Friday, 7 February 2020

Fotografi untuk beginner 2 - tips untuk memilih DSLR

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada masa awal-awal nak beli kamera dulu, aku dalam dilema mana satu DSLR yang aku nak beli.Ada macam-macam jenama dan model.Pening nak pilih.Kalau pi kedai tanya, tokey kedai confirm suggest kamera yang mahal atau terbaru sahaja.jadi nak selamatkan duit aku mulalah search internet baca ilmu-ilmu fotografi ni dalam bahasa English dan beli buku fotografi.Kena keluarkan modal sikit la untuk dapatkan ilmu kan.Rupa-rupanya hanya ada 3 jenama sahaja yang paling terkenal yang banyak digunakan oleh jurufoto antarabangsa iaitu:

1-Canon
2-Nikon
3-Sony

Dan ada banyak lagi la jenama yang lain tapi banyak yang aku baca syorkan beli jenama ni.Pastu mulalah aku pening jenama apa yang aku nak beli.Masa mula-mula minat seni fotografi ni, aku masih tak tahu gambar apa yang aku nak fokus pasal genre bidang fotografi ni banyak sangat.Antara genre yang terkenal seperti kat bawah ni.

1-Potrait - tangkap gambar muka manusia
2-Lanscape - tangkap gambar pemandangan
3-Wildlife - tangkap gambar hidupan liar
4-Macro - tangkap gambar benda kecil-kecil
5-Underwater - tangkap gambar hidupan dalam air
6-Astrophotography - tangkap gambar bintang dan langit
7-Weddings - tangkap gambar orang kahwin
8-Sports - tangkap gambar orang bersukan
9-Fashion - tangkap gambar model fesyen
10-Street Photography - tangkap gambar jalan
11-Travel - tangkap gambar sewaktu melancong
12-Architecture - tangkap gambar bangunan

Aku hanya nyatakan beberapa sahaja.Sebenarnya ada beratus jenis lagi genre gambar dan style fotograpy ni.Dan yang bestnya, setiap style akan menentukan kamera apa kita nak kena guna dan lens apa yang kita nak kena pakai.Susahkan bidang fotografi ni.Jadi sebelum beli DSLR kena tahu dulu minat kita suka tangkap gambar apa barulah orang boleh suggest apakah kamera dan lens yang sesuai dengan kita.Kalau kita pakai beli sahaja takut nanti membazir sahajalah.Beli mahal-mahal tapi pegang kejap dah mula tak guna simpan biar berabuk dalam almari sahaja.

Pikir punya pikir aku cakap pada diri sendiri, aku nak tangkap gambar anak, nak tangkap gambar orang kahwin dan nak tangkap gambar orang.Maksudnya aku dah boleh bagitau yang genre yang aku nak masuk adalah genre potrait.Namun pada mulanya, aku minat macro.Bila tengok susah jugak nak tangkap macro ni dan banyak setup kena buat aku minat nak tangkap pemandangan pulak.Tapi tangkap pemandangan nak kena pi pulak tempat tu habis duit banyak.Last aku pilih la yang senang dan jimat iaitu potrait.

Banyak professional photographer yang pakai camera jenama Canon untuk ambik potrait.Tapi camera pertama aku bukanlah Canon tapi Nikon.Aku beli Nikon pasal orang keliling yang aku kenal banyak pakai Nikon.Dah dapat jenama yang aku nak, aku terus search la model-model camera Nikon ni.Rupa-rupanya banyak la pulak model sampai pening nak pilih.Tapi aku boleh kategorikan kepada 3 sahaja iaitu


1-Beginner
2-Intermediate
3-Professional

Dah aku beginner, mestilah cari kamera untuk beginner dulu kan.Kemudian aku search la kamera apa untuk beginner keluarlah macam kat bawah ni.Yang no satu adalah Nikon D3100
Tapi masa tu no 1 paling atas adalah camera Nikon D3100 la.Sekarang ni dah jadi nikon D3500 dengan adalah ciri-ciri baru yang Nikon tambah dari D3100 yang aku guna sekarang.Nak beli camera baru mahal harganya.Lagipun aku nak beli hanya untuk hobi dan bukannya nak buat kerjaya tangkap gambar orang kahwin pun.Jadi aku buka mudah.com terus cari Nikon D3100 second hand.Cari punya cari akhirnya jumpalah kat Selangor.Tuan dia nak jual Nikon D3100 sekali dengan kit lens,fish eye lens dan macro lens siap semua eksesori hanya dengan harga RM500 sahaja.Jadi aku terus deal dan turunlah ke Selangor dengan bas untuk beli kamera tu.Tuan dia buka butik pengantin dan jurugambar orang kahwin.Dia nak upgrade ke kamera yang lebih canggih iaitu full frame.Jadi Nikon D3100 ni adalah kamera pertama dia la.Belek-belek kemudian aku pun belilah Nikon D3100 dengan harga RM500.

Jadi aku nak nasihatkan kat korang kamera DSLR pertama mestilah yang dikhaskan untuk beginner dahulu dan beli yang second hand.Main dulu dengan camera tu dah cekap sikit barulah beli full frame terus.Kira terus lompat dari beginner ke professional.Boleh lompat kalau cukup ilmu pasal setting,technical dan sebagainya.Kena try dulu rasa kena tak dengan jiwa.Jangan beli kamera mahal-mahal rasa lebih senang tangkap gambar pakai smart phone pastu DSLR terus ditinggalkan.Ada banyak beza tangkap gambar dengan telefon dari tangkap dengan DSLR.
Kat bawah ni aku share gambar yang aku tangkap pakai DSLR Nikon D3100 dengan kit lens sahaja.Dari hasil kit lens ni barulah aku tau aku kena upgrade lens potrait supaya gambar jadi lebih hidup,sharp dan rich color dia.


 gambar anak aku ammar

 gambar zaidi dengan anak dia

 gambar pakcik senapi

 di mengkuang keretapi, bukit mertajam

 mengail udang galah

 aku tunggu keretapi 1 jam

 anak kampung

ayam tok bela

Dengan Nikon D3100 dan kit lens aku mula la shot macam-macam benda.Main setting dia dan try macam-macam sehinggalah aku ready untuk upgrade lens ke potrait lens.


Kita sambung kat halaman seterusnya.

https://iqsha-gemilang.blogspot.com/2020/02/fotografi-untuk-beginner-kelas.html

Wassalam 


No comments:

Post a Comment