Thursday 5 November 2015

Sumber Pendapatan & Matlamat Hidup

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan pendidikan kewangan yang dah lama saya tak tulis sejak akhir-akhir ini.Sebenarnya, terdpat 3 cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan duit ataupun sumber pendapatan iaitu

Bekerja makan gaji

Contoh bekerja makan gaji seperti yang saya dan kebanyakkan sahabat semua lakukan sekarang iaitu kita bekerja di sesebuah syarikat dan syarikat itu membayar sejumlah wang di atas masa yang telah kita berikan kepadanya.Dalam istilah kerja makan gaji, kita sebenarnya telah menjual masa kita kepada syarikat tempat kita bekerja.Kalau kita perlu memberi lebih masa kepada syarikat ataupun dalam bahasa mudahnya Over Time (OT), syarikat perlulah membayar kita dengan lebih banyak wang.Adakah kerja makan gaji ni salah ataupun tidak?Bagi golongan Cina dan Robert Kiyosaki sendiri mereka akan menjawab SALAH kerana golongan ini tidak dilahirkan untuk menjadi pekerja.Mereka dilahirkan untuk menjadi tauke.Tapi bagi saya tidak kerana bekerja makan gaji mempunyai satu keistimewaannya iaitu slip gaji.Slip gaji ni kalau kena caranya boleh kita gunakan untuk tambahkan harta kita.

Bekerja sendiri

Contoh bekerja sendiri adalah seperti peniaga pasar malam, kedai runcit, tukang gunting rambut dan doktor yang membuka klinik juga digelar bekerja sendiri.Maksudnya kalau kita sendiri tidak bekerja maka perniagaan itu akan bungkus ataupun tutup.Perniagaan itu bergantung sepenuhnya di atas kudrat dan pemikiran kita untuk memastikan perniagaan itu memberikan pendapatan setiap hari kepada kita.Inilah maksud bekerja sendiri walaupun perniagaan yang kita ceburi itu adalah satu bidang professional.Bekerja sendiri kita tak ada slip gaji tapi apa yang paling penting setiap peniaga kena ada adalah akaun semasa.Keluar masuk duit dalam akaun semasa lah yang boleh melayakkan kita membuat pinjaman daripada bank.Jadi jika kita bekerja makan gaji dan dalam masa yang sama menjalankan perniagan sendiri sewaktu hujung minggu kita mempunyai kelebihan slip gaji dan akaun semasa untuk membuat pinjaman.

Mempunyai perniagaan sendiri

Mempunyai perniagaan sendiri ni maksudnya kita secara total adalah tauke.Setiap benda semuanya kita bayar sahaja kepada pekerja kita.Kita hanya manage sahaja.Sebab itulah kalau kita dengar kisah orang yang berjaya dia boleh memiliki sampai berpuluh syarikat dibawahnya.Dia hanya perlu gajikan seorang pengurus yang bagus dan pengurus itulah yang melakukan semua kerja untuknya.Mungkin sebulan sekali dia akan masuk untuk meeting dengan pengurus-pengurusnya dan ambil feedback tentang perjalanan syarikatnya.Tauke yang macam ni lah yang sangat diidamkan oleh Robert Kiyosaki kerana dia gembira jika boleh berkongsi keuntungan syarikat dengan semua pekerjanya.Maknanya kerana dia seorang yang memiliki sebuah syarikat boleh memberi makan kepada beribu pekerja dan anak bini pekerjanya.

Kalau ikut nisbah kekayaan berkadar dengan masa sebenarnya ia akan jadi seperti begini

Bekerja makan gaji < Bekerja sendiri < Menpunyai perniagaan sendiri

Maksudnya mempunyai perniagaan sendiri akan membuatkan kita lebih cepat kaya berbanding bekerja sendiri dan bekerja sendiri akan membuatkan kita lebih cepat kaya daripada bekerja makan gaji.

Adakah apa betul pernyataan kat atas ni?Adakah betul ada perniagaan sendiri akan buat kita lebih cepat kaya daripada bekerja sendiri dan makan gaji?

Untuk menjawab soalan ni kita perlu tahu bahawa sumber pendapatan kita sebenarnya terbahagi kepada 2 iaitu

Sumber pendapatan aktif

Sumber ni adalah sumber yang memerlukan penglibatan kita untuk menjana duit.Tak kisahlah sama ada kita makan gaji,bekerja sendiri ataupun mempunyai perniagaan sendiri

Sumber pendapatan pasif

Sumber ini adalah sumber yang tidak memerlukan penglibatan kita langsung untuk menjana pendapatan seperti mempunyai rumah sewa, saham, emas dan perak, home stay dan sebagainya

Jadi sebenarnya bergantung kepada kitalah yang menentukan berapa cepat kita mencapai matlamat untuk menjadi kaya atau sebaliknya.

Apa matlamat saya?

Semasa saya masih kecil, saya mempunyai matlamat untuk memiliki superbike.Ini adalah matlamat tertinggi dalam hidup saya sewaktu masih kecil lagi.Sewaktu darjah 6, saya tahu untuk membolehkan saya memiliki superbike saya perlu mendapatkan gaji yang lumayan dan cara untuk mendapatkan gaji yang lumayan adalah saya perlu jadi doktor.Satu profession yang amat famous dikalangan budak-budak pada masa tu la.Jadi saya pulun study dan lulus dengan cemerlang untuk UPSR dan PMR.Kemudian saya ditawarkan untuk masuk ke Tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh tapi saya tidak boleh jadi doktor kerana saya hanya ditawarkan dengan sains teknikal atau dalam bahasa mudahnya hanya boleh jadi jurutera.Jadi saya pun ubahlah matlamat hidup saya daripada nak jadi seorang doktor kepada seorang jurutera mekanikal kerana saya juga tahu pada waktu tu kalau jadi jurutera pun boleh pakai superbike.

Jadi perjalanan hidup saya untuk jadi jurutera mekanikal ni tidak berubah daripada lepas SPM kemudian masuk Matrik dan ambil kursus Kejuruteraan Mekanikal.Dipendekkan cerita apabila sudah grad saya pun diterima kerja sebagai seorang jurutera di syarikat tempat saya bekerja sekarang.

Tapi saya silap kerana walaupun bergelar jurutera saya masih tidak mampu untuk memiliki superbike apabila ditawarkan dengan gaji yang kecil.Jadi pada waktu tu saya telah menukar matlamat hidup saya untuk menjadi seorang yang kaya supaya matlamat untuk memiliki superbike tercapai.Walaupun gaji saya kecil saya tidak berhenti kerja kerana saya sukakan kerja yang saya buat sekarang.Kerja saya setiap hari bukanlah satu kerja yang rutin dan boleh memberi pelbagai pengalaman yang kalau nak diceritakan memang terlalu panjang.

Apabila saya dah set matlamat untuk menjadi kaya, saya pun mulalah bercerita kepada Aziran dan puf sebenarnya Aziran juga sedang mencari kekayaan seperti saya.Jadi pada waktu itulah saya mula membaca buku berkenaan pendidikan kewangan, pelaburan hartanah dan perniagaan.Akhir sekali, alhamdulillah akhirnya matlamat saya tercapai untuk memiliki superbike walaupun saya masih belum kaya pada pandangan orang ramai.Tapi pada pandangan saya sendiri, sebenarnya saya telah pun kaya di dunia kerana tiada apa lagi yang saya mahukan.Kemudian saya terfikir, kalau dah matlamat saya untuk menjadi kaya telah terpadam jadi sekarang ni apa matlamat hidup saya?

Jadi saya pun mula lah set matlamat untuk kekayaan saya di akhirat dan salah satu kaedahnya untuk mencapai matlamat itu adalah dengan belajar-belajar mengikuti jemaah tabligh.Semoga dengan mengikuti jemaah ni, Allah SWT memberi saya kekuatan untuk melakukan amal kebajikan dan amal soleh.Jadi bagaimana dengan matlamat dunia saya.Dipendekkan cerita matlamat saya sekarang adalah untuk menjadi seorang yang mempunyai financial freedom supaya saya mempunyai lebih masa untuk beribadah kepada Allah SWT.Maknanya saya mahu sentiasa lepak di masjid dan melakukan amal masjid tapi dalam masa yang sama saya tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit.Saya mahu duit pula bekerja keras untuk memberi pendapatan kepada saya semasa saya menghabiskan hidup saya di masjid.Itulah matlamat saya sekarang.

Insyallah, kalau diizinkan Allah saya akan mula bercerita tentang saham pula.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment