Thursday, 5 December 2013

Proses Untuk Berjaya Di Dunia & Di Akhirat Melalui Pengajaran Dalam Rukun Islam

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting pada kali ini, saya akan mengulas tentang kepatuhan kita kepada rukun Islam sebenarnya adalah satu proses yang boleh mendidik kita untuk berjaya. Jika kita mengikut Rukun Islam dengan sebaiknya kita akan berjaya di akhirat dan jika kita meniru prosesnya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita juga akan berjaya di dunia. Perlu diingat bahawa segala pandangan yang akan saya tulis ini adalah pengamatan saya dalam menghayati Rukun Islam dan bukannya datang dari ustaz. Jika sahabat semua mempunyai ilmu agama yang lebih tinggi sila tinggalkan komen pada posting saya ini.


Rukun Islam 

1-Mengucap dua kalimah shahadah yang bermaksud Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

2-Mendirikan solat sehari semalam sebanyak 5 waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar , Maghrib dan Isyak

3-Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

4-Mengeluarkan zakat 

5-Menunaikan Haji di Mekah bagi yang mampu.

Rasanya saya tak perlu hurai dengan lebih lanjut berkenaan Rukun Islam ini kerana setiap orang Islam wajib untuk memahami dan mengikutinya. Masalah bagi kebanyakan orang Melayu termasuklah saya sendiri hanya mampu untuk mengucap dan berpuasa di bulan Ramadan. Kalau bab solat mesti ada punya yang tertinggal terutama solat Subuh kerana tidak terjaga dari tidur.Saya sendiri juga masih belum mampu untuk mengeluarkan zakat.Yang mampu saya bayar hanyalah zakat fitrah, bersedekah dan buat amal jariah.untuk menunaikan Haji di Mekah jauh lagi la. Dah daftar Haji tapi nampaknya umur saya 65tahun baru la boleh pergi. Itu pun kalau diizinkan Allah dan mendapat panggilanNya.Oleh kerana kita hanya dalam lingkungan amalan yang seperti saya sebutkan ini, macam mana kita nak berjaya di akhirat dengan mendapat syurga Allah yang tidak ternilai nikmatnya.Bagi saya mereka yang betul-betul menghayati Rukun Islam dan mengikut ajaran Islam dengan sebaiknya adalah mustahil untuk dia gagal di dunia kerana segala pendidikan untuk berjaya ada dalam rukun Islam.

Sekarang cuba sahabat semua bandingkan dengan proses untuk berjaya di dunia.


Proses untuk menjadi pelabur hartanah yang berjaya

1-Perlu tanamkan dalam minda bahawa kita boleh menjadi seorang pelabur hartanah yang berjaya. Untuk memahami selok-belok pelaburan kita perlu kepada seorang guru yang boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kita.Kita juga perlukan sebanyak mungkin ilmu tentang pelaburan hartanah melalui buku-buku yang dikarang oleh mereka yang telah berjaya.

2-Proses kedua adalah dengan mendedikasikan kehidupan kita seharian untuk mempraktikkan apa yang kita baca melalui lawatan ke hartanah yang berpotensi, berkenalan dengan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama dengan kita, dan mencari lokasi yang stategik untuk kita melabur.Kita juga perlu ada disiplin yang tinggi untuk mengharungi semua proses ni.

3-Proses ketiga adalah dengan mengikat perut sedikit sebagai usaha kita untuk mengumpulkan modal bagi membeli aset kita yang pertama iaitu bayaran 10% pembelian rumah.Jika kita tidak merasa susah dahulu kita takkan boleh rasa nikmatnya duit masuk tiap-tiap bulan hasil daripada duit sewa.

4-Proses ke empat adalah dengan banyak bersedekah,bayar zakat,tolong orang yang susah,tolong anak-anak yatim dan sebagainya dengan duit lebihan sewa rumah yang kita dapat.Dalam proses ini sebenarnya kita sudah boleh hidup senang kerana mempunyai positif cashflow setiap bulan.

5-Jika kita mampu, binalah sebuah masjid atau rumah anak-anak yatim setelah kita betul-betul berjaya dan kaya raya.Kita juga boleh menunaikan haji tanpa perlu melalui tabung Haji.Yela orang kaya.setakat nak bayar RM100k untuk menunaikan haji mesti tak ada masalah punya.Kita juga boleh membeli apa saja yang kita idamkan di dunia seperti kereta sport,superbike,rumah banglo dan sebagainya.

Sekarang sahabat semua nampak tak proses untuk jadi pelabur yang berjaya boleh kita capai dengan mengikuti proses mendidik kita sebagai seorang Islam yang bertakwa melalui Rukun Islam.Sahabat semua namakan sahaja apa saja cita-cita yang sahabat semua inginkan dan percayalah prosesnya mesti kena ikut proses Rukun Islam ini. Masyaallah. Islam itu amatlah lengkap. Hanya kita sahaja yang tidak pernah berfikir betapa lengkapnya Islam dalam membawa kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat.Jika kita berjaya di dunia insyaallah kita juga akan berjaya di akhirat kerana hanya mereka yang mampu sahaja boleh menbayar zakat dan menunaikan haji.Pekerja makan gaji seperti saya hanya mampu mengucap,solat dan berpuasa sahaja.

Adakah Islam mengajak umatnya menjadi seorang yang kaya dengan memasukkan elemen zakat dan mengerjakan haji? Sama-sama lah kita fikirkan. Tapi dari apa yang saya percaya, Islam tak pernah mengajar umatnya menjadi seorang yang miskin, malas dan hidup dalam kejahilan.

Satu soalan yang paling susah untuk saya sendiri jawab adalah adakah saya perlu menjadi orang kaya barulah Allah memandang saya sebagai seorang Islam yang benar-benar bertakwa kerana hanya orang kaya yang boleh melengkapkan kesemua Rukun Islam dengan membayar zakat dan menunaikan Haji?Sama-sama kita fikirkan soalan saya ini.

Wassalam.

3 comments:

  1. harap harap esok dapat tazkirah rukun iman pulak.....

    ReplyDelete
  2. dah lama tak bagi tazkirah...bagi dalam bloq jela..

    ReplyDelete
  3. Amin...hope boleh jadi ustaz pasni.

    ReplyDelete