Thursday 3 September 2015

Kuih Sepit Perindu Tok Kiah Yang Terlajak Laris

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang pengalaman isteri dan ibunya mengusahakan pembuatan kuih sepit secara kecil-kecilan.Idea yang sebenarnya telah pun lama tersimpan kerana masalah masa akhirnya telah pun berjaya direalisasikan pada bulan 5 yang lepas dan dengan tidak disangka-sangka permintaannya amatlah mengalakkan.Sehinggalah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lepas mak mertua dan isteri terpaksa membuat sehingga 370, 000 keping kuih sepit untuk memenuhi permintaan pelanggan.Isteri saya terpaksa berada di rumah ibunya selama sebulan pada bulan puasa dan saya pula terpaksa berbuka puasa seorang diri di rumah dan pada hujung minggu barulah saya akan balik ke rumah mertua.Inilah pengorbanan yang saya perlu lalui apabila kuih sepit perindu tok kiah laris sampai tak menang tangan nak buat time Raya haritu.Isteri dan mak mertua pula terpaksa bekerja keras satu hari 3 shift daripada pagi selepas makan sahur sampailah ke malam pukul 12 setiap hari untuk menyiapkan kuih.Sekali tengok pun saya dah letih.Huhu.Tapi berkat kesabaran dan ketekunan mereka membuat kuih, pada tahun ini mereka boleh beraya dengan hati yang sangat gembira apabila dapat menikmati hasil keuntungan membuat kuih.Terus terang saya cakap pada raya kali ini isteri saya yang lebih banyak belanja baju raya saya dan anak-anak.Bukan pasal dia banyak duit tapi sebagai cara untuk mengurangkan beban saya sewaktu musim perayaan.


Inilah yang pernah dikatakan oleh Dr Azizan supaya kita jangan memandang sesuatu perniagaan itu sebagai satu perniagaan yang kecil.Kadang-kadang benda yang kecil itulah yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada taukenya.Dia pernah memberi contoh seorang yang berniaga kerongsang.Memanglah kerongsang itu kecil tapi kalau sudah supply satu Malaysia tak ke banyak untungnya.Samalah juga sebuah kedai di Jalan Chai Leng Park Penang yang hanya menjual screw sahaja.Screw ni sebiji baru 1 kupang tak pun 2 kupang.Sekali beli tak habis pun RM10.Tapi berkat kesabaran mereka berniaga sampai ke tua Cina tu hidup dengan menjual screw sahaja.Saya ingat kalau bagitau nama syarikat mereka satu Penang dan Kedah boleh tau.Samala juga masa mula-mula mereka nak menjual kuih sepit.Mereka memandang yang kuih sepit ni kecil dan boleh laku ka.Bila sekali dah mula sekarang ni sampai tak menang tangan nak buat.


Saya memandang kuih sepit perindu tok kiah ni boleh pergi jauh jika betul-betul berusaha untuk mengembangkannya.Kekuatan kuih ini sebenarnya terletak kepada resepinya yang memang sudah turun-temurun tok kiah buat dari dulu lagi sampaikan pelanggan penah tegur yang kuih sepit ni rasa macam kuih sepit Cina dan tekniknya pula macam Cina buat.Mungkin dia penah makan kuih sepit Cina la kot.Huhu.Kuih sepit yang berkualiti mestilah nipis supaya ia ranggup,berkilat, tidak terlebih masak ataupun kurang masak,gebu dan halus.Rasanya pula mestilah tak terlalu manis dan tak terlalu lawar.Sedap-sedap sahaja.


Oleh itu kalau ada sahabat yang mahu order jangan segan-segan ye.


2 comments:

  1. Asalam, tahniah kerana venture kuih sepit ini membuahkan hasil. Teruskan usaha... cuma kalau boleh saya nak bagi saranan mengenai pembungkusan,lebih tepat lagi pelabelan. Ada baiknya pada pendapat saya jika label itu ditingkatkan dari segi presentasinya. Yang ada ini terlalu simple, computer print je,, apakata jika diupgradekan sedikit supaya nampak
    lebih pro and komersial? Hanya cadangan dari saya....Contohi Jepun yang mementingkan sudut presentation / packaging dalam produknya...Wasallam

    ReplyDelete
  2. Wsalam.Terima kasih atas pendapat abg arif.Insyaallah label tu akan ditukar dalam masa terdekat.

    ReplyDelete