Assalamualaikum sahabat semua,
Pada kali ni ceq nak chegita kat hampa semua tempat apa yang hampa boleh pi kalau mai aloq staq.Ceritanya bermula apabila bini aku sebut Cuti Tahun Baru Cina 2020 ni tak pi jalan mana-mana ka.Tak mau pi jauh-jauh pi dekat-dekat pun takpa janji boleh keluar dari duduk saja kat rumah selama 3 hari 2 malam.Aku pun dah bini cakap macam tu takkanlah nak kecewakan permintaan dia kan.Dah la bini aku ni bagi kebenaran aku pi Padang Indonesia secara solo kan.Bukan senang bini nak bagi izin laki travel solo tau.Bulan 10 nanti nak travel solo ke Can Tho dan Ho Chi Minh pun dah dapat izin tau.Siap pesan suruh beli kain baju banyak-banyak sikit.Punggah.
Jadi aku pun mula la search nak pi mana ni.Macam biasa stail aku la belakang bini,buka internet taip Agoda pastu cari hotel apa time Tahun Baru China ni yang ada kolam renang dengan harga yang paling murah.Aku buka jugak Trivago tapi harga kat Agoda lebih rendah.Jadi jumpalah C hotel kat jitra yang bilik dia semalam RM50 sahaja.Jadi aku terus tempah bilik dia untuk 2 malam jadi total RM100.Bilik kat C hotel ni katil queen dan agak sempit.Tapi aku sumbat sahaja sekali dengan anak kecil 2 orang.Dah nama berjalan bukannya nak lepak dalam bilik pun kan.Masa banyak kat luar dan hotel hanya untuk tidur sahaja.Lagi satu nak bagitau bilik air dia asing dan share dengan bilik lain.Jadi kalau korang jenis yang kesah dengan benda ni jangan pilih la hotel ni.Kalau korang tak kesah macam family aku jadi takde masalah.
Pagi Sabtu tu aku sekeluarga terus bersiap dan bertolak ke Alor Setaq dengan kereta Kia Spectra lama aku tu.Perjalanan dari Bertam ni dalam 2 jam jugak baru sampai pasal aku guna jalan biasa.Sampai saja kat Gurun singgah dulu beli air nira nipah RM4.50 satu bungkus.Sapa suka makan nira nipah jalan dekat Gunung Jerai ke Guar Chempedak memang pot singgah la pekena nira nipah.
Pastu masa tengah hari aku singgah kat kedai makan nasi campur kat Guar Chempedak untuk makan tengah hari dulu.Nasi campur kira semua sekali habislah dalam RM30.Aku ambik daging lembu dan gulai rebung.Anak biasalah ayam goreng dan bini aku ambik ikan.Dah sudah makan terus saja dari Guar Chempedak ke rumah Dr Mahathir.Aku selama hidup tak pernah sekali pun pi rumah dia tu.Jadi bawak pi lah anak bini habiskan masa tengok rumah dia kan.Kat bawah ni semua gambar anak aku ler.Kat dalam rumah tak dapat tangkap gambar la.Huhu.
Ok.Kita sambung cerita kat page sebelah yek.
https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2020/02/pengalaman-berjalan-jalan-di-tempat_8.html
https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2020/02/pengalaman-berjalan-jalan-di-tempat_8.html
Wassalam.
No comments:
Post a Comment