Thursday 7 May 2020

Kelebihan pelaburan logam Perak sebagai emas masa hadapan

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ni aku nak share pasal satu pelaburan yang orang Melayu pandang sebelah mata sahaja iaitu pelaburan membeli logam Perak.Orang Melayu lebih suka atau lebih terpikat dengan emas berbanding Perak kerana beranggapan Perak ini hanya untuk hiasan dalam bentuk pinggan mangkuk atau perkakas rumah sahaja.Kalau tak pun dijadikan barang cenderahati yang disimpan di dalam almari kaca.Kalau sebagai barang kemas pun hanya dibuat sebagai cincin orang lelaki pasal orang lelaki tak boleh pakai cincin emas.Jadinya, segala barang kemas hanya dimonopoli oleh emas berbanding Perak.Jadi kalau emas lebih popular atau lebih bernilai daripada Perak kenapa kita perlu simpan Perak?Ya...satu soalan yang bagus.

1-Logam Perak terlalu murah berbanding emas.

Sebagai orang Islam kita semua tahu jika kita menyimpan emas sebanyak 85 gram dan Perak sebanyak 595 gram kita wajib dikenakan zakat jika cukup haul dan nisab.Maksudnya sapa yang ada emas 85 gram atau Perak sebanyak 595 gram dia dikira sebagai orang kaya pada zaman Nabi Muhammad SAW yang lampau.Kalau kita ambil nisbah emas : Perak iaitu 85 gram : 595 gram kita kecilkan nilainya ia akan jadi 1:7 bagi nisbah emas:perak.Jadi secara kesimpulannya pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu nilai 1 gram emas bersamaan dengan 7 gram Perak.Atau dengan lebih tepat 1 dinar bersamaan 10 dirham.Tapi pada zaman sekarang nilainya adalah 1:100.Atau kita boleh beli 100 gram perak dengan harga 1 gram emas.Maksudnya Perak pada zaman kita ini terlalu murah berbanding Perak pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu.Jadi pada zaman kita seluruh manusia memandang Perak kurang bernilai berbanding emas.Sebab tu harga Perak terlalu murah berbanding zaman dahulu.

2-Berapakah nisbah emas:perak yang ada di dalam dunia sekarang ini.

Ok.Menurut sumber yang boleh dipercayai iaitu data dari lombong emas dan perak sejak tahun 1900 kat dunia ni ada 5.5 billion oz emas dan 48.5 billion oz Perak yang wujud kat dunia ni.Jumlah ni adalah jumlah yang telah menolak teori konspirasi emas Yamashita,emas Nazi atau emas kapal karam dilautan.Maksudnya data ni adalah data dari berapa banyak yang telah dilombong dari seluruh dunia.Maksudnya kalau kita ambil nisbah emas:Perak yang ada kat dunia sekarang ni iaitu 5.5:48.5 kita kecilkan ia akan jadi nisbah emas:Perak bersamaan 1:9 jika dibundarkan.Jadi masih tak lari jauh dari arahan Allah SWT yang telah menisbahkan 1:7 untuk emas dan perak yang wajib dikenakan zakat.Jadi,ini bukti kedua Perak terlalu murah berbanding emas.

3-kenapa emas semakin lama semakin mahal sedangkan Perak harga jatuh atau sama sahaja.

Antara sebab kenapa emas semakin mahal kerana permintaan melebihi penawaran atau dalam bahasa inggeris demand over supply.Semua orang satu dunia bila ada duit sahaja pakat beli emas sedangkan emas yang ada kat dunia ni sedikit untuk semua orang.Kira emas ni logam rare.Tapi jumlah emas yang telah dilombong dari perut bumi 90 peratus masih lagi wujud di serata dunia dalam bentuk jongkong, syiling atau barang kemas.Maksudnya emas yang telah dilombong tidak hilang,hancur atau binasa.Masih selamat berada di dalam peti besi dan simpanan individu masing-masing kat dunia ni.

Antara sebab kenapa Perak murah atau harga tak naik-naik adalah kerana supply over demand.Maksudnya Perak tu ada banyak melebihi permintaaan.Semua manusia kerja beli emas dan kurang beli Perak jadi Perak dianggap tidak bernilai di mata manusia.Namun,Perak sangat bernilai di mata industri.

a-Perak sangat diperlukan untuk industri pembuatan cermin untuk sel solar menjana tenaga elektrik.Tenaga solar masih baru sekarang tapi ia adalah tenaga pada masa hadapan.

b-Perak digunakan dalam bidang perubatan iaitu ia digunakan sebagai coating alat-alat medic kerana Perak mempunyai antibiotik secara semula jadi.Kondom yang mempunyai unsur-unsur Perak jugak akan dikeluarkan tak lama lagi untuk menjaga kondom dari bakteria sebelum digunakan.

c-Perak adalah pengalir elektrik yang kedua terbaik selepas emas.Jadi Perak sangat diperlukan oleh industri electronic sebagai coating untuk mempercepatkan kelajuan eletrik mengalir.Kita sekarang ni ke arah 5g dan Perak sangat diperlukan dalam semua barang termasuklah telefon bimbit supaya boleh beroperasi dengan baik apabila 5g digunakan nanti.

d-Selain itu banyak lagi la kegunaan Perak ni seperti dalam bidang brazing alloy,chemical equipment, catalyst, photography dan nano particle.

Oleh kerana Perak ni digunakan dalam industri jadi Perak ni makin lama makin habis,binasa dan musnah.Perak yang telah digunakan oleh industri akhirnya akan berakhir di tapak perlupusan sampah sahaja.Yela.telefon bimbit kita yang dah rosak akhirnya kita buang sahaja sedangkan dalam tu ada perak.Jadi kos untuk mengitar semula sisa-sisa elektronik ni dari tempat perlupusan sampah adalah sangat mahal.Daripada kitar semula baik order sahaja jongkong Perak pasal harga murah kan.

4-Kalau Perak sangat bernilai dimata industri tapi tak bernilai di mata manusia kenapa harga masih murah.

Ok.menurut dari apa yang aku baca Perak ni ada 3 negara yang buat stok iaitu USA,India dan Mexico.Kalau hampa tengok pada tahun 2011 kenapa Perak Dan emas mencanak naik harga adalah disebabkan China tengah menukar duit depa kepada emas dan Perak sebagai persediaan menjadi negara no 1 dunia.China faham kalau dia nak majukan industri kat China dia perlukan emas sebagai penyimpan nilai rizab negara Dan Perak sebagai kegunaan industri dia pada masa hadapan.Kan sekarang ni dia tengah nak buat 5g dan buat panel solar sebagai penjana tenaga.Jadi memang dia amat perlukan stok Perak.

Jadi sekarang ni,dunia industri menggunakan Perak yang akan disupply oleh USA,India dan Mexico.Depa supply dengan keluarkan Perak dari dari peti besi depa.Bukan dari hasil lombong.Lombong Perak yang ada kat dunia sekarang ni tengah hold dulu lombong Perak pasal harga Perak terlalu murah.Tak baloi nak lombong dan jual dengan harga murah.Depa tunggu harga mahal baru start lombong balik.

Jadi secara kesimpulannya,Perak amat diperlukan industri,akan binasa,musnah dan berakhir di tapak perlupusan sampah,stok Perak dalam simpanan USA,India dan Mexico makin berkurang,lombong stop keluarkan Perak pada masa sekarang pasal harga terlalu rendah dan yang paling penting jumlah Perak yang ada kat bumi ni makin lama makin kurang.

Jadi setelah panjang lebar aku cerita kat hampa kes pukul 3 pagi aku tak boleh tidur pasal minum kopi Aku nak pesan kat hampa sementara Perak dok murah ni beli la berapa kilo Yang hampa mampu.Duit kwsp yang dapat rm500 pasal PKP ni kalau takde hal mendesak guna jek beli jongkong Perak 250gram kat public gold.Aku syorkan beli kat public gold pasal public gold adalah satu-satunya company kat Malaysia yang hampa boleh jual atau pajak perak kat Malaysia ni.Kedai ar rahnu atau kedai pajak Cina takde yang nak terima Perak.Yela depa tak terima la pasal benda murah dan takde nilai kan.

Nanti bila semua orang dok cari-cari Perak untuk industri,kerajaan nak beli perak untuk dijadikan rizab negara time tu segala mak nenek cincin Perak pun depa mau ambik pasal demand over supply.Sebab tulah Perak ni dikatakan emas masa hadapan pasal ia bahan utama industri tak macam emas yang hanya dibuat perhiasan.

Lagi satu aku nak pesan pelaburan emas dan Perak bukanlah pelaburan jangka masa pendek.Jadi hanya simpan emas dan Perak untuk hari tua atau sebagai harta peninggalan untuk anak,isteri dan cucu.Dan jangan lupa bayar zakat walaupun Perak 1kg sekarang ni baru harga RM2.5k sahaja.Hampa orang yang paling sesuai beli Perak kalau hari ni beli,simpan pastu lupakan.Tunggu harga dia jadi macam tahun 2011 baru ambik dan jual.

Ada orang kaya pesan yang orang yang nak melangkah jadi orang kaya ni dia buat benda berbeza dari orang kebanyakkan yang lain.Maksudnya semua orang dok beli emas dia pi dok beli perak yang ntah pape kan.Tapi nanti bila Perak lebih bernilai dari emas korang akan saksikan betapa ruginya tak beli Perak sekarang ni yang harganya terlalu murah.

Wassalam


Monday 4 May 2020

Resepi memasak gulai ikan sepat atau puyu dalam periuk tanah menggunakan dapur periuk tanah

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ni aku nak share satu resepi gulai atau kari ikan sepat atau puyu dengan masak menggunakan periuk tanah dan tempurung kelapa.

Sebenarnya bila umur makin meningkat ni aku mula rindukan masakan tok aku dulu yang menggunakan dapur periuk tanah dan masak gulai ikan sepat menggunakan dapur kayu.Tapi sekarang ni zaman moden.Mana ada lagi orang buat dapur kayu dan simpan periuk tanah kan.Pastu aku pun mula la dok cadang nak buat satu dapur kayu kat luar rumah.Sambil-sambil tu dok cari kat Shopee kot-kot ada orang jual dapur tanah liat.Last-last aku jumpa jugak satu seller ni jual dapur tanah liat kat melaka.Harga pun murah dalam RM40 jek.Apa lagi terus aku beli.Dah ada dapur tanah liat aku terus ke kedai India untuk beli periuk tanah liat.Harga pun murah jek iaitu RM6.80.Jadi aku pun beli la satu.

Sampai sahaja di rumah, aku terus rendam periuk tanah liat tu dalam baldi semalaman dengan air.Kena rendam untuk hilangkan bau tanah liat dan bagi periuk tanah tu tak retak sewaktu kita masak.Nak guna periuk tanah liat tak boleh terus bakar dia dengan api yang kuat nanti dia retak.Kena start api slow dan bakar pelan-pelan sampai akhirnya guna api yang paling besar.Benda ni kita boleh buat guna dapur gas dahulu sebelum kita guna dapur tanah liat supaya periuk tanah liat kita tahan lama,tidak retak dan hilang bau tanah.


Setelah sampai dapur periuk tanah yang saya order dari Shopee, saya pun mula la ke kedai runcit untuk mencari tempurung kelapa atau orang utara panggil tempughung nyok.Bila jumpa boleh ambil free sahaja pasal tempurung ni takde harga pun.Selalunya tuan kedai akan buang macam tu jek dalam tong sampah.Jadi jimat kan masak pakai tempurung nyok ni.Benda free jadi nak ambik banyak mana pun ikut suka la.Jadi aku bawak balik la 1 guni tempurung ni.


Ok.sekarang nak masak ikan sepat kita ikut sahaja langkah-langkah kat bawah ni.

1-Siang ikan sepat dengan teliti.Ikan ni boleh saja beli kat pasar tani.Kalau takde ikan sepat boleh beli ikan puyu.Buang sisik ikan ni dan buang kepala dia.Sirip yang tajam tu pun buang jugak pakai gunting.Pastu boleh rendam kejap dalam air cuka,pastu cuci lagi dengan asam jawa sampailah hilang bau hanyir ikan sepat tu.Kalau kat rumah ada belimbing buluh pun boleh guna.Ambil belimbing buluh dengan daun dia pastu ramas sekali dengan ikan sepat tu.Kompom hilang bau hanyir dia.

2-Dah siap ikan sepat, hiris bawang merah 3 biji, ketuk bawang putih 5 ulas, daun kari 3 tangkai, bunga cengkih 5, bunga lawang 3, kulit kayu manis 1, buah pelaga 5 dan satu sudu kecil biji sawi.Semua ni kita tumis dengan minyak masak sampai naik bau.


3-Dah naik bau, kita masukkan rempah kari ikan ke dalam bahan tumis ni.Boleh guna rempah kari faiza,adabi atau cap O.Aku slalu guna 2 peket pasal nak bagi kari tu likat sikit.Pastu yang ni paling penting.Kena tumis dengan bara tempurung sampailah pecah minyak.Tak boleh pi jalan mana-mana.Kena tunggu kacau selama lebih kurang 30 minit pasal tak mau rempah hangit.Nak buat gulai benda ni paling penting pasal lagi lama tumis lagi sedap gulai tu.Bagi rempah berul-betul masak dan lait (bahasa Kedah).

4-Dah pecah minyak rempah tu masukkan santan.Santan ni kita perah dari sebiji kelapa.Dah masukkan santau kacau bagi rempah yang duduk kat bontot periuk semua larut dalam santan.Pastu masukkan garam 1 camca besar,gula 2 camca besar dan ajinamoto 1 camca besar.Kalau tak mau masuk ajinamoto pun takpa.Last masukkan air asam jawa dalam besar 2 jari.

5-Dah rasa masin,manis,masam semua dah ok baru kita masukkan ikan.Ada orang dia masukkan ikan dulu baru masuk perasa.Apa yang jadi ikan tu rasa tawar yang rasa hanya kat kuah saja.Tapi kalau ikut cara ni ikan dan kuah akan ada rasa.Jadi bila makan ikan dia lebih sedap la dari ikan rasa tawar kan.Rasa kuah pulak kena bagi kuat sikit pasal kita nak makan dengan nasi.Kalau rasa kurang nanti makan dengan nasi rasa gulai tu terus jadi tawar.

6-Masa ni kita angkat sat periuk tanah dan masukkan tempurung.Tadi kita tumis semua guna bara saja.Sekarang baru kita nak guna api.Bila dah masuk tempurung baru kipas sikit pastu dia akan terbakar.Masa terbakar ni la kita letak balik periuk tanah atas dapur tanah dan masak gulai ikan sepat ni sampai mendidih.Dah mendidih boleh masukkan kacang bendi atau kalau ada kat kampung boleh masukkan buah belimbing buluh.Tapi kalau dah masuk buah belimbing buluh jangan la pulak kita masukkan lagi air asam jawa.Satgi tak jadi gulai jadi kuah asam.Kita jugak boleh masukkan 5 biji cabai melaka kat dalam gulai ni bagi ada rasa pedas-pedas sikit.Tapi cabai tu jangan ketuk ye.Masukkan sebiji-sebiji buang tangkai sahaja.

7-Dah mendidih boleh saja biar gulai ni atas dapur tanah liat tu.Bara kat bawah akan sentiasa buat gulai ni sentiasa panas untuk 1-2 jam.Jadi nak makan nasi memang akan dapat makan dengan gulai panas-panas la.



Ok.Sekian sahaja resepi gulai ikan sepat yang dimasak menggunakan dapur dan periuk tanah liat.Bila makan ni mengalir air mata rindu kat arwah tok dulu.Huhu.

Wassalam.

Saturday 2 May 2020

Pengalaman menukar tayar motorsikal ER6F 2010

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ini aku nak berkongsi dengan sahabat semua pengalaman aku menukar gelang kaki kanan dan kaki kiri bini no 4 aku si Mawar tu.Haha.Sedar tak sedar dah 4 tahun aku bersama dengan Mawar dan sekarang adalah masanya untuk aku menukar tayar depan dan belakang motorsikal ER6F aku tu yang getahnya dah mati.



Owner sebelum ni menggunakan jenama Bridgestone Battlax untuk tayar belakang dan Maxxis untuk tayar depan.Kedua-dua tayar dibuat pada tahun 2014.Jadi tayar tu sebenarnya dah 6 tahun dah umurnya.Bila dah 6 tahun ni tayar depan dah membengkak dan tidak lagi selamat untuk menunggang dengan laju.Tayar belakang jugak telah keluar angin di celah-celah rim membuatkan tayar perlu diisi angin setiap 1 bulan sekali.Tayar belakang jugak telah menerima 1 cacing.Jadi walaupun jarang-jarang aku tunggang motorsikal aku ni tetaplah kena tukar jugak tayar tu pasal dah tak selamat.


Motorcycle Tyre Size Designations


How To Read Your Motorcycle Tire Sidewall Markings - MOTORESS.com

Ok..benda pertama nak kena buat sebelum pi tukar tayar kat kedai adalah cari dulu maklumat pasal tayar dan saiz tayar.Kita boleh taip sahaja 'kawasaki ER6F 2010 spec' kat Google untuk tengok spec motorsikal kita tu.Tak kisahlah web mana pun kita masuk pastikan maklumat dia sahih la.Dari spec ni kita boleh dapatkan saiz tayar belakang adalah 160/60 17 dan tayar depan 120/70 17.Pastu ada pulak dia akan bagi code tire yang Kawasaki rekemen iaitu tayar belakang 69W dan tayar depan 58W.69 tu adalah berat yang tayar tu boleh tanggung iaitu 325kg dan max speed untuk tayar tu ditanda dengan huruf W iaitu 270km/h untuk tayar belakang.58 tu maksudnya tayar depan boleh tanggung beban sehingga 236kg dan speed W tu sehingga 270km/h.

Ok...untuk spec tayar bab size memang kita tak boleh tukar ikut suka la.Kena pakai size yang betul nanti tak masuk la kat rim kita yang saiz 17 inch tu.Bab berapa beban tayar tu boleh tanggung jugak kena pakai ikut yang kawasaki rekomen  iaitu 58 dan 69.Yang kita boleh pilih hanya code speed sahaja.Kita boleh pilih code speed ikut cara pemanduan kita.Boleh ambik code S untuk speed 180km/h atau code H untuk speed 210km/h.Ok..dah faham kan serba sikit pasal size tayar,beban yang boleh tayar tanggung dan kelajuan maksimum tayar tu boleh bawak.Untuk code yang lain korang taip saja 'tire code' kat Google untuk tengok code yang lain.Atau boleh tengok kat gambar di atas ni.

Sekarang dah selesai bab tayar size,beban maksimum dan kelajuan maksimum tayar.Sekarang kita belajar pulak pasal jenama.Antara jenama tayar yang boleh dikatakan terbaik adalah kat bawah ni.Maksudnya tayar jenama ni adalah tayar yang paling berkualiti dan mahal harganya untuk 1 set.Mahal tu maksudnya boleh bermula dari RM800 ke atas untuk satu set.

1-Michelin
2-Bridgestone
3-Pirelli
4-Metzeler

Ada jugak jenama lain yang lebih ekonomi seperti kat bawah ni

1-Kenda
2-Maxxis
3-Corsa

Jenama ni kalau baca pengalaman rider lain ada suka Michelin,ada suka Bridgestone dan ada suka Perelli.Aku tak boleh bagi perbandingan antara 3 jenama ni tapi apa yang aku boleh bagitau tayar ni ada 3 jenis iaitu hard compound,medium compound dan soft compound.Kalau hard compound sesuai untuk motor yang selalu jalan jauh,guna hari-hari dan tak suka layan corner sangat.Hard compound ni sesuai untuk motor easy rider macam Kawasaki Vulcan atau Harley Davidson tu.Medium compound untuk motor yang kita guna jalan jauh,hari-hari guna dan kadang-kadang layan corner.Tayar ni dia buat berlainan layer.Kat tengah keras dan kat tepi dia lembut sikit.Atau ada jugak panggil touring tire.Tayar yang macam ni la sesuai untuk motor ER6 pasal motor ni pun nama dia bukan superbike tapi touring bike.Akhir sekali soft compound ni untuk kita guna layan corner hujung minggu atau kat litar sepang.Tayar jenis ni paling cepat botak tapi terbaik untuk melayan corner.Banyak geng superbike akan guna tayar jenis ni.Pening la banyak jenis tayar nak kena belajar dan ambik tahu.Jangan risau.Hadam pelan-pelan.

Ok.Sekarang saya akan tulis jenis tayar yang paling direkemen oleh setiap jenama yang sesuai digunakan oleh ER6.

1-Michelin Pilot Road 4
2-Bridgestone Battlax sport touring T30,T31,BT92
3-Pirelli Rosso II,diablo Rosso II
4-Metzeler M5

Ok.Dah tahu size,max load,max speed,brand kemudian kita pilih la nak pakai tayar apa yang sesuai dengan cara pemanduan kita dan bajet kita pasal setiap tayar berbeza tujuan,keperluan dan harga.Jangan nak tukar tayar bawak saja motor ke kedai motor pastu ambik sahaja tayar yang disyorkan pomen.Depa hanya akan syorkan tayar yang depa ada stok dan nak habiskan sahaja.Kita sebagai pengguna perlu sendiri paham tayar kita supaya kita tahu tayar kita tu keadaan dia macam mana.Ada tayar yang dibuat tak sesuai untuk jalan basah.Kalau kita pilih tayar macam tu kita tahu masa hujan kita jangan layan corner.Maksudnya kita paham tayar kita dan bawak motor berdasarkan kemampuan tayar bukannya ikut kemampuan kita.Cara ini akan buat panduan atau riding kita lebih selamat.

Dah pilih jenama tayar boleh cari atau serve kat kedai motor,tengok kat shopee atau Lazada,tengok kat mudah.Tengoklah sapa yang boleh bagi kita harga terbaik.Boleh saja beli tayar yang dah berumur 1 tahun kerana tayar ini lebih murah sedikit dari harga tahun semasa.Contoh sekarang tahun 2020,takde masalah kita ambil tayar tahun 2019.

Ok.Oleh kerana motor aku ni hanya weekend bike sahaja.Sangat jarang aku guna jadi aku pilih tayar murah sahaja.Aku beli kat shopee tayar belakang size 160/60 17 jenama Bridgestone Battlax 016 69W tahun 2019 second hand dengan harga RM160 sahaja.Walaupun second hand tapi bunga masih ada dalam 70 peratus dan tayar depan aku beli size 120/70 17 jenama Kenda K6010 58H tahun 2019 baru dengan harga RM145.Pastu bawak ke Mubarak Motor di Bertam,Penang untuk pasang dengan kos RM50 termasuk balancing.Jadi jimat jugak la aku tukar tayar pada kali ni.

Lepas ni kalau aku tukar set rantai dan sprocket aku cerita pulak pasal rantai dan sprocket ni.

Ok.Semoga perkongsian saya ini boleh memberi manfaat kepada rider rider ER6.Terima kasih.

Wassalam