Tuesday 24 September 2019

Motorsikal Paling Sesuai Untuk Backpackers

Assalamualaikum sahabat semua.

Sudah lama sangat saya tidak menyumbang apa-apa artikel dalam blog saya ini kerana kesibukan kerja.Jadi untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan backpacker.Tapi apa halnya backpacker nak kena guna motorsikal pulak.Kan backpacker ni guna pengangkutan awam je kan?

Ok.Saya terangkan kenapa backpackers perlu menggunakan motorsikal untuk digunakan sebagai alat pengangkutan jika ingin mengembara sama ada di Malaysia atau negara yang kita hendak lawati.Motorsikal ni lebih mudah untuk bergerak dalam Malaysia dan minyak juga murah.Lebih jimat masa dan duit dari naik pengangkutan awam.

Pertama sekali, jiwa kita hendaklah seorang yang cekap,minat,selesa, dan suka menggunakan motorsikal ke mana-mana.Ini selalunya jenis orang yang tak suka traffic jam, masalah parking, tak suka bayar tol mahal, tak suka buang duit bayar minyak mahal, tak kesah panas dan hujan dan sebagainya macam saya barulah baca yang seterusnya.Kalau tak sahabat semua hanya membuang masa sahaja membaca artikel saya jika jiwa sahabat semua bukanlah seorang bikers.

Kedua, motor apa yang paling sesuai untuk kita gunakan sewaktu mengembara.Saya mulakan jika hendak mengembara di dalam Malaysia.Bagi saya, motor yang paling sesuai untuk mengembara adalah Honda Future 125 kerana motor ini mempunyai kebuk penyimpanan yang paling besar di bawah seat setakat ini.Motor Honda lain pun ada jugak yang ada kebuk cuma saiznya lebih kecil.Apa pentingnya kebuk penyimpanan ini?Nak simpan baju ka?Tidak.Kebuk ini kita gunakan untuk masukkan kelengkapan -kelengkapan yang paling penting untuk kita bawak sewaktu mengembara dalam Malaysia.Antara kelengkapan penting itu adalah

1-Spanar - boleh beli segala jenis spanar dari kedai RM2 sahaja.Boleh jugak masukkan socket dan ratchet untuk buka screw penutup engin dan spanner T.Selain itu masukkan juga allen key dan screw driver.Jadi kalau ada apa-apa kerosakan contoh nak cekangkan rantai motor, nak tukar minyak engin, dan sebagainya boleh sahaja buat sendiri.

2-Spark plug - Boleh bawak 1 spark plug baru sebagai spare.NGK SPARK PLUG CPR8EA-9 

3-Pum Angin - ini barang yang paling penting kalau tayar bocor tengah jalan.Muat sahaja masukkan pam angin jenis guna kaki tu dalam kebuk tu.Harga dalam RM24 sahaja.

4-Cacing - ni bukan cacing nak buat umpan ikan keli.Ni cacing tampung tayar kalau tayar bocor kena paku ka apa kat tengah jalan.Standard motor Honda Future memang menggunakan tayar tubeless.Jadi pastikan cacing ni sentiasa ada dalam kebuk untuk atasi masalah tayar bocor tengah jalan.Harga 1 set 5 cacing dan alat untuk tebuk tayar dan palam dalam RM15 sahaja.

5-Baju hujan - Boleh guna baju hujan Givi yang nipis tapi berkesan.Harga dalam RM150- RM200.

6-Tiub getah - Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika jadi masalah minyak habis kat tengah jalan.Kalau ada senang sikit nak sedut minyak motor orang yang nak tolong kita tu.

Selain itu, kena la jugak pastikan motor kita dalam keadaan yang baik.Tayar masih berbunga dan brek masih berfungsi.Segala lampu juga berfungsi.Tayar saya syorkan pakai jenama Dunlop.Tayar Dunlop lebih grip jalan untuk cuaca panas dan hujan.Kalau pakai tayar ni nak layan corner kat genting atau Gerik takde masalah punya lah.

Kemudian, perkara yang perlu kita bawa di dalam beg galas untuk start mengembara dengan motorsikal kita ni.Antaranya adalah

1-Spender atau boxer
2-Seluar trek - lebih baik pakai seluar trek sahaja.ambik yang ringan tu.seluar jeans nanti berat.
3-Baju - jenis yang micro fiber.ringan dan mudah kering bila basuh
4-Alatan telefon- termasuk power bank,alat mengecas, ear phone dan telefon untuk ambil gambar dan sebagainya.Pastikan ada data untuk guna google map atau waze.
5-Sleeping beg
6-Alatan mandi - berus gigi, ubat gigi,sabun,syampoo
7-Alatan diri - bedak,minyak wangi,deodorant,minyak rambut,sikat
8-Ubatan - panadol,plster, minyak angin

Ini sahaja yang saya letakkan dalam beg.Tak banyak pun barang.Jangan di angkut semua benda nanti teruk nak galas.

Dah siap semua, sebelum start nak mengembara tu plan dulu la nak pi mana.Contoh minggu ni 2 hari 1 malam nak mengembara ke Perlis.Jadi masuk web https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-perlis/ dan rancang mana tempat yang nak pi.Selalunya saya hanya akan pi tempat yang murah atau free sahaja.Yang kena bayar nak masuk sampai beratus memang saya tak masuk la.Pastu search tempat tu ikut google map dan plan tempat mana kita nak pi dulu supaya dalam 1 haluan.Takde la kita buang masa pergi tempat berkecamuk kan.Sebab tu dalam perjalanan kita google map amat penting.

Selain tempat menarik, saya jugak suka plan tempat makan apa yang best kat negeri tu.Supaya saya boleh merasa makanan local negeri tersebut.Jadi sebenarnya saya ni lebih ke arah percutian untuk culture,food,biking, fotography dan backpacking.

Tempat tidur boleh pilih backpackers hostel.Kalau takde hostel kat negeri tu saya lebih selesa tidur kat masjid sahaja.Tapi pastikan dapatkan kebenaran AJK masjid dan selalunya depa tak kisah pun kita tidur kat serambi masjid.Boleh tidur guna sleeping beg yang kita bawak.Pastikan bawak sekali semburan penghalau nyamuk supaya tidur kita lebih aman tanpa gangguan nyamuk di masjid atau pijat di hostel.Spray ni boleh beli kat farmasi yng jenis kita sembur kat badan kita.Botol warna kuning.

ok,Setakat tu dulu ilmu yang saya nak kongsi.Terima kasih

Wassalam