Wednesday, 25 December 2013

Konsep Hidup Mewah Dengan Hasil Titik Peluh Orang Lain

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini, saya akan mengulas dengan lebih lanjut tentang satu konsep kehidupan yang disyorkan oleh Robert Kiyosaki dalam salah satu bukunya yang femes iaitu "Rick Dad Poor Dad".Kita mulakan dengan kehidupan kita sebagai seorang pekerja makan gaji yang betul-betul hanya mengharapkan duit gaji kita setiap bulan untuk menyara anak bini dan menyambung kehidupan kita di dunia.Kita tidak membuat side income dan bila hujung bulan saja abis duit gaji yang kita dapat tu kita belanjakan. Kemudian kita tunggu pulak gaji bulan depan kemudian kita belanjakan lagi.Proses ini akan kita ulang sampailah akhir hayat kita.Proses kehidupan sebeginilah yang disebut oleh Robert Kiyosaki sebagai "Rat Race" iaitu satu kitaran hidup yang sia-sia.Bila harga barang naik kita akan menyalahkan kerajaan dan majikan kerana tidak menaikkan gaji kita setara dengan harga barang yang naik tu.Jadi hiduplah kita di dunia dengan bergantung kepada duit gaji, subsidi dari kerajaan dan majikan. Saya adalah salah seorang daripada pekerja makan gaji yang hidup sebegini 5 tahun lepas. Kerja saya hari-hari sembang dengan kawan-kawan kutuk majikan pasal gaji tak naik-naik.Buat kerja banyak tapi gaji tak naik jugak dan akhirnya saya membuat keputusan untuk berubah.Daripada saya habiskan masa saya mengutuk sana-sini, baik saya ubah kehidupan saya dengan mempunyai side income iaitu terlibat dengan perniagaan.Saya bukan sahaja tidak menambah dosa saya mengutuk orang malah mendapat pahala dari Allah SWT kerana mengamalkan sunnah Nabi SAW dengan berniaga.


Kalau dengar dari ayat "Hidup Mewah Dengan Titik Peluh Orang Lain" ni memang la gempak kan.Tetapi sebenarnya inilah realiti setiap peniaga yang hidup hasil dari keuntungan jualan.Apabila kita bekerja makan gaji dan kita membelanjakan duit gaji kita dengan membeli barangan, sebenarnya taukey barangan itu akan mendapat keuntungan dan dari keuntungan itulah dia hidup.Jadi betul tak taukey barangan itu hidup dengan hasil titik peluh kita?.Itu adalah hubungan antara seorang pekerja makan gaji dengan seorang taukey.Pekerja makan gaji tu akan rugi kerana membeli dengan harga yang paling mahal dan tauke itu akan untung dengan menjual barangan. Cuba kita lihat pulak hubungan antara seorang peniaga dengan peniaga.Selalunya kita akan menjual barang kita kepada peniaga lain dengan harga diskaun dan kita juga akan membeli barangan dari peniaga lain dengan harga diskaun juga.Contohnya apa yang berlaku kepada saya baru-baru ni.Saya ingin membeli zoo beg pack dari seorang supplier dan istimewanya supplier saya juga ingin membeli beg Deuter saya. Jadi apa yang kami buat hanyalah bertukar sahaja barangan tu dan supplier itu hanya perlu bayar RM2 saja kerana barang kami berbeza nilai hanya RM2. Saya membuat untung dengan menjual Beg Deuter dan supplier itu juga membuat untung dengan menjual zoo beg pack kepada saya. Hubungan antara peniaga dengan peniaga akan membuatkan 2 belah pihak untung tetapi hubungan antara pekerja makan gaji dengan peniaga adalah satu pihak saja yang untung. Sekarang, sahabat semua faham kan kenapa saya sangat mengalakkan pekerja makan gaji macam kita ni terlibat dengan perniagaan sebagai side income kita?


Perkataan yang femes adalah kita perlu menggunakan OPM (Other People Money) untuk berjaya iaitu dengan membuat pinjaman dari bank, kemudian berniaga dan mendapat untung dan akhirnya membayar pinjaman bank dengan keuntungan yang kita dapat. Kita juga perlu menggunakan OPT (Other People Time) iaitu jika kita tidak mempunyai masa untuk menjaga kedai runcit kita, kita boleh mengaji seorang pekerja untuk menjaganya dan kita membayar gaji pekerja kita dengan keuntungan hasil jualan kita. 2 konsep di atas ini adalah kita membiarkan duit orang lain dan keringat orang lain bekerja untuk kita dan kita membayar upah kepada mereka dengan hasil keringat orang lain juga. Pendek kata, jika kita seorang pekerja makan gaji dan seorang peniaga, kita hidup seharian dengan keuntungan jualan barangan kita dan duit gaji kita tak perlu kita usik pun dan boleh digunakan untuk amal kebajikan atau simpanan sahaja.Saya tidak mengalakkan sahabat semua berenti kerja makan gaji dan menjadi seorang peniaga.Saya hanya mengalakkan sahabat semua masih lagi bekerja makan gaji kemudian menambah side income dengan berniaga.Setiap perniagaan ada pasang surutnya.Kita masih lagi boleh menarik nafas lega jika kita masih ada income sebagai pekerja makan gaji jika perniagaan kita mengalami masalah.

Bagaimana nak hidup sebagai pekerja makan gaji dan pada masa yang sama adalah seorang peniaga?Contohnya telah pun ada dimata sahabat semua iaitu meniru cara saya.Saya bekerja selama 5 hari seminggu dari pukul 8:30 sampai lah pukul 5:30.Hari Isnin sampailah hari Jumaat.Jadi saya menggunakan masa terluang saya pada malam hari dan hari minggu untuk berniaga.Tak letih ka bekerja dari pagi sampai malam? Kalau dah minat nak rasa letih apa.Pasal apa saya boleh menunggu ikan makan umpan saya sampai 24 jam kat kolam memancing?Sudah tentu pasal saya minat memancing.Bila memancing ikan tak terasa pun masa berlalu.Alih-alih dah pun 12 jam memancing.Kadang-kadang tak dapat ikan walau sekor pun.Tapi hati tetap rasa gembira dan jiwa rasa tenang selepas memancing.Sebenarnya masa memancinglah saya mengelamun berfikir tentang kehidupan dan masalah saya.Lebih berat masalah yang saya tanggung lebih lama saya akan memancing.Terlibat dengan pelaburan hartanah pula tidak memerlukan masa yang banyak untuk saya.Masa yang paling banyak untuk saya habiskan dalam bidang pelaburan hartanah adalah masa untuk belajar dan membaca buku. Masa untuk mengutip hasil sewa rumah hanyalah sehari, masa untuk mengutip hasil sawit hanyalah sebulan sekali dan setiap minggu untuk kerja-kerja meracun dan membaja. Itupun saya boleh menggunakan OPT untuk menolong saya mengutip hasil sawit.Jadi apa yang susahnya jika saya bekerja makan gaji dan pada masa yang sama saya adalah peniaga pasar malam, tauke rumah sewa dan tauke kelapa sawit?.

Saya sebenarnya cukup kesian kat kawan-kawan sekerja yang ada strunggle untuk hidup.Yela gaji yang diberi tidak setimpal dengan pekerjaan dan kepakaran mereka.Saya sendiri juga tidak mempunyai kuasa untuk mengubahnya.Saya perlu menerima arahan dari manager dan pada masa yang sama saya juga perlu memberi arahan kepada technician.Saya berada dipersimpangan antara seorang yang berjawatan tinggi dengan yang berjawatan rendah.Cubalah kita bayangkan jika bulu dibadan kita ni berharga dan boleh dijual di pasar malam.Saya ingat mesti ramai kawan-kawan saya yang jual bulu di pasar malam.Yela.cabut ja bulu kat badan pastu jual.Minggu depan bulu tu tumbuh lagi pastu kita jual lagi.Bila tetiba saya berjumpa dengan Pak Di kat tepi jalan."Pak Di, Mai dari mana ni?",Pakdi pun menjawab, "Mai dari pekan hari kat Padang Serai nu.Jual bulu kat sana.Ramai la yang mai beli.Tambah-tambah yang makcik-makcik.Satu kampung makcik-makcik keluar mai borong bulu dari Pak Di. Pastu jalan-jalan jumpa la pulak dengan Kak Mas."Mai mana Kak Mas?".Kak Mas menjawab," Oh hang ka Iqbal.Kak Mas mai dari pasar malam la jual bulu.Laku betul la orang beli sampaikan tak sempat nak cukur.Depa mai pakat cabut sendiri ja bulu Kak Mas".Pastu jalan lagi terjumpa la pulak dengan Kak Za."Kak Za ni mai dari mana?".Kak Za jawab,"Mai dari pekan hari la Iqbal oiii jual bulu.Tapi tak laku sangat la bulu Kak Za.Ingat nak kena pakai syampoo banyak-banyak la bagi berkilat sikit barulah cepat laku".Jalan lagi tetiba jumpa la pulak dengan Pak Syeikh."Weh Iqbal, hang tau tak aku bulan ni kaya betul jual bulu.Janggut aku panjang-panjang jadi boleh la aku jual mahal sikit.Kira memang hidup senang la dengan jual bulu ni.Saya bukannya nak kurang ajar tetapi macam tu la betapa kecilnya gaji rakan sekerja.Sampaikan kalau bulu dibadan boleh dijual kompom depa akan jual.

Rasanya saya telah pun cuba sedaya upaya saya untuk mempengaruhi minda sahabat semua berubah dari seorang pekerja makan gaji kepada minda seorang tauke. Perubahan minda ini amatlah diperlukan untuk kesejahteraan kaum Melayu di Malaysia dan keperkasaan umat Islam secara keseluruhannya. Datuk Nenek kita tinggalkan bumi bertuah ini untuk kita sebagai pewarisnya tetapi apa yang kita lakukan dengan harta ni semua?jika zaman penjajah kita membiarkannya jatuh ke tangan penjajah tetapi pada masa sekarang kita membiarkannya jatuh ke tangan kaum lain.Kita perlu menguasai daratan dan lautan semula seperti suatu masa dahulu yang kaum Melayu adalah kaum yang paling berjaya di dunia yang terkenal sebagai seorang pelaut dan pengembara.Bahasa Melayu adalah setanding dengan bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa perantaraan dunia.Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika bukan kita sendiri yang mengubahnya.Kikiskan sifat orang Melayu yang suka dengki, kianat,sombong, riak,kedekut ilmu dan sebagainya tu.Marilah bersama saya untuk menuju kejayaan di dunia dan di akhirat.

Wassalam.


4 comments:

  1. PasaL aper dalam cerita yang Muhammad Iqbal Abdull Halim nukilkan disini terdapat watak seperti Pak Di,Kak Mas dan Kak Za dan Pak Syeikh adakah mereka ini peniaga TEGAR hinggakan segala bulu hendak dijuaL, lepas tu laku pulak tu antaranya bulu Pak Di, Kak Mas dan Pak Syeikh. Sayangnya yang sorang lagi tu(Kak Za) tak laku...Pasal aper yang Kak Za punyer tak laku..???.. :)

    ReplyDelete
  2. hehe...itu cerita gurau-gurau jela...mereka tu rakan sekerja saya...jangan sedih-sedih...nanti saya letak nama tonto pula yek..hehe...sebenarnya maksud saya gaji mereka ni kecil jika nak bandingkan dengan kesetiaan dan kepakaran mereka...hidup mereka sempit...sebab tu saya boleh cakap kalau bulu tu laku sure depa dah jual...sebenarnya ramai lagi kawan-kawan saya yang bergaji kecil...tapi saya tiada kuasa untuk mengubahnya...apa yang saya boleh ubah hanyalah memberi dorongan kepada mereka untuk terlibat dengan perniagaan sebagai side income...kurang2 nya tak la letih telinga saya ni asyik mendengar keluhan mereka tak puas hati gaji tak naik-naik...

    ReplyDelete
  3. Yg kak za jual kat saya pun takpa

    ReplyDelete
  4. jenuh Jugak Tuu nak Kena syampoo saudagar bulu........

    ReplyDelete