Assalamualaikum sahabat semua,
Untuk posting kali ini, saya akan mengulas satu persoalan yang selalu berlegar dalam kepala otak dan menjadi dilema pekerja makan gaji macam saya. Huhu. Adakah kita akan makin kaya jika gaji kita semakin naik?
Seperti sahabat semua tahu melalui posting saya yang sebelum ini, jumlah gaji kita setiap bulan adalah tidak penting untuk hidup di dunia tetapi cara kita menguruskan kewangan kita adalah lebih penting dari segalanya. Orang tua-tua selalu nasihat kita supaya "Ukur Baju Di Badan Sendiri", satu nasihat yang cukup penting untuk kita ikut kalau nak hidup dengan selesa. Masalah orang Melayu adalah suka berbelanja dengan tidak mengikut kemampuan sendiri. Bila jiran tukar kereta baru kita pun nak kereta baru. Bila jiran ada radio baru kita pun nak radio baru.P Ramlee sendiri pun sudah kisahkan cerita ni dalam Ali Baba dan Bujang Lapuk sampaikan orang kaya sendiri pun tak tahan dengan bini yang ada perangai macam ni. Apatah lagi kita yang tergolong dalam golongan miskin dan tak mampu ni (saya sendiri menganggap saya golongan miskin kerana masih belum masuk ke dalam kuadran Business Owner & Investor). Lagi satu nasihat orang tua yang pada pandangan saya tak boleh pakai langsung dalam abad ni adalah "Lagi Besar Periuk Lagi Besar Keraknya".Kalau kita masih dok ikut nasihat yang macam ni sampai bila pun kita takkan kaya.Lagi gaji kita naik lagi la besar perbelanjaan kita.Robert Kiyosaki melabelkan orang yang macam ni sebagai Rat Race. Satu kitaran hidup yang sia-sia dan kenaikkan gaji tidak pernah cukup untuk menampung keperluan hidup mereka.Kita sentiasa akan berada di takuk yang sama sepanjang hidup kita macam gambar kat bawah ni.
Sudah menjadi lumrah manusia yang bergelar pekerja makan gaji untuk sentiasa lompat dari satu company ke satu company yang lain dengan harapan pengalaman kerja mereka dapat digunakan untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi dari company asal tempat mereka bekerja. Tak kurang juga orang Melayu kita yang berpendidikan SPM atau Diploma sanggup kembali ke alam persekolahan, masuk universiti untuk dapatkan sekeping ijazah dan dengan harapan gaji mereka akan bertambah dari rate gaji Diploma kepada rate gaji Ijazah sedangkan dalam dunia pekerjaan sendiri; pengalaman dan inisiatif untuk belajar benda baru setiap hari adalah lebih penting dari Ijazah yang kita miliki.Mereka yang mengejar duit gaji sebenarnya tidak pernah pun nak ambil tahu pasal duit itu sendiri. Adakah duit yang kita selalu dok kejar tu begitu bernilai?
Duit yang kita dok selalu guna tu sebenarnya tidak bernilai apa pun. Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak oleh kerajaan Malaysia yang memperakukan yang kertas itu bernilai. Pada zaman dahulu, kita menggunakan wang emas dan perak sebagai matawang. Emas dan perak adalah nilai sebenar duit kita. Akibat daripada masalah pengguna syiling emas yang suka sangat dok kikis duit emas tu masa zaman peradaban Eropah, menyebabkan nilai duit emas tu makin lama makin menyusut. Berat syiling emas tu makin lama makin berkurang dari berat asalnya menyebabkan kerajaan Eropah meminta rakyatnya menyimpan duit emas tu dalam sebuah bank. Bank akan mengeluarkan satu surat simpan kepada penyimpan. Lama-lama pengguna hanya menggunakan surat simpan wang emas dalam bank tu sebagai pertukaran perdagangan dan perniagaan. Melihat pada trend ini, kerajaan pun mula la menukarkan surat simpan emas tu kepada sekeping kertas bercetak yang memperlihatkan nilai matawang tu. Nilai pada kertas yang dicetak oleh kerajaan itu mewakili nilai emas yang ada dalam simpanan kerajaan. Tetapi selepas tahun 1971 kalau tak salah saya di bawah Presiden Nixon yang telah mencetak duit kertas tanpa bernilaikan nilai emas dalam simpanan menjadikan duit yang ada sebagai wang fiat. Duit yang tidak bernilai. Ia hanya bernilai melalui kepercayaan kita yang ia bernilai. Contohnya kalau semua orang di Malaysia memandang daun pokok tongkat ali sebagai bernilai, jadi kita akan menggunakan daun pokok tongkat ali sebagai matawang di Malaysia.Daun pokok tongkat ali ni sama la dengan duit kertas yang Amerika cetak tu. Dalam penjara duit tidak bernilai tetapi apa yang bernilai sebagai matawang antara banduan adalah rokok.
Jadi apa yang kita dok kejar sangat berapa banyak gaji kita sebulan jika kita faham bahawa duit yang kita dapat tu sebenarnya tidak bernilai apa-apa. Kalau kita tengok zaman Nabi Muhammad SAW dahulu seekor kambing harganya satu dinar dan sekarang ni pun kalau kita tengok harga 1 dinar adalah dalam lingkungan RM700 dan harga tu la harga untuk seekor kambing di Malaysia. Tidak pernah berubah sedikit pun nilai seekor kambing sejak zaman Nabi Muhammad SAW sampai la ke zaman sekarang. Yang kita dok rasa tak cukup gaji kita tu adalah pasal kenaikkan inflasi. Macam baru-baru ni minyak naik dan semua barang naik. Sebab tu la kita rasakan gaji juga perlu naik supaya boleh menampung kenaikkan barang-barang.Sebenarnya kita tak tahu bahawa nilai barang-barang tu tak pernah naik, tapi nilai matawang kita yang semakin menurun pasal duit kita tak di sandarkan pada emas.
"Kesimpulannya, mereka yang kaya adalah mereka yang menukar duit yang tidak bernilai ini kepada aset manakala mereka yang miskin menukarkan duit yang tidak bernilai ini kepada liabiliti"
Robert Kiyosaki menasihatkan kita supaya bekerja makan gaji untuk belajar tentang selok belok perniagaan dan kemudiannya membuka perniagaan sendiri. Ini adalah satu perkara yang selalu kaum Cina praktikkan. Belajar repair kereta supaya satu hari nanti boleh buka bengkel repair kereta sendiri. Masalah orang Melayu kita hanya mengharapkan kenaikkan gaji dari sesuatu company tapi tidak pernah bercita-cita untuk membuka satu perniagaan sendiri. Saya telah pun membuat perancangan ke arah membuka perniagaan sendiri dan ada juga 2 3 orang kawan-kawan saya yang telah pun berhenti kerja dan buka perniagaan sendiri.
"Tidak bijak jika kita berhenti kerja dari makan gaji kemudian lompat ke tempat lain menjadi pekerja makan gaji juga. Adalah lebih bijak jika kita berhenti kerja dari makan gaji kepada kerja menjadi seorang tauke perniagaan"
Apa yang sepatutnya kita kejar adalah financial freedom ataupun hidup di dunia tanpa perlu bekerja untuk mendapatkan duit (passive income).Bukannya dengan mengejar kenaikkan gaji yang sebenarnya tidak memberi apa-apa makna jika kita tidak bijak menguruskan kewangan kita. Orang yang mengejar kenaikkan gaji sama la taraf pemikirannya dengan mereka yang hanya tahu membeli ikan.Sila ikut nasihat di bawah
1-Orang miskin hanya tahu menggunakan duit gaji untuk membeli ikan di pasar, tapi orang kaya menggunakan duit gaji untuk beli buku mancing, joran dan mata kail untuk memancing ikan.Orang miskin boleh makan ikan untuk satu hari, tapi orang kaya boleh makan ikan untuk seumur hidupnya.
2-Orang miskin hanya tahu menggunakan duit gaji untuk membeli kucai di pasar malam, tapi orang kaya menggunakan duit gaji untuk beli buku tanaman kucai, biji benih dan baja untuk menanam kucai.Orang miskin boleh makan kucai selama satu hari, tapi orang kaya boleh makan kucai seumur hidupnya.

Aku yang dulu hanya tahu beli serai, tapi aku yang sekarang tak larat nak makan serai.
Aku yang dulu hanya tahu beli kucai, tapi aku yang sekarang tak larat nak makan kucai
Aku yang dulu hanya tahu beli selom, tapi aku yang sekarang tak larat nak makan selom
Aku yang dulu hanya tahu beli bendi, tapi aku yang sekarang tak larat nak makan bendi
Ini adalah kisah hidup saya setelah tanah sekangkang kera di rumah sewa saya gunakan untuk menanam semua jenis sayur yang saya suka makan.Kalau dulu saya hanya tahu membeli tetapi sekarang sayur yang saya tak larat nak makan tu saya boleh sedekah kat mak, tok, mertua dan sapa saja yang nak sayur ni. Dalam usaha saya menukar minda pemikiran orang miskin kepada minda pemikiran orang kaya dengan menanam sayur, saya juga boleh buat pelaburan akhirat dengan bersedekah.
Ikuti posting saya yang akan datang pasal dunia tak pernah berlaku adil kepada mereka yang cerdik dalam akademik.Lawak-lawak.Ini adalah ulasan kepada buku Robert Kiyosaki yang bertajuk "Why A Student Work For C Student & B Student Work For Government".Saya terasa macam orang bodoh saja bila saya sebagai A Student (Academic-mereka yang cemerlang dalam pelajaran) belajar tinggi-tinggi, dapat CGPA 2.98, kumpul hutang PTPTN lepas tu tengok-tengok income B Student (Bureaucrat-mereka yang bekerja dengan kerajaan) lebih tinggi dan C Student (Capitalist-mereka yang mempunyai perniagaan sendiri) lebih banyak income dari B Student.
Pesan kawan saya yang berbangsa Cina.
Wassalam

"Saya Tak Mahu Jadi Cerdik, Saya Hanya Mahu Jadi Kaya"
Wassalam
No comments:
Post a Comment