Tuesday 29 November 2016

Saham-Bidang Pelaburan Baru Yang Sedang Saya Ceburi

Assalamualaikum sahabat semua,

Sudah lama saya tak menulis apa-apa dalam blog saya ni.Dah bersawang dan semak pun.Jadi hari ni nak kena la tebas sikit semak samun kat blog ni dan cuci sawang labah-labah kat sini kan.Sebenarnya saya telah pun bermula menceburkan diri dalam pelaburan saham ni pada awal bulan May lagi.Sapa yang mempengaruhi saya untuk terlibat dengan pelaburan saham ni.Tentulah Aziran yang mengajar.Sapa lagi kalau tak Aziran kan yang telah memberi tunjuk ajar dan segala mak nenek buku untuk saya baca.Cuma saya memang pening sikit la baca bab saham ni pasal istilah yang tak biasa kita dengar.Tapi bak kata Robert Kiyosaki, apabila kita terlibat dengan sesuatu pelaburan, asas pelaburan masih lagi sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan.Yang berbeza hanyalah kosa kata atau glosari sahaja.Terjun dalam bidang hartanah kita perlukan bahasa hartanah dan terjun dalam bidang saham kita perlukan bahasa saham.Hanya bahasa yang membezakan setiap pelaburan yang kita hendak masuk.

Kenapa saya terlibat dengan saham?

Pertama sekali pernah tak dengar kata-kata pujangga mat saleh ni 

"Don't put eggs in one basket"

Kalau sahabat pernah baca buku yang berkaitan dengan pelaburan mesti pernah dengar punya mutiara kata ni.Maksud kata-kata ini adalah kita hendaklah menceburkan diri dalam pelbagai jenis pelaburan supaya jika ada salah satu pelaburan kita mengalami kerugian, pelaburan lain yang menjana keuntungan tu dapat menampung kerugian yang kita tanggung.Kalau sekarang ni pelaburan hartanah mengalami kelembapan mungkin pelaburan saham dapat menampung kerugian kita dalam sektor hartanah.

Kenapa sektor hartanah lembab?

Sekarang ini sudah ramai yang tahu membeli rumah secara lelong menyebabkan perebutan untuk mendapatkan sesuatu hartanah amatlah sengit.Kalau dulu kita boleh enjoy membeli hartanah lelong dengan harga yang bawah daripada harga pasaran tetapi sekarang perebutan hartanah menyebabkan membeli secara subsale lebih murah daripada membeli secara lelong.Ini saya boleh katakan kerana kawan saya sudah banyak kali masuk lelong dan harganya naik sehinggalah ke tahap yang tidak munasabah.Satu lagi sebab yang menyebabkan sektor hartanah lembab adalah kerana pemaju lebih suka menyediakan hartanah untuk golongan elit sahaja dan mengabaikan keperluan golongan bawahan ataupun menengah.Rumah taman yang dibuat semuanya atas RM200k dan amat susah kita nak jumpa rumah baru yang berharga bawah RM150k walaupun rumah tu dibuat dalam kawasan terpencil.Dengan GST,masalah kenaikkan gaji,masalah gaji minimum,masalah kilang asing tutup dan buka operasi di China dan macam-macam lagi masalah dalam negara adalah penyumbang kepada kelembapan ekonomi sekarang.Dengan keluasan internet dan pelajaran anak-anak yang tinggi, orang kampung sekarang ni pun sudah tak jual tanah dengan harga yang murah.Jadi sekarang ni memang tak dapat nak enjoy sangat beli rumah atau tanah dengan harga yang murah.Tapi pelabur hartanah jangan risau.kelembapan ekonomi akan membuatkan ramai orang hilang sumber pendapatan apabila banyak pekerja diberhentikan kerja.Bila ini terjadi lambakan rumah lelong akan terjadi dipasaran.Itulah masa yang paling sesuai untuk membeli rumah lelong

Saham-Syurga dikala ekonomi lembab.

Mereka yang terlibat dengan saham ni sebenarnya sedang menunggu-nunggu kejatuhan ekonomi.Waktu yang paling best membeli saham adalah pada waktu market crash kerana pada masa ni saham-saham blue chip akan jatuh pada harga yang amat rendah berbanding dengan harga semasanya.Bila ekonomi kembali pulih, kita akan dapat melihat harga saham itu boleh menjadi 5 hingga 10 kali ganda dari harga asal.Antara saham yang tidak terjejas dengan kegawatan ekonomi pada tahun 1997 adalah NESTLE.harga Nestle semakin hari semakin meningkat dan sekrang sudah naik kepada RM80 seunit.Nak beli 1 lot perlukan modal RM8000.Dalam pelaburan saham, saya mendapat tunjuk ajar daripada Pakdi apabila Aziran membeli e-book Pakdi dan kemudian membenarkan saya membacanya.Apa yang saya boleh share Pakdi lebih suka melabaur secara fundamental iaitu membeli saham-saham consumer yang berdaya saing dan kalis kegawatan ekonomi.

Saya akan bercerita dengan lebih lanjut tentang saham pada posting yang akan datang.

Wassalam.