Monday 13 January 2020

Pengalaman bercuti ke Padang dan Bukittinggi Secara Backpackers 1


Assalamualaikum semua,

Pada kali ini aku ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang pengalaman aku travel ke Kota Padang dan Bukittinggi secara backpackers tanpa menggunakan supir.Kalau kita cari dalam internet semua cerita travel pakai supir kan.Jadi travel aku kali ni mungkin ada sedikit perbezaan la.

Aku buka tirai tahun 2020 dengan hobi aku backpacking secara solo ke Kuala Lumpur dan Padang Indonesia.Bermula pada hari Sabtu 4/1/2020 sampai Sabtu jugak 11/1/2020.


Aku dah timbang beg berat dalam 6.5kg sahaja. Aku tak ambik luggage pun naik flight.Biasalah kan cara backpackers ni memang travel dengan muatan bawah 7kg sahaja.Benda apa yang aku bawak..simple jek..


1-ubat- Aku bawak ubat yang penting untuk diri aku saja macam ubat tahan sakit (panadol), ubat sakit pinggang,ubat selesema, ubat cirit birit,minyak angin panas, minyak gamat,krim gigitan serangga, eno dengan multi vitamin.

2-baju dry fit 4 (bawak baju ni pasal ringan),seluar track 2 (pun pilih yang nipis dan ringan tu),seluar pendek dry fit 1,stoking 1,seluar dan baju fit untuk mandi laut atau air terjun,boxer 4 (terkantoi la pulak tak pakai seluar dalam..haha)

3-Brahim 4 jenis lauk spare kot-kot lapaq malam-malam atau malas nak keluar pi kedai makan.Tapi kalau kat negara yang payah jumpa makanan halal Brahim ni memang benda wajib bawak la.

4-Segala alatan untuk telefon seperti power bank,earphone,universal plug, dan charger.

5-Alatan mandi dan persiapan diri macam minyak wangi,deodorant. Kain tuala aku pakai microfiber...ringan..itu jela..memang best bawak tuala microfiber ni..ringan dan cepat kering..


Baju aku bawak sikit ja pasal nak basuh setiap kali pakai dan aku bawak baju murah pasal kalau nanti bawak balik cenderahati terlebih berat aku tinggalkan saja baju kat indon..

Banyak duit aku pergi backpacking awal-awal tahun ni.Sebenarnya bajet aku untuk trip ni termasuk kos flight dan semua sekali hanya bawah RM800 sahaja...dan aku pi tak pakai supir...semua guna bus sahaja..tempat yang aku nak pi cover kota Padang dan Bukit Tinggi...

Tiket flight aku dapat offer memang terbaik...flight Penang ke Kuala Lumpur pergi dan balik RM28.24 dan tiket Kuala Lumpur ke Padang pergi dan balik RM72.00.Jadi total harga untuk flight sahaja hanyalah RM100.24..

Aku bertolak dari Bertam ke Penang Airport pukul 6.00 petang dengan menggunakan motorsikal sahaja.Kalau naik kereta kena cas parking kat airport dan mahal.Jadi nak jimat aku naik motorsikal dan parking saja kat mana-mana dekat dengan airport.Yang penting parking free..hehe..sampai saja kat airport aku solat dulu Maghrib dan Isyak.Kemudian tunggu untuk naik flight dari Penang ke KLIA2...Masa nak masuk balai berlepas aku timbang beg check lagi sekali...sekali berat terlebih la pulak...timbang spring aku guna beli kat kedai RM2 ada ralat..sudah..lebih 800 gram pulak..nasib pakai seluar kargo...1 power bank dan 3 nasi goreng brahim masuk poket...timbang balik ngam-ngam 7kg...masa ni aku bersyukur pilih seluar kargo dari pakai seluar jeans...ada banyak poket banyak la barang boleh masuk poket kan...bila nak masuk flight depa tak check berat beg pun..naya betoi...sepasal ja jalan terjengket-jengket dengan seluar gabai pasal berat...bila jumpa pramugari control hensem la sikit kan walau gabai pun...aku sampai kat KLIA2 lambat sikit..biasalah..AirAsia memang terkenal dengan delayed flight...tapi bayar pun RM12 jadi takde benda nak komplen sangat pun...orang cakap dah naik flight murah banyak songgeh pulak kan..janji selamat sampai udah ler..


Malam tu aku tidur kat surau KLIA2...tak nama begpackers kalau tak pernah tidur kat airport la kan..jadi gudnite..dan ramai jugak la yang teman aku tidur kat surau malam tu...ada yang cakap guard tak bagi tapi aku gamble saja..kalau guard marah aku keluar la tidur kat luar atau kerusi kat airport...

 
beg deuter yang aku guna made in vietnam..dah pakai 10 tahun dah..sleeping beg tu aku tak jadi bawak pun...



tiket KL ke Padang pi balik harga RM72 sahaja

tiket Penang ke KL pi balik harga RM28.24 sahaja