Wednesday, 18 December 2013

Ayat Tersurat Dan Ayat Tersirat

Assalamualaikum sahabat semua,

Untuk posting saya pada kali ini, saya cuba memaparkan ayat-ayat yang selalu orang Melayu kita guna apabila bersembang dengan kawan-kawan.


"Bila hang nak beli rumah sendiri?Anak-anak dah besar takkan la asyik nak duduk rumah sewa saja.Tengok macam aku awal-awal lagi dah beli rumah sendiri.Siap renovate buat macam-macam lagi kat rumah aku ni (renovate pulak pakai personal loan).Hang tau rumah ni la aset aku yang paling besar.Rumah kalau tak beli awal makin lama makin mahal.Rugi hang tak beli awal".

Jawapan saya: 

1-Bagi saya apabila saya mempunyai rumah sendiri maknanya saya mempunyai geran rumah yang tertulis nama saya sebagai pemilik rumah tersebut dan saya memegang geran tu. Kita jangan sekali-kali mengatakan rumah yang kita beli tu adalah rumah kita.Mana boleh jadi rumah kita kalau setakat bayar deposit 10% sahaja pastu bayar pulak tiap-tiap bulan kat bank.Bank masih memegang geran rumah tu.Selagi kita tak bayar habis jangan harap lah bank nak letak nama kita kat geran tu.Habis bayar rumah barulah dapat geran.Jadi rumah yang kita beli tu rumah siapa?Rumah bank la.Kalau dah dok canang kat semua yang rumah tu rumah kita cuba la tengok tak bayar 3 bulan kat bank.Barulah kita tau hak siapa yang sebenarnya rumah tu.Jadi apa bezanya saya menyewa rumah dan tiap-tiap bulan saya bayar kepada tuan rumah dengan mereka yang menyewa rumah tu kepada bank dan membayar kepada bank tiap-tiap bulan.Jika saya tak bayar sewa rumah saya kena halau.Kalau mereka tak bayar 3 bulan bank lelong rumah tu.
2-Buat apa nak renovate rumah bank, pakai personal loan pulak tu.Saya pun tak teringin nak renovate rumah sewa saya.
3-Macam yang saya dah terangkan rumah yang kita duduk adalah liabiliti.Rumah yang kita sewakan barulah aset.Ingat lagi pelajaran dari Robert Kiyosaki

"Aset adalah sesuatu yang memasukkan duit ke dalam poket kita, liabiliti adalah sesuatu yang mengeluarkan duit dari poket kita"

4-Saya takkan berasa rugi jika tidak membeli rumah saya sendiri awal-awal. Saya akan lebih rugi jika saya membeli banglo kemudian saya perlu bekerja memerah keringat untuk bayar kat bank tiap-tiap bulan.Jika saya dibuang kerja, atau sakit siapa yang nak bayar banglo saya.Kompom banglo yang saya ada tu akan dilelong.Apa yang saya boleh lakukan adalah membeli seberapa banyak rumah untuk disewakan kemudian membuat banglo saya sendiri dengan hasil kutipan sewa.Sahabat semua tahu ka setiap bulan berapa banyak rumah kat Kedah, Penang dan Perak yang kena lelong?Saya tahu pasal semua senarai rumah dan tanah lelong ada kat saya dan saya juga terpikir berapa ramai orang Melayu yang rumahnya atau tanahnya kena lelong pasal tak mampu bayar bulan-bulan kat bank.Jangan jadikan rumah anda termasuk dalam senarai rumah lelong yang dihantar kepada saya tiap-tiap bulan.

"Orang miskin terus membuat rumah dengan straw, orang kelas menengah terus membuat rumah dengan bata, tapi orang kaya hanya akan menyusun batu berlian sedikit demi sedikit sehinggalah pada satu masa akan terbentuklah istana."


"Eh, ni kereta hang ka?Bila hang nak tukar kereta.Tengok macam aku, baru beli ni Toyota Camry.Dah lama aku dok idam nak pakai kereta ni akhirnya tercapai jugak hasrat aku dengan usaha titik peluh aku sendiri"

Jawapan saya:

1.Yeke.Minta maaflah. kereta mewah macam ni adalah liabiliti.Dari saya beli Camry baik saya beli Toyota Hillux yang boleh saya buat aset iaitu untuk angkut barang berniaga dengan angkut kelapa sawit.Walaupun kereta saya tak hebat tapi dengan kereta ni la saya gunakan untuk berniaga pasar malam dan hantar barang kepada customer.
2-Minta maaflah. Saya tak suka berbelanja mewah dengan hasil titik peluh saya sendiri. Saya lebih suka berbelanja mewah dengan titik peluh orang lain. Kalau saya nak pakai kereta mewah pun saya tak pakai Camry ni. Saya nak pakai Nissan Fairlady.Kereta ni pulak bayar kat bank pakai duit hasil kutipan sewa dan hasil sawit. Duit titik peluh saya, saya akan gunakan untuk bersedekah dan buat amal jariah.

"Orang miskin yang berlagak kaya akan menggunakan hasil titik peluhnya untuk membeli kereta mewah, tapi orang kaya yang berlagak miskin akan membeli kereta mewah pasal nak lari dari cukai perniagaan.Daripada bayar cukai banyak-banyak kat kerajaan baik beli kereta mewah atas nama syarikat.Barulah kurang cukai yang nak kena bayar dan barulah bijak"

Sebenarnya ada banyak lagi ayat-ayat orang Melayu yang mengelikan hati saya. Setakat sekarang baru 2 ni ja yang terpikir.Nanti saya post untuk ayat-ayat yang lain pulak.Kadang-kadang yang sedihnya ayat-ayat ni datang dari Orang Melayu kita yang berpendidikan tinggi bukannya dari orang kampung.

Ha satu lagi ayat: "Best oo kami pi melancong kat Kelantan dan Terengganu.Hang besa pi ka kat sana.Kalau tak biasa pi baik pi melancong kat sana.Best la tempat dia"

Ayah saya pesan "Kalau nak pi mana-mana jangan pi balik dengan tangan kosong.Mesti kena beli something untuk kita niagakan."

Contohnya on the way ayah nak pi melawat adik kat Batu Gajah dia akan singgah kat Ipoh untuk beli burung murai cacing.Beli kat Ipoh harga dia RM50 saja.Tapi bawak balik kat Kedah boleh jual sampai RM200.Huhu.Pokcik kayo...

Wassalam.

2 comments:

  1. hebat encik iqbal ni....saya br terfikir..saya adalah salah seorang follower blogger encik iqbal ni

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana support dan usaha sahabat untuk membaca posting saya.saya berharap kita boleh bersama-sama mengubah hidup kita ke arah kejayaan di dunia dan di akhirat..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah kaum itu yang mengubahnya..

    ReplyDelete