Assalamualaikum sahabat semua,
Pada kali ni aku nak share macam mana nak daftar menjadi ahli Big Member kat Air Asia.Yela korang nak dapatkan tiket murah Air Asia kenalah jadi member kan.Kalau setakat jadi guest saja manalah boleh nak dapatkan tiket murah.
Antara kelebihan jadi member ni adalah korang lah orang pertama yang Air Asia akan kasitau kalau depa ada buat promosi tiker-tiket murah atau Big Sale.Depa akan hantar iklan promosi selalunya kat email korang masing-masing.Dah dapat iklan promosi bolehlah laju-laju rebut tiket tu dengan berjuta lagi ahli yang lain dan berjuta lagi rakyat Malaysia yang lain.Tapi takkan lah dalam banyak-banyak promosi takde satu pun tiket murah yang tak sangkut kan.Bukan semua orang nak naik kapal terbang pada hari,masa dan tempat yang sama kan.
Selain itu, kelebihan jadi member ni akan ada 1 hari extra untuk member rebut dulu tiket sebelum Air Asia akan buka tiket tu kepada public.Kira peluang untuk kita dapatkan tiket murah lebih tinggi la dari guest yang tak jadi ahli ni.Dan ada jugak promosi yang ditawarkan hanya untuk member sahaja.Guest tak boleh beli tiket yang ditawarkan hanya untuk member.Selain tu, ada lagi kelebihan big point yang boleh kita redeem untuk dapatkan tiket free.
Pastu kalau Air Asia ada buka laluan baru selalunya dia akan buat promosi bagi tiket free untuk laluan baru tu supaya kononnya akan bagi pengalaman kepada ahli Big Member untuk melancong ke tempat laluan baru tu dan share lah pengalaman baru depa kat facebook atau blog.Benda ni sedikit sebanyak turut akan secara tidak langsung mempromosikan laluan baru tu.Contoh Air Asia ada buka laluan baru ke Fukuoka, Jepun yang akan start penerbangan untuk pertama kali pada 22 Feb 2020 ni.Jadi tahun lepas ramai saja yang dapat tiket free ke Fukuoka ni.Bila ada orang share pengalaman mereka melancong ke tempat-tempat menarik di Fukuoka, secara tidak langsung depa akan cerita nak pi sana pakai Air Asia.
Sama kes la macam apa yang aku buat sekarang.Walaupun Air Asia tak bagi duit sekupang pun untuk promote Air Asia dalam blog aku tapi dah aku dapat tiket murah tak masuk akal dari Air Asia kan, jadi secara tak langsungnya kena ceritalah jugak aku pi melancong dapat tiket murah dengan Air Asia.Kalau lepas ni aku dapat tiket murah dari Malindo air, aku cerita pulak pasal Malindo air.Konsep dia sama, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa la.
Ok.Sekarang kita start macam mana nak daftar menjadi ahli Big Member Air Asia.
1-Korang buka laman web Air Asia.https://www.airasia.com/en/gb
2-Lepas tu korang click butang Big log in/Sign up.Keluarlah macam kat atas ni.Klik kat sign up untuk daftar jadi ahli baru.Ahli big akan guna log in untuk masuk dalam web ni.Korang baru nak daftar klik sign up.
3-Lepas tu, korang boleh saja sign up guna facebook,google atau we chat.Kalau nak daftar pakai alamat email pun boleh.Tapi aku tunjuk contoh guna alamat emaillah pasal yang ni paling penting untuk dapatkan promosi masuk ke dalam email korang.Kalau guna facebook akan masuk ke email facebook, kalau guna google akan masuk ke email google la.Kalau korang guna email lain kena daftar melalui email la.Contoh aku tunjuk guna yahoo mail.Ada lagi ka yang pakai yahoo mail ni.Haha.Korang masukkan alamat email korang dan password.Password korang kena patuhi syarat kat bawah ni la.
Password must contain 8-16 characters, a number (0-9), a lowercase letter (a-z) and an uppercase letter (A-Z). Special characters, except periods (.), commas (,) tildes (~) and brackets (< >), are allowed.
Kemudian tekan button sign up for free.
4-Bila tekan button sign up for free akan keluarlah page ni.Korang klik male (lelaki) atau female (perempuan) kat button tu.Aku tak tau Sajat boh laki ka pompuan kat sini pasal pondan takde button.Haha.Pastu masukkan nama penuh sama sebijik macam kad pengenalan ok kat bahagian given name.Jangan dok bubuh nama samaran pulak.Zaman budak-budak we chat ni macam-macam nama depa doh bubuh sampai pening orang nak panggil.Dan masukkan nama ayah kat bahagian family name/surname tu.Dah siap tekan button Save.
5-Dah klik button save akan keluar lah page yang bagitau Air Asia akan hantar activation link kat email kita.Dia nak pastikan kita masukkan email yang betul la untuk jadi ahli big member dia.Jadi korang buka email yang korang masukkan untuk daftar kat Air Asia ni dan cari post dari Air Asia.Contoh macam gambar kat atas tu.Bila korang buka post ni korang klik kat activate your account.
6-Bila klik saja button activate your account terus akan keluar page macam kat atas ni.Maksudnya kita dah berjaya aktifkan keahlian kita sebagai Big Member Air Asia.Pastu klik saja Log in now.
7-Kemudian masukkan email dan password yang kita masukkan masa daftar tadi dan sudah selesailah pendaftaran kita sebagai ahli Big Member Air Asia.Pastu bolehlah klik Flight dan tengok-tengok tiket contoh from pilih Penang pastu to pilih Kuala Lumpur.Contoh gambar macam kat bawah ni.
8-Pastu pilih la tarikh sama ada one way (satu hala) atau return (pergi balik).KOrang boleh nampak harga yang berlainan untuk hari yang berlainan kat situ.Main-main lah kat tarikh tu untuk dapatkan harga yang murah.Selalunya murah masa promosi lah.Paling murah kat sini tarikh 25/2/2020 dengan harga pi RM44.30 dan balik tarikh 26/2/2020 RM44.30.Korang klik tarikh pi dan tarikh balik.Pastu klik button Confirm dan kemudian klik button Search.
9-Akan keluarlah page untuk korang pilih masa penerbangan.Masa ni la akan menentukan mahal atau murah pulak tiket tu.Masa yang berlainan akan pamerkan harga yang berlainan.Air asia akan suggest masa yang paling murah secara default.Paling murah nak pi 25/2/2020 pada masa 20:15 dan akan sampai kat KL pukul 21:15.Masa nak balik pada 26/2/2020 masa paling murah adalah pada waktu pagi 8:20 pagi sampai kat Penang pukul 9:20 pagi.Total harga korang boleh nampak kat bahagian bawah tu RM88.60.
10-Dah puas hati korang klik saja button Continue dan dia akan bawak ke page kat bawah ni pulak.Pastu akan keluarlah page untuk add on.Kat sini boleh pilih lah nak kelas ekonomi atau business.Nak tambah luggage kena bayar RM30.Nak pilih tempat duduk kat sebelah tingkap untuk tengok bawah sambil selfie bagitau semua kawan-kawan kata korang baru pertama kali naik flight kena tambah RM6.90.Haha.Setiap seat akan kena bayar harga berlainan tau.Atau nak tambah makan nasi lemak santan value meal kena bayar RM10.60.Semua benda ni option dan semua harga akan ditambah ke harga tiket flight tadi.Selalunya aku tak pernah klik pun semua add on ni pasal nak jimat.Aku tak kesah duduk kat mana pun,hanya bawak beg galas bawah 7kg dan tak mau ambil makanan dalam flight.Aku hanya akan pilih semua ni kalau aku travel dengan family sahaja.Kalau tak mau pilih apa-apa add on boleh klik button Continue.
11-Lepas tu korang kena masukkan lah nama penuh, tarikh lahir, lelaki atau perempuan, ada kena tambah wheel chair atau ada bawak budak kecil.Pastu kena masukkan email dan no telefon.Dan jugak kena masukkan emergency contact kalau ada apa-apa kecemasan.Nama, no telefon dan hubungan dengan kita.Korang jugak boleh masukkan travel insurans kat dalam harga tiket.Selalunya murah sahaja.Boleh jek masukkan sekali.Atau boleh saja tak masukkan.Ikut selera masing-masing lah.Kelebihan ambik travel insurans ni ada kat situ.Pastu kita klik Continue lagi.
OK.Korang akan dibawa untuk membuat pembayaran.Boleh pilih nak bayar pakai kad kredit/debit card, pakai online banking, pakai big pay atau union pay.Tapi selalunya aku akan pakai online bankin guna maybak2u la.Dah klik kat online banking dan pilih maybank2u korang klik Purchase.Pastu kena tolak verify kat page ni pasal Air Asia tak mau robot yang beli.
Kat sini dia akan bawak direct ke laman web maybank.Masukkan user name dan password maybank.Pastu akan keluar untuk bayar ke Air Asia melaui PFX dan perlukan TAC no yang akan dihantar dari Maybank ke telefon kita.Masukkan TAC no dan kli Confirm.Sekarang kita telah pun berjaya membeli tiket flight Air Asia dari Penang ke Kuala Lumpur dengan harga pergi dan balik hanya RM78.00 sahaja.Lagi murah kan dari pergi beli tiket bas pergi dan balik.Kalau waktu promosi harga pergi balik hanyalah RM24 sahaja.Dalam email nanti akan ada post pasal kejayaan korang beli tiket Air Asia tu yang namanya AirAsia Travel Itinerary.Lagi 2 minggu nak naik flight korang klik button check in dan printlah tiket tu untuk guna masa nak naik flight nanti.
Semoga tutorial ini membantu sahabat semua menjadi ahli Air Asia dan membeli tiket flight murah depa.Saya doakan semoga sahabat yang tidak pernah naik kapal terbang untuk pertama kali macam saya dulu teruja untuk membeli tiket murah ini.Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment