Friday 13 December 2019

Kenali diriku

Kenali diriku
Aku budak bertuah,
Hidup senang di Taman,
Udang,sotong dan ketam biasa aja,
Lantaran chef gelaran bapakku,
Baju sekolahku tempahan khas,
Baju mainku Kiki Lala,
Tiada ku kenal erti lelah,
Tiada ku kenal erti susah....

Aku budak kampung,
Destinasi jati diriku dibentuk,
Keluar pagi balik tengah hari,
Keluar petang balik senja,
Cak plong,gasing,guli dan tuju kasut,
Congkak,police sentry,zero point dan tuju tin,
Ke paya melastik kelawar,
Ke bendang menyauk karin,
Ke pokok merabat sakan,
Ke sungai balik dirotan,
Gulai puyu dan ikan sepat pekasam,
Kacang tanduk dan air asam,
Masakan kampung biasa aja,
Tiada ku kenal erti lelah,
Tiada ku kenal erti susah....

Aku budak susah,
Lantaran kehilangan kasih abah,
Ibuku kerja setiap malam digerai makan,
Hanya cucur setiap malam kami makan,
Lapar dan dahaga biasa aja,
Serba-serbi hidupku kurang,
Akhirnya ku lari ke asrama,
Baru ku kenal erti lelah,
Baru ku kenal erti susah.....
Aku budak tentera,
Lantaran ahli wataniah dalam negara,
Kawad kaki,guling depan dan guling kiri kanan,
Jalan kaki,ilmu perang,menembak dan makanan hutan,
Semuanya biasa aja,
Baru ku kenal erti lelah,
Baru ku kenal erti susah.....
Aku budak malang,
Lantaran cinta yang tiada kesampaian,
Cinta yang ku seru tiada bersahut,
Cinta yang bersahut tiada berpanjangan,
Cinta yang diberi tiada ku sahut,
Bukan sedikit hati yang ku patahkan,
Bukan sedikit hatiku dipatahkan,
Baru ku kenal erti lelah,
Baru ku kenal erti susah....
Aku budak beruntung,
Lantaran segala nikmat Tuhan,
Isteri,anak,kereta,motor dan rumah,
Kerjaya,pangkat,sahabat,saudara dan tanah,
Banyaknya hobi biasa aja,
Budak bertuah dan budak kampung,
Budak susah,budak tentera dan budak malang,
Semuanya adalah aku,
Semuanya adalah aku,
Semuanya adalah aku.....
Aku budak tua,
Ku harapkan segala dosaku diampuniNya,
Ku harapkan semua anakku hafiz orangnya,
Ku harapkan segala isteriku mithali orangnya,
Ku harapkan sahabatku berjaya hendaknya,
Ku harapkan saudaraku bersatu hendaknya,
Ku harapkan puisiku diingati,
Ku harapkan pengalamanku diperinci,
Ku harapkan ilmuku diselusuri,
Ku harapkan matiku ahli Jihadi......
Nukilan Rasa,
Sang Sangkakala Rimba

Pantun Kehidupan

Pantun Kehidupan
Belajar rajin-rajin ke menara gading,
Berjawatan tinggi menghimpun harta,
Pesan pemimpin di masa keding,
Pemberi rezeki terus di lupa.

Pecah kepala menelaah dunia,
Pucat segala akhirat dijaga,
Hebat fizik, kimia dan algebra,
Hafalan Fatihah juga kekal selamanya.
Besar periuk besar keraknya,
Besar pendapatan besar egonya,
Kecil ilmu kecil amalnya,
Kecil bicara kecil natijahnya.
Semasa bujang ditemani motorsikal,
Semasa meminang ditemani kereta,
Pabila kurang ditemani akal,
Pabila senang ditemani dusta.
Sayang kelopak halus daunnya,
Disebalik akar kacang isinya,
Sayang melepak kasar bunganya,
Disebalik mekar tiada manfaatnya.
Nukilan rasa,
Sang belantara rimba

Tuesday 24 September 2019

Motorsikal Paling Sesuai Untuk Backpackers

Assalamualaikum sahabat semua.

Sudah lama sangat saya tidak menyumbang apa-apa artikel dalam blog saya ini kerana kesibukan kerja.Jadi untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan backpacker.Tapi apa halnya backpacker nak kena guna motorsikal pulak.Kan backpacker ni guna pengangkutan awam je kan?

Ok.Saya terangkan kenapa backpackers perlu menggunakan motorsikal untuk digunakan sebagai alat pengangkutan jika ingin mengembara sama ada di Malaysia atau negara yang kita hendak lawati.Motorsikal ni lebih mudah untuk bergerak dalam Malaysia dan minyak juga murah.Lebih jimat masa dan duit dari naik pengangkutan awam.

Pertama sekali, jiwa kita hendaklah seorang yang cekap,minat,selesa, dan suka menggunakan motorsikal ke mana-mana.Ini selalunya jenis orang yang tak suka traffic jam, masalah parking, tak suka bayar tol mahal, tak suka buang duit bayar minyak mahal, tak kesah panas dan hujan dan sebagainya macam saya barulah baca yang seterusnya.Kalau tak sahabat semua hanya membuang masa sahaja membaca artikel saya jika jiwa sahabat semua bukanlah seorang bikers.

Kedua, motor apa yang paling sesuai untuk kita gunakan sewaktu mengembara.Saya mulakan jika hendak mengembara di dalam Malaysia.Bagi saya, motor yang paling sesuai untuk mengembara adalah Honda Future 125 kerana motor ini mempunyai kebuk penyimpanan yang paling besar di bawah seat setakat ini.Motor Honda lain pun ada jugak yang ada kebuk cuma saiznya lebih kecil.Apa pentingnya kebuk penyimpanan ini?Nak simpan baju ka?Tidak.Kebuk ini kita gunakan untuk masukkan kelengkapan -kelengkapan yang paling penting untuk kita bawak sewaktu mengembara dalam Malaysia.Antara kelengkapan penting itu adalah

1-Spanar - boleh beli segala jenis spanar dari kedai RM2 sahaja.Boleh jugak masukkan socket dan ratchet untuk buka screw penutup engin dan spanner T.Selain itu masukkan juga allen key dan screw driver.Jadi kalau ada apa-apa kerosakan contoh nak cekangkan rantai motor, nak tukar minyak engin, dan sebagainya boleh sahaja buat sendiri.

2-Spark plug - Boleh bawak 1 spark plug baru sebagai spare.NGK SPARK PLUG CPR8EA-9 

3-Pum Angin - ini barang yang paling penting kalau tayar bocor tengah jalan.Muat sahaja masukkan pam angin jenis guna kaki tu dalam kebuk tu.Harga dalam RM24 sahaja.

4-Cacing - ni bukan cacing nak buat umpan ikan keli.Ni cacing tampung tayar kalau tayar bocor kena paku ka apa kat tengah jalan.Standard motor Honda Future memang menggunakan tayar tubeless.Jadi pastikan cacing ni sentiasa ada dalam kebuk untuk atasi masalah tayar bocor tengah jalan.Harga 1 set 5 cacing dan alat untuk tebuk tayar dan palam dalam RM15 sahaja.

5-Baju hujan - Boleh guna baju hujan Givi yang nipis tapi berkesan.Harga dalam RM150- RM200.

6-Tiub getah - Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika jadi masalah minyak habis kat tengah jalan.Kalau ada senang sikit nak sedut minyak motor orang yang nak tolong kita tu.

Selain itu, kena la jugak pastikan motor kita dalam keadaan yang baik.Tayar masih berbunga dan brek masih berfungsi.Segala lampu juga berfungsi.Tayar saya syorkan pakai jenama Dunlop.Tayar Dunlop lebih grip jalan untuk cuaca panas dan hujan.Kalau pakai tayar ni nak layan corner kat genting atau Gerik takde masalah punya lah.

Kemudian, perkara yang perlu kita bawa di dalam beg galas untuk start mengembara dengan motorsikal kita ni.Antaranya adalah

1-Spender atau boxer
2-Seluar trek - lebih baik pakai seluar trek sahaja.ambik yang ringan tu.seluar jeans nanti berat.
3-Baju - jenis yang micro fiber.ringan dan mudah kering bila basuh
4-Alatan telefon- termasuk power bank,alat mengecas, ear phone dan telefon untuk ambil gambar dan sebagainya.Pastikan ada data untuk guna google map atau waze.
5-Sleeping beg
6-Alatan mandi - berus gigi, ubat gigi,sabun,syampoo
7-Alatan diri - bedak,minyak wangi,deodorant,minyak rambut,sikat
8-Ubatan - panadol,plster, minyak angin

Ini sahaja yang saya letakkan dalam beg.Tak banyak pun barang.Jangan di angkut semua benda nanti teruk nak galas.

Dah siap semua, sebelum start nak mengembara tu plan dulu la nak pi mana.Contoh minggu ni 2 hari 1 malam nak mengembara ke Perlis.Jadi masuk web https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-perlis/ dan rancang mana tempat yang nak pi.Selalunya saya hanya akan pi tempat yang murah atau free sahaja.Yang kena bayar nak masuk sampai beratus memang saya tak masuk la.Pastu search tempat tu ikut google map dan plan tempat mana kita nak pi dulu supaya dalam 1 haluan.Takde la kita buang masa pergi tempat berkecamuk kan.Sebab tu dalam perjalanan kita google map amat penting.

Selain tempat menarik, saya jugak suka plan tempat makan apa yang best kat negeri tu.Supaya saya boleh merasa makanan local negeri tersebut.Jadi sebenarnya saya ni lebih ke arah percutian untuk culture,food,biking, fotography dan backpacking.

Tempat tidur boleh pilih backpackers hostel.Kalau takde hostel kat negeri tu saya lebih selesa tidur kat masjid sahaja.Tapi pastikan dapatkan kebenaran AJK masjid dan selalunya depa tak kisah pun kita tidur kat serambi masjid.Boleh tidur guna sleeping beg yang kita bawak.Pastikan bawak sekali semburan penghalau nyamuk supaya tidur kita lebih aman tanpa gangguan nyamuk di masjid atau pijat di hostel.Spray ni boleh beli kat farmasi yng jenis kita sembur kat badan kita.Botol warna kuning.

ok,Setakat tu dulu ilmu yang saya nak kongsi.Terima kasih

Wassalam


Tuesday 7 May 2019

Mahar

Mahar
Berlanggut mesra tari warna pelangi,
Berdendang sayang bibir kuntum mawar,
Ikal dan mengurai mahkota sutra,
Alis mata menikam kolam jiwa.
Wajahmu lembut cakra suratan jingga,
Tadah tanganmu diam tanpa bicara,
Detik hati gemanya berbalam ke sana,
Mengadah sebuah harapan cuma.
Putera impian lagak santunnya,
Sabar meniti jalinan tali temali,
Ciuman cuma di desiran angin,
Sebagai tanda iman mati.....tidak lagi,
Mahar segunung beban digalas,
Air muka dijaga kudis di kaki menanah,
Tekad putera walaupun akhirnya hamba,
Demi seruan kekasih,
Demi saranan Nabi,
Demi panggilan Ilahi,
Nukilan rasa: Sang Sangkakala Rimba
Buat renungan insan yang telah bertunang.

Image result for tepak sirih

Tuesday 12 February 2019

Cara-Cara Ke Hatyai Dengan Menggunakan Keretapi



Assalamualaikum semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua pengalaman saya ke Hatyai menggunakan keretapi pada 26/2/2019 hingga 27/1/19.Sakit sikit la pi time ni pasal duit malaysia jatuh teruk berbanding Baht.RM131 sama dengan 1000 baht.

Saya, Pakdi, Aimi, Wan dan Farhan berkumpul di stesyen keretapi Tasek Gelugor, Penang pada pukul 5.30 pagi kerana keretapi akan bertolak dari Tasek Gelugor ke Padang Besar pada pukul 6.48 pagi. Saya dah siap beli sarapan roti planta dan air kotak untuk bekal makan dalam keretapi.Untuk makluman koc wanita tak dikuatkuasa untuk keretapi dari Butterworth ke Padang Besar.Mungkin kerana orang tak terlalu sesak macam Kuala Lumpur.Tiket keretapi hanya RM10.40 seorang.

Image may contain: 6 people, including Kyu Inchbarl and Pak D MrLutzs, people smiling, people sitting

Kemudian, dalam 1 jam 20 minit kami pun sampai la di stesyen Padang Besar.Terus kami ke kaunter tiket untuk beli tiket keretapi dari Padang Besar ke Hatyai yang berharga RM7 seorang atau 50 Baht.Murah kan.Pastu masuklah ke imegresen Malaysia dan Thailand untuk cop passport setelah kami isi borang imegresen.

Image may contain: outdoor


Image may contain: one or more people and people sitting


Dalam pukul 10 waktu Thai kami pun bertolak menggunakan keretapi klasik Thailand.Punya la laju keretapi klasik ni.Pastu simpang untuk lintas keretapi kat sana macam Malaysia dulu-dulu.Untuk jalan besar ada pagar dan untuk denai laluan motosikal takde pagar pun.Jadi setiap kali keretapi akan lintas denai atau jalan yang boleh cross laluan keretapi driver akan bunyikan hon.Sekejap ja sampai Hatyai dengan keretapi klasik ni.Tandas keretapi pun masih cara lama bila kencing atau berak hasil buanganjatuh atas landasan.Hehe.Pastu cara bagi gelang pun masih cara yang lama.Best sangat dapat imbau kenangan masa naik keretapi time kecik-kecik dulu dari Kobah ke Johor Bahru.

Image may contain: 1 person, outdoor

No photo description available.

Image may contain: text

Image may contain: 4 people, including Pak D MrLutzs and Kyu Inchbarl, people smiling


Image may contain: train, sky, tree and outdoor

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

Dah sampai kat stesyen keretapi Hatyai kami ambil la dulu gambar sedikit sebanyak kat sini.Ada banyak keretapi rosak kat sini dan ada peniaga yang berniaga di sini.

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: outdoor


Image may contain: Pak D MrLutzs, smiling, train and outdoor


Image may contain: 2 people, including Pak D MrLutzs, people smiling

Kemudian, kami ambik Tuk Tuk ke Yunyong Market untuk tengok barang antik dan barangan terpakai.Pasar ni jarang orang Malaysia nak pi pasal bukan termasuk dalam hot spot pelancong Malaysia.Bila kami pi hanya kami sahaja warga asing.Yang lain semua warga Thailand.Barang-barang kat sini memang murah dan berbaloi kalau nak shopping barang bundle macam kasut, baju, barang antik, kulit dan sebagainya.Kira macam pasar karat Thai la.

Image may contain: 1 person

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Dah jalan-jalan sampai tengah hari, [erut pun sudah lapar.Jadi kami naik pulak Tuk Tuk ke Kaitod Decha.Bila sampai kami pelik pasal apa takde orang.Selalu dok tengok ramai gila orang.Rupanya bila tanya Kaitod Decha ni ada 4 cawangan.Yang jadi tumpuan Kaitod Decha dalam pekan Hatyai.Tuk Tuk driver bawak kami Kaitod Decha di pinggir pekan Hatyai.Pastu apa lagi.Order la ayam goreng,tomyam campur, ikan siakap masak asam dan daging bakar.Memang marvelous la makan kat sini.Air macam biasa teh ais buih dan teh hijau.Harga kena 1300 Baht untuk 5 orang makan.

Image may contain: 3 people, including Pak D MrLutzs, people smiling, people sitting and beard

Image may contain: cloud, sky and outdoor

Image may contain: people sitting, table and food

Image may contain: 1 person, sitting, plant, table, tree and outdoor

Dah kenyang makan kami pun ambik Tuk Tuk ke Hatyai Youth Hostel yang saya tempah lebih awal sebelum nak pi.Harga bilik 6 katil double dekker 1300 Baht sahaja untuk semalam.Hostel ni ramai backpackers yang lepak sini.Jadi sambil-sambil berehat kat lobi hostel boleh la jugak asah lidah cakap English dengan mat saleh kan.Of course just talk with beauty and charming female only.haha.

Image result for hatyai youth hostel

Dah rehat kejap, mandi dan solat zohor dengan asar secara jamak kami pun bersiap sedia untuk ke Khlong Hae Market.Naik Tuk Tuk pi balik sorang kena 50 Baht.Dia bawak kita pi dan dia akan tunggu kita untuk pick up balik hostel.Tuk Tuk driver cakap kat Khlong Hae Market payah dapat Tuk Tuk.Tu yang kena ada servis pi dan balik.Kalau ambik pi saja mungkin tak dapat balik.Haha.Dah sampai Khlong Hae market apa lagi makan lagi la apa yang ada kat situ.Boleh test kalau nak makan cengkerik, ulat dan belalang.Saya kalau yang jual Islam saya try dah belalang tapi pasal yang jual bukan Islam jadi lupakan jela.

Image may contain: outdoor

Image may contain: sky, cloud and outdoor

Image may contain: drink and outdoor

Image may contain: 1 person, plant, table, outdoor and food

Image may contain: 8 people, people smiling, people sitting, child, shoes and outdoor

Image may contain: 1 person, sitting and outdoor

Image may contain: 1 person, outdoor

Dah puas makan kami pun kembali ke Tuk Tuk dalam pukul 6.00 petang untuk kembali ke hostel dan berehat.Solat maghrib dan isyak secara jamak dan kemudian keluar pulak ke Lee Garden untuk ambik Tuk Tuk ke Asean Night Market.Memandangkan kami mai 2 hari satu malam saja jadi memang takde masa rehat sangat la.Satu hari full aktiviti makan jek.Kat sini kami dah tak makan.Hanya minum saja pasal terlalu kenyang makan di Kaitod Decha dan Khlong Hae Market petang tadi.Kat sini saya beli kasut Nike Airmax dengan harga 500 Baht sahaja.Memang murah kasut bundle di sini.Kalau nak beli beg LV original tapi bundle pun ada dengan harga murah.

Image may contain: Pak D MrLutzs

Pastu balik hostel dan tidur setelah seharian berjalan dan makan.Esoknya kami sewa kereta untuk hantar kami ke stesyen keretapi Padang Besar untuk pulang.Bayaran kereta sewa 1300 baht.Total kos untuk kami semua termasuk makan, minum, transport tuk-tuk,kereta sewa dan keretapi untuk 5 orang adalah RM1300.

Wassalam.