Monday 2 March 2020

Petua & adab nak masuk dan tinggal dalam rumah baru atau rumah sewa

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ni aku nak kongsi satu ilmu kalau korang nak pindah masuk ke rumah yang baru korang beli atau nak masuk ke dalam rumah yang baru disewa.Semua benda yang aku tulis adalah ilmu umum dan tidak perlu diijazahkan atau dibayar pengeras ka apa.Aku bukannya bomoh.Haha.

OK.Bila nak masuk ke rumah baru korang ikut sahaja langkah-langkah kat bawah ni.

1-Masuk saja dalam rumah kemudian azan kat dalam rumah tu.Biar kuat pun takpe tak payah segan dengan jiran-jiran.Korang patut segan kalau korang azan salah jek.Hehe.Waktu mana pun tak pe cuma janganlah waktu time nak buka puasa.Satgi ada jiran yang makan dulu pulak.Kalau rumah 2 tingkat azan sahaja kat tingkat 1 dan tingkat 2.

2-Korang sediakan barang-barang kat bawah ni

a-Beras
b-Garam
c-Kunyit
d-Air mawar
e-Buah limau purut 7 biji

Beras,garam dan kunyit korang campur sekali dan gaul bagi sama rata.Kuantiti agak-agak cukup untuk tabur setiap penjuru rumah.Benda ni murah jadi buat banyak pun takpe.Gaul beras dengan kunyit biar jadi kuning dan garam tu biar sama banyak dengan beras pun ok.Air mawar boleh beli 2 botol kalau rumah tu besar.Dan limau purut boleh tambah ikut bilangan ganjil kalau rumah tu ada 10 bilik guna 11 biji buah limau purut.

Ayat Ruqyah Untuk Gangguan Jin Dan Penawar Sihir

Dah sediakan semua bahan-bahan ni korang bacalah sendiri ayat-ayat rukyah kat barang-barang ni.Ayat-ayat dia seperti kat atas ni.Kita hanya guna ayat-ayat suci Al Quran sahaja jadi tak perlulah risau pasal kita bukan buat benda-benda yang dilarang dalam agama.Cuma mungkin korang akan persoal kenapa nak kena pakai barang-barang ni semua.Sifat benda halus ni dia suka tempat-tempat yang gelap,sejuk,berair,kotor dan tidak berpenghuni.Jadi barang yang kita guna ni sifat dia tak disukai oleh makhluk-makhluk halus ni.Macam kunyit dan garam sifat dia panas.Macam air mawar dengan limau purut sifat dia wangi dan berbau kuat.Jadi ditambah dengan ayat-ayat suci Al Quran, lebih senang kita nak menghalau depa dari rumah tu.Benda ni kena sediakan waktu malam la sebelum masuk rumah esok tu.

3-Selepas korang azan, korang taburkan campuran beras,kunyit dan garam disetiap penjuru rumah sampai semua tempat kena dengan campuran ni.Boleh start dari belah kanan dan berakhir sebelah kiri.Bermula dengan pintu utama dan berakhir dengan pintu tu jugak dan beras terakhir tabur dari dalam rumah ke luar pintu utama sebagai syarat kita menghalau segala makhluk halus yang ada dalam rumah ke luar rumah.Masa tabur beras boleh baca surat Ash-syar-h atau surah alam nasroh tu.

Image result for alam nasroh terjemahan

4-Dah habis tabur campuran beras,kunyit dan garam korang pagar pulak rumah dengan air mawar.Sama jugak bermula dari pintu utama sebelah kanan ke setiap dinding rumah sampailah last ke sebelah kiri pintu utama.Masa korang pagar rumah korang baca ayat Surah Yasin kat bawah ni.

Image result for ayat pagar rumah yasin

5-Dah korang pagar rumah, korang picit limau purut bagi keluar bau dan letakkan kat setiap bilik dan sudut dalam rumah tu.Dalam bilik sebiji,kat ruang tamu,kat dapur, kat bilik air,kat stor,kat mana-mana yang perlu.

Dah selesai korang pagar jadi siaplah kerja-kerja menghalau makhluk halus yang ada dalam rumah tu dan pagar rumah dari makhluk halus dan juga pencuri.Esok tu boleh datang, kutip semua limau sapu segala campuran beras,kunyit dan garam pastu tanamlah dalam tanah.Dah sudah sapu korang cuci la rumah tu.Siaplah dan boleh la duduk kat rumah tu.

Akhir kata, segala apa yang aku sebut ni hanya untuk halau makhluk halus sahaja.Kalau rumah tu ada saka yang dok tunggu memang kena panggil orang yang lebih arif la pasal jenis saka ni selagi pemutus ikatan kita tak buat memang dia tetap akan ada dalam rumah tu.Taburlah apa pun tak mau jugak dia keluar dari situ.

Semoga bermanfaat untuk semua.Ingatlah ini hanya sekadar petua dan usaha.Hanya Allah yang berkuasa untuk kabulkan segalanya.Bukan pasal barang-barang yang kita guna atau apa yang kita baca.Setiap apa yang berlaku hanya atas kehendak Yang Maha Esa.Wassalam.