggal masing-masing.Contoh kalau KL-Jakarta tiket akan lebih murah dari Penang-Jakarta.Masa promosi korang tengok harga betul-betul.Kadang-kadang ambik flight Penang-KL KL-Jakarta Jakarta-KL KL-Penang lebih murah daripada ambik flight Penang-Jakarta Jakarta-Penang.Yang ni korang kena check betul-betul harga mana yang lebih murah.

8-Tiket flight akan lebih murah kalau tempat yang korang pi tu jarang terima pelancong atau laluan dia tak sibuk.Sebab tulah syarikat penerbangan akan tawarkan tiket yang murah untuk penuhkan flight supaya kos dapat dikurangkan.Takkanlah nak terbang tapi penumpang ada tak sampai 10 orang kan.Sebab tulah bila ada kes macam ni Airasia selalunya akan hantar email cancel flight korang dan bawak ke masa yang ke depan.Jadi nasiblah kalau terpaksa ada perubahan yang macam ni kat masa dan tarikh korang nak berlepas kan.

OK.Rasanya banyak dah aku membebel ni dan rasanya korang pun dah faham kan macam mana caranya nak travel dalam atau luar negara dengan kapal terbang tapi dengan harga yang terlajak murah daripada biasa.Apa pun jangan risau kalau sekarang ni masih awal tahun tapi masa untuk korang berlepas adalah tahun depan kerana pada masa tu dapat harga murah.Sebenarnya, ada banyak kelebihan kalau lambat lagi nak berlepas seperti sempat rancang jadual perjalanan dan yang paling penting sempat simpan duit.Kalau sebulan simpan RM100 setahun dah RM1200.Cukuplah untuk korang travel kat negara-negara yang duit depa lagi murah dari kita seperti Indonesia dan Vietnam ni kan.

Setakat tu dahulu coretan saya.Kalau ada pertanyaan boleh komen kat bawah.Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment