Sunday 8 December 2013

Cara-Cara Untuk Beli Tanah

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini, saya akan menceritakan kepada sahabat semua berkenaan proses yang perlu kita lalui untuk membeli tanah.Sebenarnya proses untuk membeli tanah tidaklah serumit yang sahabat semua sangkakan terutama yang melibatkan jualan tunai atau cash.Malah ia lebih mudah berbanding nak beli rumah kerana tidak melibatkan lawyer.Nak beli tanah secara cash tak perlu pun pakai lawyer.

Prosesnya adalah seperti berikut:

1. Tuan tanah dan pembeli pergi ke pejabat tanah.Pejabat tanah ni kalau nak beli tanah kat dalam Kedah pi ja mana-mana pejabat tanah yang ada kat Kedah.

2. Guna khidmat penulis surat berlesen yg ada di pejabat tanah. Mereka yang akan mengisi maklumat dalam borang pindahmilik (Borang 14A) kos dalam RM 20 saja.Kalau nak isi sendiri pun boleh.Selalunya tuan tanah yang akan tolong isikan.

3. Selepas itu, pembeli dan penjual naik ke pejabat tanah untuk urusan penyaksian jual beli tanah tersebut. ( dalam urusan ini, Pegawai Tanah itu, akan bertanya tuan tanah adakah tuan tanah telah terima semua wang daripada pembeli, Jika tuan tanah jawap ya, pegawai akan minta tuan tanah cop jari pada borang tersebut.  Selepas itu, Pegawai minta pembeli pula cop jari pada borang tersebut)  Selepas itu, sempurnalah urusan penyaksian jual beli tersebut.Kalau boleh sediakan bank draf untuk ganti bawak wang tunai.Yela nak beli tanah ni berpuluh ribu.Takkan la nak bawak cash.Cek tak digalakkan kerana takut-takut nanti dapat cek tendang.Masa depan pegawai Tanah dia tanya tuan tanah setuju tak nak jual dengan harga yang tertulis dalam borang.Bila tuan tanah kata setuju dia tanya saya pula setuju tak nak beli dengan harga yang tertulis dalam borang.saya pun jawabla setuju.Kemudian barulah kami tandatangan dan cop jari.Dia pun cop la cop rasmi kat borang tu.
4. Selepas urusan ini, Pembeli mesti menyerahkan kesemua jumlah bayaran. dan selesailah tanggungjawab tuan tanah.Pembeli akan dapat geran, pelan ukur yang mesti kena ada sekali dengan geran, borang 14A, dan resit pembayaran cukai tanah.Minta tuan tanah settlekan dulu cukai tanah yang tertunggak sebelum kita beli.Kalau tak settle kita pula yang kena settle pasal kalau tak bayar cukai tak boleh buat pindah milik nama.Paling penting kena copy geran sekali dengan pelan tanah, borang 14A, untuk urusan di pejabat LHDN.
5. Seterusnya, pembeli perlu pergi ke pejabat Duti Stem (di Pejabat LHDN) untuk menghantar permohonan taksiran Duti Stem. Biasanya nilai 1% daripada harga jualan. Saya dulu kena tunggu dalam 2 minggu.KIta akan dapat satu nombor unik yang kan dicop kat salinan borang 14A tu.Pastu bila cukup 2 minggu kita telefon la pejabat LHDN tanya siap ke tak lagi borang kita.Pastu dia nak check borang kita dia akan tanya no unik yang dia bagi tu la.Saya kena bayar RMXXX. Bila kena bayar sebanyak tu barulah saya tau yang nilai tanah saya adalah 22% lebih mahal dari harga saya beli. Saya telah membuat keuntungan sebanyak 22% dengan membeli tanah ni.
6. Selepas dalam tempoh 2 minggu bila dapat surat taksiran Duti stem itu, telah keluar. Datanglah buat bayaran. Mereka akan bagi resit. Kemudian bawa Borang 14A + Gran Asal + Resit Duti Stem itu ke Pejabat tanah Daerah.Macam kes saya, saya ke Pejabat Daerah Pendang.
7. Di Pejabat Tanah Pendang ini,  Selepas bayar wang pendaftaran gran dalam lingkungan RM 50. Selepas tu, tunggu dalam masa 2 minggu keluarlah gran baru atas nama saya.
Proses ini tak perlu guna lawyer. Tapi kalau nak guna pun boleh, Depa akan cas dalam lingkungan RM 1500 saja.

Jadi, tamatlah proses untuk membeli tanah dan menukarkan nama kita di Pejabat Tanah.Senang ja kan.Membeli memang la senang.Cuma tang kena bayar cash tu jela.Huhu.Saya harapkan sahabat semua yang dalam perancangan nak beli tanah mendapat pencerahan yang cukup dengan apa yang telah saya terangkan ni.

Wassalam

100 comments:

  1. En. Iqbal bayaran Mot Dan LHDN siapa tanggung . Pembeli kee pen jual?

    ReplyDelete
  2. pembeli tanggung pasal nak ubah nama ke nama kita kan..jadi masa nak beli tu kna minta kurang la harga untuk setelkan semua urusan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info dah cantik cuma background Dan tulisan Tak sesuai. Agak sukar nk baca

      Delete
  3. En. Iqbal, utk beli CASH ni mmg kena bayar lumpsum masa penyaksian depan Pegawai Tanah tu ker. Boleh ke bayar sejumlah dan BAKI setelah dapat notis taksiran dr LHDN & nak daftarkan ke pejabat tanah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh..kena bayar habis baru pegawai tanah akan cop...kalau nak hutang kena guna lawyer...

      Delete
  4. Sy ada pembeli nak beli tanah, tapi dia cakap dia bayar dlu cash 50%, baki tu selepas tukar nama bru dibayar..pembeli guna lawyer..sy nak tanya boleh percaya x kaedah ni?? Takut xdpt baki tu lepas dah tukar nama huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nasihatkan guna lawyer terus la camtu...dia guna lawyer dan awak guna lawyer...apa yang saya cerita hanya untuk pembelian cash..atau guna bank draf...dalam bab duit bukan kata orang adik beradik pun belum tentu boleh percaya..

      Delete
    2. Bank draf mcmna tu ya? Boleh terangkan

      Delete
    3. minta pembeli pi mana-mana bank contoh maybank untuk buat bank draf..kat bank draf kena letak nama penuh kita dengan ic kalau tak silap...dia kena bayar cash atau ambil dari akaun bank maybank untuk buat bank draf...bila nak beli tanah dia akan bagi bank draf tu kat penjual..penjual bawak bank draf ke maybank dan tunaikan bank draf tu...bank draf bukan macam cek...kalau cek boleh jadi cek tendang pasal boleh jadi takde duit dalam akaun..tapi bank draf ni hanya transaksi tunai melalui bank...yela..harga tanah contoh 200 ribu xkan nak bawak cash seketoi kan...jangan terima cek...hanya terima bank draf..

      Delete
  5. kalau bayar 50% je pakai peguam kan. peguam tu kita kene bayar berapa ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti..peguam selalu cas ikut percent..lagi mahal nilai tanah lagi tinggi kena bayar...sebagai penjual lebih baik nasihatkan pembeli guna loan bank...submit copy geran kat bank utk buat loan contoh agro bank...dah lulus bank bayar direct transfer ke akaun penjual...geran bank pegang..urusan tukar nama bank urus...sebab tu apa yg saya crita hanya utk pembelian cash sahaja...hutang kena guna bank atau peguam...

      Delete
    2. Nak mintak no hp boleh? Sy nk tanya pasal hartanah jugak

      Delete
    3. takpe..tanya je kat sini...yg mana saya boleh jwb saya jawab...lagipun saya bukan agen hartanah...huhu

      Delete
  6. nak tanyalah kalau sya nk beli tanah kecil, perlu ke buat yang macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanah kecil atau besar selagi ada geran kena lalui proses yang sama...

      Delete
  7. Saya nk tnye kalau nak beli tanah dgn owner bole pakai loan tak? Proses mcmne pulak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena minta loan kat agro bank...tapi loan bukan 100%..

      Delete
    2. berapa ribu yg angro bank boleh bagi69

      Delete
    3. selalunya 60-80 peratus sahaja daripada nilai tanah

      Delete
  8. hello...sy ada pembeli tanah..beli tanah sya...dia bayar 50% sja..trus lain dia nak loan dengan peguam...jadi sy nak adakh yng punya tanah perlu mengeluarkn duit tuk berurusan dgn peguam??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut la..dalam kes ni patutnya pembeli la yg bayar pasal dia tak mampu beli cash...

      Delete
  9. Sy nak tanya kalau beli cash tanah kena incometax tak?

    ReplyDelete
  10. Saya nak Tanya...Saya beli tanah secara cash Dan membeli tanah melalui agent....so agent minta Saya bank inkan duit penuh ke dlm akaun consultion...3hari awal sebelum tandatangan borang 14a...boleh percaya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada surat perjanjian la...satgi kalau agen lesapkan duit camna...selalunya nak beli tanah walau guna agen pun duit kena bagi direct ke tuan tanah..bahagian agen tuan tanah yg akan bayar...bukan kita bagi duit kat agen..agen yang bagi duit ke tuan tanah..tambah2 cash pulak...saya tak pernah syorkan beli cash...kena beli guna bank draf...

      Delete
  11. Salam.... nk tanya...mcm mana kita nak tahu keluasan tanah yang bakal dibeli? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluasan tanah yang kita nak beli ada tulis lengkap dalam geran..sebelum beli mestilah kita nak tengok geran dulu kan..kita nak check nama sapa kat geran...berapa ramai..luas tanah kat mana...alamat tanah..kira banyak lagi lah maklumat pasal tanah tu akan ada kat geran...jadi sebelum beli mintak salinan geran dulu...

      Delete
  12. Salam tuan..nak tanyer..klu jual tanah gunakan broker tanah..brp peratus broker akan ambil yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...saya tak pasti pasal selalunya perjanjian di antara tuan tanah dengan broker tu..harga tak tetap...bergantung persetujuan antara tuan tanah dengan broker...standard biasanya guna dalam 3% la...

      Delete
  13. Assalamualaikum en iqbal. Syaa nak tanya. Jika beli tanah lot untuk buat banglo. Agen kata nama masuk dalam geran. Maksudnya tu bukan individual tittle la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanah lot ada 2 jenis...satu geran lot banglo...yang ni dapat geran asing atas nama kita...satu lagi lot berangkai...yang ni ada satu geran tapi dalam geran tu ada contoh 20 nama...dylla kena check sendiri tanah tu lot yg mana...kalau lot banglo dapat geran nama dylla seorang sahaja ok...nanti nak faraid lepas mati senang...kalau nama masuk geran berangkai ke depan nak faraid susah sikit la...

      Delete
    2. dan lagi satu sebenarnya salah beli tanah lot geran berangkai pasal kadang2 tanah tu status pertanian bukannya status pembangunan...jadi salah bina rumah atas tanah pertanian...kalau kerajaan nak sita atau rampas depa ada hak buat macam tu...

      Delete
    3. assalam tuan..boleh tak semua urusan jualbeli tanah diselesaikan dalam masa satu hari?penyaksian,lhdn dan tukar nama geran?

      Delete
    4. Sorry ...tak dapat selesai dalam masa 1 Hari...yg boleh selesai penyaksian dgn lhdn sahaja...Yang nak tukar nama kena tunggu...

      Delete
  14. salam encik iqbal...sy bru plan nl beli tanah berserta rumah secara cash direct owner...tp sy xtau prosedurnya mcm mana..apa perkara pertama patut sy buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik fira boleh sahaja ikut langkah yang telah saya tulis kat atas....

      Delete
  15. Salam en iqbal..sedara sya ad beli tanah cash..tp smuanya tuan tanah tu yg urus..jd dia mintak duit pendahuluan dlu rm12k..jd semasa serahkan duit tu,kna ada apa2 surat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nilai tanah tu besar contoh 100k...tapi tuan tanah mintak 12k sebagai pendahuluan ok saja boleh bagi...tapi mintak ada resit la yang tuan tanah tu sign...atau paling bagus kalau buat transaksi online...kurang2 ada bukti kita transfer duit kat tuan tanah untuk beli tanah...jangan bagi cash buta camtu jek tanpa ada apa2 bukti...

      Delete
  16. salam en. iqbal.. nak tanya kalau owner tanah dok jauh tapi tanah ada di melaka, apa yg saya perlu buat untuk prosedur pindah milik? owner kena stay beberapa hari di melaka atau 1 hari shj semasa penyaksian pindah milik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar duit dalam bentuk bank draf kepada owner dan proses kat pejabat tanah cukup 1 hari saja...proses untuk tukar nama tu yang lambat..tapi semua proses tu kita kena buat sendiri...dah tak kaco dengan tuan tanah

      Delete
  17. salam nak tanya, selain cash boleh kita membuat permohonan loan untuk pembelian tanah. contoh tanah 120k adakah loan kita akan lulus sebanyak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...kalau nak buat loan tanah geran kena cagar kat bank..antara bank yang senang nak buat loan agro bank...tapi syarat tanah kena pertanian la...pastu bank hanya akan bagi 70% sahaja...lagi 30% kena sediakan cash...sebab tu ramai buat personal loan beli tanah cash...

      Delete
  18. Salam encik
    Nak tnya kalau pertama kali beli tanah perlu bayar duti setem x dan hrga tanah 145k bpe hrga duti setem

    *setengah pndpat nk beli tanah atau rumah kali oertma percuma
    * setengah pndapat tanah dan rumah xsama..rumah free utk first time tp klau tanah xkisah wlaupun kali pertma ttap kena byr duti setem..mcm xadil je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pertama kali beli tanah dan kena duti setem...duti setem tu kena bayar 1% ikut nilaian pejabat tanah bukan nilai kita beli...contoh kita beli harga RM145k...tapi pejabat tanah nilai tanah tu RM200k..jadi 1% dari RM200k adalah RM2k...duti setem ni penting kena bayar untuk ubah nama kat dalam geran...

      Delete
    2. Assalamualaikum en.iqbal, kalau beli tanah pertanian yang banyak nama,proses dia sama ke mcm yg en terangkan? Sebab saya nak beli tanah ni status pertanian, 1ekar tapi ada beberapa nama dalam geran

      Delete
    3. waalaikumsalam..kalau ada banyak nama dalam geran semua penama kena setuju nak jual baru nanti boleh tukar nama kepada awak seorang sahaja...semua penama kena pi pejabat tanah atau kena bawak surat wakil bagi pihak depa yg dah siap tandatangan...

      Delete
  19. Aslm, saya nak beli tanah dgn loan, tapi lepas beberapa bulan, saya nak setel dgn cash semua kat bank. Boleh ke mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam....awak kena check dengan bank kalau bank ada kenakan penalti untuk selesaikan loan awal...kalau ikutkan boleh saja buat macam tu...tapi kalau bank ada kenakan penalti kena bayar la nanti jumlah penalti kat bank...

      Delete
  20. Assalamualaikum encik..saya ada plan nk beli tanah utk buat rumah sendiri.saya nk buat loan..procedure pertama APA perlu saya buat...syabdh deal dgn tuan tanah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena mintak salinan geran kat tuan tanah dan bawak salinan tu ke bank untuk dapatkan pinjaman beli tanah...tapi bank hanya akan bagi pinjaman 50 hingga 70 peratus sahaja...contoh kalau tanah tu nilai RM100k abang kena sediakan cash RM30k untuk beli tanah tu kalau bank bagi pinjaman RM70k....cara paling senang adalah buat personal loan dan bayar cash kat tuan tanah...boleh ikut SOP yang saya dah tulis kalau beli tanah cash

      Delete
  21. Assalam Encik,
    Bagaimana proses pmbelian tanah dan rumah (prkmpungan), tanpa melalui peguam.. urusan jual beli secara Transfer ke akaun penjual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kegunaan peguam adalah untuk jaga kepentingan pembeli dan penjual...penjual dapat duit dan pembeli tak kena tipu...saya tak syorkan transfer duit ke akaun pasal ada peluang penjual tipu pembeli...contoh dah transfer RM100k kat akaun penjual lepas tu dia buat bodoh saja..kan nanti jadi masalah nak kena report polis la...nak dapatkan duit tu balik pun lambat dan payah...sebab tu bank draf paling dipercayai...

      Delete
  22. Assalam En.Iqbal
    Saya nak beli tanah secara tunai. Apa kelebihan guna bank draf? Kalau ada penipuan boleh stopkan payment bank draf tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...tanah ni selalunya mahal...kalau tanah tu harga 100k takkan kita nak keluarkan 100k dari bank dan bawak cash..ada risiko kena rompak..dan risiko paling teruk tiada bukti kita bagi duit kepada pembeli 100k.

      bank draf berfungsi utk lindungi hak pembeli dan penjual..macam kita beli barang kat shopee...shopee pegang dulu duit tu sebagai pemegang amanah..pembeli beli barang..penjual hantar barang...pembeli terima barang dengan ok barulah shopee lepaskan duit kepada penjual...sama sahaja kes dengan bank draf..bank jadi pemegang amanah atau orang tengah untuk transaksi pertukaran duit yang nilainya banyak...dan nanti akan ada bukti transaksi duit tu berpindah dari akaun kita kepada akaun penjual...

      kalau bagi cash tetiba penjual ambik cash pastu dia buat bodoh saja...deal nak jumpa kat pejabat tanah tapi dia tak datang...kita report polis kata penjual menipu polis mintak bukti transaksi...kita bagi cash nak hasilkan bukti macam mana...sudahnya tanah tak dapat duit melayang...

      Delete
  23. Assalamualaikum..
    saya nak jual tanah.. apa perbezaan antara pembeli cash dan pembeli melalui pinjaman bank?
    brapa anggaran masa pertukaran hak milik dgn pembeli melalui loan bank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...pembeli cash ni dia memang ada cash atau dia buat personal loan untuk beli tanah...jadi urusan pembelian boleh ikut macam yang saya share...pembeli melalui pinjaman bank ni dia kena bawak geran tanah yang dia nak beli ke bank untuk dapatkan loan...selalunya agro bank la...tapi masih pembeli perlu ada modal pasal agro bank bagi loan kalau tak silap 60-70 peratus sahaja...contoh kalau awak nak jual tanah harga 100k pembeli pinjaman bank kena ada modal rm30 cash..baru boleh beli tanah tu...untuk urusan pembeli loan bank saya syorkan guna lawyer untuk mudahkan urusan

      Delete
  24. Assalamualaikum..
    saya ingin menjual tanah. Apa perbezaan buyer cash dengan buyer loan bank?
    Brapa lama tempoh yg diperlukan untuk proses pemindahan hak milik?
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempoh masa bergantung kepada kelulusan bank...pembeli kena bawak geran..bagi segala surat sokongan macam slip gaji...kwsp...penyata cukai..dan lain2 kepada bank..bila dah lulus beru bank akan bayar kepada penjual...

      Delete
  25. Assalamualaikum..
    saya ingin menjual tanah. Apa perbezaan buyer cash dengan buyer loan bank ? Brapa lama tempoh masa penukaran hak milik untuk buyer loan bank?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  26. assalammualaikum tuan, slalunye brp lama proses tukar nama di pejabat tanah jika pembelian tanah melalui loan tanah pertanian Agrobank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...saya tak pasti pasal ni..kena tanya pegawai agrobank

      Delete
  27. Assalamualaikum, andai kata selepas urusan jual beli dah siap (secara tunai ataupun bank loan), perlu ke tidak kita kena upah juru ukur untuk tanda sempadan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam....kalau kat tanah ada batu sempadan yang jelas tak perlu ukur...kalau dalam geran tulis 1 ekar tapi bila tengok tanah rasa macam besar 1 lot sahaja..dengan batu sempadan cari tak jumpa memang perlu ukur la...

      Delete
  28. Assalamualaikum tuan, contoh kalau urusan pembelian tanah dah lama. Lebih 15tahun camtu. Wang deposit telah pun dibayar 50% dan baki 50% masih belum dilangsaikan sehingga hari ini. Perjanjian jelas mengatakan pembeli berhak mendirikan bangunan di atas tanah tersebut namun tiada bangunan didirikan. Adakah dibolehkan penjual menjual tanah tersebut kepada pembeli baru? Kerana penjual telah menjual tanah tersebut kepada pembeli baru tanpa pengetahuan pembeli lama dan ingin membatalkan perjanjian sedia ada. Terima kasih di atas respon tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...yang saya kongsikan adalah pengalaman saya beli tanah secara cash...jadi tak perlu ambil lawyer...kalau kes macam ni sepatutnya perlu ambil lawyer...kena buat surat perjanjian details bayaran macam mana...apa2 jadi samaada ada penjual atau pembeli ingkar terma dalam perjanjian boleh bawa ke mahkamah...

      dalam kes ni saya lihat yang salahnya pembeli pertama...kenapa bagi deposit sahaja 50 % dan tak lunaskan hutang sehingga penjual boleh menukarkan nama geran kepada nama pembeli...geran masih nama penjual dia ada hak nak jual pulak kepada pembeli kedua...pembeli pertama la yang rugi...tambah2 jika tiada bukti deposit telah dibuat...

      tapi jika ada surat perjanjian yang dimatikan setem, pembeli pertama boleh membawa masalah ni ke mahkamah untuk menuntut semula tanah tersebut bersama2 bukti pemberian deposit 50%..mahkamah akan tentukan selepas tu...

      Delete
  29. Salam... Ahad ni penjual minta sy ke pjbt tanah utk cop jari. Bila duit loan sy dh ada dlm acc sy dia suruh sy pindah ke acc dia. Lps tu dia nk ke lhdn utk settlekan cukai. Mgkin 2 mgu lps tu baru blh teruskan dgn urusan tukar nama. Boleh percaya ka apa yg penjual ni bgtau sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya bayar duit tu depan pegawai pejabat tanah

      Delete
  30. Tuan

    Urusan LHDN tu boleh di mana2 cawangan ke? atau kena LHDN dekat negeri yg kita nak beli tanah tu?
    contoh,saya di KL beli tanah di Melaka,
    boleh tak urusan LHDN tu di KL?

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni saya tak pasti....rasanya boleh sahaja pasal sekarang semua masuk sistem

      Delete
  31. saya nak beli tanah guna personal loan tp tuan tanah dia nak tukar status dari pertanian kepada kediaman tp dia nak 80k dibayar dahulu cash dan lagi 10k selepas 2tahun tok proses tukar status tu..ape patut sy buat?

    ReplyDelete
  32. saya nak beli tanah guna personal loan tp tuan tanah dia kata nak tukar tanah dari pertanian kepada kediaman tnggu 2tahun tok proses tukar status tp pada yg sama boleh bina rumah.setelah sy bagi 70k pada dia lg 10k setelah tukar status.ape patut sy buat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan beli tanah macam tu...kita sebagai pembeli ada pilihan...duit kita punya...jadi berhati2

      Delete
  33. Assalam...penjual ckp slps 5thn Baru boleh Nama masuk Geran. Sbb cukai keuntungan tanah(CKHT). skrg ni lawyer Akan buat s&p...

    Slps 5 thn CKHT 5%...skrg CKHT 30 %


    Akan Ada problem tak Kalau slps 5thn Baru Nama masuk Geran...

    Risau kena tipu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam ada hanky panky la...rasa was-was...kalau camtu cari tanah lain jela...berlambak lagi tanah yang nak dijual...syarat jual beli tanah ni bagi duit terus tukar nama...selesai...dalam 5 tahun ada yang meninggal ka susah waris nak tuntut

      Delete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  35. Saya nak beli tanah pertanian berstatus tempoh 60 tahun yang akan tamat pada 2054 iaitu tinggal 32 tahun lagi dengan harga RM 90,000... mohon pandangan berbaloi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi ke tak kena tengok pada berapa luas tanah tu...dan kawasan tanah tu la..maklumat tak lengkap jadi saya tak boleh nak bagi pendapat...tapi untuk tanah leasehold selepas habis tempoh pajakan boleh sahaja apply baru untuk sambung lagi pajakan selama 100 tahun...tanak leasehold lebih bernilai daripada tanah tol...

      Delete
  36. Assalammualaikum tuan
    Saya bercadang mau beli tanah/lot rumah apa yang perlu saya buat?
    Penjual meminta bayaran cash di pejabat peguam-apa nasihat tuan?
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam...yang pertama kalau tanah yang nak beli tu tanah lot banglo ok..pasal syarat tanah adalah pembagunan...boleh bina rumah tanpa masalah...kalau tanah tu syarat pertanian...depa pecah buat tanah lot...pastu awak nak bina rumah tu salah dari segi undang2...jangan beli tanah lot syarat pertanian tapi buat rumah pastu nama masuk geran berangkai...tanah macam ni susah nak faraid lepas mati...

      kalau syarat tanah pembangunan...pecah tanah lot..pastu dapat geran individu ok jek beli...orang panggil lot banglo...lawyer akan protect pembeli dan penjual...jadi boleh jer teruskan...takde masalah..

      Delete
  37. Assalam.tuan saya nak Tanya kalau saya mahu membeli tanah tetapi igin meletakkan Nama ayh saya boleh ke? tanah Tu saya ingin hadiahkan kepada ayah untuk pencen nnati. jadi tanah APA yg sesuai ye? SBB saya keliru Sama Ada tanah pertanian atau lot untuk buat rumah atas tanah Tu Dan untuk berkebun sdekit.sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..boleh jer nak letak nama ayah..takde masalah..cuma kena tanya dia la nak tanah status apa...macam tanah saya status pertanian...dalam geran dia ada nyatakan kalau nak buat rumah tak boleh lebih daripada size sekian-sekian...jadi saya rasa kalau beli tanah pertanian buat rumah takde masalah pasal ada tulis dalam geran size rumah tu...yg jadi masalah status pertanian tapi pi buat tanah lot buat rumah

      Delete
  38. Assalam tuan saya NK Tanya Adakah boleh kalau saya ingin membeli tanah pertama Dan rumah pertama bersama ketika membuat loan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. loan tanah dan rumah tak sama..loan rumah kena sediakan 10%...loan tanah kena sediakan 30%...kalau gaji awak besar dan jumlah hutang awak tak lebih daripada 40-60%...rekod CCRIS dan CTOS ok takde masalah untuk loan tu lulus...

      Delete
  39. Salam en Ikbal sy ada beli tanah 4 ekar dgn harga rm 60k jadi sy nk tahu macam mana kiraan duti setem dan masa bila kena bayar. Pembelian ni sy xpakai peguam cuma berurusan dgn kakitangan pejabat tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1% daripada nilai tanah yang telah ditafsir

      Delete
  40. Assalamualaikum saya ingin bertanya, pembeli tanah saya bersetuju untuk urus , urusan tukar nama tanah, dia minta dengan saya Borang F( tadbir pembahagian harta pusaka) soalan saya kenapa perlu borang tu yer? Mcm tak related je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...tanah tu nama awak atau tanah pusaka

      Delete
  41. ASSALAM EN IQBAL. PEMBELI TANAH SAYA MINTA SALINAN BORANG F DARI PEJABAT HARTA PUSAKA, SAYA RASA PELIK KENAPA NK BORANG F TU?PERLU KE BORANG F TU?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..saya tak faham sangat pasal dilla tak cerita details..tapi kalau geran tu nama dilla 1/1 takde masalah nak tukar nama...tapi kalau dalam geran tu ada ramai nama kena ada sorang yang jadi pentadbir harta untuk uruskan harta tu..

      Delete
  42. Salam encik iqbal. saya ialah pembeli. Saya tak pasti tanah itu jenis geran individu atau berangkai. Macam mana nak pastikan itu geran berangkai? sebab ada beli 1 ekar tanah, saya rasa pertanian sbb asal tanah ialah getah. Dan penjual janji untuk masukkan nama ke dalam geran. Boleh ke begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. geran individu maksudnya hanya nama kita sahaja ada dalam geran..kalau geran berangkai maksudnya dalam satu geran ada ramai nama yang dibahagikan mengikut peratus pemilikan tanah...urusan jual beli tanah kena buat di pejabat tanah...jangan bagi duit pastu biar penjual uruskan..takut duit dah bagi nama tak masuk geran..lagi masalah kemudian hari

      Delete
  43. Kalau nak beli tanah yg masih ada pinjaman bank & beli secara tunai .. kita boleh uruskan sendiri tak atau kena guna lawyer?

    ReplyDelete
  44. Beli tanah yg ada pinjaman bank & pembeli beli secara tunai .. boleh uruskan sendiri atau kena ada lawyer ye?

    ReplyDelete
  45. Saya nak tanya . Saya ada nak beli cash tanah size 6600 kps . Kalau Pembayaran saya tranfer masa di pejabat tanah boleh ka ? . Atau perlu bayar sebelum pi pejabat tanah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pejabat tanah nak tengok bukti pembayaran...paling terbaik buat bank draf bagi dihadapan pegawai pejabat tanah...

      Delete
  46. Assalamualaikum Tuan..Tanah arwah tok wan saya berkeluasan 3 relong berstatus pertanian dan sudah difaraid kepada anak2 arwah seramai 7 org termasuk bapa saya. Jadi bahagian pak cik saya, dia akan jual kepada saya. Nama dlm geran akan digantikan kepada nama saya. Saya bercadang akan bina rumah di sebelah rumah ayah saya. Apa pandangan tuan. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanah berstatus pertanian tidak boleh digunakan untuk bina rumah...dalam geran ada dinyatakan maximum keluasan jika nak bina rumah atas tanah tu...seeloknya tukar status geran daripada pertanian kepada kampung/bangunan baru bole bina rumah secara sah

      Delete