Thursday 26 February 2015

Cara-Cara Menanam Pokok Limau Kasturi

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang cara-cara untuk menanam pokok limau kasturi.Kawan-kawan yang mengenali diri saya sudah tentu akan mengatakan bahawa saya tidak akan membuat sesuatu tanpa sebab dan alasan.Jadi alasan saya menanam pokok limau kasturi adalah kerana saya suka makan air limau asam boi dan jualan buah limau kasturi juga amatlah mengalakkan.Kalau tak silap saya harga semasa sekarang adalah sekilo RM12.Sebenarnya sudah 6 bulan saya menanam pokok ini dan selepas melihat pokok kasturi ini hidup subur barulah saya teringin untuk share macam mana saya tanam pokok ni.Takkan la nak share kalau saya tanam pastu mati pulak kan.

Masalah Tanah

Tanah di halaman rumah saya memang terdiri daripada tanah lektrik yang keras.Kalau diikutkan memang tak sesuai langsung untuk menanam apa-apa jenis pokok pun.Tanah yang paling sesuai adalah tanah jenis gambut.Jadi ilmu yang saya nak share ini adalah macam mana nak tanam pokok di atas tanah yang tidak sesuai langsung untuk tanaman.

Langkah-langkah menanam

1-Beli anak pokok limau kasturi yang berharga RM6 sepokok dari nurseri.

2-Beli tanah hitam satu beg daripada nurseri ataupun pasaraya.

3-Korek lubang jarak 1 kaki keliling tanah dalam plastik beg hitam dan sedalam 1 kaki.

4-Masukkan dahulu tanah hitam ke dalam lubang yang telah digali kedalam lubang yang kita dah korek tu.Masa saya mengorek lubang ni teruk juga la pasal tanah keras.

5-Barulah tanam pokok limau kasturi dan tutup dengan tanah yang kita korek tu.

6-Siram dengan air setiap hari 2 kali pada waktu awal pagi dan petang.

Cara menanam ini bolehlah diibaratkan seperti kita menanam dalam pasu tanah.tanah yang keras tu seperti pasu dan kita masukkan tanah hitam sebagai medium pembesaran pokok.Anak pokok yang dibiak dalam plastik hitam membuatkan akarnya mengikut bentuk plastik hitam sahaja.Bila kita tanam dalam tanah barulah akarnya merebak.

Pokok akan cepat mati bila akarnya tidak dapat merebak dengan baik iaitu akar gambut susah untuk menembusi tanah yang keras.Jadi akarnya akan merebak ke dalam tanah hitam yang kita isi dahulu dan memberi masa untuk pokok itu membesar.Apabila pokok sudah membesar, tiada masalah untuk akarnya menembusi dinding tanah lektrik yang keras.Cara ini juga dapat membuatkan air bertakung di dalam pasu tanah dan memberi kelembapan yang lama untuk pembesaran pokok.

Wassalam.

Monday 16 February 2015

Cara-Cara Menanam Serai

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada mulanya, saya berkira yang menanam serai ni adalah mudah sahaja dan sesiapa sahaja boleh menanamnya.Tapi selepas jiran saya sendiri bertanya macam mana nak tanam sedangkan dia sudah 2 kali tanam tapi tidak berjaya membuatkan saya perlu menulis cara-cara yang betul untuk menanam serai.Kita sebagai masyarakat Melayu sebenarnya telah pun menjadi darah daging kita dalam ilmu tanaman dan ternakan.Tetapi dengan lahirnya generasi Melayu sekarang yang hanya tahu membeli tapi tidak tahu menanam membuatkan menanam serai adalah susah.Tapi tak mengapa, jangan risau.Saya akan menerangkan cara-cara untuk menanamnya dengan terperinci mengikut pengalaman saya.

1-Mendapatkan anak benih

Kita boleh mendapatkan anak benih daripada pasar tani atau kedai-kedai runcit sahaja.Sebelum beli rancang dahulu berapa rumpun kita nak tanam.Contohnya kalau nak buat 10 rumpun, setiap rumpun kita letak 5 anak benih.Jadi kita kena beli 50 batang serai sebagai anak benih kita.Kita juga boleh memilih mahu menanam serai peha ayam ataupun serai kampung.Saya menanam serai peha ayam di halaman rumah saya.

2-Merendam anak benih dalam air

Saya pernah mencuba tanam terus benih serai ke tanah tapi ada yang hidup dan ada yang mati.Selalunya benih yang kita beli dari pasar tani telah dibersihkan dan tiada akar membuatkan anak benih kita susah nak hidup.Jadi kita perlu merendam semua benih kita dalam jag air.Kenapa perlu dalam jag air?Kerana jag air dibuat daripada kaca dan lutsinar.Jadi kita boleh melihat takat air yang kita masukkan ke dalam jag.Nak pakai jag plastik pun boleh asalkan lutsinar.Kita tegakkan semua benih serai dalam jag dan masukkan air cukup setakat sampai perut anak benih serai sahaja.Kebiasannya akar benih anak serai akan tumbuh selepas 4 hari kita merendamnya.

3-Menyediakan tanah untuk tanaman serai

Serai memerlukan tanah yang sedikit padat untuk membolehkan anak benih berdiri tegak dan tidak mudah tumbang.Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik / tanam merah dengan tanah bakaran sampah.Jangan guna tanah hitam yang kita beli dari nurseri pokok atau pasar raya tu.Tanah tu jenis poros dan tidak dapat menyokong anak benih serai.Buatlah 10 longgok tanah dengan jarak 3x3 kaki sebagai jarak minimum.Nak jarak yang lebih besar pun ok.

4-Menyiram air ke longgokan tanah

Kita perlu menyiram longgokan tanah terlebih dahulu sebelum kita menanam anak benih supaya tanah longgok ini menjadi lembut dan sedikit melekit-lekit.Ini penting untuk memastikan anak benih boleh ditanam dengan elok dan sebagai medium untuk serai mengeluarkan daun.Pastikan longgokkan tanah ini kita jadikan seperti doh dan diletakkan di atas tanah.Tanam serai tidak memerlukan kita mencangkul tanah atau mengoreknya.Cukup sekadar letakkan longgokan tanah sahaja.Kalau tanah di rumah kita jenis tanah yang keras, barulah kita mencangkul sedikit untuk melembutkannya.Kita juga boleh menanamnya dengan membuat batas-batas.Nak tanam dalam pasu pun boleh.


5-Menanam benih serai ke longgokan tanah atau batas.

Ini adalah satu proses yang amat penting.Pastikan kita menanam serai dengan kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.Yang akan hidup adalah anak serai yang akan keluar daripada benih serai dan bukannya benih serai itu sendiri yang akan tumbuh.Kita boleh menanam benih itu secara menegak ataupun serong.Jika kita tanam menegak, nanti di tengah rumpun serai kita akan ada lompang kerana benih serai akan mati.Yang akan hidup hanyalah anak serai yang keluar daripada benih sahaja.Sebab itu tanah yang padat dan melekit amat pentng untuk menampung berat benih serai supaya tidak tumbang kerana kita tidak tanam serai dengan dalam.Cukup sekadar tengelam akar di bawah perut serai sahaja.Lagi banyak benih serai yang kita letak, lagi besar rumpun serai yang akan jadi.Sebab itu kita boleh meletakkan lebih daripada 5 anak benih pada setiap longgokan tanah.

6-Kekerapan menjirus air.

Kita perlu menjirus sekurang-kurangnnya 2 kali sehari iaitu semasa awal pagi dan petang untuk memastikan serai kita tumbuh dengan sihat dan cepat.Selepas 7 hari barulah kita boleh mengurangkan siraman air kepada 1 kali sehari.Pastikan sewaktu menyiram, anak benih tidak tumbang daripada tanah.

7-Pembajaan

Serai yang saya tanam tidak menggunakan apa-apa baja.Tapi kalau nak guna bolehlah guna baja pengalak daun sahaja.Belilah apa-apa sahaja jenis baja tapi baja yang terbaik adalah baja yang bersifat larutan dan bukannya baja yang berbentuk pepejal atau pun butiran.Baja dalam bentuk larutan lebih mudah diserap oleh serai berbanding butiran.

8-Pantang larang serai

Jangan sesekali kita mengerat rumpun daun serai sewaktu serai dalam proses pembesaran.Kadang-kadang orang kita lebih suka mengerat daunnya supaya nampak cantik dan tidak semak.Tetapi akibatnya membuatkan serai kita tumbuh melidi dan tidak gemuk kerana serai akan menggunakan tenaganya untuk kembali menumbuhkan daun.Biarkan sahaja rumpun serai membesar dan menjadi semak sehinggalah sampai masa untuk kita menuainya.Kita boleh menuainya apabila melihat daunnya sudah bertukar menjadi hijau tua dan kasar.Batang-batangnya juga sudah besar dan gemuk-gemuk.

9-Cara menuai serai

Pastikan kita memakai baju lengan panjang,seluar panjang,kasut bertutup dan sarung tangan jenis kain sewaktu mahu menuai serai.Ini adalah untuk mengelakkan kita mendapat miang daripada daun serai.Kita juga mahu mengelak daripada mendapat luka kerana daun serai ini tajam.Kita mulakan menuai dengan mengerat semua daun yang ada di rumpun serai.Kita boleh menggunakan pisau ataupun gunting.Selepas kita ketepikan daunnya, barulah senang untuk kita mencangkul rumpun serai itu.Kita cangkul rumpun serai biar keluar serumpun terus.Sebenarnya tidak teruk pun nak cangkul rumpun serai ni kerana serai tidak tumbuh dalam.Ia tumbuh hanya sekadar di permukaan tanah sahaja.Dari rumpun serai inilah kita asingkan setiap batang serai dengan menggunakan pisau.


10-Mengasingkan serai

Dalam satu rumpun serai pasti ada batang serai yang gemuk, yang masih muda dan batang yang kurus melidi.Kita kena asingkan serai yang gemuk dan serai yang kurus ni.Serai yang gemuk bolehlah kita jualnya di pasar tani ataupun pasar borong.Harga bagi sekilo serai di tempat saya adalah RM2.00 sekilo.Jika kita menjualnya sendiri di pasar tani, harganya dikira menggunakan batang.I batang kalau tak silap RM10 sen hingga RM20 sen.Satu rumpun serai kita boleh dapat dari 1kg hingga 2 kg serai.Bergantung kepada baja dan air yang kita beri kepada serai kita.Serai yang kurus melidi jangan la pula kita buang.Kita boleh menggunakannya untuk projek tanaman serai fasa 2 pula.Jadi kita hanya perlu beli benih sekali sahaja seumur hidup.Benih serai untuk kali kedua tanaman dan seterusnya hanya menggunakan benih dari rumpun serai itu sendiri.

11-Benih daripada rumpun serai

Benih yang kita ambil daripada rumpun serai tidak perlu lagi kita merendamnya dengan air kerana sudah mempunyai akar.Jadi kita boleh tanam terus ke tanah dengan mengikut sahaja dari langkah 3 hingga seterusnya.Jadi langkah ini akan berterusan sehinggalah kita tengok serai pun sudah muak.

Saya berharap ilmu yang saya kongsi ini boleh memberi manfaat kepada sahabat semua.Walaupun ia hanya sekadar serai tetapi sebenarnya sudah ramai yang berjaya meraih pendapatan yang lumayan melaluinya.Setakat artikel ini ditulis, tidak pernah lagi mana-mana peruncit atau pemborong yang akan menolak untuk membeli serai saya walaupun serai yang saya mahu jual hanyalah sekadar 1kg dan ditanam dihalaman rumah sahaja.Serai amat penting dalam kehidupan saya kerana saya suka makan tomyam,ikan masak stim,sate dan buat bbq ayam.Semuanya amatlah memerlukan serai.

Wassalam.

Wednesday 11 February 2015

Cerita Pengalaman Penyewa Bermasalah

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang penyewa-penyewa bermasalah yang berlaku kepada ibu saya sendiri.

Cerita Ibu.

Ibu saya mempunyai sebuah rumah kembar 2 peninggalan arwah ayah saya di Pendang.Selama hampir 15 tahun rumah itu disewakan dan sudah tentu bermacam-macam cerita suka dan duka yang berlaku kan.Ada penyewa yang bagus dan ada penyewa yang liat membayar sewa.Kalau nak cerita penyewa yang bagus tentunya mereka membayar sewa rumah tepat pada masanya setiap bulan dan ada juga yang tidak mengambil balik duit deposit apabila keluar dari rumah sebagai tanda terima kasih kepada ibu kerana menyewakan rumah dengan harga yang rendah.Bayangkan rumah taman kembar 2 ibu hanya sewakan dengan harga RM250 sahaja sekarang.

Berbalik kepada cerita penyewa yang bermasalah, ada yang setiap bulan mesti akan bayar lewat sampaikan ke tengah bulan baru bayar.Ada juga yang cakap mahu masukkan duit ke dalam akaun tapi lepas 3 bulan ibu saya pi check kat bank duit tak masuk pun dalam akaun.Ini adalah kerana ibu saya sudah tentu tak pandai bab-bab internet ini.Macam saya sendiri memang meminta penyewa rumah saya masukkan terus ke dalam akaun.Bila dia message sahaja duit sudah masuk trus saya boleh check pakai maybank2u.Tapi ibu masih menggunakan kaedah tradisional untuk kutip duit sewa iaitu pergi ke rumah setiap bulan untuk kutip duit.Sudah tentu dia akan call dulu bagitau dia akan ke rumah untuk kutip duit sewa.Ada juga sampai 4 bulan tak bayar sewa sampaikan ayah tiri saya kena bawa geng 3 line untuk halau dia keluar dari rumah.Setelah menghadapi bermacam-macam perangai penyewa akhirnya ibu sekarang hanya follow tips di bawah sahaja.

Tips memilih penyewa dari ibu

1-Hanya memberi sewa kepada mereka yang bekerja kerajaan sahaja samaada bujang ataupun keluarga.Inilah sahaja yang dia follow sampailah sekarang untuk mengelakkan mendapat penyewa yang tidak bagus.

Kita perlu ingat bahawa sekarang ini tidak mudah untuk kita membeli sebuah rumah yang sudah tentu berharga mahal.Jika kita mampu bayar ansuran bulanan pun kita masih belum tentu mampu untuk menyediakan 10% deposit untuk membeli rumah.Cara yang terbaik dan termurah untuk mempunyai tempat berteduh hanyalah dengan menyewa rumah.Dengan duit deposit sebanyak 2 atau 3 bulan sahaja kita sudah mampu mempunyai tempat berteduh.Jadi sebagai penyewa kita seharusnya berterima kasih kepada tuan rumah kerana berbaik hati menyewakan rumahnya kepada kita dengan bayaran deposit 2 atau 3 bulan sahaja.Contohnya untuk memiliki sebuah rumah kos rendah seperti saya yang berharga RM35k, saya perlu mempunyai modal sekurang-kurangnya RM10 ribu untuk bayaran deposit 10%, peguam dan kelengkapan rumah seperti wiring dan lampu.Bayangkan modal yang perlu dikeluarkan untuk memiliki rumah yang berharga RM100k ke atas.Penyewa saya hanya memerlukan RM700 sahaja untuk membolehkan dia menyewa rumah saya itu.Jadi cuba kita fikirkan jika minda tuan rumah sering kali dikusutkan oleh masalah penyewa yang bermasalah dan menjadikan semua tuan rumah di Malaysia ini tidak lagi menyewakan rumah mereka atau hanya menyewakan kepada golongan tertentu sahaja.Sudah pasti yang akan mendapat kesannya adalah anda sendiri.Sudah pasti anda susah untuk mendapat rumah sewa hanya kerana ada segelintir sikap penyewa-penyewa yang liat membayar sewa.

Jika semua tuan rumah hanya menyewakan rumah mereka kepada pekerja kerajaan sahaja seperti ibu saya sudah tentu pekerja swasta yang berpendapatan kurang daripada RM2 ribu sebulan ni silap-silap kena duduk kat hotel sahaja ataupun bawah jambatan.Kalau nak yang free boleh tidur di masjid atau surau.Mereka ini tiada pilihan lain.Nak beli rumah tiada wang deposit dan nak menyewa tiada tuan rumah yang mahu sewakan kepada pekerja swasta.Jadi bayangkanlah impak golongan penyewa yang liat ini kepada masyarakat sekeliling.Satu impak yang saya boleh katakan telah pun menjadi satu fenomena di kalangan tuan rumah berbangsa Melayu adalah tidak akan sesekali menyewakan rumah mereka kepada bangsa India.Hanya kerana segelintir penyewa India yang membuat masalah yang perlu menanggungnya adalah seluruh bangsa India itu sendiri.

Oleh itu, saya nasihatkan kepada semua penyewa agar jadilah penyewa yang baik dan kepada tuan rumah tapislah dahulu penyewa rumah anda dengan sebaiknya supaya kita setiap bulan dapat tidur dengan tenang tanpa memikirkan masalah penyewa haprak yang hidup tak tahu dek untung ini kerana sentiasa lewat membayar sewa rumah.

Rumah Sewa Yang Dibiarkan Kosong Adalah Lebih Baik Daripada Mempunyai Penyewa Yang Bermasalah

Wassalam.

Tuesday 10 February 2015

Cara-Cara Untuk Menguruskan Badan

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua amalan diet saya dalam usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.Saya sebenarnya telah mencuba bermacam cara tetapi rasanya cara yang saya lalui sekarang adalah cara yang paling saya selesa melakukannya.

Niat untuk menguruskan badan bermula apabila saya menghadapi masalah untuk melakukan duduk tahiyat akhir dengan betul dan selesa.Badan tersangkut di perut.Hehe.Menyebabkan saya sakit pinggang dan tidak dapat khusyuk dalam solat.Jadi dengan sebab itu saya berazam untuk mengurangkan berat badan.Ditambah pula amalan saya yang suka berpuasa setiap hari isnin dan khamis juga turut banyak membantu dalam pengurangan berat badan saya.Sebelum ini saya mengamalkan diet dengan tidak makan pagi dan setiap hari berjoging.Memang benar badan saya susut 5kg selepas 2 minggu tetapi apabila saya berhenti jogging badan saya kembali kepada bentuk asal malah bertambah berat dari sebelumnya.Pada masa itu berat saya 85kg, bila jogging berat turun kepada 80kg tetapi bila berhenti jogging berat naik sampai 95kg.Huhu.Memang menyakitkan apabila usaha saya untuk mengurangkan berat tidak berjaya malah bertambah buruk.

Saya bertemu dengan satu peluang apabila ada seorang promoter jualan langsung menyapa saya sewaktu ingin mengeluarkan duit di bank.Dia memperkenalkan kepada saya herbalife.Minum shake F1 sebanyak 11 kali dengan harga RM140.Tanpa berpikir panjang ditambah pula dengan niat saya untuk menguruskan badan saya pun terus setuju.Dalam tempoh itu juga saya akan mendapat nasihat daripadanya tentang cara-cara pengurusan berat badan yang ideal.Jadi dalam blog ini saya ingin share la sikit ilmu tentang pengurusan berat badan yang saya telah belajar.

Apa yang kita mahu untuk menguruskan badan?

1-Tidak mahu lapar
2-Tidak mahu bersenam.
3-Mahu makan banyak

Ini semua yang saya mahu sewaktu berdiet.Jadi nak kurus macam mana kalau semua ni kita nak buat kan.Ok.Pertama sekali kita kena faham tentang tubuh badan kita.

BERAT BADAN =LEMAK + OTOT + AIR

Apa yang kita mahu adalah kita maintain otot dan air dalam badan kita tetapi membuang lemak dalam badan.

DIET TAK SIHAT = LEMAK NAIK + OTOT SUSUT + AIR SUSUT

Ini terjadi apabila saya tidak control makan tetapi hanya tahu berjoging setiap hari.Badan saya akan menggunakan tenaga daripada makanan saya dahulu kemudia menggunakan otot.Bila otot dan air susut memang berat badan akan berkurang tetapi lemak masih kekal.

DIET SIHAT = LEMAK SUSUT + OTOT MAINTAIN + AIR MAINTAIN

Macam mana nak dapatkan diet yang sihat ini?OK.Pertama sekali kena ikut peraturan di bawah ni.

Peraturan diet

1-Tidak boleh ambil gula

Sebarang bentuk gula seperti gula pasir,tebu,aising,madu,kurma,gula-gula, air tin dan apa sahaja makanan yang diketahui mengandungi gula yang banyak

2-Tidak mengambil makanan karbohidrate dengan jumlah yang tinggi

Sebarang makanan seperti nasi,roti,bihun,koteaw,mee,makaroni,pasta,laksa,biskut dan apa sahaja yang mengandungi karbohidrate.Jumlah yang dibenarkan hanyalah sekitar 1-2 senduk sahaja.itupun sekali sahaja sepanjang hari.

3-Minum air sekurang-kurangnya 5-8 liter setiap hari.

Air yang saya maksudkan adalah air masak mati dan bukannya air ais.

4-Tiada limit untuk berapa banyak sayur yang boleh kita makan.

5-Limitkan protein kepada 2 ketul ayam atau 2 ekor ikan sahaja untuk 2 kali sehari.

6-Tidak makan makanan bergoreng.Hanya boleh merebus, kukus atau bakar sahaja.Tidak boleh makan makanan yang menggunakan minyak.

7-Ikut aturan makan seperti di bawah

Sarapan pagi

-Minum air masak dahulu sekurang-kurangnya 3 cawan.
-Makan buah pisang sebiji atau buah epal hijau sebiji
-Kalau masih belum kenyang boleh tambah dengan oat 5 camca
-Minum kopi tanpa gula (saya suka campur kopi dengan oat)

Makanan tengah hari

-Minum air masak dahulu sekurang-kurangnya 3 cawan.
-Minum segelas air limau atau air asam jawa
-Makan sup sayur semangkuk seperti sup petola, sup sayur campur dan sebagainya
-Nasi 2 senduk atau oat 5 camca
-Ikan 2 ekor (saiz ikan temenu) atau ayam 2 ketul atau daging besar 3 jari (kukus,rebus,bakar sahaja)

Makan Petang (4 petang)

-Minum air masak dahulu sekurang-kurangnya 3 cawan.
-Pisang atau epal sebiji

Makan Malam (sebelum pukul 8 malam)

-Minum air masak dahulu sekurang-kurangnya 3 cawan.
-Minum segelas air limau atau air asam jawa
-Makan sup sayur semangkuk seperti sup petola, sup sayur campur dan sebagainya
-Nasi 2 senduk atau oat 5 camca
-Ikan 2 ekor (saiz ikan temenu) atau ayam 2 ketul atau daging besar 3 jari (kukus,rebus,bakar sahaja)

Aduh.Macam mana nak kurus kalau asyik makan sahaja.Hehe.Sebenarnya kita telah menghalang badan kita daripada mengambil gula,minyak,karbohidrate yang tinggi.Semua ini adalah sumber yang mengandungi kalori yang tinggi yang boleh menambah kilang lemak di badan kita.Kita lebihkan air dan sayur kerana air akan hilang dalam masa yang singkat sewaktu kita kencing dan sebagai agen pembakar lemak.Manakala sayur pula tinggi serat dan sumber mineral.Kalori dalam sayur pula amatlah rendah.Kita juga telah memgambil gula ringkas dalam bentuk buah-buahan.Pisang dan epal pula adalah buah yang mengandungi serat yang banyak dan boleh menyebabkan kita merasa kenyang.

Dengan mengamalkan diet yang sebegini tanpa senaman, insyaallah kita boleh turun sebanyak 5kg setiap bulan.Macam saya perlu turun sebanyak 30kg lagi.Jadi saya kena amalkan diet ni selama 8 bulan dan kemudian menambahkan jumlah karbohidrate dalam makanan saya untuk maintain berat badan ideal yang saya mahu.Apa yang kita mahu badan kita menyusut sedikit demi sedikit secara sihat dan bukannya menyusut secara mendadak.Selepas kita mendapat berat badan yang ideal barulah kita menambah kuantiti makanan beserta dengan senaman untuk membentuk tubuh badan kita.Time ni barulah berusaha nak dapatkan 6 pack ka apa ka.Dengan menamalkan diet ini juga badan kita takkan mengelebeh bila kurus.Slim and fit sahaja.Marilah bersama-sama dengan saya untuk menguruskan badan.Hehe.

Wassalam.


Monday 9 February 2015

Menghadapi Penyewa Yang Bermasalah

Assalamualaikum sahabat semua,

Rasanya sudah agak lama saya tidak update apa-apa cerita dalam blog ini untuk tatapan semua kerana tiada cerita yang boleh saya share dengan semua.Tapi pada kali ini saya akan share satu maklumat yang amat berguna kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan rumah sewa.Masalah yang kerap kita hadapi adalah masalah penyewa yang lambat membayar sewa.Bagaimana kita hendak menghadapi penyewa yang sebegini.

Saya sendiri juga adalah seorang penyewa dan selama 6 tahun saya menyewa tidak pernah walau satu bulan sekalipun saya lewat membayar sewa kepada tuan rumah.Gaji saya akan masuk sebelum 28 haribulan setiap bulan dan sebaik sahaja saya mendapat gaji terus saya masukkan duit sewa rumah.Mungkin juga kerana sikap saya yang menjadi penyewa yang baik menyebabkan tuan rumah segan nak naikkan sewa rumah.Walaupun market rumah sewa di kawasan Kulim dan Padang Serai atas daripada RM300, saya masih lagi menyewa dengan harga RM170 sebulan. Dan saya berharap dapat menyewa dengan harga ini mungkin selama 5-10 tahun lagi.Bergantung kepada betapa baiknya hubungan saya dengan tuan rumah.Dan sebagai membalas jasa tuan rumah yang memberi sewa yang murah kepada saya, saya telah menanam pokok limau kasturi,limau purut,limau nipis,buah amra dan buah jambu batu di kawasan rumah.Niat saya, selepas saya keluar dari rumah sewa ini tuan rumah boleh menikmati segala buah yang saya tanam ini.

Itu cerita hubungan saya dengan tuan rumah saya, tetapi berbeza pula dengan hubungan penyewa rumah saya dengan saya.Bermula pada bulan November, penyewa saya sudah mula menunjukkan sifatnya yang liat membayar sewa.Kadang-kadang lewat sampai 1 bulan.Saya sendiri kena kerap call dan message bila duit sewa akan dimasukkan ke dalam akaun.Dan seperti biasa, macam-macam alasan yang akan diberi sehinggakan saya sendiri pun tidak tahu betul ke tidak dengan alasan itu.Ini adalah satu pengajaran yang berguna untuk saya dan ilmu yang begitu manfaat untuk sahabat semua yang mahu berjinak dengan rumah sewa.

Petua Bagaimana Memilih Penyewa.

1-Pastikan penyewa kita mampu untuk bayar sewa rumah kita.Contohnya kena tanya dia kerja apa.Bini kerja ke tidak.Apa hutang yang dia ada supaya senang untuk kita buat penilaian adakah dia layak untuk menyewa rumah kita.Takkan la kita nak bagi sewa kepada penganggur kan.

2-Pastikan penyewa bukannya berbangsa India.Saya bukanlah racist tetapi dari pembacaan dan pengalaman kawan-kawan, bangsa India merupakan bangsa yang paling liat membayar sewa dan penuh dengan alasan.Lagi satu kita sebagai Muslim juga tidak mahu rumah yang kita sewakan itu dihuni oleh makhluk mistik kerana upacara agama yang mereka lakukan di rumah kita.Kalau boleh bagi sewa kepada orang Melayu dan option kedua adalah Cina.Saya juga bersetuju tidak semua bangsa India berperangai begitu tetapi ia adalah risiko yang perlu kita pikir kerana ia juga adalah risiko dalam perniagaan kita.Bangsa Cina pula merupakan penyewa yang baik kerana rata-ratanya mereka sangat mampu untuk menyewa.

3-Pasangan yang baru berkahwin atau wanita bujang sepatutnya menjadi target utama penyewa rumah kita.Target kedua pula adalah family.Kita tidak mahu penyewa dari golongan lelaki bujang yang tidak pandai menjaga rumah.

4-Harga sewa rumah merupakan nilai taraf seseorang penyewa.Contohnya jika kita mempunyai sebuah kondominium dengan harga sewa RM800 sebulan, penyewa kita juga adalah mereka yang bertaraf tinggi yang mampu untuk membayar RM800 sebulan.Penyewa bertaraf tinggi juga mempunyai pemikiran yang tinggi.Tetapi jika sewa rumah kita RM200 sebulan, penyewa kita juga adalah mereka yang bertaraf rendah.Kita juga hanya boleh mengharapkan mentaliti yang bersifat rendah juga dari penyewa yang sebegini.Jadi risiko menjadikan rumah kos rendah sebagai rumah sewa adalah lebih tinggi daripada menjadikan kondominium sebagai rumah sewa.

5-Perlu ada surat penjanjian sewa.Ini adalah satu perkara yang amat wajib untuk tuan rumah.Kita kena photostat IC penyewa dan matikan setem surat perjanjian kita.Ini penting apabila kita mendapat penyewa yang liat membayar sewa, tindakan undang-undang boleh kita lakukan keatas mereka.

Petua Memaksa Penyewa Membayar Sewa Atau Keluar Rumah

1-Sentiasa follow up jika penyewa lambat bayar sewa.Contohnya dalam perjanjian tidak akan lewat daripada 7 haribulan setiap bulan.Pada hari ke 8 kita sebagai tuan rumah kena tanya bila boleh dapat sewa.

2-Jika sudah lewat dari 7 haribulan dan penyewa berjanji akan bayar pada 14 haribulan, hari yang ke 15 kita follow up lagi sehinggalah kita mendapat sewa rumah kita.Tetapi pastikan tidak lebih daripada berapa bulan deposit yang kita ambil.Jika kita ambil sebulan deposit, jangan lebih dari sebulan.Jika 2 bulan jangan lebih daripada 2 bulan.

3-Jika sudah lebih dari tarikh yang telah kita tetapkan,beritahu kepada penyewa supaya boleh keluar dari rumah kita secara baik.Jika sampai 3 bulan tak keluar lagi, kita bolehlah mengambil tindakan dengan mencabut plug di kotak fius elektrik di rumah kita.Selepas seminggu, penyewa masih tak keluar juga kita boleh mengisi borang di pejabat SADA untuk memotong bekalan air di rumah kita.Nak potong SADA tak charge.tapi nak sambung balik kena bayar RM70.RM70 adalah lebih berbaloi daripada membiarkan penyewa duduk rumah kita secara free.

4-Jika penyewa keluar daripada rumah kita tetapi telah merosakkan rumah seperti memecahkan pintu dan tingkap, kita boleh mengambil tindakan undang-undang melalui surat perjanjian dan photostat IC yang ada kat kita.

Dalam kes penyewa saya, dia telah pun menjelaskan sewa setelah saya memotong bekalan elektrik dengan mencabut plug di kotak elektrik.Saya masih memantau perangainya dan saya memang tidak akan teragak-agak untuk mencari penyewa baru jika dia terus membuat masalah kepada saya.Kadang-kadang sifat orang Melayu lebih banyak kesian kepada anak bangsa sendiri, tetapi kita juga perlu ingat kita yang akan menanggung segala kos yang terlibat.Hutang kita kepada bank,bil api air yang tidak dibayar dan kos guaman jika sampai tahap merosakkan rumah.Setiap perniagaan ada risikonya, dan risiko inilah yang perlu kita sebagai tuan rumah hadapi.Petua yang saya berikan adalah untuk mengurangkan risiko kita mendapat penyewa yang tidak baik.Semoga ilmu ini brmanfaat untuk semua.

Wasalam.