Saturday, 2 May 2020

Pengalaman menukar tayar motorsikal ER6F 2010

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ini aku nak berkongsi dengan sahabat semua pengalaman aku menukar gelang kaki kanan dan kaki kiri bini no 4 aku si Mawar tu.Haha.Sedar tak sedar dah 4 tahun aku bersama dengan Mawar dan sekarang adalah masanya untuk aku menukar tayar depan dan belakang motorsikal ER6F aku tu yang getahnya dah mati.



Owner sebelum ni menggunakan jenama Bridgestone Battlax untuk tayar belakang dan Maxxis untuk tayar depan.Kedua-dua tayar dibuat pada tahun 2014.Jadi tayar tu sebenarnya dah 6 tahun dah umurnya.Bila dah 6 tahun ni tayar depan dah membengkak dan tidak lagi selamat untuk menunggang dengan laju.Tayar belakang jugak telah keluar angin di celah-celah rim membuatkan tayar perlu diisi angin setiap 1 bulan sekali.Tayar belakang jugak telah menerima 1 cacing.Jadi walaupun jarang-jarang aku tunggang motorsikal aku ni tetaplah kena tukar jugak tayar tu pasal dah tak selamat.


Motorcycle Tyre Size Designations


How To Read Your Motorcycle Tire Sidewall Markings - MOTORESS.com

Ok..benda pertama nak kena buat sebelum pi tukar tayar kat kedai adalah cari dulu maklumat pasal tayar dan saiz tayar.Kita boleh taip sahaja 'kawasaki ER6F 2010 spec' kat Google untuk tengok spec motorsikal kita tu.Tak kisahlah web mana pun kita masuk pastikan maklumat dia sahih la.Dari spec ni kita boleh dapatkan saiz tayar belakang adalah 160/60 17 dan tayar depan 120/70 17.Pastu ada pulak dia akan bagi code tire yang Kawasaki rekemen iaitu tayar belakang 69W dan tayar depan 58W.69 tu adalah berat yang tayar tu boleh tanggung iaitu 325kg dan max speed untuk tayar tu ditanda dengan huruf W iaitu 270km/h untuk tayar belakang.58 tu maksudnya tayar depan boleh tanggung beban sehingga 236kg dan speed W tu sehingga 270km/h.

Ok...untuk spec tayar bab size memang kita tak boleh tukar ikut suka la.Kena pakai size yang betul nanti tak masuk la kat rim kita yang saiz 17 inch tu.Bab berapa beban tayar tu boleh tanggung jugak kena pakai ikut yang kawasaki rekomen  iaitu 58 dan 69.Yang kita boleh pilih hanya code speed sahaja.Kita boleh pilih code speed ikut cara pemanduan kita.Boleh ambik code S untuk speed 180km/h atau code H untuk speed 210km/h.Ok..dah faham kan serba sikit pasal size tayar,beban yang boleh tayar tanggung dan kelajuan maksimum tayar tu boleh bawak.Untuk code yang lain korang taip saja 'tire code' kat Google untuk tengok code yang lain.Atau boleh tengok kat gambar di atas ni.

Sekarang dah selesai bab tayar size,beban maksimum dan kelajuan maksimum tayar.Sekarang kita belajar pulak pasal jenama.Antara jenama tayar yang boleh dikatakan terbaik adalah kat bawah ni.Maksudnya tayar jenama ni adalah tayar yang paling berkualiti dan mahal harganya untuk 1 set.Mahal tu maksudnya boleh bermula dari RM800 ke atas untuk satu set.

1-Michelin
2-Bridgestone
3-Pirelli
4-Metzeler

Ada jugak jenama lain yang lebih ekonomi seperti kat bawah ni

1-Kenda
2-Maxxis
3-Corsa

Jenama ni kalau baca pengalaman rider lain ada suka Michelin,ada suka Bridgestone dan ada suka Perelli.Aku tak boleh bagi perbandingan antara 3 jenama ni tapi apa yang aku boleh bagitau tayar ni ada 3 jenis iaitu hard compound,medium compound dan soft compound.Kalau hard compound sesuai untuk motor yang selalu jalan jauh,guna hari-hari dan tak suka layan corner sangat.Hard compound ni sesuai untuk motor easy rider macam Kawasaki Vulcan atau Harley Davidson tu.Medium compound untuk motor yang kita guna jalan jauh,hari-hari guna dan kadang-kadang layan corner.Tayar ni dia buat berlainan layer.Kat tengah keras dan kat tepi dia lembut sikit.Atau ada jugak panggil touring tire.Tayar yang macam ni la sesuai untuk motor ER6 pasal motor ni pun nama dia bukan superbike tapi touring bike.Akhir sekali soft compound ni untuk kita guna layan corner hujung minggu atau kat litar sepang.Tayar jenis ni paling cepat botak tapi terbaik untuk melayan corner.Banyak geng superbike akan guna tayar jenis ni.Pening la banyak jenis tayar nak kena belajar dan ambik tahu.Jangan risau.Hadam pelan-pelan.

Ok.Sekarang saya akan tulis jenis tayar yang paling direkemen oleh setiap jenama yang sesuai digunakan oleh ER6.

1-Michelin Pilot Road 4
2-Bridgestone Battlax sport touring T30,T31,BT92
3-Pirelli Rosso II,diablo Rosso II
4-Metzeler M5

Ok.Dah tahu size,max load,max speed,brand kemudian kita pilih la nak pakai tayar apa yang sesuai dengan cara pemanduan kita dan bajet kita pasal setiap tayar berbeza tujuan,keperluan dan harga.Jangan nak tukar tayar bawak saja motor ke kedai motor pastu ambik sahaja tayar yang disyorkan pomen.Depa hanya akan syorkan tayar yang depa ada stok dan nak habiskan sahaja.Kita sebagai pengguna perlu sendiri paham tayar kita supaya kita tahu tayar kita tu keadaan dia macam mana.Ada tayar yang dibuat tak sesuai untuk jalan basah.Kalau kita pilih tayar macam tu kita tahu masa hujan kita jangan layan corner.Maksudnya kita paham tayar kita dan bawak motor berdasarkan kemampuan tayar bukannya ikut kemampuan kita.Cara ini akan buat panduan atau riding kita lebih selamat.

Dah pilih jenama tayar boleh cari atau serve kat kedai motor,tengok kat shopee atau Lazada,tengok kat mudah.Tengoklah sapa yang boleh bagi kita harga terbaik.Boleh saja beli tayar yang dah berumur 1 tahun kerana tayar ini lebih murah sedikit dari harga tahun semasa.Contoh sekarang tahun 2020,takde masalah kita ambil tayar tahun 2019.

Ok.Oleh kerana motor aku ni hanya weekend bike sahaja.Sangat jarang aku guna jadi aku pilih tayar murah sahaja.Aku beli kat shopee tayar belakang size 160/60 17 jenama Bridgestone Battlax 016 69W tahun 2019 second hand dengan harga RM160 sahaja.Walaupun second hand tapi bunga masih ada dalam 70 peratus dan tayar depan aku beli size 120/70 17 jenama Kenda K6010 58H tahun 2019 baru dengan harga RM145.Pastu bawak ke Mubarak Motor di Bertam,Penang untuk pasang dengan kos RM50 termasuk balancing.Jadi jimat jugak la aku tukar tayar pada kali ni.

Lepas ni kalau aku tukar set rantai dan sprocket aku cerita pulak pasal rantai dan sprocket ni.

Ok.Semoga perkongsian saya ini boleh memberi manfaat kepada rider rider ER6.Terima kasih.

Wassalam

No comments:

Post a Comment