Monday 16 February 2015

Cara-Cara Menanam Serai

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada mulanya, saya berkira yang menanam serai ni adalah mudah sahaja dan sesiapa sahaja boleh menanamnya.Tapi selepas jiran saya sendiri bertanya macam mana nak tanam sedangkan dia sudah 2 kali tanam tapi tidak berjaya membuatkan saya perlu menulis cara-cara yang betul untuk menanam serai.Kita sebagai masyarakat Melayu sebenarnya telah pun menjadi darah daging kita dalam ilmu tanaman dan ternakan.Tetapi dengan lahirnya generasi Melayu sekarang yang hanya tahu membeli tapi tidak tahu menanam membuatkan menanam serai adalah susah.Tapi tak mengapa, jangan risau.Saya akan menerangkan cara-cara untuk menanamnya dengan terperinci mengikut pengalaman saya.

1-Mendapatkan anak benih

Kita boleh mendapatkan anak benih daripada pasar tani atau kedai-kedai runcit sahaja.Sebelum beli rancang dahulu berapa rumpun kita nak tanam.Contohnya kalau nak buat 10 rumpun, setiap rumpun kita letak 5 anak benih.Jadi kita kena beli 50 batang serai sebagai anak benih kita.Kita juga boleh memilih mahu menanam serai peha ayam ataupun serai kampung.Saya menanam serai peha ayam di halaman rumah saya.

2-Merendam anak benih dalam air

Saya pernah mencuba tanam terus benih serai ke tanah tapi ada yang hidup dan ada yang mati.Selalunya benih yang kita beli dari pasar tani telah dibersihkan dan tiada akar membuatkan anak benih kita susah nak hidup.Jadi kita perlu merendam semua benih kita dalam jag air.Kenapa perlu dalam jag air?Kerana jag air dibuat daripada kaca dan lutsinar.Jadi kita boleh melihat takat air yang kita masukkan ke dalam jag.Nak pakai jag plastik pun boleh asalkan lutsinar.Kita tegakkan semua benih serai dalam jag dan masukkan air cukup setakat sampai perut anak benih serai sahaja.Kebiasannya akar benih anak serai akan tumbuh selepas 4 hari kita merendamnya.

3-Menyediakan tanah untuk tanaman serai

Serai memerlukan tanah yang sedikit padat untuk membolehkan anak benih berdiri tegak dan tidak mudah tumbang.Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik / tanam merah dengan tanah bakaran sampah.Jangan guna tanah hitam yang kita beli dari nurseri pokok atau pasar raya tu.Tanah tu jenis poros dan tidak dapat menyokong anak benih serai.Buatlah 10 longgok tanah dengan jarak 3x3 kaki sebagai jarak minimum.Nak jarak yang lebih besar pun ok.

4-Menyiram air ke longgokan tanah

Kita perlu menyiram longgokan tanah terlebih dahulu sebelum kita menanam anak benih supaya tanah longgok ini menjadi lembut dan sedikit melekit-lekit.Ini penting untuk memastikan anak benih boleh ditanam dengan elok dan sebagai medium untuk serai mengeluarkan daun.Pastikan longgokkan tanah ini kita jadikan seperti doh dan diletakkan di atas tanah.Tanam serai tidak memerlukan kita mencangkul tanah atau mengoreknya.Cukup sekadar letakkan longgokan tanah sahaja.Kalau tanah di rumah kita jenis tanah yang keras, barulah kita mencangkul sedikit untuk melembutkannya.Kita juga boleh menanamnya dengan membuat batas-batas.Nak tanam dalam pasu pun boleh.


5-Menanam benih serai ke longgokan tanah atau batas.

Ini adalah satu proses yang amat penting.Pastikan kita menanam serai dengan kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.Yang akan hidup adalah anak serai yang akan keluar daripada benih serai dan bukannya benih serai itu sendiri yang akan tumbuh.Kita boleh menanam benih itu secara menegak ataupun serong.Jika kita tanam menegak, nanti di tengah rumpun serai kita akan ada lompang kerana benih serai akan mati.Yang akan hidup hanyalah anak serai yang keluar daripada benih sahaja.Sebab itu tanah yang padat dan melekit amat pentng untuk menampung berat benih serai supaya tidak tumbang kerana kita tidak tanam serai dengan dalam.Cukup sekadar tengelam akar di bawah perut serai sahaja.Lagi banyak benih serai yang kita letak, lagi besar rumpun serai yang akan jadi.Sebab itu kita boleh meletakkan lebih daripada 5 anak benih pada setiap longgokan tanah.

6-Kekerapan menjirus air.

Kita perlu menjirus sekurang-kurangnnya 2 kali sehari iaitu semasa awal pagi dan petang untuk memastikan serai kita tumbuh dengan sihat dan cepat.Selepas 7 hari barulah kita boleh mengurangkan siraman air kepada 1 kali sehari.Pastikan sewaktu menyiram, anak benih tidak tumbang daripada tanah.

7-Pembajaan

Serai yang saya tanam tidak menggunakan apa-apa baja.Tapi kalau nak guna bolehlah guna baja pengalak daun sahaja.Belilah apa-apa sahaja jenis baja tapi baja yang terbaik adalah baja yang bersifat larutan dan bukannya baja yang berbentuk pepejal atau pun butiran.Baja dalam bentuk larutan lebih mudah diserap oleh serai berbanding butiran.

8-Pantang larang serai

Jangan sesekali kita mengerat rumpun daun serai sewaktu serai dalam proses pembesaran.Kadang-kadang orang kita lebih suka mengerat daunnya supaya nampak cantik dan tidak semak.Tetapi akibatnya membuatkan serai kita tumbuh melidi dan tidak gemuk kerana serai akan menggunakan tenaganya untuk kembali menumbuhkan daun.Biarkan sahaja rumpun serai membesar dan menjadi semak sehinggalah sampai masa untuk kita menuainya.Kita boleh menuainya apabila melihat daunnya sudah bertukar menjadi hijau tua dan kasar.Batang-batangnya juga sudah besar dan gemuk-gemuk.

9-Cara menuai serai

Pastikan kita memakai baju lengan panjang,seluar panjang,kasut bertutup dan sarung tangan jenis kain sewaktu mahu menuai serai.Ini adalah untuk mengelakkan kita mendapat miang daripada daun serai.Kita juga mahu mengelak daripada mendapat luka kerana daun serai ini tajam.Kita mulakan menuai dengan mengerat semua daun yang ada di rumpun serai.Kita boleh menggunakan pisau ataupun gunting.Selepas kita ketepikan daunnya, barulah senang untuk kita mencangkul rumpun serai itu.Kita cangkul rumpun serai biar keluar serumpun terus.Sebenarnya tidak teruk pun nak cangkul rumpun serai ni kerana serai tidak tumbuh dalam.Ia tumbuh hanya sekadar di permukaan tanah sahaja.Dari rumpun serai inilah kita asingkan setiap batang serai dengan menggunakan pisau.


10-Mengasingkan serai

Dalam satu rumpun serai pasti ada batang serai yang gemuk, yang masih muda dan batang yang kurus melidi.Kita kena asingkan serai yang gemuk dan serai yang kurus ni.Serai yang gemuk bolehlah kita jualnya di pasar tani ataupun pasar borong.Harga bagi sekilo serai di tempat saya adalah RM2.00 sekilo.Jika kita menjualnya sendiri di pasar tani, harganya dikira menggunakan batang.I batang kalau tak silap RM10 sen hingga RM20 sen.Satu rumpun serai kita boleh dapat dari 1kg hingga 2 kg serai.Bergantung kepada baja dan air yang kita beri kepada serai kita.Serai yang kurus melidi jangan la pula kita buang.Kita boleh menggunakannya untuk projek tanaman serai fasa 2 pula.Jadi kita hanya perlu beli benih sekali sahaja seumur hidup.Benih serai untuk kali kedua tanaman dan seterusnya hanya menggunakan benih dari rumpun serai itu sendiri.

11-Benih daripada rumpun serai

Benih yang kita ambil daripada rumpun serai tidak perlu lagi kita merendamnya dengan air kerana sudah mempunyai akar.Jadi kita boleh tanam terus ke tanah dengan mengikut sahaja dari langkah 3 hingga seterusnya.Jadi langkah ini akan berterusan sehinggalah kita tengok serai pun sudah muak.

Saya berharap ilmu yang saya kongsi ini boleh memberi manfaat kepada sahabat semua.Walaupun ia hanya sekadar serai tetapi sebenarnya sudah ramai yang berjaya meraih pendapatan yang lumayan melaluinya.Setakat artikel ini ditulis, tidak pernah lagi mana-mana peruncit atau pemborong yang akan menolak untuk membeli serai saya walaupun serai yang saya mahu jual hanyalah sekadar 1kg dan ditanam dihalaman rumah sahaja.Serai amat penting dalam kehidupan saya kerana saya suka makan tomyam,ikan masak stim,sate dan buat bbq ayam.Semuanya amatlah memerlukan serai.

Wassalam.

66 comments:

  1. Patutla..kali pertama cuba serai lebat..,hentam je tanam...kali kedua mati..rasa sbb tanam tutup perut..tq utk pkongsian

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi membaca dan semoga memberi manfaat kepada emily

    ReplyDelete
  3. Ringkas dan mudah difahami!
    Berapa lama tempoh untuk tanaman serai dapat dituai?
    Teruja untuk mencubanya ^_^

    ReplyDelete
  4. mengikut pengalaman saya serai boleh dituai dari 6 bulan sampailah ke 8 bulan...tengok pada kekerapan kita menjirus air...kalau time musim hujan memang cepatlah dia matang...paling penting tengok dulu daun serai tu..kalau dah jadi kasar,warna hijau tua dan dah jadi macam daun lalang boleh la tuai rumpun serai tu..

    lagi satu kalau dalam kat ats saya bagitau boleh tanam semula pakai anak serai tp mengikut pengalaman saya kalau tanam pakai anak serai serai tu lambat membesar...lebih bagus tanam serai yang dah matang sebagai anak benih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM SAUDARA SEKIRANYA TANAM SERAI YANG SUDAH MATANG ADAKAH PERLU MERENDAM DAUNNYA TERLEBIH DAHULU ATAUPUN TERUS TANAM SAHAJA

      Delete
    2. serai yang paling penting kena tanam benih yang sudah ada akar ataupun yang kita rendam sepuya akar dia tumbuh..kalau kita ambil dari rumpun batang serai matang yang sudah ada akar dah tak perlu rendam batang tu lagi...tapi kalau kita beli benih serai daripada pasar yang sudah dicuci..kita kena rendam dahulu supaya tumbuh akar supaya senang hidup bila tanam

      Delete
    3. Skrg musim kering...serai kena siram ke

      Delete
  5. Kalau ada tanah dan dh tanam serai kita nak meracun x....
    Dan bleh x tanam di tanah gambut.....

    ReplyDelete
  6. selalunya tanah yang kita tanam serai ni rumput payah nak tumbuh pasal serai akan serap nutrien tanah dan lagi satu daun serai akan lindung rumput kat bawah.Jadi rumpunt payah tumbuh.tanah akan semak kalau kita tanam serai setiap rumpun tu jarak dia besar sgt..kalau kes macam ni kena racun la...tapi pakai racun yang bila kita sembur rumput cepat naik kuning tu...bukan racun lalang yang kita sembur 1 minggu baru mati...takut nanti sekali dengan serai mati kena racun...kalau tanam setiap rumpun ikut jarak yang betul insyaallah memang takkan ada rumput yang tumbuh..hanya semak dengan daun serai sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya perlu guna racun paraquat (kopi-o) cepat kuning, daripada racun ecomax (tong hijau)

      Delete
  7. serai amat sesuai dengan tanah gambut...

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan, saya tinggal di negara 4 musim. Serai disini sgtlah mahal. Jadi saya nak minta pendapat tuan cara2 nak tanam serai dari serai yang saya beli ini. Perlu ke saya rendam Dalam air sehingga akarnya tumbuh & selepas itu tanam dlm pasu? Juga adakah serai perlu cahaya matahari yang banyak utk hidup?

    ReplyDelete
  9. Wsalam..saya nak jawab pertanyaan shizuka ni pun saya tak pasti pasal saya tak pernah tanam serai di negara jepun.Tapi apa yang saya boleh jawab tanam serai yang sudah berakar peratus untuk serai tu hidup adalah lebih tinggi daripada tanam benih yang tidak ada akar.Kalau nak serai tu hidup subur kena tanam direct ke tanah dan bukannya dalam pasu..kalau tanah tu tak subur ataupun tanah keras boleh ja guna cangkul untuk korek lubang sebesar 1kaki x 1 kaki x 1 kaki dalam dan isikan dengan tanah kompos yang subur sebagai medium tanaman...boleh la try tengok tanam kat jepun samaada sesuai ke tak...tapi dari apa yang saya tahu serai ni tanaman spesis lalang...jadi ia sebenarnya tahan lasak kepada perubahan cuaca...cuma mungkin akan berbeza adalah proses pembesaran sahaja...kalau berjaya tanam nanti shizuka update kat blog saya supaya semua boleh berkongsi pengalaman shizuka tanam serai di jepun...kalau tanah di malaysia memang takde masalah nak tanam..

    ReplyDelete
  10. Slm.da dk mkhluk prosak yg suka rosakkan serai..cthny babi,kera dll?satu lgi tuan ,serai sesuai dak ditanam d kwasan brbukit?mohon tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  11. setakat yang saya tahu tidak serai ni tak ada makhluk perosak...jadi jangan risau tak perlu sembur racun pun...cuma kena letak baja ja kasi serai tu gemuk..kalau tanah tu tak sesuai untuk tanaman jangan risau...korek ja lubang sebesar 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki dalam...lepas tu isikan dengan campuran tanah merah...tanah bakar dan pasir dengan nisbah 3:2:1...jadi kita telah buat medium tanah yang subur dalam lubang tanah yang tidak subur...sama ja seperti tanam dalam pasu...tapi lebih beri keselesaan kepada akar serai untuk membiak daripada tanam dalam pasu...

    ReplyDelete
  12. salam tuan, sy nk tnya, halaman rumah sy tanah jenis berpasir, mcm pasir pantai, boleh ke tanam serai?

    ReplyDelete
  13. boleh...korek pasir tu buat lubang size 2 kaki x 2 kaki x 2 kaki dalam...lepas tu isi lubang tu dengan campuran tanah bakar, tanah merah ataupun lektrik dan pasir sungai..dengan nisbah 3:2:1...pastu tanam ja serai atas tanah yang kita isi dalam lubang tu...insyaallah boleh hidup...nak tanam pokok lain pun boleh guna kaedah ni...

    ReplyDelete
  14. Untuk makluman tuan, sy baru mula berjinak jinak dgn tanaman serai di rembau n9. Masalah utama yg dihadapi ialah monyet yg suke pd ank benih. No2 cuaca, bukan pd musim panas n sahaja ttp ketika angin bertiup kencang juga mnyebabkan serai yg dtanam xterlalu dlm tercabot keluar,yg ditanam dlm pula patah btgnye..harap maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masalah monyet tu mmg tak dapat nak nolong ler..klu tempat tu dekat dengan rimba boleh la letak patung harimau nak bagi takutkan depa...klu cuaca panas masih boleh gunakan sistem siraman secara pancuran ataupun titik..guna pipe getah jek...klu bab angin tu payah sikit la...takkan la nak kena buat pagar tinggi pakai zink kan...ataupun boleh cuba tanam secara berkelompon dalam 10 batang..tapi letak rapat2 supaya 10 batang serai tu dapat menyokong satu sama lain..

      Delete
  15. Nak tanye tuan ade menjalankan projek secara komersial k??

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak menanam secara komersial...saya hanya share cara tanam serai selepas ramai kawan-kawan saya tanya macam mana saya tanam sedangkan depa tanam tak jadi...saya hanya tanam serai untuk makanan seharian sahaja...dan selebihnya barulah dijual...

      Delete
  16. Assalamualaikum. Saya bercadang nak tanam serai lebih kurang 4 ekar. Saya perlukan benih peha ayam. Tuan boleh bekalkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...minta maaf la...saya tak dapat nak bekalkan kepada tuan...

      Delete
  17. Asalam tuan, kalau kita tanam serai diantara pokok getah sesuai ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...kalau nak tanam serai sewaktu tengah buat penanaman semula pokok kgetah ok le..tapi kalau pokok getah sudah tinggi mmg tak sesuai..serai perlukan cahaya matahari terus kepada dia...tak boleh tanam bila ada pokok lindung cahaya matahari...

      Delete
  18. Salam.. klau tanam serai nk taruh baja mcm mne, 2 minggu skali atau sbulan skali, klau nk tanam semula nk tanam tempat bekas serai yg lame atau tempat lain, klau tanam tmpat lain boleh x tanam tanaman lain kt tapak yg lame tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya kalau nak letak baja jenis semburan boleh letak sebulan sekali..kalau nak tanam semula jangan tanam kat tapak lama pasal serai ni kuat serap nutrien tanah..kna tanam kat tanah baru..nak tanam tanaman lain boleh ikut kesesuaian pokok...tapi selalunya klu tanam serai memang kita tak sulam dengan tanaman lain...serai akan serap nutrien tanah dan buat pokok lain yang tanam dengan serai susah nak hidup pasal rimbunan serai akan tutup pokok tu terutama pokok renek..tapi klu kita tanam kelapa sawit pastu nak sulam dengan serai ok la...

      Delete
  19. agaknya berapa lama boleh tuai serai ni selepas di tanam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 bulan kalau cukup air dan baja (utk serai peha ayam)..kalau tanam lepas tu biar jek serai tu hidup sendiri tanpa baja dan harap air hujan turun boleh pi maximum 8 bulan...

      Delete
  20. Tanam serai ni perlu gali lubang ke trus cucuk atas tanah??mana yang bagus??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...nk tanya cikit...perut serai tu bahagian mana???agak2 berapa cm dari bahagian akar??

      Delete
    2. kena tanam betul2 tutup akar sahaja...atas sikit dari akar dah dikira sebagai perut serai..anak serai akan tumbuh bermula dari atas akar..bila kita tutup anak serai tak boleh jumpa cahaya matahari..sebab tu serai tu mati..

      Delete
  21. nak gali lubang,nak buat batas,nak gemburkan tanah semua boleh..asalkan tanam tak tenggelam perut serai...

    ReplyDelete
  22. askm saya hamid baru saja habis tuai serai ,tanam bulan puasa 2016 tahun lepas ,alhamdulilah ok juga pulanganya ,suku ekar 3 bulan lebih baru habis serai dalam tu sebanyak 800 rompun lebih tanam 1000 rumpun hidup 800 rumpun lebih,sekarang tambah lagi 3 ekar jangkaan matang bulan 7 2017 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...gembira saya apabila dapat share ilmu menanam serai dengan hamid

      Delete
    2. salam tahniah en hamid..nak tanye kebun en. dimana ya? n cara jualan tu kepada siapa?

      Delete
  23. wssm saya usahakan tanaman ni kat kedah kawsan pendang,la ni baru selesai tanam bendi pulak dalam 1 ekar lebih ,serai baru siap tanam dalam 1 ekar lagi 2 ekar perlu siapkan pagar insyaalah hujung bulan 4 ni baru mula.last sekali mungkin labu sebelah bendi dalam i ekar juga jika sempat.hamid hantar kat pasaraya pasar ,pasar basah kawasan alor star tiaphari.dari situ dah tau market seraidan tanaman lain ,memang pasar perlukan hari2.contact saya hmhs.hamdi@gmail.com kalau nak bertukar idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlukan benih serai contact 019-4334512 area selangor n.sembilan

      Delete
    2. perlukan benih serai contact 019-4334512 area

      Delete
  24. PERLU BUAT BATAS ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bukannya kena buat batas macam tanam sayur tu..cuma cukup kita tinggikan sikit tanah daripada tanah yang asal

      Delete
  25. Slm bos.. nk tanyer.. ade ker mesin yg boleh leraikan serai..sya potong daun serai guna mesin sandang ptong rumput jer.. tolong la sape2 ade idea nk cipta mesin leraikan serai lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..nak tanya, utk seekar tanah tanaman serai, brp hasil nya selepas 6 bulan? Dan selalunya nk tolak serai ni di mana?

      Delete
    2. Salam..nak tanya, sy ni dlm perancangan nak menanam serai. Boleh sy taw hasil tuaian saudara dlm seekar brp dan brp hrga pemborong selalu ambil? Sy bekerja sepenuh masa dan terpaksa mengambil pekerja jika hendak menceburkan diri dlm industri serai, hendak taw juga brp hasilnya supaya berbaloi dengan pelaburan.

      Delete
    3. kataknlah bole muat 1000 rumpun. puratanya 1 rumpun 2kg ade juga 3kg. so 1000x2kg=2000kg. aku jual kpd catering dia offer 1kg = rm3. so dpt lebih kurang rm6k. ade org yg aku jumpa purata serai dia tanam 3-4 kg satu rumpun

      Delete
  26. Saya percaya tuan mrmpunyai maklumat yg baik untuk disampaikan. Malangnya, saya sukar nembacanya kerana background yg cerah dan gelap membuatkan tulisan tidak jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan buka pakai komputer atau handphone...background putih tulisan hitam rasanya ok saja untuk dibaca...

      Delete
  27. salam.. ada cara tak utk gemukkan serai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pakai baja air...sembur kat pokok macam sembur racun tu

      Delete
  28. blh x baja butiran tu kita rendam dlu n baru sembur kt pokok serai..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpernah try la pulak tapi rasanya boleh ja..

      Delete
  29. serius lah pakai mesin. aku pakai sabit dgn tangan je. sebab nk kumpulkn then pegang then guna sabit potong daun tu je. senang jugak cara ni tk perlu guna mesin

    ReplyDelete
  30. nnti jadi larutan baja. bole guna cara ni

    ReplyDelete
  31. Aslkum tuan. Boleh kah serai di tanam sekali dgn di ladang pisang..

    ReplyDelete
  32. asalam tuan nak tanya,,,saya ada tanah 6 ekar di jitra,,,kalau nak buat serai apa pandangan tuan...whatassap 0134882524

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum buat cari pasaran dulu...sign mou kemudian baru buat...

      Delete
  33. Oooo patut la serai saya tak gemuk. Sebab saya dah langgar pantang larang die. Mmmm.. agak2 perlu ke saya cabut dan tanam serai baru? Atau saya biar je serai yg dah ditanam tu dan tak perlu potong daun die lagi... ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serai ni tanaman kontan...maksudnya sampai masa kena tuai..kalau tak tuai tak berapa nak elok dan gemuk la serai tu...Sama macam bela ayam..cukup 3 Bulan kena sembelih..nak bela 1 tahun pun boleh..tapi berat ayam 3 bulan dgn 1 tahun sama berat ja..yang rugi nk kena jamu dedak..

      Delete
  34. Terima kasih tuan, info manfaat

    ReplyDelete