Wednesday 11 December 2013

Ulasan Buku: WTF (Wa Tak Faham) oleh Faizul Ridzuan

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini saya akan mengulas tentang bagaimana Faizul boleh mengumpul 23 hartanah dan mempunyai nilai asset sebanyak 5 juta sebelum berumur 30 tahun.

Dari penelitian saya, mereka yang berjaya adalah mereka yang melalui kehidupan yang sukar di dunia sebelum berjaya. Kehidupan yang sukar ini membuatkan kita lebih kreatif untuk berusaha keluar dari kepayahan hidup. Bagi mereka yang sudah rasa selesa dengan hidup mereka, mereka lebih suka memilih untuk menjalani hidup yang rutin sepanjang hayat.Faizul juga adalah golongan yang sederhana sahaja, dia bukannya datang dari keluarga orang kaya, tidak mempunyai PHD pun. Yang ada hanyalah Ijazah dalam Software Engineering,tidak mempunyai modal untuk membeli asset yang pertama, dan bukannya mereka yang arif tentang selok belok dalam dunia hartanah. Jika Faizul boleh berjaya, masakan kita juga tidak boleh mengikut jejak beliau.




Motivasi Faizul sebagai pekerja makan gaji untuk berjaya

  1. Mendapatkan pendapatan tambahan melalui duit sewa.Daripada dok asyik tunggu bos naikkan pangkat atau gaji baik kita naikkan sendiri gaji kita dengan duit sewa rumah.
  2. Mencapai status Financial Freedom dan tidak mempunyai rasa takut kehilangan kerja
  3. Bersara lebih awal dan mempunyai pendapatan tetap yang lumayan selepas bersara
  4. Menyediakan pendidikan yang bagus untuk anak-anaknya.

Apakah motivasi kita untuk Berjaya?

Faizul memerlukan RM30 000 sebagai modal downpament untuk apartment pertama yang dia nak beli.Dia mempunyai pilihan untuk menyimpan duit gaji sendiri setiap bulan,meminjam dari ibu ayah,pinjam dari Ah Long dan pinjam dari girlfriend.Tapi Faizul tak guna semua cara tu kerana lambat dan menyusahkan. Peluangnya timbul apabila kawannya memerlukan kad kredit untuk membeli computer secara online. Kawannya ada cash tapi tak ada kad kredit. Dengan menggunakan kad kredit Faizul, kawannya dapat beli computer secara online dan Faizul pula dapat cash. Pada masa tersebut, bank menawarkan tak perlu bayar hutang kat kredit selama 12 bulan. Jadi dia mula la kumpul kad kredit sampai 8 dan dengan kad kredit tu dia berjaya dapatkan RM 32 ribu dalam masa 5 bulan sahaja.

Impak Kad Kredit (Sila gunakan kad kredit jika anda faham risiko di bawah)

  1. Tersenarai dalam CCRIS
  2. Menjejaskan keupayaan untuk meminjam
  3. Bayar kadar faedah yang tinggi kepada bank

Formula 100:10:1
100:  lihat minimum 100 hartanah
10  :  buat tawaran maxnimum 10 hartanah saja
1    :  beli hanya 1

Tips hartanah

  1. Hanya membeli hartanah di bawah nilai pasaran
  2. Hanya membeli hartanah yang menawarkan positif cashflow
  3. Jangan runding pembelian hartanah melalui telefon
  4. Jangan dilihat terdesak nak beli hartanah tu
  5. Cuba dapatkan hartanah yang menawarkan zero down payment
  6. Pastikan mendapat peguam yang boleh menguruskan pembelian hartanah dengan cepat

Proses Flow menyewakan hartanah

  1. Membaik pulih hartanah yang dibeli dengan mengecat dan repair apa yang patut.
  2. Mencari penyewa yang berpotensi seperti student, golongan kelas menengah atau bangsa asing yang bekerja kontrak
  3. Kaji siapa penyewa dan kemudahan yang ada dekat dengan hartanah kita
  4. Menyewa pada mereka yang mampu membayar sewa secara konsisten.

Bagaimana untuk bermula dengan konsep SMART

S- Specific (Matlamat yang specific)
M-Measurable (Matlamat yang boleh diukur)
A-Attainable (Matlamat yang mampu dicapai)
R-Relevant (Matlamat yang masuk akal)
T-Time-Bound (Mempunyai jangka masa yang perlu dipatuhi)

Check list sebelum bermula

  1. Memahami keupayaan kredit kita
  2. Memahami risiko pelaburan kita
  3. Memahami dan memilih hartanah yang sesuai

Konsep TEAM (Together Everyone Achive More)

  1. Penyerang - Pencari peluang yang sesuai dengan objektif pelaburan
  2. Pegawai Bank – Individu yang memastikan kita berjaya mendapat pinjaman
  3. Peguam – Peguam yang bagus akan menolong kita menyelesaikan masalah tentang hartanah kita
  4. Kontraktor- Individu yang bertanggungjawab untuk melakukan pengubahsuaian hartanah kita untuk memenuhi permintaan semasa.
  5. Pengurus hartanah – Individu yang boleh menguruskan hartanah kita jika kita mempunyai terlalu banyak hartanah yang perlu dijaga
  6. Tukang repair – Kita memerlukan tukang repair yang tetap untuk membaik-pulih semua hartanah kita
  7. Agen hartanah – Individu yang boleh menolong menjual atau menyewa hartanah kita.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment