Tuesday, 10 February 2015

Cara-Cara Untuk Menguruskan Badan

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua amalan diet saya dalam usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.Saya sebenarnya telah mencuba bermacam cara tetapi rasanya cara yang saya lalui sekarang adalah cara yang paling saya selesa melakukannya.

Niat untuk menguruskan badan bermula apabila saya menghadapi masalah untuk melakukan duduk tahiyat akhir dengan betul dan selesa.Badan tersangkut di perut.Hehe.Menyebabkan saya sakit pinggang dan tidak dapat khusyuk dalam solat.Jadi dengan sebab itu saya berazam untuk mengurangkan berat badan.Ditambah pula amalan saya yang suka berpuasa setiap hari isnin dan khamis juga turut banyak membantu dalam pengurangan berat badan saya.Sebelum ini saya mengamalkan diet dengan tidak makan pagi dan setiap hari berjoging.Memang benar badan saya susut 5kg selepas 2 minggu tetapi apabila saya berhenti jogging badan saya kembali kepada bentuk asal malah bertambah berat dari sebelumnya.Pada masa itu berat saya 85kg, bila jogging berat turun kepada 80kg tetapi bila berhenti jogging berat naik sampai 95kg.Huhu.Memang menyakitkan apabila usaha saya untuk mengurangkan berat tidak berjaya malah bertambah buruk.

Saya bertemu dengan satu peluang apabila ada seorang promoter jualan langsung menyapa saya sewaktu ingin mengeluarkan duit di bank.Dia memperkenalkan kepada saya herbalife.Minum shake F1 sebanyak 11 kali dengan harga RM140.Tanpa berpikir panjang ditambah pula dengan niat saya untuk menguruskan badan saya pun terus setuju.Dalam tempoh itu juga saya akan mendapat nasihat daripadanya tentang cara-cara pengurusan berat badan yang ideal.Jadi dalam blog ini saya ingin share la sikit ilmu tentang pengurusan berat badan yang saya telah belajar.

Apa yang kita mahu untuk menguruskan badan?

1-Tidak mahu lapar
2-Tidak mahu bersenam.
3-Mahu makan banyak

Ini semua yang saya mahu sewaktu berdiet.Jadi nak kurus macam mana kalau semua ni kita nak buat kan.Ok.Pertama sekali kita kena faham tentang tubuh badan kita.

BERAT BADAN =LEMAK + OTOT + AIR

Apa yang kita mahu adalah kita maintain otot dan air dalam badan kita tetapi membuang lemak dalam badan.

DIET TAK SIHAT = LEMAK NAIK + OTOT SUSUT + AIR SUSUT

Ini terjadi apabila saya tidak control makan tetapi hanya tahu berjoging setiap hari.Badan saya akan menggunakan tenaga daripada makanan saya dahulu kemudia menggunakan otot.Bila otot dan air susut memang berat badan akan berkurang tetapi lemak masih kekal.

DIET SIHAT = LEMAK SUSUT + OTOT MAINTAIN + AIR MAINTAIN

Macam mana nak dapatkan diet yang sihat ini?OK.Pertama sekali kena ikut peraturan di bawah ni.

Peraturan diet

1-Tidak boleh ambil gula

Sebarang bentuk gula seperti gula pasir,tebu,aising,madu,kurma,gula-gula, air tin dan apa sahaja makanan yang diketahui mengandungi gula yang banyak

2-Tidak mengambil makanan karbohidrate dengan jumlah yang tinggi

Sebarang makanan seperti nasi,roti,bihun,koteaw,mee,makaroni,pasta,laksa,biskut dan apa sahaja yang mengandungi karbohidrate.Jumlah yang dibenarkan hanyalah sekitar 1-2 senduk sahaja.itupun sekali sahaja sepanjang hari.

3-Minum air sekurang-kurangnya 5-8 liter setiap hari.

Air yang saya maksudkan adalah air masak mati dan bukannya air ais.

4-Tiada limit untuk berapa banyak sayur yang boleh kita makan.

5-Limitkan protein kepada 2 ketul ayam atau 2 ekor ikan sahaja untuk 2 kali sehari.

6-Tidak makan makanan bergoreng.Hanya boleh merebus, kukus atau bakar sahaja.Tidak boleh makan makanan yang menggunakan minyak.

7-Ikut aturan makan seperti di bawah

Sarapan pagi

-Minum air masak dahulu sekurang-kurangnya 3 cawan.
-Makan buah pisang sebiji atau buah epal hijau sebiji
-Kalau masih belum kenyang boleh tambah dengan oat 5 camca
-Minum kopi tanpa gula (saya suka campur kopi dengan oat)

Makanan tengah hari

-Minum air masak dahulu sekurang-kurangnya 3 cawan.
-Minum segelas air limau atau air asam jawa
-Makan sup sayur semangkuk seperti sup petola, sup sayur campur dan sebagainya
-Nasi 2 senduk atau oat 5 camca
-Ikan 2 ekor (saiz ikan temenu) atau ayam 2 ketul atau daging besar 3 jari (kukus,rebus,bakar sahaja)

Makan Petang (4 petang)

-Minum air masak dahulu sekurang-kurangnya 3 cawan.
-Pisang atau epal sebiji

Makan Malam (sebelum pukul 8 malam)

-Minum air masak dahulu sekurang-kurangnya 3 cawan.
-Minum segelas air limau atau air asam jawa
-Makan sup sayur semangkuk seperti sup petola, sup sayur campur dan sebagainya
-Nasi 2 senduk atau oat 5 camca
-Ikan 2 ekor (saiz ikan temenu) atau ayam 2 ketul atau daging besar 3 jari (kukus,rebus,bakar sahaja)

Aduh.Macam mana nak kurus kalau asyik makan sahaja.Hehe.Sebenarnya kita telah menghalang badan kita daripada mengambil gula,minyak,karbohidrate yang tinggi.Semua ini adalah sumber yang mengandungi kalori yang tinggi yang boleh menambah kilang lemak di badan kita.Kita lebihkan air dan sayur kerana air akan hilang dalam masa yang singkat sewaktu kita kencing dan sebagai agen pembakar lemak.Manakala sayur pula tinggi serat dan sumber mineral.Kalori dalam sayur pula amatlah rendah.Kita juga telah memgambil gula ringkas dalam bentuk buah-buahan.Pisang dan epal pula adalah buah yang mengandungi serat yang banyak dan boleh menyebabkan kita merasa kenyang.

Dengan mengamalkan diet yang sebegini tanpa senaman, insyaallah kita boleh turun sebanyak 5kg setiap bulan.Macam saya perlu turun sebanyak 30kg lagi.Jadi saya kena amalkan diet ni selama 8 bulan dan kemudian menambahkan jumlah karbohidrate dalam makanan saya untuk maintain berat badan ideal yang saya mahu.Apa yang kita mahu badan kita menyusut sedikit demi sedikit secara sihat dan bukannya menyusut secara mendadak.Selepas kita mendapat berat badan yang ideal barulah kita menambah kuantiti makanan beserta dengan senaman untuk membentuk tubuh badan kita.Time ni barulah berusaha nak dapatkan 6 pack ka apa ka.Dengan menamalkan diet ini juga badan kita takkan mengelebeh bila kurus.Slim and fit sahaja.Marilah bersama-sama dengan saya untuk menguruskan badan.Hehe.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment