Friday 11 September 2015

Ilmu Menunggang Superbike 1

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin bercerita tentang selok belok untuk menunggang superbike.Mungkin di luar sana ada kawan-kawan yang bercita-cita seperti saya yang pada suatu hari nanti akan memiliki sebuah superbike idaman.Sebelum kita memiliki superbike, kita kena juga bersiap sedia daripada segi mental,fizikal dan ilmu menunggang yang mencukupi supaya perjalanan kita menunggang superbike selamat dan dalam kawalan.Jangan biarkan superbike yang kawal kita tapi kita kena pastikan kitalah yang mengawal superbike tersebut.

"Tidak kisah berapa besar cc motor yang kita pakai tetapi yang perlu kita kisahkan adalah berapa besar ilmu menunggang yang kita ada supaya boleh "ride" dengan selamat"

Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang tajuk ni kerana sekarang ini terlalu mudah untuk kita memiliki sebuah superbike.Kalau tahun-tahun yang sebelum ni kita hanya boleh membeli secara tunai.Kalau berhutang pun hanya ada hutang kedai dengan kadar interest 10% ataupun 12%.Ada juga yang membeli superbike menggunakan personal loan supaya boleh membeli dengan kadar interest yang lebih rendah.Oleh sebab susah nak beli jadi bikers selalunya akan membeli motor dengan cc yang lebih kecil dahulu seperti 250cc sebelum upgrade ke cc yang lebih besar seperti dari 250cc ke 600cc kemudian ke 1000cc.Tapi sekarang ni, dengan adanya AEON kredit dan bank-bank yang lain banyak menawarkan loan superbike yang lebih rendah interestnya (4%-6%) menyebabkan ramai bikers terus membeli superbike yang ber cc besar terus.Terutama di kalangan kakitangan kerajaan yang boleh membuat loan sehingga 10 tahun menyebabkan mereka terus menyambar superbike 1000cc.Tapi, tanpa ilmu yang cukup untuk menunggang superbike 1000cc akan membuatkan mereka sebenarnya membuat keputusan untuk membunuh diri.Sebab itu kalau dulu jarang kita nak dengar bikers yang menunggang superbike ni terlibat dengan kemalangan tapi sekarang ni banyak pula kes-kes kemalangan yang melibatkan superbike.

Kategori Penunggang Beginner

Pada pendapat saya, mereka yang layak digelar beginner iaitu rider yang masih belum bersedia untuk memiliki superbike adalah golongan kat bawah.

1-Mereka yang tidak pernah,jarang-jarang ataupun tidak confident menunggang motorsikal kapcai.Ini adalah tahap yang paling rendah.Kalau tahap ini terus nak pakai superbike memang akan cari penyakit la.

2-Mereka yang masih menunggang kapcai sebagai kenderaan harian.Menunggang kapcai tidak sama dengan menunggang superbike dari segi 
  • Berat motor.Kebanyakkan superbike beratnya dalam lingkungan 180kg hingga 220kg.Membawa motor yang berat memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawalnya.Kita juga tak boleh guna kaki saja untuk menolak motor seperti kapcai.Kena turun dari superbike dan tolak dengan kedua belah tangan.Ini kes kat tempat parking.
  • Cara brek.Kalau kita naik kapcai kita selalunya akan brek menggunakan kaki iaitu menggunakan brek belakang.Amat jarang kita menggunakan tangan untuk membrek iaitu brek depan kecuali sewaktu emergency stop.Dalam kelas sewaktu ambil lesen B2 pun kita diajar untuk menggunakan brek belakang sewaktu membrek.Tapi apabila kita menunggang superbike kita dimestikan menggunakan tangan untuk brek iaitu brek depan.Dengan double dics brek yang ada pada sebuah superbike peratus untuk motor berhenti sewaktu menggunakan brek depan adalah 70%.Kalau kita membawa tabiat membrek menggunakan brek belakang ditakuti disc brek akan terkunci dan kita akan slide atas jalan raya terutamanya sewaktu jalan basah.
  • Cara membelok.Kalau kita menunggang kapcai kepala motor akan ikut sekali sewaktu membelok tak sama macam superbike yang hanya handle sahaja membelok tapi firing masih tegak.Mereka yang lama menunggang kapcai akan sedikit rasa pelik sewaktu membelok menggunakan superbike.Lagi satu apabila membelok dengan menggunakan superbike, kita perlu menyendengkan sedikit badan kita menurut arah membelok supaya berat badan kita dapat menyeimbangkan daya emparan sewaktu membelok.Dalam bahasa mudah, naik kapcai tak perlu turun badan tapi naik superbike perlu turun badan dan buka kaki sewaktu membelok pada kelajuan yang lebih tinggi daripada kapcai.
  • Kelajuan.Rata-rata kelajuan kapcai maximum pun boleh pergi sampai 120km/h (bawah 120cc) tapi kelajuan superbike boleh membawa kita sehingga 300km/h (Kawasaki H2).Motor saya ER6F boleh pergi sehingga 212km/h.Jadi sewaktu menunggang pada kelajuan yang tinggi ini, kepekaan terhadap persekitaran keliling amatlah penting bagi menjamin keselamatan diri.
  • Kos penyelengaraan.Nak pakai superbike ni kena rajin menabung pasal kos penyelengaraannya amat tinggi jika hendak dibandingkan dengan kapcai.Antara kos wear and tear yang boleh saya listkan ialah tayar,rantai dan spoket,minyak hitam,coolant,oil filter,bateri dan sebagainya.Jika ada yang rosak lagi la tinggi kosnya.Saya akan ceritakan secara details semua kos ni dalam posting yang akan datang.
Kategori Penunggang Novice

Pada pendapat saya mereka yang layak untuk memiliki superbike ialah apabila kita pernah membawa motorsikal 150cc 2 Stroke ataupun 250cc 4 Stroke.Hanya motorsikal ini sahaja yang boleh dikatakan hampir-hampir menyamai dengan pengalaman membawa superbike yang sebenar dari semua segi.Saya sendiri juga membawa Kawasaki Kips ZSR Cyclone dahulu selama 3-4 tahun untuk memahirkan diri dengan teknik dan cara menunggang.Apabila kips saya hilang kena kebas dengan malaun saya hanya menggunakan Honda Wave sahaja sebagai tunggangan harian.Walaupun begitu, tabiat membrek dengan menggunakan brek depan tidak saya ubah walaupun dengan menunggang kapcai.Jadi saya tidak kekok la sangat sewaktu menunggang ER6F saya sekarang.Saya nasihatkan kawan-kawan beli dahulu motorsikal 150cc seperti Yamaha TZM atau Kawasaki Kips.Tak pun beli saja dahulu yang 250cc seperti Naza Blade 250R,Kawasaki Ninja 250,Yamaha Y25,Kawasaki ZZR 250 dan sebagainya.Biasakan diri dahulu dengan feel dan kelajuan motorsikal ini sebelum beralih ke cc yang lebih besar seperti 600cc.

"Memiliki lesen B Full bukannya syarat yang anda cekap dalam menunggang superbike.Ia hanyalah syarat untuk melayakkan anda membawa superbike di jalan raya sahaja"


Ini terjadi kepada diri saya sendiri.Saya mempunyai lesen B full sewaktu tahun 2008 lagi.Ada lesen tapi takde motor.Hehe.Apabila mendapat lesen saya pun meminjam la motor Pak Njang saya Kawasaki Vulcan 500 untuk dibawa balik ke Kulim.Dalam perjalanan, ada sebuah treler yang masuk ke dalam jalan saya dari sebuah simpang tanpa melihat pada kelajuan saya.Akibat kurang pengalaman membuat emergency brek menyebabkan motorsikal Pak Njang saya tu slide dan terus terbalik.Helmet saya terpelanting menyebabkan kepala saya tiada lagi protection.Yela pakai helmet biasa sahaja.Bukannya Fullface.Nasib la saya tidak pejam mata dan masih boleh berfikir supaya mendongakkan kepala supaya kepala saya tidak terseret kat jalan.Yang terseret hanyalah punggung sahaja.Cuma malangnya tangan tidak sempat saya simpan celah telur.Huhu.Jadi luka panjang juga la kat siku sampai kena jahit akibat tak simpan tangan celah kangkang.

Antara Sebab Superbike Mengalami Kemalangan
  1. Hilang kawalan sewaktu membelok di selekoh (overshoot)
  2. Tayar slide di atas jalan raya yang basah sewaktu menggunakan brek belakang
  3. Hilang kawalan sewaktu memecut pada kelajuan tinggi terutama apabila terjadi angin lintang.
  4. Kereta masuk ke line kanan tanpa memberi signal atau gagal mengukur kadar kelajuan superbike sebelum masuk ke line kanan di highway.
Selepas ini untuk posting yang akan datang saya akan share ilmu menunggang motorsikal daripada buku Riding Tips keluaran Motorcycle Safety Foundation (MSF).Buku ni dalam bahasa English jadi saya terjemahkan sahaja dalam Bahasa Melayu.Yela.Bukan semua budak Melayu faham baca buku English kan terutama mat-mat rempit ni.Ilmu ni untuk yang baru bercita-cita nak memiliki superbike bukannya yang dah memiliki.Jadi diharap boleh la memberi sedikit ilmu terutama kepada kaki rempit yang jenis tak sayang nyawa kan.Kita belajar teori dahulu sebelum praktis ok.

"Motor ada sparepart tapi nyawa manusia takde spare cik oiii"

Wasalam.

9 comments:

  1. asalam, nama saya arif arifin.pertama kali mengakses blog anda. asalnya hanya mencari kaedah menanam serai,akhirnya terlajak ke topik kegemaran saya iaitu permotoran. meskipun sudah bersara,namun jiwa saya masih "muda" dan dapat mengikuti topik yang ada di blog anda. termasuklah tentang topik pelaburan dsb. saya tabik pada sikap anda yang tidak "terikat" dengan mainstream mindset di mana bekerja makan gaji yg stabil tapi "mengikat" kebebasan. saya yakin anda akan 'bebas' dan menjadi diri impian anda sedikit masa lagi.... anda dalam perjalanan...
    pun anda telah mengapai ultimate dream anda yakni superbike...unlike me...

    ReplyDelete
  2. wsalam,terima kasih abg arif kerana sudi membaca tulisan saya.perjalanan saya untuk bebas masih jauh lagi..ataupun bahasa mudahnya financial freedom..hehe...tapi insyaallah dengan doa dari abg dan usaha saya boleh berhasil.saya juga doakan supaya impian abg nak pakai superbike termakbul.insyaallah.

    ReplyDelete
  3. Salam . Good info .
    Baru bercadang nak ambik R25 tapi nak pakai atas tujuan saja saja nak merasa . Rasa macam membazir pulak bila fikirkan maintenance road tax petrol dll . Lepas baca entry ni terus rasa cancel nak beli R25 sbb fizikal mungkin dah bersedia (bulanan)tapi mental mungkin belum .Terima kasih untuk info yang sgt membuka minda ni . Better simpan duit beli rumah nak kawin lagi bagus . InsyaAllah . Semoga terus berjaya bro .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli superbike setelah saya kawin,beli rumah,beli tanah dan rasa mampu untuk bela superbike ni...jadi sahabat telah buat satu tindakan yang bijak..lgpun kalau sahabat beli r25 banyak keburukkannya..antaranya harga yang mahal tapi 250cc sahaja...engin pakai single piston...klu bawak dok sebelah kapcai orang tak sedar pun pasal tak dengar macam bunyi superbike...bila sahabat dah pakai 2 3 bulan confirm nak jual pasal tak puas..dah rugi 5-6k...nak beli untuk belajar pakai jek tzm atau kips dulu...dah mahir dan mampu beli terus yang 600cc...lebih berbaloi dan lebih jimat duit...

      Delete
    2. R25 double piston .. sebenarnya rasa tak puas tu bila member kasi test sisi yang lebih besar. Saya pun asalnya pakai r25, lepas member kasi test r6, terus saya upgrade zx10r .. zaman sekarang superbike dah berteknologi elektronik, kalau ada duit lebih, beli saja yang cc besar terus.jimat kat situ, safety pon ada. Cuma pengalaman tu tetap kena ada, at least connering kena tahu cara, brake kena tahu juga. Lagi 1, sentiasa berjaga jaga

      Delete
  4. Hi.. sy bru beli r25.. sblm ni xpnh bwk mtor clutch..sy pn tggu lama bru dpt beli motor bsr..sbb utamakan yg pting dhulu.. beli rumah kahwin lps tu bli 1 lg rumah dn bru bli motor.. bila da beli pergh seronok lain mcm la.. xrsa myesal rs nk naik je siang mlm tringat2.. info bos mmg tbaek.. smoga abg kt atas tu yg bhajat nk beli superbike termakbul amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama sekali tahniah kerana mampu untuk membeli dan membela superbike ni...walaupun bersaiz 250 cc tetapi saya faham perasaannya menunggu lama sebelum boleh memilikinya...250cc pun sebenarnya dah cukup untuk kita merasai pengalaman membawa superbike..cuma nasihat saya kalau boleh jangan join konvoi kawan-kawan yang mempunyai motorsikal yang lebih besar cc nya supaya kita boleh stay dengan 250cc dalam jangka masa yang lama...kalau kita pakai 250cc masuk group yang 500cc ke atas memang tak lama la kita pakai 250cc ni...sure rasa nak upgrade cepat punya...

      Delete
  5. nice post, keep up with this interesting work. It really is good to know that this topic is being covered also on this web site so cheers for taking time to discuss this! indian motorcycle tours

    ReplyDelete