Tuesday 4 February 2020

Pengalaman bercuti ke Padang dan Bukittinggi Secara Backpackers 2

Esoknya hari Ahad 5/1/2020 aku terus ambik bus dari KLIA2 ke KL Sentral.Harga tiket RM12.Sampai sahaja di KL Sentral aku terus ambik komuter untuk ke perkhidmatan sewa motorsikal KL kat alamat dibawah.Harga motorsikal kriss yang aku sewa RM35 untuk 24 jam.Kat Kuala Lumpur ni nak pi mana-mana sewa motorsikal lagi jimat dari naik komuter dan LRT.Lagi satu tak payah nak jalan kaki jauh-jauh..

2 Roda Rental , Lorong Asrama, Pantai Dalam
Kuala Lumpur, Malaysia 013-277 1918

Dah ada motor aku terus ke Step Inn Too Guesthouse untuk bermalam..bilik aku berdua jek dengan mamat dari Jordan...hensem jugak mamat Arab ni...dia tanya aku Muslim ker...pabenda punya soalan la...dia ingat orang melayu Malaysia macam indon kot...yang sebenarnya dia nak bagitau dia tu Muslim...haha...bilik ni aku dapat harga RM11 untuk semalam...ada la cas sst ckit...oklah...
Dok sini malam nanti nak pi ronda kat petaling street...dekat jek dengan guesthouse ni..



harga bilik RM12.45 semalam




Antara tarikan kat Bukit Bintang yang aku suka selain benda lain yang aku tak suka adalah street art...kat sini ada pelukis potret yang kita boleh upah dengan harga yang murah.RM100 pun dah cukup untuk dapatkan hasil lukisan potret yang mantap.Selain tu ada jugak lukisan yang dibuat guna cat spre tin tu...ni aku bagi cover handphone aku untuk dia buat art...nama shafiqah tu nama bini aku la...bukan nama awek atau bini no 2 yek..jangan memandai buat cerita...haha...nak tengok video dia boleh pi kat bawah ni..kat sini jangan terkejut ada perempuan tengah jual pakej urut sambil sebelah ada orang tengah baca ayat suci Al-Quran...bagus jugak pakcik ni cuba elakkan maksiat kat sini...




RM20 untuk satu design


Ada nyonya jual Timberland RM10 kat petaling street...kasut bundle...belek tengok nampak macam ori..kulit pun ori...try sarung sama size la pulak...tunggu lagi tak beli RM10 jek...rezeki la...


kasut Timberland takde RM800 jangan mimpi la kalau nak beli baru...nyonya ni guna kasut ni sebagai tempat untuk dia letak papan tanda harga yang dia tulis dengan kadboard...kalau tak tengok belakang kad board tu memang tak nampak la kasut ni...memang betul-betul rezeki la..jangan dia pi jual kasut orang mati sudah la kat aku...pasal cina-cina lain tak beli pun...huhu...


kasut Timberland original...siap ada no series lagi


memang elok lagi kasut ni...rezeki betul la


kita sambung kat halaman seterusnya.




No comments:

Post a Comment