Kalau nak senang sebelum ke luar negara aktifkan kad Maybank supaya boleh guna kat luar negara...kat Padang banyak tempat gak ada atm dan bank Maybank...jadi tak perlu bawak cash banyak-banyak atau terdesak duit habis atau kena curi boleh cucuk ambik duit...nak aktifkan guna maybank2u jek...
Sebelum sampai kat airport minangkabau pastikan print siap-siap tiket nak balik dan tempahan hotel..ada cik abang imegresen ni tanya...jadi aku pun tunjuk jela...aku pernah baca kalau takde siap la duit kopi kat dia nanti...jadi pastikan print siap-siap sebelum masuk ke Padang..takde la sangkut kat airport..benda penting yang kena print siap-siap ada salinan passport,tempahan hotel,jadual perjalanan dan tiket balik.Banyak negara depa takut kita masuk negara depa tak mau balik-balik.Jadi depa suka la check benda-benda camni.
Pagi tu selepas hantar motorsikal aku pun check out dan terus ke KLIA2 dengan naik bas.Harga tiket macam biasa RM12 dari KL sentral ke KLIA2..
Pagi tu selepas hantar motorsikal aku pun check out dan terus ke KLIA2 dengan naik bas.Harga tiket macam biasa RM12 dari KL sentral ke KLIA2..
Dari airport minangkabau boleh ke Kota Padang dengan naik keretapi...tiket murah gila...10k rupiah atau RM3...stesyen keretapi ni dekat ja dengan airport...jalan kaki sikit dalam 100 meter camtu...tengok sign board sebelah kiri bila keluar dari airport...nak naik bas pun boleh...guna bas damri..tapi naik bas lambat sikit la..naik keretapi dalam 20 minit tu sampai la...ada la stesyen dia akan berhenti kejap sebelum sampai ke Kota Padang..keretapi dia baru saja beroperasi dan sangat-sangatlah selesa..memang terlebih berbaloi la dengan harga yang kita bayar....
Rail keretapi buat sebelah menyebelah dengan jalan raya...takde halangan...jadi senang kalau sapa-sapa nak bunuh diri..haha...benda yang dah takde kat Malaysia...kat Malaysia nak tangkap gambar atas rail keretapi pun dah tak dapat dah sekarang ni...
Dah sampai stesyen Padang aku naik gojek ke hotel..havilla maranatha...kos 20k rupiah...dalam RM6 la...pastu check in kat hotel havilla maranatha untuk 2 malam kos 200k rupiah...dalam RM60 termasuk sarapan pagi...bilik tidur sorang-sorang...toilet share...
kat stesyen keretapi Padang
kat Bandara International Airport Minangkabau atau orang sini panggil BIM
tiket keretapi harga 10k rupiah sahaja
keretapi baru beroperasi
seat keretapi masih empuk dan baru lagi..takde vandalism lagi..
tempat beli tiket keretapi..loket tu adalah tiket..bukan loket kita dok pakai tu
stesyen yang keretapi berhenti sebelum sampai ke Kota Padang..duku..tabing...air tawar...alal dan padang...
BIM
Air Asia
eskalator turun laluan dari airport ke tempat beli tiket
stesyen Kota Padang...turun kat sini
jadual perjalanan keretapi
Ok.Kita sambung kat halaman seterusnya
No comments:
Post a Comment