Wednesday 18 November 2015

Kelengkapan Keselamatan Menunggang Superbike

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua kelengkapan yang perlu kita beli kalau kita memiliki superbike.Kelengkapan ini wajib kita pakai sewaktu menunggang superbike supaya boleh mengurangkan impak apabila kita terlibat dengan kemalangan.Apabila kita memakai kelengkapan ini tidaklah boleh dikatakan dapat menyelamatkan nyawa kita tetapi cukuplah untuk menghalang diri kita daripada terluka akibat terseret di jalan raya.

Helmet

Helmet ini gunanya untuk menjaga kepala dan otak kita daripada cedera sewaktu kemalangan.Walaupun terdapat pelbagai design dan warna tetapi keselamatan adalah sebab paling utama untuk kita memakai helmet.Selalunya terdapat 3 design utama helmet iaitu fullface,flip up dan offroad helmet.

Offroad Helmet

Selalunya helmet ini digunakan oleh penunggang yang memiliki motorsikal offroad.Ada juga juga suka memakai helmet ini sewaktu menunggang skuter.
Fullface Helmet

Helmet ini adalah helmet rasmi untuk semua penunggang superbike.
Flip Up Helmet

Ramai juga penunggang superbike yang suka dengan flip up helmet ni.Sebabnya mudah apabila hendak merokok dan tak perlu pakai cermin mata hitam sewaktu menunggang pada siang hari kerana disertakan dengan black visor.Selain itu, mudah juga nak minum dan makan sambil pakai helmet.Yela bila join konvoi ni bila kat RV kalau boleh kita kena ready untuk ride ke RV seterusnya pasal rehat pun selalunya tak lama.Cukup untuk merokok,minum dan isi minyak sahaja.Saya juga menggunakan helmet jenis ini kerana bagi saya sesuai dengan motorsikal sport touring yang saya gunakan dan banyak manfaatnya.

Pemilihan Helmet

1-Warna yang terang dan mudah dilihat dari jauh.
2-Letakkan jalur pemantul cahaya di belakang helmet.
3-Pastikan helmet diluluskan oleh SIRIM ataupun pertubuhan rasmi negara pengeluar.
4-Pastikan tidak memakai helmet yang longgar dan kita boleh toleh kiri dan kanan bila memakainya.

Kasut

Pastikan kita memakai kasut yang bertutup.Ada 3 jenis kasut iaitu separas buku lali, separas 1/2 betis dan separas bawah lutut.Selalunya rider akan pakai but paras buku lali untuk ride dekat-dekat macam dalam bandar atau jalan-jalan cari makan.Pakai but 1/2 betis untuk jalan yang agak jauh dan but bawah lutut untuk ride yang lagi jauh atau main trek.Tapi seeloknya dinasihatkan beli jek yang but paras 1/2 betis ni.Nak jalan jauh ka dekat ka pakai jek but ni.

But Paras Buku Lali

But Paras 1/2 Betis

But Paras Bawah Lutut


Gloves (Sarung Tangan)

Sarung Tangan Pendek


Sarung Tangan Panjang

Seeloknya pilihlah glove yang diperbuat daripada kulit supaya tahan lama dan boleh tahan geseran.Jangan beli glove yang diperbuat daripada kain.Walaupun murah tetapi tidak tahan lama.

Jaket, Seluar dan Riding Suit

Kalau naik superbike dinasihatkan beli riding suit terus seperti yang Rossi pakai tu.Harga dalam RM2000 ke atas.Tapi untuk yang pakai sport touring macam saya ni boleh la kita pakai jaket yang ada pad siku, seluar jeans yang dipakai bersama pad lutut.Cukup la tu sebagai baju yang agak selamat dan tidak panas sewaktu ride.

Wassalam.

Thursday 12 November 2015

Sebab-Sebab Terjadinya Kemalangan Motorsikal

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi ilmu tentang keselamatan sewaktu menunggang motosikal tak kisah la menunggang superbike ataupun kapcai.


Masalah Pemandu

1-Fatique (Penat)

Penat boleh dikategorikan kepada 2 iaitu penat daripada segi mental dan fizikal.Pemandu yang letih,penat ataupun sakit tidak sepatutnya menunggang kerana boleh menyebabkan terjadinya kemalangan.Mengantuk juga boleh dikategorikan sebagai penat daripada segi mental.

2-Skill Level (Kecekapan Menunggang)

Membawa superbike sudah semestinya memerlukan kecekapan yang lebih tinggi daripada menunggang kapcai.Jadi sudah semestinya kita perlu sentiasa mengasah skil menunggang kita supaya setara dengan motorsikal yang kita bawa.

3-Inattention (Hilang Tumpuan)

Membawa superbike memerlukan kita fokus dan tidak mudah alpa sewaktu membawanya.Kita wajib membaca persekitaran dan tabiat pemandu lain dihadapan kita.Berangan sewaktu menunggang amatlah berbahaya kepada diri kita.

4-Speed To Fast (Menunggang Dengan Terlalu Laju)

Menunggang dengan terlalu laju ni sebenarnya subjektif.Takkan la bawa superbike tapi bawa pelan pula kan.Contohnya kita boleh membawa dengan laju di highway dalam 100 km/h hingga 120km/h dengan traffic biasa.Kita boleh memecut dari 120km/h hingga 180km/h apabila jalan selamat dan traffic jarang-jarang.Kelajuan kita menunggang perlu sesuai dengan persekitaran.Jangan pula kita memecut dengan kelajuan tinggi di jalan biasa atau mempunyai banyak simpang dan traffic light.


Masalah Motorsikal

1-Tire Condition (Keadaan tayar)

Sudah semestinya kita tidak boleh membawa motorsikal yang tayarnya botak atau tidak mempunyai bunga.Kita juga perlu menukar tayar yang telah digunakan lebih daripada 3 tahun walaupun masih banyak bunga kerana cengkaman tayar ke atas jalan raya telah menjadi kurang apabila getahnya telah menjadi keras.

2-Suspension (Keadaan obsorber motor)

Kita perlu peka dengan obsorber motorsikal dan dilaraskan mengikut keselesaan dan berat badan kita.Untuk mereka yang berbadan besar boleh dilaraskan supaya tidak terlalu lembut dan untuk yang berbadan ringan boleh dilaraskan supaya tidak terlalu keras.Contohnya kita perlu menukar minyak fork apabila sampai masanya untuk memastikan suspension depan berada dalam keadaan baik.


Masalah Pengguna Jalan Raya Lain

1-Congestion (Kesesakan Lalu Lintas)

Kita perlu peka dengan kesesakan lalu lintas yang lain sewaktu menunggang.Keadaan trafik yang macam ni la yang akan mempengaruhi kelajuan kita menunggang.

2-Intersection Features (Pertemuan Jalan Raya)

Jalan raya mempunyai banyak pertemuan seperti simpang,lencongan,selekoh dan sebagainya.Kita perlu berhati-hati dengan pertemuan jalan ini supaya tidak terbabas ataupun bertembung dengan pengguna jalan raya yang lain yang mahu masuk ke dalam jalan raya.

3-Inatttentive Driver (Pengguna Lain Yang Tidak Memberi Tumpuan Di Atas Jalan Raya)

Di atas jalan raya terdapat pelbagai jenis tabiat pemandu yang boleh membabitkan kita dengan kemalangan seperti memandu dengan keadaan mabuk,melanggar lampu merah,memotong pada garisan kembar,masuk ke simpang tanpa memberi signal,berhenti dengan mengejut dan sebagainya.Kita yang membawa motor perlu peka dengan pemandu-pemandu yang sebegini supaya tidak membabitkan kita sekali dengan kecelakaan jalan raya.


Masalah Jalan Dan Persekitaran

1-Road Curve (Keadaan Jalan Raya)

Kita perlu peka dengan keadaan jalan raya yang boleh membawa musibat kepada kita seperti jalan yang tidak rata,jalan yang licin,jalan yang berlubang,jalan yang basah,jalan yang berpasir,jalan yang berbatu,dan sebagainya.Sepatutnya kita membawa motorsikal dengan kelajuan yang rendah apabila menghadapi jalan yang sebegini.

2-Glare (Cahaya Yang Menyilaukan)

Cahaya yang menyilaukan terjadi pada waktu siang dan malam.Kalau waktu siang ia akan terjadi daripada cahaya matahari dan pada waktu malam cahaya daripada kenderaan lain yang menyilaukan mata kita.

Semoga kita boleh mengambil manfaat hasil daripada perkongsian ilmu ini dan membolehkan kita menunggang dengan selamat.

Wassalam.

Monday 9 November 2015

Resepi Tomyam Ala Thai

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua satu resepi tomyam yang boleh dikatakan menu kegemaran pelanggan di kedai tomyam mak saya kat kampung.Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang resepi ni pasal sekarang ni saya cukup meluat apabila order tomyam kat kedai Thai.Kuah tomyam yang depa buat kompom ceroi dan tak menepati standard citarasa saya.Jadi, mau tak mau saya kena juga masak sendiri kalau teringin nak makan tomyam ataupun minta mak buat semasa saya balik ke kampung.Kedai mak saya masih lagi mengekalkan standard resepi yang dia belajar dan oleh sebab itu pelanggannya sanggup datang dari jauh untuk makan tomyam mak.

Bahan-Bahan

Air-1 gelas plastik putih
Ayam-2 ketul (kalau bahagian tulang lagi sedap pasal lebih berperisa daripada isi)
Perencah tomyam Thai - 1 sudu yang cina guna makan sup
Gula - 3 sudu kecil
Garam - 1 sudu kecil
Ajinamoto - 2 sudu kecil
Air limau - 2 sudu kecil
Carot - 5-10 hirisan
Daun Limau Purut - 2 helai
Bawang besar India ataupun Holland - 1 biji sebesar 2 jari
Tomato - 1/2 biji saiz 2 jari
Solek jagung - 1 batang
Daun bawang - 2 helai dipotong pendek-pendek
Sos cili Ladas - 1 sudu yang cina guna makan sup
Serai - 1 batang
cabai melaka - 3 batang


 Cara-Cara Memasak

1-Masukkan 1 gelas plastik putih air ke dalam kuali.Tak perlu tunggu air mendidih untuk masukkan ayam.Api kena slow saja pasal tak mau air banyak tersejat
2-Masukkan 2 ketul ayam yang telah dipotong sebesar ibu jari.Saya suka masukkan bahagian kepak dan tulang belakang ayam.Kalau bini nak makan sekali baru saya masukkan bahagian dada.
3-Masukkan 1 batang serai yang telah diketuk.Saya gunakan serai kampung.Nak guna serai peha ayam pun boleh.Tapi jadikan 2 batang.Serai kampung lebih wangi daripada serai peha ayam.
4-Masukkan 1 sudu perencah tomyam.Perencah ni la yang kedai tomyam kurangkan pasal mahal.Ni contohnya perencah tomyam yang mak saya guna dan semua kedai tomyam kat Malaysia ni guna.
5-Masukkan 1 sudu sos cili Ladas.Yang ni rahsia utama.Tak masuk sure rasa tak sama.Walaupun semua kedai tomyam guna perencah yang sama tapi tak sama dengan tomyam mak saya pasal sos ini lah.
6-Bila air dah mendidih kita masukkan gula:ajinamoto:garam dengan nisbah 3:2:1 dengan menggunakan sudu kecil.
7-Lepas tu kita masukkan 2 sudu kecil air limau yang daripada Thailand tu.
8-Last sekali kita boleh masukkan carot yang dihiris nipis, daun limau purut,bawang yang dipotong dadu,hirisan tomato,solek jagung dan cabai melaka yang diketuk dengan pisau.
9-Bila semua dah masak last sekali masukkan daun bawang yang dihiris pendek-pendek.

Senang saja kan nak buat tomyam yang sedap kalau kita tahu rahsia resepi dan sukatan yang betul.Tomyam yang saya order kat kedai selalunya depa bubuh perencah sikit sebab tu nampak ceroi.Lepas tu tak letak sos cili pulak.Lagi la ceroi.Lagi satu ni resepi tomyam ayam.Kalau nak masukkan segala macam udang,sotong, dan daging boleh jer tanpa perlu ubah sukatan bahan.Rasa tomyam tu akan lebih sedap kalau kita masukkan jadi tomyam campur.

Saya harap kalau ada sahabat yang hantu tomyam boleh la buat sendiri sahaja.Dah le mahal gila sampai RM5-6  satu mangkuk.Dah bayar mahal pastu tak sedap kuah ceroi pulak lagi la panas.Nak makan tomyam sedap mai kedai mak saya.RM4.00 je semangkuk.Yela jual kat kampung bukan boleh ikut harga standard kedai tomyam.Yang peminat pun penoreh getah dan pekerja kebun kelapa sawit jek.Jual mahal depa kempunan macam tu jela tak dapat nak rasa tomyam mak.

Wassalam.

Thursday 5 November 2015

Sumber Pendapatan & Matlamat Hidup

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan pendidikan kewangan yang dah lama saya tak tulis sejak akhir-akhir ini.Sebenarnya, terdpat 3 cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan duit ataupun sumber pendapatan iaitu

Bekerja makan gaji

Contoh bekerja makan gaji seperti yang saya dan kebanyakkan sahabat semua lakukan sekarang iaitu kita bekerja di sesebuah syarikat dan syarikat itu membayar sejumlah wang di atas masa yang telah kita berikan kepadanya.Dalam istilah kerja makan gaji, kita sebenarnya telah menjual masa kita kepada syarikat tempat kita bekerja.Kalau kita perlu memberi lebih masa kepada syarikat ataupun dalam bahasa mudahnya Over Time (OT), syarikat perlulah membayar kita dengan lebih banyak wang.Adakah kerja makan gaji ni salah ataupun tidak?Bagi golongan Cina dan Robert Kiyosaki sendiri mereka akan menjawab SALAH kerana golongan ini tidak dilahirkan untuk menjadi pekerja.Mereka dilahirkan untuk menjadi tauke.Tapi bagi saya tidak kerana bekerja makan gaji mempunyai satu keistimewaannya iaitu slip gaji.Slip gaji ni kalau kena caranya boleh kita gunakan untuk tambahkan harta kita.

Bekerja sendiri

Contoh bekerja sendiri adalah seperti peniaga pasar malam, kedai runcit, tukang gunting rambut dan doktor yang membuka klinik juga digelar bekerja sendiri.Maksudnya kalau kita sendiri tidak bekerja maka perniagaan itu akan bungkus ataupun tutup.Perniagaan itu bergantung sepenuhnya di atas kudrat dan pemikiran kita untuk memastikan perniagaan itu memberikan pendapatan setiap hari kepada kita.Inilah maksud bekerja sendiri walaupun perniagaan yang kita ceburi itu adalah satu bidang professional.Bekerja sendiri kita tak ada slip gaji tapi apa yang paling penting setiap peniaga kena ada adalah akaun semasa.Keluar masuk duit dalam akaun semasa lah yang boleh melayakkan kita membuat pinjaman daripada bank.Jadi jika kita bekerja makan gaji dan dalam masa yang sama menjalankan perniagan sendiri sewaktu hujung minggu kita mempunyai kelebihan slip gaji dan akaun semasa untuk membuat pinjaman.

Mempunyai perniagaan sendiri

Mempunyai perniagaan sendiri ni maksudnya kita secara total adalah tauke.Setiap benda semuanya kita bayar sahaja kepada pekerja kita.Kita hanya manage sahaja.Sebab itulah kalau kita dengar kisah orang yang berjaya dia boleh memiliki sampai berpuluh syarikat dibawahnya.Dia hanya perlu gajikan seorang pengurus yang bagus dan pengurus itulah yang melakukan semua kerja untuknya.Mungkin sebulan sekali dia akan masuk untuk meeting dengan pengurus-pengurusnya dan ambil feedback tentang perjalanan syarikatnya.Tauke yang macam ni lah yang sangat diidamkan oleh Robert Kiyosaki kerana dia gembira jika boleh berkongsi keuntungan syarikat dengan semua pekerjanya.Maknanya kerana dia seorang yang memiliki sebuah syarikat boleh memberi makan kepada beribu pekerja dan anak bini pekerjanya.

Kalau ikut nisbah kekayaan berkadar dengan masa sebenarnya ia akan jadi seperti begini

Bekerja makan gaji < Bekerja sendiri < Menpunyai perniagaan sendiri

Maksudnya mempunyai perniagaan sendiri akan membuatkan kita lebih cepat kaya berbanding bekerja sendiri dan bekerja sendiri akan membuatkan kita lebih cepat kaya daripada bekerja makan gaji.

Adakah apa betul pernyataan kat atas ni?Adakah betul ada perniagaan sendiri akan buat kita lebih cepat kaya daripada bekerja sendiri dan makan gaji?

Untuk menjawab soalan ni kita perlu tahu bahawa sumber pendapatan kita sebenarnya terbahagi kepada 2 iaitu

Sumber pendapatan aktif

Sumber ni adalah sumber yang memerlukan penglibatan kita untuk menjana duit.Tak kisahlah sama ada kita makan gaji,bekerja sendiri ataupun mempunyai perniagaan sendiri

Sumber pendapatan pasif

Sumber ini adalah sumber yang tidak memerlukan penglibatan kita langsung untuk menjana pendapatan seperti mempunyai rumah sewa, saham, emas dan perak, home stay dan sebagainya

Jadi sebenarnya bergantung kepada kitalah yang menentukan berapa cepat kita mencapai matlamat untuk menjadi kaya atau sebaliknya.

Apa matlamat saya?

Semasa saya masih kecil, saya mempunyai matlamat untuk memiliki superbike.Ini adalah matlamat tertinggi dalam hidup saya sewaktu masih kecil lagi.Sewaktu darjah 6, saya tahu untuk membolehkan saya memiliki superbike saya perlu mendapatkan gaji yang lumayan dan cara untuk mendapatkan gaji yang lumayan adalah saya perlu jadi doktor.Satu profession yang amat famous dikalangan budak-budak pada masa tu la.Jadi saya pulun study dan lulus dengan cemerlang untuk UPSR dan PMR.Kemudian saya ditawarkan untuk masuk ke Tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh tapi saya tidak boleh jadi doktor kerana saya hanya ditawarkan dengan sains teknikal atau dalam bahasa mudahnya hanya boleh jadi jurutera.Jadi saya pun ubahlah matlamat hidup saya daripada nak jadi seorang doktor kepada seorang jurutera mekanikal kerana saya juga tahu pada waktu tu kalau jadi jurutera pun boleh pakai superbike.

Jadi perjalanan hidup saya untuk jadi jurutera mekanikal ni tidak berubah daripada lepas SPM kemudian masuk Matrik dan ambil kursus Kejuruteraan Mekanikal.Dipendekkan cerita apabila sudah grad saya pun diterima kerja sebagai seorang jurutera di syarikat tempat saya bekerja sekarang.

Tapi saya silap kerana walaupun bergelar jurutera saya masih tidak mampu untuk memiliki superbike apabila ditawarkan dengan gaji yang kecil.Jadi pada waktu tu saya telah menukar matlamat hidup saya untuk menjadi seorang yang kaya supaya matlamat untuk memiliki superbike tercapai.Walaupun gaji saya kecil saya tidak berhenti kerja kerana saya sukakan kerja yang saya buat sekarang.Kerja saya setiap hari bukanlah satu kerja yang rutin dan boleh memberi pelbagai pengalaman yang kalau nak diceritakan memang terlalu panjang.

Apabila saya dah set matlamat untuk menjadi kaya, saya pun mulalah bercerita kepada Aziran dan puf sebenarnya Aziran juga sedang mencari kekayaan seperti saya.Jadi pada waktu itulah saya mula membaca buku berkenaan pendidikan kewangan, pelaburan hartanah dan perniagaan.Akhir sekali, alhamdulillah akhirnya matlamat saya tercapai untuk memiliki superbike walaupun saya masih belum kaya pada pandangan orang ramai.Tapi pada pandangan saya sendiri, sebenarnya saya telah pun kaya di dunia kerana tiada apa lagi yang saya mahukan.Kemudian saya terfikir, kalau dah matlamat saya untuk menjadi kaya telah terpadam jadi sekarang ni apa matlamat hidup saya?

Jadi saya pun mula lah set matlamat untuk kekayaan saya di akhirat dan salah satu kaedahnya untuk mencapai matlamat itu adalah dengan belajar-belajar mengikuti jemaah tabligh.Semoga dengan mengikuti jemaah ni, Allah SWT memberi saya kekuatan untuk melakukan amal kebajikan dan amal soleh.Jadi bagaimana dengan matlamat dunia saya.Dipendekkan cerita matlamat saya sekarang adalah untuk menjadi seorang yang mempunyai financial freedom supaya saya mempunyai lebih masa untuk beribadah kepada Allah SWT.Maknanya saya mahu sentiasa lepak di masjid dan melakukan amal masjid tapi dalam masa yang sama saya tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit.Saya mahu duit pula bekerja keras untuk memberi pendapatan kepada saya semasa saya menghabiskan hidup saya di masjid.Itulah matlamat saya sekarang.

Insyallah, kalau diizinkan Allah saya akan mula bercerita tentang saham pula.

Wassalam.