Tuesday, 24 December 2013

Cerita Perniagaan Dan Pengalaman Berniaga Di Pasar Malam

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting pada kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman saya berniaga secara kecil-kecilan. Pada hari Jumaat minggu lepas, Amin kawan saya ada datang ke tempat kerja untuk mencari kawan-kawannya yang boleh membuka cawangan satey grill kat Kulim. Ramai juga la kawan-kawan saya yang lain dengar penerangan dari Amin dan kebanyakkannya memang menyokong usaha Amin untuk membesarkan cawangan Sate Grillnya.Tetapi dari apa yang saya nampak mungkin kawan yang lain kekurangan modal untuk bermula iaitu kita perlu membeli segala set sate grill beserta dengan kiosknya sebanyak RM3500.Bagi mereka yang betul-betul berminat untuk membuat perniagaan francais, RM3500 adalah satu jumlah yang sangat kecil berbanding francais yang lain. Amin juga turut mempelawa saya untuk membuka sate grill tapi saya mempunyai prinsip saya sendiri iaitu saya hanya akan membuat sesuatu benda kerana minat.Keuntungan dari hasil jualan adalah satu bonus sahaja bagi saya.Tapi apa yang penting adalah kepuasan saya terlibat dengan benda yang saya minat.

Contohnya, isteri saya berminat dengan jualan barang-barang baby dan dia hanya mahu fokus kepada barangan untuk baby sahaja.Dia tak suka campur dengan barangan lain.Toto dan beg Deuter yang saya jual sebenarnya adalah minat saya dan ditumpang kepada isteri saya untuk menjualnya.Dari pengamatan saya, orang Cina boleh berjaya dalam perniagaan kerana minat mereka terhadap sesuatu benda.Jika minat repair jam memang dia akan repair dari kecil sampai la masuk lubang kubur.Dia masih lagi repair jam kerana minatnya dan jika ada orang suruh dia repair jam, ia hanya bonus di atas kepakarannya repair jam.Berbeza dengan orang Melayu yang hanya buat sesuatu benda kerana duit.Bila time orang ternak keli jadi kaya, ramai orang Melayu yang ternak keli sampaikan keli berlambak di pasaran dan akhirnya harganya jatuh.Bila musim orang ternak cacing, ramai pulak orang Melayu yang ternak cacing dan akhirnya cacing kemana baja kemana.Yang tinggal adalah kerugian sahaja.Sama juga halnya dengan penternakan burung walit.Orang Melayu terlibat dengan penternakan burung walit hanya kerana harga sarang burung itu mencecah nilai ribuan ringgit sekilo.Tapi kita lihat berapa banyak rumah burung walit yang terbengkalai kerana kos untuk bina rumahnya mencecah RM 300 ribu. Akhirnya, kecundang juga orang Melayu dalam penternakan burung walit.Dari apa yang saya belajar dan tahu, kita mesti fokus kepada minat kita dan bertahan dengannya hingga ke akhir hayat kita.

Tapi apa yang saya nak kongsi di sini adalah semangat dari Amin yang cuba membuka minda kawan-kawan saya yang lain untuk turut berniaga seperti dia.Pada masa dia bercerita memang la ramai yang terangguk-angguk dan semangat.Tetapi selepas itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri la.Balik rumah still lagi dok bawak sebagai minda orang makan gaji.Saya berani katakan dan percaya mereka yang membaca posting saya hanya 10% sahaja yang akan berubah.20% bila tengok ayat berjela dalam blog saya, dia akan terus pangkah sahaja pasal malas nak baca.30% akan baca sampai habis dan kemudian akan teruskan hidup seperti biasa tanpa rasa apa-apa pun tentang posting dan ilmu yang saya curahkan.Sebab itu semua posting saya tiada komen dari pembaca.Lagi 30% mungkin rasa tersedar diri sikit dengan apa yang saya cakap tetapi masih malas untuk bergerak.Saya mengajak ubah minda dari minda makan gaji kepada minda taukeh pun rasa macam malas ja nak ikut dan akhirnya lupa macam tu saja.Lagi 10% akan cuba berubah dan bermula dengan perniagaan pasar malam sebagai permulaan dan akhirnya akan menemui kegagalan dan kemudian berputus asa atau hangat-hangat tahi ayam.Hanya 10% yang akan mengambil segala ilmu yang saya curahkan, membeli buku-buku yang saya baca, melawat web yang saya syorkan,bermain permainan cashflow yang direka oleh Robert Kiyosaki dan membuat planning 10 tahun ke depan untuk mengubah diri ke arah mengejar kekayaan dunia dan berjanji akan menggunakan harta yang diperolehi ke arah amal jariah dan agama.

Amin mempunyai rangkaian business dia yang tersendiri dan saya juga mahu mempunyai business saya juga yang tersendiri.Seperti yang saya katakan, saya ingin fokus kepada perniagaan barangan baby,barangan Thailand dan kedai runcit.Perniagaan ini akan dipantau oleh isteri saya.Untuk saya pula, saya lebih suka kepada bidang hartanah iaitu pemilikan rangkaian rumah sewa dan rangkaian ladang kelapa sawit.Biarlah isteri saya bergerak dengan perniagaan yang aktif dan saya bergerak dengan perniagaan yang pasif.Sebenarnya saya telah pun membuat perancangan 5 tahun dan 10 tahun untuk business saya. Dari perancangan saya, hanya diri saya dan Allah SWT sahaja yang boleh menghalang saya untuk berjaya.Jika diri saya hangat-hangat tahi ayam dan malas belajar akhirnya saya hanya berada pada satu tempat yang statik iaitu di pasar malam sahaja.Tetapi saya mempunyai perancangan sehingga ingin menjadi pemborong yang mengambil barangan direct dari China dan supply untuk semua rangkaian kedai saya di seluruh Malaysia.Ini adalah satu impian besar untuk seorang pekerja makan gaji yang kecil seperti saya.Tapi saya perlu terus berusaha dan disertakan dengan tawakal kepada Allah memandangkan niat saya adalah untuk meninggikan syiar Islam dimata orang yang bukan Islam.Saya ingin sangat membantu mereka yang hidup susah dan yang paling saya mahu adalah saya tidak berasa sayang untuk menderma seberapa banyak yang saya suka.Bila saya ada duit RM50 untuk menderma kepada perbinaan masjid bukanlah satu jumlah yang besar tapi bila saya dalam keadaan yang sesak kenapa saya boleh dok ingat balik tentang jumlah yang saya dah dermakan itu.Itu adalah satu perasaan yang saya rasa cukup pahit memandangkan saya memberi pada mulanya adalah dengan penuh keikhlasan.

Sekarang, setiap malam sabtu saya berniaga di pasar malam Taman Mutiara, Kulim tempat tinggal saya.Hari Ahad pula dari pagi sampai petang di Padang Serai dan malam Ahad di Kelang Lama, Kulim.Saya bersyukur kerana Allah telah menolong saya melalui kemurnian hati seorang pakcik yang jual kain langsir ni untuk beri ruang berniaga di sebelahnya di Padang Serai.Untuk peniaga baru, tapak kat Padang Serai adalah satu tapak yang cukup susah untuk kita masuk kerana penuh dengan peniaga.Tetapi atas bantuan rakan seperniaga dan rahmat Allah saya berjaya menapak di Padang Serai.Hasil jualan untuk 2 hari ni juga amatlah memberangsangkan sehingga stok Toto Narita saya habis dalam simpanan.Mungkin minggu ni saya akan menambah stok lagi.Mungkin ada yang bertanya tak letih ka buat kerja 7 hari seminggu ni.Bagi saya, jika kita dah suka memang kita takkan letih.Kita hanya akan berasa letih apabila membuat benda yang kita tak suka atau minat sahaja.Amin sendiri bagitau saya yang dia hanya tidur 3 jam saja sehari kerana sibuk dengan perniagaan.Jika sahabat berkata teruknya saya bekerja, saya boleh katakan ada orang yang lebih teruk lagi dari saya.Kelebihan sebagai seorang peniaga pula mula dapat saya rasai apabila membeli dari peniaga lain dengan harga diskaun.Jika orang lain membeli pekasam dengan harga RM5 sepaket, saya membeli dengan harga RM4 sahaja.Jika orang lain membeli ikan RM8 ringgit sekilo, saya membeli dengan harga RM6 sekilo. Di sinilah kelebihan mereka yang berniaga berbanding orang lain yang hanya tahu makan gaji dan tidak mahu berniaga.Mereka membeli sesuatu barangan dengan harga yang paling tinggi.Bila barangan naik mereka hanya tahu melalak dan menyalahkan semua orang termasuk kerajaan dan majikan, tetapi untuk diri mereka sendiri, mereka tidak suka berubah dari minda makan gaji kepada minda seorang taukeh.

"Benda paling susah untuk kita ubah adalah tabiat dan pemikiran, jika kita boleh mengubahnya tiada lagi penghalang untuk kita mencapai kejayaan"

Saya yakin saya tidak akan boleh mengubah minda semua orang, tetapi cukuplah jika ada seorang yang benar-benar boleh bersama-sama dengan saya untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

Wassalam.


8 comments:

  1. patot jam aku ghajin mampoueh jaa...tokey jam tu repair sampai masuk lobang kubor.....

    ReplyDelete
  2. taukey umpun umpun...24 December 2013 at 22:24

    CACING tiNGGAi TAIK CACING JAAaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. taik Cacing boleh buat baja taukey umpun umpun.....

      Delete
  3. NAK TANYA jaa..INGIN PENCERAHAN...kalau kita berniaga barang tiruan kat pasar pasar...contoh macam kat pasar malam ka?,pekan padang serai ka?..kalau KPDNKK buat operasi macamana?..BAHAYA TUUU.....BE CAREFULL..TAKOT GAKK...

    ReplyDelete
  4. maksud saya tokey tu repair sampai masuk lubang kubur ni dia minat sangat dengan repair jam tu...hari2 dok keja dia repair macam2 jam sampaikan kita pun naik pelik dah la tua tapi masih juga rajin wat kerja repair jam..lepas tu semua anak cucu juga kerja repair jam...satu keturunan minat repair jam..yang jam mudah rosak tu pasal pakai jam murah RM10 ja kot..tu yg cepat rosak...standard la tu jam RM10 mudah rosak..

    ReplyDelete
  5. saya tak pasti la pulak Tonto pasal jual barang tiruan kat pasar malam kena rush dengan KPDNKK...setahu saya tak ada pun pernah dengar KPDNKK ni mai pasar malam pastu rampas semua barang peniaga..yang patut kena rampas macam DVD cetak rompak tu ada la saya dengar kena rampas...kalau nak crita pasal barang tiruan tak perlu ke pasar malam..kat kedai dalam shopping lot pun bersepah...tak pernah dengar pun kena rampas...barang tiruan memang bersepah tambah2 yang made in china...kalau takde yang jual contoh macam handphone tiruan Sambung Galaxy 4 dengan harga RM400 ja..takde la saya boleh nampak ramai orang boleh beli handphone tiruan ni...tapi saya akan cuba selidik statement Tonto ni secepat mungkin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro,saya orang kulim dok nega la ni,tapi niaga kena tekat dan nekat bro bkan snang nk ubh minda orang

      Delete
    2. sebab tu saya tak galakkan berhenti makan gaji untuk berniaga...berniaga ni ada pasang surutnya...paling best kalau berniaga ni kita buat sebagai pendapatan sampingan...kalau betul2 punya berniaga tauke duduk bagi arahan ja...kerja lain semua pekerja yang buat...kalau kita berniaga sendiri kita baru tahap bekerja makan gaji dengan syarikat sendiri...belum layak digelar tauke...contoh yg saya boleh bagi kalau kita tauke kedai atau rumah sewa...duduk rumah tiap2 bulan masuk duit...tapi kalau berniaga di pasar malam kita tak gerak duit pun tak masuk la...itulah yg bro cakap kena ada tekat dan nekat tu...

      Delete