Thursday, 6 February 2020

Fotografi untuk beginner 1 - cara tangkap gambar dengan menggunakan telefon

Assalamualaikum sahabat semua.

Image may contain: plant, flower, outdoor and nature
aku tak tau nama binatang ni

Untuk pengetahuan korang semua, aku ada satu hobi yang sebenarnya sudah 2-3 tahun aku ceburi iaitu seni fotografi. Aku bermula dengan hobi ini dengan hanya tangkap gambar menggunakan camera phone sahaja.Kemudian, bila tengok hasil gambar yang keluar dari DSLR mula lah aku teruja dan mahu memiliki DSLR ni. Namun apakan daya, harga DSLR ni mahal.Body sahaja dah mahal tambahlah dengan lens.Jadi aku pendamkan sahaja impian aku ni dan terus tangkap gambar dengan telefon samsung J1 lama aku tu.Korang boleh bandingkan la hasil gambar dari telefon J1 kan.Ni adalah gambar terbaik aku tangkap dengan telefon samsung J1 aku.Mungkin hampa tak berapa percaya tapi percayalah.Aku tangkap hanya guna Samsung J1 sahaja.Bila tengok hasil gambar macam ni terus aku mula rasa tak sabar-sabar nak pakai DSLR.

Image may contain: plant and outdoor
ni pokok belakang rumah tok aku

 ni bunga pokok limau purut depan kilang aku

 tak tau apa nama bunga ni

 kupu-kupu tangkap kat sedim

 bunga kat depan rumah tok

 bunga dan serangga kat sedim

 ulat apa ntah kat sedim 

 bunga bini aku tanam

 labah-labah kat pokok jambu batu yang aku tanam

 serangga hijau dengan daun hijau

 bunga kat nurseri

 ni masa perkahwinan jiran mak mertua aku

 pokok yang dimatikan dekat kolam kulim hi-tech

 aku paling suka gambar pepatung ni.baik sahaja dia duduk sampai aku tangkap dengan phone punyalah dekat kat depan rumah tok.

 gambar potret anak aku ammar

 kerang kat pantai terengganu

ni jugak antara gambar yang saya suka

Jadi bermula dengan hobi saja-saja tangkap gambar macam-macam benda dengan telefon murah aku mula simpan angan-angan untuk memiliki DSLR suatu hari nanti.Kepada yang masih beginner, teruskan sahaja minat anda walaupun hanya menggunakan telefon.Atau mungkin telefon anda sekarang sudah canggih melebihi DSLR.Haha.Apa pun mesti ada kelebihan DSLR yang buat jurufoto terbaik dunia masih menggunakannya walaupun telefon sekarang sudah canggih kan.

Untuk beginner, walaupun ada telefon sahaja, mulakan minat anda dengan bidang fotografi ni dengan tangkap gambar menggunakan setting manual dan bukannya setting auto.Maksudnya mula berjinak-jinak dengan ubah ISO,ubah white balance dan sebagainya supaya nanti bila beli DSLR akan ada la gambaran nak tangkap gambar pakai setting DSLR ni macam mana.Takkan lah beli kamera DSLR ribu-ribu tangkap gambar pakai auto kan.Jadi mestilah kena tahu dan faham sikit-sikit ilmu-ilmu setting manual ni.

Kita sambung pulak kat halaman seterusnya

https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2020/02/fotografi-untuk-beginner-tips-untuk.html

Wassalam.

No comments:

Post a Comment