Thursday 12 November 2015

Sebab-Sebab Terjadinya Kemalangan Motorsikal

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi ilmu tentang keselamatan sewaktu menunggang motosikal tak kisah la menunggang superbike ataupun kapcai.


Masalah Pemandu

1-Fatique (Penat)

Penat boleh dikategorikan kepada 2 iaitu penat daripada segi mental dan fizikal.Pemandu yang letih,penat ataupun sakit tidak sepatutnya menunggang kerana boleh menyebabkan terjadinya kemalangan.Mengantuk juga boleh dikategorikan sebagai penat daripada segi mental.

2-Skill Level (Kecekapan Menunggang)

Membawa superbike sudah semestinya memerlukan kecekapan yang lebih tinggi daripada menunggang kapcai.Jadi sudah semestinya kita perlu sentiasa mengasah skil menunggang kita supaya setara dengan motorsikal yang kita bawa.

3-Inattention (Hilang Tumpuan)

Membawa superbike memerlukan kita fokus dan tidak mudah alpa sewaktu membawanya.Kita wajib membaca persekitaran dan tabiat pemandu lain dihadapan kita.Berangan sewaktu menunggang amatlah berbahaya kepada diri kita.

4-Speed To Fast (Menunggang Dengan Terlalu Laju)

Menunggang dengan terlalu laju ni sebenarnya subjektif.Takkan la bawa superbike tapi bawa pelan pula kan.Contohnya kita boleh membawa dengan laju di highway dalam 100 km/h hingga 120km/h dengan traffic biasa.Kita boleh memecut dari 120km/h hingga 180km/h apabila jalan selamat dan traffic jarang-jarang.Kelajuan kita menunggang perlu sesuai dengan persekitaran.Jangan pula kita memecut dengan kelajuan tinggi di jalan biasa atau mempunyai banyak simpang dan traffic light.


Masalah Motorsikal

1-Tire Condition (Keadaan tayar)

Sudah semestinya kita tidak boleh membawa motorsikal yang tayarnya botak atau tidak mempunyai bunga.Kita juga perlu menukar tayar yang telah digunakan lebih daripada 3 tahun walaupun masih banyak bunga kerana cengkaman tayar ke atas jalan raya telah menjadi kurang apabila getahnya telah menjadi keras.

2-Suspension (Keadaan obsorber motor)

Kita perlu peka dengan obsorber motorsikal dan dilaraskan mengikut keselesaan dan berat badan kita.Untuk mereka yang berbadan besar boleh dilaraskan supaya tidak terlalu lembut dan untuk yang berbadan ringan boleh dilaraskan supaya tidak terlalu keras.Contohnya kita perlu menukar minyak fork apabila sampai masanya untuk memastikan suspension depan berada dalam keadaan baik.


Masalah Pengguna Jalan Raya Lain

1-Congestion (Kesesakan Lalu Lintas)

Kita perlu peka dengan kesesakan lalu lintas yang lain sewaktu menunggang.Keadaan trafik yang macam ni la yang akan mempengaruhi kelajuan kita menunggang.

2-Intersection Features (Pertemuan Jalan Raya)

Jalan raya mempunyai banyak pertemuan seperti simpang,lencongan,selekoh dan sebagainya.Kita perlu berhati-hati dengan pertemuan jalan ini supaya tidak terbabas ataupun bertembung dengan pengguna jalan raya yang lain yang mahu masuk ke dalam jalan raya.

3-Inatttentive Driver (Pengguna Lain Yang Tidak Memberi Tumpuan Di Atas Jalan Raya)

Di atas jalan raya terdapat pelbagai jenis tabiat pemandu yang boleh membabitkan kita dengan kemalangan seperti memandu dengan keadaan mabuk,melanggar lampu merah,memotong pada garisan kembar,masuk ke simpang tanpa memberi signal,berhenti dengan mengejut dan sebagainya.Kita yang membawa motor perlu peka dengan pemandu-pemandu yang sebegini supaya tidak membabitkan kita sekali dengan kecelakaan jalan raya.


Masalah Jalan Dan Persekitaran

1-Road Curve (Keadaan Jalan Raya)

Kita perlu peka dengan keadaan jalan raya yang boleh membawa musibat kepada kita seperti jalan yang tidak rata,jalan yang licin,jalan yang berlubang,jalan yang basah,jalan yang berpasir,jalan yang berbatu,dan sebagainya.Sepatutnya kita membawa motorsikal dengan kelajuan yang rendah apabila menghadapi jalan yang sebegini.

2-Glare (Cahaya Yang Menyilaukan)

Cahaya yang menyilaukan terjadi pada waktu siang dan malam.Kalau waktu siang ia akan terjadi daripada cahaya matahari dan pada waktu malam cahaya daripada kenderaan lain yang menyilaukan mata kita.

Semoga kita boleh mengambil manfaat hasil daripada perkongsian ilmu ini dan membolehkan kita menunggang dengan selamat.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment