Saturday, 8 February 2020

Pengalaman berjalan-jalan di tempat menarik sekitar Alor Setar,Kedah 3

Assalamualaikum sahabat semua.

Kita sambung cerita lagi.Lepas dah melawat semua mercu tanda kat Alor Setar kami pun teruskan perjalanan ke Jitra tempat C hotel.Bila sampai sahaja semua pakat tidur dalam bilik aircond sampai lah pukul 5 lebih.Kemudian semua dah bangun pakat solat dan mulalah kami ke Tasik Jitra.Kat tasek ni selalunya tempat untuk bersantai,lepak dan menikmati petang dengan berkelah.Ada gerai makanan yang menjual bihun sup Kedah.Hampa tau kan bihun sup Kedah macam mana.Bihun warna kuning pasal rebus dengan kunyit dan cabai dia merah.Bukannya guna cabai kicap macam kat Penang ni.Dan ada lagi la makanan lain macam laksa,ayam goreng,burger,sosej dan minuman.

Kat sini ada Taman tema tau untuk sapa yang nak main air.Depan taman tema siap ada macam-macam patung binatang lagi untuk tangkap gambar.Bolehlah bawak anak main gelongsor air kat sini.Bayaran standard taman tema la.Lebih kurang macam the carnival kat Sungai Petani.Kami tak masuk pun pasal dah lewat petang.Taman tema pun dah nak tutup.Kolam renang yang ada kat hotel pun tak masuk lagi.

Lepas saja lepak kat sini sampai maghrib kami pun teruskan perjalanan untuk jalan-jalan cari makan kat Alor Setar.Tadi dah makan bihun sup rasa kenyang la pulak.Jadi pilih untuk makan kat Koteaw Iman sahaja.Koteaw Iman ni antara benda wajib try la kat Alor Setar.Depa dah berniaga lama dah kat sini.Kena sabar untuk cari parking dan tunggu makanan sampai pasal memang meriah dengan manusia.Sampai saja koteow anak bini pakat pulun makan apa tak kata.Sedap la tu.

Sambil-sambil tunggu tu aku masuk la ke kedai uthmani archery untuk tengok-tengok segala alatan memanah kat situ.Owner dia peramah gila dan sangat suka sembang bila bual benda yang sama-sama minat ni.Untuk pengetahuan korang aku juga ada 2 3 hobi lagi yang aku tak cerita kat sini dan salah satunya adalah sukan memanah.Nantilah aku tulis pasal sukan ni.Ilmu kat aku ni banyak dan macam-macam jenih sampai takde masa atau sempat nak share.Satgi hanya letak gambar tanpa cerita details tak best la pulak kan.

Malam kat Alor Setar ni mati lah.Kedai makan saja buka.Yang lain pakat tutup.Jadi habislah hari pertama iaitu hari Sabtu kat Alor Setar ni.Kita sambung halaman sebelah untuk hari yang kedua pulak iaitu hari Ahad.









Ok.Kita habiskan kat hari pertama dulu.Kita sambung hari kedua kat laman sebelah.

https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2020/02/pengalaman-berjalan-jalan-di-tempat_19.html

Wassalam.


No comments:

Post a Comment