Assalamualaikum sahabat semua,
Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang penyewa-penyewa bermasalah yang berlaku kepada ibu saya sendiri.
Cerita Ibu.
Ibu saya mempunyai sebuah rumah kembar 2 peninggalan arwah ayah saya di Pendang.Selama hampir 15 tahun rumah itu disewakan dan sudah tentu bermacam-macam cerita suka dan duka yang berlaku kan.Ada penyewa yang bagus dan ada penyewa yang liat membayar sewa.Kalau nak cerita penyewa yang bagus tentunya mereka membayar sewa rumah tepat pada masanya setiap bulan dan ada juga yang tidak mengambil balik duit deposit apabila keluar dari rumah sebagai tanda terima kasih kepada ibu kerana menyewakan rumah dengan harga yang rendah.Bayangkan rumah taman kembar 2 ibu hanya sewakan dengan harga RM250 sahaja sekarang.
Berbalik kepada cerita penyewa yang bermasalah, ada yang setiap bulan mesti akan bayar lewat sampaikan ke tengah bulan baru bayar.Ada juga yang cakap mahu masukkan duit ke dalam akaun tapi lepas 3 bulan ibu saya pi check kat bank duit tak masuk pun dalam akaun.Ini adalah kerana ibu saya sudah tentu tak pandai bab-bab internet ini.Macam saya sendiri memang meminta penyewa rumah saya masukkan terus ke dalam akaun.Bila dia message sahaja duit sudah masuk trus saya boleh check pakai maybank2u.Tapi ibu masih menggunakan kaedah tradisional untuk kutip duit sewa iaitu pergi ke rumah setiap bulan untuk kutip duit.Sudah tentu dia akan call dulu bagitau dia akan ke rumah untuk kutip duit sewa.Ada juga sampai 4 bulan tak bayar sewa sampaikan ayah tiri saya kena bawa geng 3 line untuk halau dia keluar dari rumah.Setelah menghadapi bermacam-macam perangai penyewa akhirnya ibu sekarang hanya follow tips di bawah sahaja.
Tips memilih penyewa dari ibu
1-Hanya memberi sewa kepada mereka yang bekerja kerajaan sahaja samaada bujang ataupun keluarga.Inilah sahaja yang dia follow sampailah sekarang untuk mengelakkan mendapat penyewa yang tidak bagus.
Kita perlu ingat bahawa sekarang ini tidak mudah untuk kita membeli sebuah rumah yang sudah tentu berharga mahal.Jika kita mampu bayar ansuran bulanan pun kita masih belum tentu mampu untuk menyediakan 10% deposit untuk membeli rumah.Cara yang terbaik dan termurah untuk mempunyai tempat berteduh hanyalah dengan menyewa rumah.Dengan duit deposit sebanyak 2 atau 3 bulan sahaja kita sudah mampu mempunyai tempat berteduh.Jadi sebagai penyewa kita seharusnya berterima kasih kepada tuan rumah kerana berbaik hati menyewakan rumahnya kepada kita dengan bayaran deposit 2 atau 3 bulan sahaja.Contohnya untuk memiliki sebuah rumah kos rendah seperti saya yang berharga RM35k, saya perlu mempunyai modal sekurang-kurangnya RM10 ribu untuk bayaran deposit 10%, peguam dan kelengkapan rumah seperti wiring dan lampu.Bayangkan modal yang perlu dikeluarkan untuk memiliki rumah yang berharga RM100k ke atas.Penyewa saya hanya memerlukan RM700 sahaja untuk membolehkan dia menyewa rumah saya itu.Jadi cuba kita fikirkan jika minda tuan rumah sering kali dikusutkan oleh masalah penyewa yang bermasalah dan menjadikan semua tuan rumah di Malaysia ini tidak lagi menyewakan rumah mereka atau hanya menyewakan kepada golongan tertentu sahaja.Sudah pasti yang akan mendapat kesannya adalah anda sendiri.Sudah pasti anda susah untuk mendapat rumah sewa hanya kerana ada segelintir sikap penyewa-penyewa yang liat membayar sewa.
Jika semua tuan rumah hanya menyewakan rumah mereka kepada pekerja kerajaan sahaja seperti ibu saya sudah tentu pekerja swasta yang berpendapatan kurang daripada RM2 ribu sebulan ni silap-silap kena duduk kat hotel sahaja ataupun bawah jambatan.Kalau nak yang free boleh tidur di masjid atau surau.Mereka ini tiada pilihan lain.Nak beli rumah tiada wang deposit dan nak menyewa tiada tuan rumah yang mahu sewakan kepada pekerja swasta.Jadi bayangkanlah impak golongan penyewa yang liat ini kepada masyarakat sekeliling.Satu impak yang saya boleh katakan telah pun menjadi satu fenomena di kalangan tuan rumah berbangsa Melayu adalah tidak akan sesekali menyewakan rumah mereka kepada bangsa India.Hanya kerana segelintir penyewa India yang membuat masalah yang perlu menanggungnya adalah seluruh bangsa India itu sendiri.
Oleh itu, saya nasihatkan kepada semua penyewa agar jadilah penyewa yang baik dan kepada tuan rumah tapislah dahulu penyewa rumah anda dengan sebaiknya supaya kita setiap bulan dapat tidur dengan tenang tanpa memikirkan masalah penyewa haprak yang hidup tak tahu dek untung ini kerana sentiasa lewat membayar sewa rumah.
Rumah Sewa Yang Dibiarkan Kosong Adalah Lebih Baik Daripada Mempunyai Penyewa Yang Bermasalah
Wassalam.
nasihat yg bole diikuti..mohon share utk bantu insan yg dlm dilema memungut sewa dr penyewa yg x kenang dek untung
ReplyDelete