Assalamualaikum sahabat semua.
Kita sambung lagi cerita.Dah sampai kat stesyen bas Amplas kami pun carilah tiket untuk ke Parapat.Harga tiket bas dari Amplas ke Parapat adalah 80k rupiah sahaja.Tapi sahabat semua kena lalui pengalaman seperti naik bas zaman 80-90 an dulu.Bas yang takde absorber (punya la bergoncang dalam tu), takde aircond (hanya guna tingkap sahaja), dengan bunyi bising kalau ada nak kecil dan orang akan hisap rokok ikut suka saja dalam bas.Perjalanan pulak walaupun hanya 163km sahaja tapi dengan traffic dan akan ada tempat bas singgah untuk ambik penumpang boleh pi sampai 6-8 jam baru sampai.Jadi kalau plan nak naik bas ni kena betul-betul awal pagi la.Sebab tu saya cakap tak cukup masa untuk lawat Brastagi pasal perjalanan guna bas sahaja pergi balik ambil masa 12-16 jam.
Kat bawah ni aku share la sikit keadaan traffic kat sepanjang jalan nak ke parapat.Pastu dah le aku haus gila dalam bas.Nak turun beli makanan takut tertinggal bas pulak.Masa berhenti kat tepi jalan macam berhenti kejap kat perhentian tepi jalan ada sahaja makcik-makcik yang akan masuk ke dalam bas jual makanan macam mee goreng dan air bungkus.Tapi masalahnya aku kurang yakin makanan tu halal pasal yang jual pun tak pakai tudung.Aku hanya sempat beli air botol dan kuih ni kat ada satu perhentian tu.Beli 10k rupiah saja tapi punyalah banyak dia bagi.Sampai aku tak larat nak makan siap share dengan Fadhil lagi.Aku pun tak tau kuih apa tapi ni jenis kuih yang digoreng.Tukang jual pun pakai tudung jadi aku beli lah.Dalam bas aku tidur banyak kali dan banyak kali jugak terjaga tapi tak jugak sampai-sampai.Dengan perut lapar lagi memang betul-betul menguji kesabaran aku.Kalau bawak anak bini memang cukup tak sesuai la guna bas ni.Kalau nak ambil pengalaman rasa bas dulu-dulu bolehlah.
Budak-budak mandi tasik
Siap telanjang bulat lagi.huhu.Kalau tengok nampak macam umur 8-10 tahun dah tu.
Banyak feri yang ada kat sini.tak taulah yang mana satu karam baru-baru ni
Terjun tiruk nama dia
Sapa dok kat sini kira ada kelas la sikit
Ada bebudak nak balik ke Danau Toba dengan pakai life jacket sambil pegang tali ferry.Nak naik free la tu.Haha
Lupa dah nama kawan kami ni.Kami kenal dia sejak dalam bas lagi.Punyalah lama dalam bas sampai habis modal nak menyembang.Bila sampai danau toba dia bawak haluan sendiri la
Stunt budak-budak tempatan
Kalau hampa larat paut macam ni bolehlah naik feri free
Feri sebelah
On the way nak naik feri
suasana dalam feri.Ada pasang video lagu orang batak dalam ni.Bahasa depa la.
Kat atas feri
Suasana sebelum naik feri.Ada ja orang jual macam-macam kat sini.kat sini majoriti Kristian jadi kena hati-hati nak beli makanan takut tak halal.

Sepanjang perjalanan dari Amplas ke Parapat

Aku hanya makan kuih ni saja dalam bas
Dah sampai ke mercu tanda parapat.tempat untuk naik feri ke Danau Toba
Dah 8 jam sampailah kami ke Parapat pada waktu petang.Kami pun pergilah untuk naik feri ke Danau Toba dan tiket feri hanya 8k rupiah saja sehala.Masa untuk sampai adalah dalam 1 jam jugak pasal feri ni slow saja.Pastu adalah budak-budak sini mandi kat tasik ni.Depa berani la pasal anak tempatan.Kalau tenggelam tak tau berapa ratus meter nak sampai dasar pasal tasik ni terjadi asalnya dari letusan gunung berapi.Jadi memang teramat dalam la sampai air pun biru hijau semacam saja.Ombak dia taklah macam air laut tapi berombak la jugak pasal besar kan tasik ni.
Siap telanjang bulat lagi.huhu.Kalau tengok nampak macam umur 8-10 tahun dah tu.
Banyak feri yang ada kat sini.tak taulah yang mana satu karam baru-baru ni
Terjun tiruk nama dia
Sapa dok kat sini kira ada kelas la sikit
Ada bebudak nak balik ke Danau Toba dengan pakai life jacket sambil pegang tali ferry.Nak naik free la tu.Haha
Lupa dah nama kawan kami ni.Kami kenal dia sejak dalam bas lagi.Punyalah lama dalam bas sampai habis modal nak menyembang.Bila sampai danau toba dia bawak haluan sendiri la
Stunt budak-budak tempatan
Kalau hampa larat paut macam ni bolehlah naik feri free
Feri sebelah
On the way nak naik feri
suasana dalam feri.Ada pasang video lagu orang batak dalam ni.Bahasa depa la.
Kat atas feri
Suasana sebelum naik feri.Ada ja orang jual macam-macam kat sini.kat sini majoriti Kristian jadi kena hati-hati nak beli makanan takut tak halal.
dari belakang feri
Kami turun kat sini bila sampai ke Danau Toba
Ok.Kita sambung ke halaman seterusnya ye.
No comments:
Post a Comment