Monday, 17 February 2020

Pengalaman bercuti ke Medan dan Danau Toba Indonesia secara backpackers 4

Assalamualaikum sahabat semua.

Kita sambung lagi cerita kat Danau Toba untuk hari ke dua.Bangun pagi saja kami terus sarapan kat hotel.Ada disediakan sarapan kat sini.Lupa la pulak nak snap gambar tapi standard makan pagi kat hotel la.Ada nasi goreng dan fresh oren.Pastu roti bakar dan sebagainya.

Lepas sahaja sarapan kami pun jalan-jalan sekitar tu untuk cari motorsikal untuk disewa.Harga motosikal sewa kat sana 24 jam adalah 100k rupiah.Jadi kami pun sewa la untuk sehari pasal esok pagi dah nak keluar dari Danau Toba dah.Jadi 1 hari ni dari pagi sampai petang kami pusing la tempat-tempat yang menarik yang ada kat Danau Toba ni.


 Makanan tengah hari kami lobster Danau Toba.Benda wajib try kat sini.Harga 1kg 100k rupiah sahaja.Murah la.Isi dia pun sedap dan sedikit kenyal.Yela.Lobster liar yang nelayan sini tangkap.Ni masak goreng garam dengan mentega.Nak masak lain pun ok ja.

 Sup ayam

 dari atas bukit

 Kedai makan kalau tak silap.Tak masuk pasal nampak macam mahal

 Pemandangan tasik Danau Toba

 Tasik dari atas bukit

 Deretan kedai

 Bumbung hotel yang terkenal kat sini

 Dari atas bukit

 Rumah moden dan tradisional bersatu

 Dari puncak bukit

 Anak orang asli kaum Batak.Kat sini kalau hari Ahad depa akan pakai dan make up lawa-lawa untuk ke gereja.Boleh dikatakan satu kampung akan keluar ke gereja

 Rumah kaum batak

Sawah bendang 

 Yang putih kat bukit tu tempat air mandi air panas

 Sawah bendang kat sini depa letak jaring supaya burung tak mai makan padi

 Padi kat sini ada yang masak ada yang masih menghijau

 Naik motorsikal pakai helmet orang dah tahu bukan orang asli sini

 Ni gereja bukannya masjid yek.Satu pulau ni hanya ada 1 saja surau kecil

 Aku suka dengan pemandangan ni.Tengok dengan mata sendiri lagi lawa

 Ambil gambar dengan rumah kaun Batak

 Deretan rumah kaum Batak

 Keadaan dalam rumah depa

 Ni kat muzium kaum Batak ready untuk tengok tarian Si Gale-gale

 Lagi deretan rumah kaum Batak

 Pintu gerbang untuk masuk ke perkampungan kaum Batak

 Fadhil dengan rumah Bataknya

 Kat sinilah tempatnya kalau nak tengok rumah Batak dan tengok Tarian Si gale-gale

 Kubur kaum Batak.Agama Kristian campur dengan budaya setempat

 Tugu jala udean ni

 Lagi gambar sawah, tasik danau toba, gunung dan tempat keluar air panas

 Nak mandi air hangat boleh mai sini tapi kami tak mandi la pasal tengah hari.Orang mai mandi waktu malam sahaja

 kolam air hangat

 pintu gerbang masuk ke kolam air hangat Danau Toba

 Tarian si gale-gale tengah dipersembahkan.Aku pun tak ingat dah tiket masuk berapa.

 Acara pilih lobster sendiri dari akuarium

 Lobster Danau Toba yang murah dan sedap

 Ada macam-macam saiz jadi boleh pilih sendiri

 tarian si gale-gale

 Kalau dulu kerbau tu akan disembelih sebagai korban.Tapi sekarang ni simbolik saja.

 Tarian ni macam ada sedikit unsur pemujaan.Ni masa sebelum kaum Batak beragama Kristian.Sekarang ni depa persembahkan sebagai ingatan asal usul depa sahaja

 Kat sini sahaja ada kalau nak beli cenderahati bawak balik.Awas.Depa suka main harga.Mula kedai sebelah jual mahal,pastu peniaga kedai sebelah jual murah sikit, dan peniaga kedai sebelah tawar lagi murah.Last aku beli kat ketiga-tiga kedai.Depa jugak pandai pujuk rayu dan minta simpati.Kalau nak beli mintak kurang 1/3 dari harga asal.Kalau tak dapat terus belah.Nanti kompom akan dipanggil dan dijual dengan harga tu.

lagi gambar aku naik motor dengan Fadhil

Habislah aktiviti untuk hari kedua malam pertama kat sini.Balik hotel pastu makan dan tidur.Kita sambung ke halaman seterusnya pulak.

https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2020/02/pengalaman-bercuti-ke-medan-dan-danau_67.html

No comments:

Post a Comment