Wednesday 1 April 2020

Masalah biasa atau penyakit motorsikal Honda Future 125 F1

Assalamualaikum sahabat semua,


Honda Future F1 08

Pada kali ni aku nak share beberapa penyakit atau masalah biasa yang sering pengguna motorsikal Honda Future 125 F1 alami.Dalam kes aku, aku menggunakan Honda Future 125 F1 yang telah aku beli pada tahun 2017 berwarna biru.Motor ini aku gunakan untuk ulang alik ke tempat kerja sejauh 60km pergi dan balik setiap hari.Jadi walaupun baru 3 tahun pakai motor ni tapi mileage sudah sampai 43k dah.

Jadi kat sini aku nak share apa masalah utama atau masalah yang sering terjadi kalau pakai motor Honda Future 125 F1 ni.

1-Thread screw penutup minyak hitam mudah haus atau loose.Ini terjadi mungkin disebabkan screw dibuat daripada stainless steel dan body engin dibuat dari aluminum yang lebih lembut dari model engin EX5 dahulu.Selain itu, amalan mekanik yang akan menukar minyak engin sewaktu engin masih panas juga adalah penyebab thread ni boleh loose.Kadang-kadang ada juga mekanik yang suka mengetatkan screw ni dengan terlalu ketat juga boleh menjadi punca thread ni loose.Cara untuk baiki thread loose ni kalau tak begitu teruk leaking boleh saja balut dengan white tape yang kita guna untuk balut kepala paip air tu.Kalau dah balut masih leaking kena hantar kat mekanik supaya buat thread baru.Harga dalam RM25 sahaja.Kalau dah buat re-thread tapi masih jugak jadi leaking kena korek lubang tu dan buat thread baru dengan size screw dengan lebih besar.Yang ni setakat sekarang masih belum jadi lagi kat motor aku.Jadi aku tak tau harga berapa.

2-Dari gear 1 nak masuk ke gear 2 susah sikit.Kalau tekan gear ala-ala kadar atau lembut gear tu terus jadi free walaupun kita dah bubuh gear 1 awal tadi.Jadi kalau nak tukar gear 2 dari gear 1 kena tekan betul-betul supaya masuk dengan smooth.Ini juga adalah penyakit yang kebanyakkan pengguna hadapi.




3-Gasket kat head engin suka leaking selepas 3-5 tahun.Mungkin gasket ni kurang berkualiti jadi kalau minyak hitam leaking kat head kena tukar la gasket tu.Ada 2 tempat kat head yang kena tukar gasket tu.Bahagian atas dan bawah head.Aku dah bulatkan dengan warna merah kat gambar engin Honda Future di atas.Harga untuk tukar  2 gasket ni RM10.Baru sahaja pagi tadi buat kat kedai Mubarak Motor Bertam Penang.

Jadi setakat aku pakai motorsikal Honda Future 125 F1 ni hanya ini sahajalah masalah yang aku hadapi sepanjang 3 tahun ni.Selain daripada masalah ni tiada masalah lain setakat sekarang.Jaga minyak hitam setiap 3000 km, pakai tayar dunlop roadmaster TT100, pakai set sprocket jenama RKM memang terbaik untuk ulang alik sejauh 60km ke tempat kerja.Minyak juga amatlah jimat dan menguntungkan.Kebuk penyimpanan juga besar.Boleh letak segala spanar,pam angin dan cacing untuk palam lubang jika tayar pancit tengah jalan.

Wassalam. 

20 comments:

  1. Salam bang...moto future kalau boleh start tapi bila perah throttle enjin mati...Kenapa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masa pagi2 start motor tak perlu perah...start dia hidup pastu biar saja bagi engin panas...dah panas perah baru ok...kalau engin dah panas perah tetap mati kena check balik kaburator kalau beli yang bukan jenis injection...mungkin tingkap air flow dia rosak...tingkap tu patut boleh buka dan tutup...kalau dia dok tutup memang motor perah camna pun tak laju...kalau beli yang F1 jenis injection kena check balik setting...

      Delete
  2. Masalah no 2 tu pun aku kena sejak mula2 beli. Tapi tak la rasa menyusahkan sebab kadang2 berlaku, cuma pelik.
    Masalah terbesar lepas 5 tahun pakai (beli tahun 2015), enjin dah bunyi kuat, ingat masalah piston ring (padahal minyak hitam masih ada). Dah overhaul (pomen kasi tukar timing chain, sebab piston rupanya OK), tak sampai sebulan guna lepas overhaul, masalah bunyi dalam blok masih sama, cuma tak sama bunyi senyap mcm dulu2. Mungkin pomen tak pandai atau enjin blok dah uzur.

    ReplyDelete
  3. Bila nak pakai motor Honda future ini harus tahu spoket serta rantai 36 baru standard berjalan lancar tanpa sempot2 bila naik bukit tuuu..
    TQ

    ReplyDelete
  4. Slm..minyak hitam pakai jenama apa.gred apa ya.baru pakai motor honda ni tp beli 2nd..xtau sgt lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut manual kena pakai gred 10w30...tapi saya selalu jalan jauh jadi pakai 10w40...saya pakai minyak shell

      Delete
  5. Asalam nak tanya sya pun bkn pandai sangat tapi sya menghadapi jem piston rod disebabkan minyak hitam liking bila terbaca abg punya Carita, baru sya fhm tentang model Honda Future 125 ini. Skru minyak hitam sya memang lose walaupun dah letak white tape. Apa alat ganti yang perlu sya beli Ken piston rod ini abg? Semoga dengan penjelasan dari abg dapat sya belajar dari kesilapan yg sepatutnya sya hanya perlu belanja sedikit Wang dan skrg perlu berbelanja lbh. T. Ksh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..piston jam kena buat overhaul...mungkin block ada calar kena rebore balik...kos selalunya dalam 1k hingga 1.5k...memang tak boleh buat apa la...sebab tu masa parking motor kena alert kalau bawah motor ada minyak hitam leaking...kena bawak pi kat pomen yang bertauliah la untuk buat overhaul ni...semoga abg bertabah yer..

      Delete
  6. Salam bang, Betri kalau setahun lebih tukar tu biasa ker kat Future Fi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...bateri saya tahan lebih daripada 2 tahun...bateri sel kering...pastu motor jalan setiap hari...kalau guna bateri sel basah tak tambah air bateri mmg tak tahan lama...atau jarang2 naik motor...

      Delete
  7. Bateri ni ada brand apa apa ka..lama tu dua tahun..saya cukup setahun dah kena tukar

    ReplyDelete
  8. Jalan jalan tetiba mati enjin di tengah jalan,,apa punca nye ?,try start balik lepas dua tiga kali dapat start balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. I kena juga tanya kedai dia cakap cabrutor kena tukar.

      Delete
    2. caburator payah nak rosak..kadang2 minyak engin tak cukup dalam engin pun akan jadi cut off untuk yg pakai injection

      Delete
  9. Assalamualaikum... Sy pengguna honda furture sejak tahun 2013. Masalah motor sy handle sebelah kanan kerap gegar/ vibrate jika jalan dan menyebabkan sy selalu tangan kebas. Dah tanya banyak bengkel tp xada jawapan yg pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. motor saya pun ada masalah yang sama...vibrate ni datang daripada engin..ke chasis dan ke handle...

      Delete
  10. kalau semput2 tu tanda nya rosak bahagian mana ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bawak motor jumpa pomen..banyak punca..antaranya spark plug

      Delete