Assalamualaikum sahabat semua.
Pada kali ni aku nak share salah satu aktiviti aku bersama Zaidi adalah ke Desaku MBI untuk mengambil gambar malam kat sini.Sajalah kami ke sini waktu malam untuk makan-makan dan sambil-sambil tu bolehlah ambil gambar kat sini.Aku dah pun upgrade lens sewaktu mengambil gambar ni.Jadi semua gambar yang aku letak ni menggunakan Nikon D3100 sebagai body dan Yongnuo 50mm f/1.8 sebagai prime potrait lens.Aku beli lens ni dengan harga RM250 kat mudah.my.
Desaku MBI ni adalah salah satu spot paling menarik kat Kulim untuk night photography pasal kaya dengan lampu berwarna-warni.Banyak wedding photographer sekitar kawasan ni akan datang mengambil gambar pengantin di sini.Jadi kalau korang yang berada sekitar Kedah dan Penang bolehlah datang ke sini untuk bergambar.Tak kesahlah waktu siang atau malam kerana kalau waktu siang ada banyak sahaja arca yang dipamerkan kat sini.
Nak datang ke sini korang taip saja Desaku MBI dan kompom google map akan bawak korang sampai ke sini.Ok.Kita tengok hasil gambar yang sempat aku snap kat sini.Model aku dah tentulah Zaidi.Takkanlah aku yang nak kena jadi model kan.Haha
Wassalam
No comments:
Post a Comment