Monday, 17 February 2020

Pengalaman bercuti ke Medan dan Danau Toba Indonesia secara backpackers 1

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini aku nak share dengan korang semua pengalaman aku pertama kali naik kapal terbang dan kali kedua aku ke luar negara selepas Thailand.2 perkara penting yang berlaku dalam hidupku secara serentak.Percutian aku ke Medan dan Danau Toba ni sebenarnya telah berlaku pada bulan 3 2018 lagi.Oleh kerana aku ni banyak update dalam facebook sahaja jadi aku takde masa untuk menulis dalam blog.Bila dipikirkan kembali, apa sahaja yang aku tulis dalam facebook akhirnya akan dilupai dan aku juga susah nak dapatkan kembali cerita segala pengalaman aku tu.Jadi sebaik-baik tempat untuk menulis adalah di blog la.Jadi selepas ni aku akan lebih banyak menulis di blog dari facebook.Kalau tulis kat facebook kawan-kawan aku sajalah yang dapat segala maklumat ni.Tapi kalau aku tulis kat blog semua orang akan mendapat maklumat berkaitan percutian aku ni sebagai panduan atau pedoman untuk bercuti ke Medan dan Danau Toba.

Sepanjang hidup aku sebenarnya, aku tak pernah terpikir pun nak naik kapal terbang walaupun ramai sahaja kawan-kawan aku bercerita pengalaman naik kapal terbang ni.Satu aku rasa takut dan satu lagi aku tak tau cara-cara nak naik kapal terbang ni.Aku juga beranggapan harga tiket kapal terbang adalah mahal dan aku tak mampu nak bayar.Masa ni aku dok bayang kena bayar beribu la.Rupanya yang beribu tu kelas business.Huhu.Kiranya sebelum tahun 2018 aku tak pernah ambik kesah pasal apa-apa sahaja perkara yang berkaitan kapal terbang sehinggalah arwah mak aku sebut anak kawan dia bawak mak dia (kawan mak aku) naik kapal terbang pi Kuala Lumpur.Jadi sejak itulah aku pula bercita-cita nak bawak emak aku naik kapal terbang pulak.

Cerita ni sedih sikit lah.Aku pergi ke Medan dan Danau Toba bulan 3.Kemudian selepas tu aku pun tempahlah tiket kapal terbang untuk bawak arwah mak aku ke Kuala Lumpur bulan 11 2018.Akhirnya pada bulan 10 2018 arwah mak aku meninggal.Memang luluh la hati aku pasal hajat aku tak kesampaian.Kalaulah aku tahu arwah mak aku nak meninggal balik saja dari Medan aku boleh saja terus beli tiket dan bawak mak ke mana saja yang dia nak.Tapi malangnya arwah mak aku mati mengejut dan takde apa-apa tanda pun yang dia nak meninggal.Mmm.Jadi aku terima sajalah ketentuan Allah, dan selepas arwah meninggal aku pergi umrah untuk buat umrah kat arwah sebagai hadiah atau ganti aku tak dapat bawak dia pergi naik kapal terbang.Rasanya hadiah umrah kepada arwah lebih besar maknanya dari bawak dia naik kapal terbang.

Ok.Tu baru mukadimmah.Sekarang kita masuk cerita sebenar.Aku perlukan seseorang untuk ajar aku naik kapal terbang.Walaupun aku boleh baca kat internet tapi aku masih jugak rasa takut dan tak berapa yakin nak naik.Naik kenderaan darat tak sama macam nak naik kapal terbang pasal seumur hidup aku, aku tak pernah guna apa-apa sahaja pengangkutan udara ni.Roller coaster pun tak tak pernah naik lagi pasal takut.Orang lain steady ja naik siap seronok lagi.Jadi aku sentiasa bayangkan naik kapal terbang macam naik roller coaster la.Jadi aku pun contact la kawan aku Fadhil dan tanya dia hang biasa tak naik kapal terbang.Dia pun bagitau dah banyak kali dah naik.Pastu aku pun ajak la dia ajar aku macam mana nak naik dan kalau aku takut ka boleh la peluk dia kan.Takde la aku nak peluk awek kat sebelah.Huhu.

Lepas tu Fadhil tanya aku nak naik pi mana.Aku pun try la check website Air Asia dan cari tiket paling murah dari Penang ke mana.Air Asia tunjukkan dari Penang ke Langkawi adalah harga tiket yang paling murah iaitu RM49 sahaja sehala.Pergi balik tak sampai RM100 pun.Jadi aku pun bagitaulah kat Fadhil, jom kita pi Langkawi.Tiket murah dan tak duduk lama dalam kapal terbang.Aku rasa macam confident la sikit pasal duduk kejap ja dalam flight kan.Pastu Fadhil tak setuju pasal dia cakap kalau setakat nak pi langkawi dia tak maulah pasal Langkawi dia dah banyak kali pi.Sama la dengan aku yang duduk Langkawi selama 2 tahun masa belajar dulu.Jadi dah Fadhil tak mau pi Langkawi aku cadang kat Fadhil kita pi Medan.Pergi balik baru RM165 sahaja.Fadhil pun setujulah.

Kalau sebelum ni aku ke Thailand menggunakan borderpass jadi untuk ke Medan ni aku kena buat passport la.Dah selesaikan urusan pembelian tiket yang dikelolakan oleh Fadhil, aku pun buatlah passport.Tangkap gambar, isi borang yang imegresen bagi,bayar RM200 pastu siaplah passport aku yang tarikh tamat tempohnya 5 tahun.Dah Fadhil setelkan tiket aku pulak kena setelkan itinerary la.Bila buat rupa-rupanya tak cukup hari untuk jelajah Medan,Danau Toba dan Brastagi.Kami pi 3 hari 2 malam sahaja.Kalau nak lengkapkan semua tempat kena pi 4 hari 3 malam paling kurang.Jadi aku tanya Fadhil nak pi Danau Toba atau Brastagi.Boleh pilih salah satu sahaja.Dan kami setuju hanya pi melawat Medan dan Danau Toba sahaja.Masa kami pi belum ada lagi flight Air Asia dari KL ke Silangit.Jadi kalau nak pi Danau Toba kena turun kat Medan la.Sekarang ni senang turun kat Silangit dah dekat ja dengan Danau Toba.


Aku dan Fadhil dok tunggu kawan dia hantar kami ke airport.Kami parking kereta kat USM pasal Fadhil student situ sambung Doktor 



 Bergambar dengan kapal terbang pertama dalam hidup aku

 Bila pertama kali naik mestilah pilih tempat duduk sebelah tingkap belakang sayap kan

 Kapal terbang bahasa Indonesia

Dah naik semua dah stabil baru boleh senyum.Dalam hati mau tau gelabah dia macam mana.Huhu

Pastu bila sampai saja masa nak pi kami pun pi la ke Airport Penang.Aku tak dapat tidur malam pasal takut.Huhu.Kalau tak pasal niat nak bawak arwah mak aku naik memang takde pasal la aku nak naik.Tapi biasalah laki, depan anak bini tunjuk cool ja.Depan Fadhil pun aku buat muka relek ja.Tapi dalam hati aku cukup takut sebenarnya.Semua urusan dan step nak naik aku follow saja Fadhil.Nanti aku buat posting asinglah cara-cara nak naik kapal terbang ni.Dah siap semua aku pun duduklah dalam flight tu.Memang takut pasal macam-macam bunyi dok ada.Nasib baik awek pramugari comel-comel.Segan la sikit aku nak buat gelabah bewak kan dalam flight tu.Masa kapal terbang nak naik aku pejam mata rapat.Apa pun aku tak kata sambil peluk tubuh sendiri.Huhu.Masa nak naik aku rasa macam jantung aku tertinggal kat bawah la pasal laju jek dia naik.Dah korner sikit betulkan haluan barulah aku rasa naik kapal terbang ni macam naik kereta sahaja tanpa ada apa-apa gegaran.Semuanya steady dan bila lampu buka aku dah boleh tenangkan diri.Alhamdulillah, selamat aku naik.Pastu mula pikir pulak masa nak turun nanti macam mana.Sama jugak kesnya, bila turun pilot yang bawak tu pandai la pulak.Turun pun smooth takde hentakan.Jadi aku syukur sangat selamat sampai dan berjaya naik kapal terbang.Dok bayangkan dah masa tu lepas ni mesti arwah mak aku seronok dapat naik macam kawan dia tu.Namun hajat aku tak kesampaian.


 Kat Kualanamu International Airport

 Kat Kualanamu International Airport

Kat Kualanamu International Airport

Mercu tanda Kualanamu International Airport

Kami pun sampailah ke Kualanamu International Airport.Sampai sahaja terus jalan untuk cari bas.Aku dah buat jadual lengkap jadi walaupun pertama kali turun, semua maklumat dah ada dah dalam kepala aku.Takdelah tercangak-cangak tunggu orang mai tipu kan.On the way nak ke bas kami disapa oleh agen perlancongan.Dia tawarkan pakej Medan ke Danau Toba siap dengan driver sebanyak 2 juta satu orang.Duit aku bawak pun 2 juta saja.Jadi kami cancel ja dengan agen tu dan ikut saja plan kami sendiri.Kami terus cari Bas Damri untuk ke stesyen bas Amplas.Dari stesyen bas Amplas kami akan ke Parapat untuk naik feri ke Danau Toba.


 Ni senarai harga tiket bas.Kalau ke Amplas 15k sahaja

 tempat beli tiket Bas Damri

 Bergambar dengan Bas Damri.Bas ni stail lama tapi ada aircond la

 Harga tiket dari Kualanamu Airport Medan ke stesyen bas Amplas

 Dalam bas

 On the way keluar dari Airport

 Dah sampai ke Terminal Bersepadu Amplas.Tempat untuk dapatkan bas ke Parapat

Suasana kat stesyen ni.Kecil sahaja stesyen bas ni

No comments:

Post a Comment